Menjadi kebiasaan bila tetamu yang datang adalah teman kepada pasangan kita pasti bahasa yang kita tanyakan hanya ala-kadar sahaja. Apa lagi bila datangnya bersendirian tanpa anak atau pasangannya. Tetapi dalam berbahasa ala-kadar itulah kita perlu berhati-hati dengan pertanyaan kita. Pertanyaan yang tidak pasti sebaiknya dielakkan.
"Tak bawa isteri?" - kalau betul dia sudah punya isteri, seandainya belum? Tidak semua yang kelihatan berusia telah punya isteri. Lagi membimbangkan ditakdirkan dia sudah berpisah bagaimana?
"Kenapa tak bawa anak-anak" - kalaulah betul dia mempunyai anak.
Persoalan inilah yang membuat aku terfikir untuk dijadikan entri pada hari ini. Bekas pekerja hubby datang berziarah ke rumah hujung minggu lalu. Datang bersendirian tanpa isteri dan anak. Mujur saja mulut aku tidak bertanyakan isteri dan anak. Sebaik aku keluar membawa hidangan aku sekadar mengucap salam. Menjemput apa yang aku masak, kemudian aku tinggalkan hubby berdua denganya.
Sebaik tetamu pulang barulah aku bertanya kepoh kepada hubby kenapa tidak dibawa isteri atau anaknya. Dari kata-kata hubby tahulah dia jenis yang kurang berjalan dengan isteri dan anak. Anak pula adalah anak angkat yang telah remaja. Bernikah sudah berbelas tahun tetapi masih kurang sehaluan. Nasib baik aku tidak bertanya soalan seperti di atas.
~~ Berhati-hati ketika membuka mulut kepada tetamu yang baru kita kenali.~~
74 comments:
A'a Kak....kena berhati2 bila bertanyakan soalan kat orang yg baru kita kenali.....niat kita mungkin ikhlas tapi takut disalah ertikan oleh orang lain....:D
sy amalkan prinsip, tnya perkara umum mcm psl cuaca, harga minyak...
sbb pernah kena, org tnya sy psl kegemukan sy... iskkk terasa sungguh masa 2...
kerna mulut badan binasa...
kakzakie peramah...sebelum tetamu balik, kita minta maaf ler kot2 ada yg mengecilkan hati dia.
pernah juga kecil hati dgn soalan2 yang xxxx tapi sabar je laa...mungkin org tak sedar dia buat silap.
Ya betul tu..soalan sensitf tu. Kawan En Suami saya datang ke rumah bawa perempuan tapi bukan isteri dia..haru
Ya, motivasi yang bagus. Memang kena hati-hati bercakap dengan tetamu
Paling selamat cuma hidangkan air dan tak bertanya apa2 kalau dia datang sendirian..
Bagus peringatan ini kak..
Selalu terkena soalan2 serkap jarang begini...Hanya senyum dan jawab ajelah dengan selamba. Kalau nak bertanya pun kenalah bijak dan berhati2 dlm menyusun kata.
Tidak salahkan yg bertanya..kalau xtanya, nanti timbul pula pelbagai persoalan yg akhirnya menjadi pelbagai andaian, takut pula membawa kpd fitnah...
hari Ahad lepas, pergi kondangan.. masa nak bersalam balik, tak tahu pula mana satu suaminya (utk hubby bersalam kaut).. tanya kakak tu, yang mana satu suaminya.. dia jawab," Mana aku ada suami.." Masa tu malu pun ada.. kalau tengok kad jemputan betul2 tentu ada wakil tuan rumah lelaki kan..
betul kak.. kita pn tak tahu sensitivity seseorang kann... berhati2 :)
peringatan utk kak noor jugak ni, sbb baru ni ada tetamu dtg kat rumah, tut tut bertanya tak bawa anak? sedangkan orang tu belum ada anak wlaupun dah berkawin berbelas tahun, mulut kita ni kdg2 tk boleh terlalu lancang dan peramah sngt betul kan !
As salam kakak...tq share pengalaman kakak nie secara tak langsung igtkan pada diri saya sendiri.. :)
Betul tu kak. Kdg2 saya pun risau nak bertanyakan soalan kpd teman yg baru kita knl..
Kunun nak beramah sgtla tapi tanpa disedari ada pertanyaan yg kurang menyenangkan..
Saya pula memang akan tanya background tetamu kalau kawan hubby yang nak datang. So, dah prepare menu berdasarkan kedatangan, dan prepare topik dan isu juga...hahahahha. Kelebihan saya, jarang orang datang rumah secara terjah sebab kami jarang ada di rumah. Biasanya mereka akan call dulu, so kami sempat bersedia.
sebaiknya tanya pada yg dah kita betol2 kenal kan... saya kadang terlepas tanya jugak...
Ingatan pada diri sy juga ni kak...kadang kita ni nak terlalu ramah juga x boleh kan...
kak zakie...terima kasih bertanya keadaan kesihatan sy, semakin baik...alhamdulillah...:)
kawan suami pernah dtg kerumah bawa anak isteri....kemudian dia dtg lagi tapi kali ni bawa perempuan lain tp anak2 yg sama...biasalah perempuan kan kak..tak sabar rasanya dia balik nak saya tanyakan pd suami...rupanya...kekasih baru yg akan dikahwini dan dah bercerai dgn wife yg dulu...
Nasib baik saya tak tanya kat peerempuan tu....dulu nampak muka mcm lain sekarang dah lain...maklum lah bukan sahabat yg rapat..jumpa pun 2 3 thn sekali...
Betul kata akak, kalau nak tanya baik hati2 kalau tak tau baik senyap jer..Takut mengecilkan hati orang.
tanya yang patut2 jerk..risau jugak kalau tanye soklan yang pelik2..takut terasa hati pulak...
Niat di hati nak bertanya khabar, bermesra tetapi tiba2 lain pulak jadinya. Kerana pulut santan binasa ye kak...
btl tu kak.. mmg kt kna bhati-hati.. tkut apa y kt suarakn mninggalkn kesan d hati kan.. maybe dgn org y biasa jd tetamu kt xde msalah kan..
Mujur tak terlepas cakap. Bak kata pepatah, terlajak kereta boleh gostan, terlajak kata buruk padahnya.
emmm...takut tersalah tanya yeh kanda ...betul jugak tu...lagi lagi mulut dinda ni...mmg kekadang tak sedar !
huhu....
Apa yang kanda masak tu?
Assalamualaikum kak.. betul tu kak.. tutur kata perlu dijaga, takut mengguris perasaan orang kan. pada kita, mungkin perkara biasa, namun pada mereka itu amat sensitif.. nak bertanya biar berlapik, jaga hati orang.. terima kasih kak untuk ingatan ni.. semoga jadi panduan utnukdiri Ros di masa akan datang...
sgt setuju tu kak.. baru kenalkan.. kita blm tahu lg latarbelakang sejarah kehidupan dia. so kalau nk tau lebih2 tnylah pd yg berkenaan mcm yg akak buat tu.. ;)
Salam kak,
Tadi jenjalan jumpa blog akak nih.. Terus follow hehehe..
Aahkan kak kadang2 kita nih manusia cepat lupa hal sensitif huhuhu..
Kalau akak sudi jengukla teratak buruk saya nanti eh..
soalan standard tu kak..kadang kita bukan nak kepochi sangat tapi nak berborak jer..dari dok diam keluar la ayat2 yang simple dan biasa kita dengar kan..tapi ada gak sesetengah perkara yang nak kena hati2..
cam bab anak kan..kalo tau dier takde anak, takkan nak tanya dah ngandung ke belom?? tu sengaja buat orang sentap..
betul tu kak zakie..saya pernah terkena..
mulut kepoh bertanya sedangkan baru kenal..sejak aritu mmg berhati2 bila bertanya..dgn org yg sedia kenal mmg kepoh tanya la..hehe..
kadang kita ingat nak beramah-mesra itu yang bertanya...jadi elok la kita sebelum bertanya itu ini kita fikir dulu.
kadang terlupa hal-hal yang sensitif kala menyapa.. :D
kdg2 bkn nak busybody kan..cuma nak beramah mesra dgn tetamu..tp apapun setuju dgn akak dlm entri ni :)
Saya pernah kena..."tak bawak anak sekali ke..?"
Marah tu tidaklah, cuma tersentuh ati sikit.
Kesimpulannya, kalau tak berapa kenal...elok bual yg umum je.
peringatan yang sgt berguna untuk diri sendiri ni..tenkiu kak..
n3 ni bagus kak..dapat mengingatkan kita berfikir dulu sebelum berkata-kata..takut jugak orang salah tafsir..
Ye la kak. Kdg kdg ni mulut laju je nak tanya.
bagus peringatan kakak nie..agar badan tidakbinasa kerana mulut. kalau orang2 kat sini depa tak tanya psl personal sgt wpun kawan baik..selama berkawan pun depa tak pernah tanya berapa umur..kerja apa..kecuali kta bgtau..
tanya soalan selamat dan jangan kepoh tanya detail, takut orang tak suka dan tak selesa.....
betul tu kak.... dana pun kadang tkt gk jd gitu kan.... sbb tu kalu ada kwn2 or sedara edy yg nk dtg umah... dana soal siasat edy dulu sapa dia, n psl family dia apa2... kot2 terslh tanya kan...
betul la kak. tanya pun kena tengok keadaan orang tu. tapi kadang kita ni takde berniat apa2 cuma sebab kita tak tau menahu terus jadi benda yg orang tk suka dan marah pd kita. selalu jugak jadi mcm tu
Itula soalan yg kerapkali myra dan hubby 'kena' bila ke rumah kenalan or sedara mara..
tp dah biasa kak :D
kena hati2 bila nk bertanya tu ka takut kerana mulut badan binasa
kalau kita memang betul-betul rapat boleh saja tanya soalan begitu.. tapi jika sekadar kenalan elok berhati-hati, takut tersinggung pula dia nanti..
betul tu akak...saya segan sikit bila nak tanyer kawan yang baru kenal ni especiallly tanyer kawin ke belum anak dah berapa...soalan biasa tapi kekadang secara tak sengaja boleh mengguriskan hatikan...kak..
yup .betul sis ..kang salah tanya terhiris pulak hati tetamu kita tu ..kang takpasal rasa bersalah ..huhu
salam,
betul tu kak, kadang-kadang nak meramah pun salah kan.. huhu, dipendekkan cerita, kalau itu kawan suami, kalau dia datang sorang-sorang, bini kena lari, kata suami. jangan duk meramah tak tentu pasal. haha.. laki saya kan...
betul tu kakzakie..seeloknyanya kan kan kita risiklah dulu profile dia dari suami kan!!
Risau juga kan Kak? takut soalan2 kita tu menyinggung perasaan tetamu tu..baik tanya yg general2 saja..cth: mcm mana perjalanan ke mari td?? hehe
perkahwinan ni betul gak lah boleh dikatakan sebagai berjudi.. kala menang kita tak tau.. kengkadang pada memula macam ok tp akhir2 perkahwinan berantakan.. just hope for the best lah kann.
mujur akak tak tanya kan.. kalo deqla pun x berani nak tanya pd org yg deqla x knl... even deqla sendiri org tanya psl anak pun terasa hati.. so kena phm la jugak org lain.. buatnya dia pun xde anak mcm deqla..huhu..mmg serba slh dibuatnya..
mintak maaf kak...sbb teergoreng akak mentah2 kat blog saya td hehehee :)
kalau nor suami nak bawa ke hulu hilir saja..nak pergi kedai beli roti pun ajak nor...
Selalunya kalau kawan hubby datang bersendirian kak Zai jarang bertanya,hanya senyum dan tinggalkan mereka berdua.
betol tuh.. kadang2 kita nak bersembang sebenarnye. :)
lepas nih kena lebih berhati2 kalo nak bermesra dgn tetamu yang tak kenal..:)
setuju tu kak takut terguris hati pulak...
Assalam akak...betul tindakan akak. tapi selalunya org akan bertanya bila berhadapan situasi sedemikian.
sbb tu kena hati2 sblm bertnya sesuatu kan sis..
ooopppssss,hehehe yelah kan kak.kalo salah ckp tu lah jdnya.kang tersentap pulak org tu.
Salam Kakzakie,
Mak Aji setuju sangat tu. Ada orang tertentu yang cukup sensitif apabila ditanya pasal suami atau anak (anak dara lanjut usia) dan biasanya orang seperti ini tak suka dipanggil mak cik (pernah dengar org macam ni jawab, "bila pulak saya jadi mak cik awak" dengan cara menyinga!) Baik jangan cakap banyak asal selamat!
Salam K.Zakie..
ya.. betul2.. jgn kata tetamu yg bru dikenali..kdg2 yg rapat dgn kita pun ada yg terasa dgn soalan yg tak kena gaya..
'think before you speak'
mindset kepala cma sekarang.. :)
betul tu kak, KA yang kepoh ni pernah sibuk bertamya sorang kawan yang lama KA tak jumpa, terus masam muka dier .. alih2 lepas tu KA dapat tahu dier tak kawin2lagi dan sah2lah takde anak ... tu lah pasal orng kata sebab mulut badan binasa kan !
yelah Zakie..kekadang pertanyaan kita di takuti mengecilkan hati tetamu.tetamu perlu di hormati..
Kalau tetamu yg kita tak berapa nak kenal atau rapat.. mmg kena hati2 bertanya.. nanti ada yg terkecik ati atau sentap plak kan..
Assalam..sebagai tuan rumah, kita nak tetamu kita (esp yg tak kenal) feel welcome, feel at home...sbb tu nak juga bertegur sapa, beramah-mesra..
Kdg2 tetamu yg lebih2, tuanrumah lak yg kecik hati..sabo je lah..
iyalah kakzakie..silap2 itulah kali pertama dan kali terakhir tetamu berkunjung ke rumah kita..
saya pun tak suka tanya lebih2 .bila berbula..suami saya dah pesan, jangan korek cerita orang...heee
salam kz ..
rupa nya ada juga adap2 misal bertanya dengan tetamu yg tk kenal yer ..
betul tu kak... lebih baik kita tanya dulu hubby serba sedikit latar belakang keluarganya...
mcm tu saya selalu buat bila ajak kawan datang rumah, takut hubby silap tanya soalan... hihihi, hati tetamu kena jaga kan... takut niat kita nak kenal rapat disalah erti :)
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merasa. Pepatah ini sangat sinonim dgn kehidupan bangsa Melayu. Sebaiknya berhati-hati bila memulakan bicara. Andai terlajak tanpa sengaja segera memohon kemaafan moga tidak menjadi bekas sesama teman.
Terima kasih semua yg memberikan komen:-
Mia Kassim, lia, Be Simple Beb(BSB) - threeQ, zana fahmi, Sarah Talib, memmetlenggeng, MOKCIK AZWA, :: Mrs.Eady ::, Bin Muhammad (nak kena ada cara masa bertanya tu BM agar tak ada yg terguris), che mid (kondangan!! hihi... lama tak guna perkataan ini kan CM), ZazaMyMoon, Bicara Kak Noor, Ratu Hatiku, Muja.., Aziela, m.u.l.a.n, Asyifa Mustaffa, Eye_nee (tanya selepas dia balik ye Eye_nee selamat), Nurulhuda Abdul Latip, Kisah Si Dairy, JunAina, LYAfrina, Sylarius Yusof, hainom OKje (masa tu ada beehoon goreng aje pun), ros_reeza, QueeN TerataI, mysha, Zee Suhaini, mama_ka0ri (tapi kakak rasa ramai yg pernah terkena kan), Aien Not Alien, Dylla Abas, Ujie (sedih kan Ujie... kakak dapat rasakan sebab kakak pun pernah mengalami), Sherwieyna Muzzawer, Sura Mohd, Ibu Lala, ummuaidan, Sukma Haron, norhidana miswan, amirah, Myra Jay, Wanieys a.k.a IbuQalief, Mizz Aiza (Dunia Kecil), (Lizz) http://haslizalizz.com/, NorRo AiNi, Syira Qahira (itulah yg selamat sekali), NEKCIK (kalau dapat risik kalau tak sebaiknya jauhkah diri ajelah), aTieYusof Family, Azian Elias, Deqla Manjew, Karukord jagau, Knor, Zaitun, Nafira usof, Haryati Faizal, Shaiful Zaidi, nuyui a.k.a miss YUI, Cik Puan Rara, Ummu Madihah (ha... tu dia takut kan...), ♥ Cmª shIemª ♥, Kesuma Angsana (itulah kadang yg tak disangkalah jadi), Kak Yon, Rinna, Hazmin Hamudin, nohas (tetamu yg terlebih kita diam ajealah...), ANIM (itu yg tak mahu kan Anim), aby, nurbijen (kalau dah inform nak dtg mudah sikit ye Nur).
Bersama kita beringat dan sekali lagi terima kasih buat semua.
kalau dah memang pesen peramah tu.. ringan je mulut nak bertanya kan!!
betul tu.. kdg2 soalan yg kite rasakan biasa, mungkin mengguris prasaan org yg ditanya.. berhati2 dlm berbicara :)
assalamualaikum kakzakie...memang ada juga org yg mcm ni suka berjalan tanpa anak2 atau isteri...:)
biasanya.. kalau kawan en. suami yang datang dia akan cakap siapa.. begitu jugak dgn saya.. dan biasanya saya tak banyak cakap.. bercakap bila perlu je.. ;)
ooo.. sy memang tak berani tanya benda2 mcm tu.. huhu
betul jugak tu...
nasib baik tak tanya kan...
harap ada sinar baru utk diorang...
:)
kene berhati2 bile bertanya kan..
Post a Comment