Tuesday, September 24, 2013

Hari Qurban kian menghampiri

Rutin setiap tahun bila hampir ke bulan Zulhijjah adalah menjadi tanggungjawab hubby untuk mencari lembu untuk di sembelih sewaktu Hari Raya Haji dan tiga hari tasyrik. Ahad lepas kami ke ladang lembu yang terletak di Kampung Parit Sikom, Pontian.
Comel - Lihat bapa kambing ini menjaga dua ekor anaknya. Kesian adik kata mama dia mungkin sudah kena sembelih itu yang papa kambing yang jaga anak-anaknya.
Kandang - Bersusun-susun lembu dan kambing di dalam kandang. Bau usah dicakap. Memang kami sudah tahu kalau ke ladang lembu kena membawa bekal baju untuk ditukar sebaik keluar dari kawasannya. Melekat di baju
Lembu 1 - Yang di hadapan ini salah satu yang telah ditempah.
Lembu 2 - Lembu yang hitam ada tanda putih di atas kepala juga telah dipilih.
Lembu 3 - Warna putih di tengah itu juga akan dikorbankan.
Hampas soya - Salah satu makanan lembu yang tuan punya ladang tunjukkan kepada adik.
Adik - Dalam kata bau busuk ladang tetap hendak berposing di panas terik.
Jika di izinkah Allah,  tiga ekor akan menjadi korban untuk Hari Raya Haji tahun ini. Bererti ketika umat Islam yang menunaikan ibadah Haji melontar jamrah, kami di sini akan sibuk melakukan ibadah Qurban.

~~ Harga lembu mencanak naik berbanding tahun lepas ekoran kenaikan harga makanan dan susah mendapat kelulusan AP dari satu negara orang putih.~~

78 comments:

azieazah said...

Comelnya adik dengan payung tu, dan suar kaler PURPLE...!!

aizu's life said...

bahang makin terasa.. slamat menunaikan ibadah haji pd jemaah yg tlibat.. pd yg meninggal dunia di tanah suci, moga berbahgia di sana..

cantik pulak model tu yek.. siap berpayung lagik.. hihi

asyifamustaffa said...

Insyallah k.zakie...moga ibadat yg dijalankan nnti dipermudahkan segalanya...
Sihat kemain lembu tu....
Adik ke kandang lembu pun begaya tu dgn payung...:-)

Masya said...

pilih untuk org punya jer ker?? atau untuk sendiri jugak

Nor Azimah Ali said...

Wah, banyak lembu yang nak dikorbankan tu, tentu merata yang dapat tu, moga ibadah kita ada nilai di sisi Allah

Fazleyatul Aini said...

tak lama dah nak raya haji kan. kejap je rasanya

Mila@Rimbun said...

Teringin nak join korban kat sini, tapi mcm takde dengar pun ada org warwarkan pasal share korban (ataupun kena cari sendiri mcm akak ni kut hihi).. nampaknya buat kat kemboja je lah kut.

Ujie Othman said...

Dkt rm3k harga lembu skrg kak ya? Dgr2nya...

Pernah pegi ladang lembu gini, mmg tak tahan bau dia.

Sarah Talib said...

3 ekor...ini baru dikatakan berkorban...

ummiross said...

Bestnya Kakzakie..dapat pilih lembu sendiri untuk Qurban, terbaik!.

Comel pulak adik posing berpayung tu..

ZalinZalina said...

Surau kat rumah saya katanya 12 ekor lembu tahun ni..kalau balik kampong husben, merasa la daging kerbau :)

Ratu Hatiku said...

Alhamdulillah dpt buat qurban ya kakak.. Hihihi busuk pun xpelah janji gmbr adk tu cantik dgn senyum simpulnya :)

Aisy Nasiha said...

Seronoknya berkunjung ke ladang... sempat adik berposing dengan payung ye.. saya tak balik kg tahun ni..sedihnya raya haji

ct shah said...

wah,sekali 3 ekor lembu dikorbankan.alhamdulillah.saya dengar dlm ezqurban macam murah sket tapi online lah.:-)

Lily said...

comelnya adik berposing di hadapan kandang:)

Mimie_Zatun said...

InshaAllah bertemu dengan Hari Raya Aidiladha

Unknown said...

haha..comel adik.. dalam busuk pun sempat posing..

musang said...

pejam celik pejam celik dah nak sambut raya haji

Ruse Sulaiman said...

Bersih ternakannya.. surau d rmh tak tahu lg brp jumlahnya. Surau kecil tp selalu byk jumlah korbannya. Nampaknya tahun ni AI tak dapat join sbb kami nak balik Kelantan. Inshaallah.

Amboi adik sweet je..

AtieYusof said...

wah! dah prepare utk Hari raya Qurban ye kak.. besor2 lembu yg ditempah tu..pandai adik posing walaupun cuaca panas...:)

Unknown said...

selamat menjalani ibadah korban kak..kalo dekat ngan umah, harus zee gi terjah umah akak ni..
cam sedih plak sebab tak dapat balik kampung..cuti takde..kat sini raya tak best :(

Eye_nee said...

Amboi adik siap berposing yer..sekejap sgt putaran waktu..dah nak berhari raya qurban pula...

Hudalatip said...

Memang semangat lembu2 nya..Kejap je kan kak nak raya haji..

Puan Ida said...

jdi korban lembu-lembu itu semuanya ye
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com

Umm AA said...

harga lembu kat sana mesti mahal kan kakak..kambing pun jgk..
kat sini kalau 1 bhg lembu tuh nak sama ngan 1 ekor kambinglah jugak (mahal kambing sikit jerlah)..lembu kalau book awal2 senang dpt..tp thn nie abuaidan buat korban kambing

Kamsiah yusoff said...

terasa baru ja sambut aidilfitri...aidiladha dah nak menjelma..

Unknown said...

comelnye model lembu korban~
manis berpayung~

Alhamdulillah~ sampai 3 ekor lembu ditempah.. moga makin murah rezeki akak sekeluarga.

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.zakie..

alhamdulillah..
3 ekor buat korban.. :)

cma mungkin amik bayaran bahagian dari masjid je

Cik Rose said...

tak lama lagi Aidiladha kan..

Unknown said...

Moga panjang pahalanya menjadi org kuat KORBAN!

Rinna said...

Alhamdullillah.. moga segala dipermudahkan.. dan bertambah lagi rezeki.. kan.. :)

OKje said...

Bukan selalu pergi kandang lembu...haruslah tak lepaskan peluang berposingkan Adik hehe...Nasib adik tak pakai baju merah!kalau tak mesti Abang lembu berkenan!

Unknown said...

Qurban ye kak tahun ni.. Alhamdulillah.. moga urusan akak dipermudahkan

Ibu Lala said...

Moga dipermudahkan ye kakak

sitirohaida said...

insyallah..moga dipermudahkan...raya haji balik kota tinggi...yeaayy

Qhaifa Nur said...

tak sedar nak raya qurban kakzakie..
thn ni mak nur kongsi 1 bahagian dengan kengkawannya..
moga ibadah qurban kita diterima Allah kan kak...

sekadar satu coretan said...

tempat saya biasanya korban lembu, kalau kat kampung ada la jugak yg buat korban kerbau...

semoga dipermudahkan..

Bunda_nora said...

rahun lepas KN ada jugak buat korban...nampaknya tahun ni takde rezki...mungkin tahun depan pulak kot...InsyaAllah...

Mia Kassim said...

Wah posing depan kandang lembu....hehe

Zaitun said...

In Shaa Allah macam tahun2 sebelumnya kak Zai juga akan buat korban tapi hanya sebahagian.

Semoga dipermudahkan.

ajax85 said...

harga lembu dan kambing mst naik kan..hehhehe

ajax85 said...

harga lembu dan kambing mst naik kan..hehhehe

Unknown said...

kak zakie bnyk berkorban ya tahun ni. sampai 3 lembu. :)

Mizz Aiza said...

semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.. comel adik berposing dengan payungnya..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tiga ekor sekali qurban ye Kakzakie... elok gemuk-gemuk lembu tu :D

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

aah kan kak dah nak dekat raya haji dahkan...adik sangat comel berpayung tu...

aizamia3 said...

jiran depan rumah saya pun akan buat kenduri pada raya haji nanti..

psstt: comel dak Adik berposing.. ;)

memmetlenggeng said...

Assalam kak zakie, thanks kerana sudi singgah kat blog saya.....

Munn Jaafar said...

hampas soya tu jgk ayah sy buat mkn ikan tilapia..tu psl isi ikan ayah sedap n manis (org la kata huhu)

ehhh ter out of topic pulak...ampunnnnnn

BERT said...

ooo bru tau mknan lmbu hmpas soya.. moga ibdah di bulan haji nti diterima hndaknye aminn.. sdp mkn dging kurban ni... lain dr yg lain hehe

Kayu Manis said...

ok kak tiga ekor tu...rezeki org kmpung..

Unknown said...

uikss..banyaknya korban kali ni...rezeki dari Allah..Alhamdulillah kan kak zakie..

btw, cantik model payung bergambar kat kandang lembu..:)

Werdah said...

Salam kakzakie

Selamat menjalani ibadah korban dan juga semoga kita dapat latih diri mengorbankan segala "Ismail" yang ada melekat di hati kita jika ada..insyaAllah.

Unknown said...

bagusnya adik.. nak ye dia ke ladang bau busuk mcm tu.. siap berposing..hihi.. comel pulak tgk kambing yg gmbr 1st tu.. deqla mmg xleh tgk korban kak.. seriau tgk darah.. huhu..

JunAina said...

Harga korban sebahagian pun meningkat kat surau tempat Aina tahun ini.

ellynadyra said...

alhamdulillah semoga ibadah diberkati kak, 3 eko tu byk......model kenit tu comel lak bergambar kat kandang lembu hehehehehhe

BinMuhammad said...

Syukur dan tumpang gembira buat akak sekeluarga yg dilimpahkan rezeki dan dapat menjalankan ibadah korban. 3 ekor tu. Semoga kehidupan akak sekeluarga diberkati, bahagia dan sentiasa dilindungi Allah swt.

Unknown said...

Salam dear Kakzie
Alhamdulillah dan happy for you and family.Semuga di catatkan amal ini dan diberkati Allah sepanjabg hayat.Amin

Umi

Unknown said...

tak tahu berapa harga lembu seekor skrg, tp hari tu beli kambing seekor untuk aqiqah Amani harganya 750...:)

Acik Erna said...

Memang harga lembu dan kambing tinggi sekarang ni kakzakie

eira eixora said...

sempat pula adik bergambar di situ ye =)

Murni Alfathunnisa said...

Alhamdulillah... :-) seronok nya kalau dapat buat ibadah korban ni. semoga beroleh keberkatanNya.

suka la gambar adik kat depan signage ladang tu...very country style! :D

Murni Alfathunnisa said...

Alhamdulillah... :-) seronok nya kalau dapat buat ibadah korban ni. semoga beroleh keberkatanNya.

suka la gambar adik kat depan signage ladang tu...very country style! :D

jaakechik said...

harga lembu korban/akikah mmg semakin mahal skrg. di kelate ni pun 1 bhgian RM450-500. huhu.

aby said...

salam kz ..
aby pun nompang sak bahagian jugak ..
bareng2 kita ngoyok keberkatan qorban kuwi ..

PeRdU cINta said...

adik turun padang ikut mama dengan ayah pilih lembu ye..alhamdulillah..rezeki yang ada kita kong bersama..

HeNRieTTa JoSe said...

Rindu nk buat korban dirumah lg...tpi disebabkan ketiadaan kakitangan yg mencukupi seprti dlu...terpksa beramai ramai dengan yg disrau dan di masjid...

Tie HT said...

haah tak lama dah nak raya qurban..cepat masa berlalu kan kak

ibuintan said...

sihat2 lembunya... nampaknya dijaga dengan baik

lembu dan kambing memang naik mencanak2 harganya sekarang .. satu bahagian lembu di tempat saya antara RM450 ke RM550..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Elok-elok semuanya ternakan kat sini. bagus untuk buat korban nanti.

Rosmawani♥ said...

kecian binatang itu semua.. redha ajer..kikikii

Julia Johari said...

Pandai yer adik posing...besar dah adik nih rupernya...tingat kt adik suka sgt baca novel Ana Muslim kan...ye betul tuh kak, x lama lagi nak sambut hari raya haji...pasti seronok adik nanti :)

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya dari 3 ekor yg dipilih oleh hubby hanya seekor utk keluarga yg dua ekor lagi hubby membantu keluarga lain yg meminta hubby yg mencari dan tolong sembelihkan pada Hari Raya kelak. Adik pula sebab di rumah tidak ada org kenalah dia ikut sama. Cuaca terlalu panas hari Ahad lepas itu yg dia kena berpayung ketika berada di ladang tersebut.

Terima kasih kepada semua yang memberikan komen:-

azieazah (sama geng dgn Azi tu... suka purple), aizu's life, Asyifa Mustaffa, Masya, Nor Azimah, Fazleyatul Aini, Mila@Rimbun, Ujie (yang abang pilih ini paling murah RM3800/- Ujie), Sarah Talib, ummiross, ZalinZalina, Ratu Hatiku, Aisy Nasiha, ct shah, Leeza Eelza, Mimie_Zatun, Rai Ourkizuna, redza, Ummi Iman, aTieYusof Family (ini kira kecik Atie kalau besar cecah 5/6K seekor), Zee Suhaini, Eye_nee, Nurulhuda Abdul Latip, Puan Ida, ummuaidan (kalau ikut tempat kakak sekarang satu bahagian dia kenakan RM500-550 dah ummu), ❤Kamsiah❤, Nafira usof, ♥ Cmª shIemª ♥, ros_reeza, Rinna, hainom OKje (ini kali ke dua dia ikut dinda), QueeN TerataI (abang memang buat tiap tahu Miza), Ibu Lala, wardah mustapa, Kisah Si Dairy, Qhaifa Nur, Ain Noraini, BUNDA a.k.a KN (tak apa KN buat bila ada rezeki lebih), Mia Kassim, Zaitun (sebahagian pun ok kak zai dapat sama-sama berkongsi mana yg mahu juga), nor azman (memang dah nak banyak tahun ini), syuk shusuke (satu aje kami punya 2 lagi bantu org lain yg minta tolong), Mizz Aiza (Dunia Kecil), CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), (Lizz) http://haslizalizz.com/, aizamia3, memmetlenggeng, Munnafendy (selain hampas soya dia bagi juga kulit nenas tau Munn), BERT (ada makanan lain juga Bert), Knor, mama_ka0ri, Werdah (kalau boleh begitulah yg kita mahu Kak Werdah), Deqla Manjew (di rumah dia tak ada kawan), JunAina, elly nadyra, Bin Muhammad, Umi Azizan, ~ yus ~ (Ahad lepas kambing yg paling murah pun dah RM1200/- Yus tapi besar sangat), Acik Erna, eira eixora, Murni Alfathunnisa (siap juga dia minta snap masuk hp dia Murni), jaakechik (tempat kakak sebahagian RM500-550 Jaa), aby, PeRdU cINta, HeNRieTTa JoSe, Tihara, ibuintan, Pokok Manggis Depan Rumah, ♥ ROS ♥ (tak boleh kesian Ros, sebab dia dah dijadikah Allah salah satunya utk tujuan ini).

Kepada semua, terima kasih sekali lagi.

haryati said...

alhamdulillah....kak

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

3ekor sekali buat korban yer kak..alhamdulillah

adik cantik posing dgn payung tu

Anonymous said...

betul tu, sekejap je rasa dah nak menghampiri ibadat korban !

ANIM said...

betullah kakzakie, harga naik. kami minta tolong adik carikan di BP sebab plan nak buat korban di johor. last year, taklah sampai macam tu harganya

Fiza Rahman said...

Kejap jer dah nak raya haji.