Monday, November 18, 2013

Andai begitulah caranya usah tanya hak anda

Hujan rintik-rintik di luar dewan masih lagi tidak berhenti. Aku biarkan adik dengan cikgunya yang sibuk dengan aktiviti jualan mereka sambil itu aku menyusuri tempat mencari ruang kosong. Kelihatan masih banyak kerusi tidak ada yang duduk, tetapi rata-rata ada beg di atasnya. Akhirnya aku dapat satu tempat kosong. Sementara menanti majlis bermula aku membelek naskah aturcara majlis. Kedengaran pengumumuan memohon kerjasama semua hadirin berdiri bila lagu kebangsaan, lagu negeri Johor dan lagu sekolah dimainkan. Tidak lama kemudian berkumandang kompang dipalu tanda def-def kehormat sudah tiba diikuti perarakan kontinjen pasukan pakaian beruniform mengiringi. 

Lagu-lagu kebangsaan, negeri dan sekolah pun berkumandang. Sayangnya masih ramai yang masih tidak menghormati atau mematuhi apa yang diarahkan sebelum ini. Bukan prejudis tetapi jelas di depan mata mereka yang bukan bangsaku mengabaikan. Melihat kami ramai-ramai berdiri tegak bagaikan tidak ada rasa apa dihati mereka. Mungkinkah mereka tidak faham arahan dengan bahasa Melayu sebentar tadi. Jauh di sudut hati aku, kalaulah aku ada kuasa menarik kewarganegaraannya pasti akan aku lakukan. Bila membincangkan soal hak bukan main lantang bersuara. Namun hal yang begini mudah mereka buat acuh tak acuh.

~~ Bangsa kita bukan mudah lupa tapi selalu buat-buat lupa. Bila kepala diinjak-injak sudah tidak mampu mahu angkat leher. Bangunlah anak-cucu makcik semua. Macam makcik ini tidak lama di bumi ini tapi anak-cucu semua masih panjang perjalanannya sayang.~~




68 comments:

Sue Bee said...

Betul tu kak Zaki..anak2 sekolah lagikan faham inikan pula yang dah berusia..takkan tak faham bahasa Melayu..susah sangat ke nak berdiri tegak sebentar..hhrrrmmm...

asyifamustaffa said...

Bkn x paham...tp saje buat tak nak faham.....k

ayunidati said...

betul tu memang begitu hakikatnya....

Sura Mohd said...

100%setuju sangat dengan ayat kakzakie tu'Bangsa kita bukan mudah lupa tapi selalu buat-buat lupa'..:)

Izwa Kamaruddin said...

betul..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

betul tu kak..kadang dierang ni buat tak reti jer...geram pulak rasa...

pena rozie said...

Memang ramai yg selalu buat2 lupe. Menambahkan kegeraman daku. Asyik bg alasan luper ajer....

Eye_nee said...

mustahil tidak faham...kata warganegara kannnn...itulah kebanyakan sikap mereka....

Fazleyatul Aini said...

tak kan lah mereka tak paham bahasa melayu. malas tu. apa pon tak boleh dorang ni

Umm AA said...

mereka tuh buat acuh tak acuh ngan anggap tak penting tuh kakak..
sebenarnya kena serap dr awal lg sikap menghormati n patriotik nie kan kakak..

Puan Kutu said...

lagu kebangsaan kena hormat la kan..ckp banyak pun tak guna.klu budak keck boleh la ditegur.kan kak zakie?budak kecik pun lagi pandai

musang said...

kena sekolahkan balik diorang tu semua

Anonymous said...

sudah jelas depan mata , 'mereka' mmg nak 'melawan' kita . Melayu perlu bersatu ...

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..begitulah lumrahnya kak..mereka sering minta hak..namun apabila kita minta sama-sama menghormati mereka seakan tidak peduli..itulah yang amat menyedihkan..

Kayu Manis said...

mentality org..payah..

Dr Singa said...

kalau dekat sebelah-sebelah.. saya biasanya tegur je..
dengan sinis.

lia said...

saya sayang Malaysia...

*SiRibenMerah said...

tuh la diorg.. kurang peka..
nk kata tak belajar sekolah, bercampur anak sekolah kebangsaan..


huhuhu

OKje said...

Kanda.....
Sedihnya dengar.... hak nak sama rata, tapi sikap yang macam tu buat kita sakit hatikan...
Moga bangsa kita akan tersedar, jangan hanya pandai berbalah sesama sendiri...bangunlah wahai anak bangsaku, tunjukkan yang kita bersatu....

Fiza Rahman said...

Biasalah tu kak. Tak hormat lagu kebangsaan. Berat vontot nak bangun.

Tapi kan kak, dorang ni nama jer dok m'sia, tapi bahasa kebangsaan pon tak tau. Langsung tak faham pon ada.

Penjejak Mimpi said...

Itulah pasalnya.. kalau bicara pasal hak.. ambuih bukan main lantang menuntut itu dan ini..
Yang tak hormat lagu kebangsaan dah satu hal.. yang mempersenda lagu kebangsaan dah satu hal..

Menyampah bila tengok keadaan macam tuh!!

makchaq said...

Melampau betui sikap depa... makchaq belum pernah lagi tengok situasi macam kak zakie kata ni..
Tapi pernah la tengok anak2 muda bangsa kita dok gelak2 buat lawak bila lagu kebangsaan dimainkan..

lieyalatif said...

mereka sudah lupe tu kak....kan kite senang lupa....rasenye kempen2 kenegaraan..kempen sayangkan negara kene pertingkatkan lah.....jati diri sayangkan negara semakin pudar dlm setiap rakyat sekarang.....

Mizz Aiza said...

aiza perasan pernah juga jumpa begini (tapi tak semua).. seolah-olah lagu kebangsaan malaysia itu hanya untuk orang melayu saja.. sedangkan mereka juga rakyat malaysia..

mysha said...

Diorg tu kurang peka kak.. takpun mmg pekak hehehe

Shaiful Zaidi said...

masih ada ruang untuk menerapkan rasa kecintaan kepada negara khususnya kepada generasi muda.

Unknown said...

sll diambil remeh yer... huhu...

ummiross said...

Betul tu Kakzakie, sikap acuh tak acuh, mau tak geram kan.
Kena terapkan lebih banyak dalam sistem pendidikan, semangat cintakan negara dan perpaduan.

JunAina said...

Mana2 pun ramai yang berperangai sebegitu... Tak faham arahan ataupun memang saja nak tunjuk besar kepala.

Anonymous said...

mendalam sungguh n3 ni kak !

norhidana said...

huhuhui selalunyer mmg ramai yg perangai gitu kak... saja tak nk amik tahu... bt2 tak tau yg kene berdiri time ada lagu2 tuh... teringat masa pg konvo maktek thn lps... masa ada lagu negaraku...semangat kami berdiri sama2 tp ttp ramai yg bt tak tau je

ct shah said...

saya rasa mereka tak hormat langsung lagu kebangsaan tu.tapi bila cakap pasal hak,pandai pulak.huh!

nadia rashid said...

sekarang ni lantang benor mintak hak itu ini...sebab ada yang membela...

azian said...

as salam...
mamazakie sihat?
alah kak zakie...kat sini pun kl nyanyi lagu uitm tu ade jek yg dok soseh2...yan ni kl tiap kali nyanyi lagu uitm,mesti rasa nak nangis...(perghhhh...penghayatannnnn....kikiki)

aizamia3 said...

bukan lama pun nak kena berdiri.. ;)
tak banyak sikit.. hormatlah..

aizamia3 said...

psstt: kalau dekat, saya hantarkan dak Nuha tu ke sana kak.. ;)

Qhaifa Nur said...

sebenarnya malas nak berdiri tuh kakzakie..ada lagi yang macam gitu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tu baru lagu kebangsaan yg tak dihormati... yg sedihnya bila Azan dilaungkan pun reti nak menghormati apatah lagi melangkah kaki ke masjid tu ....

Aziela said...

Kalau nak bincangkan soal mereka menginjak kita, memang rasa nak segera menghalau langau2 nie dari tanah Merdeka nie.

NoEn said...

selalu nampak suasana gitu kak...tak tahu nak kata ape

Uncle said...

Saya juga sedih dengan mereka ini yang tidak tahu menghargai. Tapi apabila mereka ke luar negara, secara automatik mereka akan mengikuti undang2 negara berkenaan. Amat menyedihkan!

Myra Jay said...

Lagu kebangsaan dan lagu negeri tud ari sekoalh dah diajar dan dididik untuk menghormati, tapi tulah dengan generasi sekarang kan..

Moga tak terus dilupai :D

AtieYusof said...

Tensen kan bila ada juga bangsa kita sendiri yg buat2 tak paham arahan..bukan nya susah pun nak berdiri tegak sekejap tak sampai pn 5 minit..klu bkn kita yg hormatkan bangsa kta sendiri, siapa lagi?? huhu...sedar lah!

Unknown said...

bila rasa diri diaorg besar sgt..nak hormat lagu negara sendiri pon tak mahu dah..haishh..tak tahu la ngan rakyat negara kita ni..takde semangat kenegaraan langsung..

Cho Zila said...

anak kecil main api... terbakar hatinya yang sepi.. airmata darah bercampur keringat.. bumi dipijak milik orang...

HeNRieTTa JoSe said...

Btul tu...rietta pown gram....dekat penang lg menjadi jadi....risalah event dlm negeri..rata rata bahasa dia....mmg bangsa kita xsempat rebut peluang tu semua, sebab tidak bisa membaca bahasa dia....tpi bila event patriotik, mmg tanda hormat tiada...

Pss....rietta lalu pintu masuk water park, sebelum smpai ke kolej...nmpak menarik....tpi, rietta tiada masa lapang....mungkin di laen kali....

Unknown said...

tau takpe. yang reti pun kadang2 saje je sebab malas .

Unknown said...

setuju sgt tu kak... tp tula.. masih rmai yg x ingt... & lupa..

Rinna said...

Melayu mudah lupa..bukan tak tau tapi wat2 tak faham aje.. dia org nie..

Unknown said...

hmmmm... sedih tgk situasi mcm ni kan kak.. moga kita x tergolong org yg mcm tu.. in shaa Allah.. malu la kan dgn budak2.. huhu..

Unknown said...

hurm..dah banyak kali juga menghadapi situasi yang macam ni..sekurang²nya tunjuk lah rasa hormat kita pada negara..tapi x semua berpikiran sama macam kita pk..
laen lah kalo pada anak kecil yang umur nya setahun jagung..yang x mengerti langsung..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

kurang kesedaran sivik dikalangan mereka.. huhu

nazayiena said...

x tahulah diorg nie,xde rasa malu ke tgk org lain berdiri memberi tanda penghormatan diorg buat dek je....

faraherda.razalan said...

Geramkan kak? Nak tunggu lagu kebangsaan komunis, baru nak hormat? Sekali tak hormat, terus kena tembak ms tu jugak. Nak kena bt mcm tu le kot?

Unknown said...

terus terang cakap.. saya tak menyokong parti yang memerintah.. tapi saya masih ada semangat patriotik..sbb saya sayang negara saya..

Hudalatip said...

Entah la kak...Benda simple tapi diaorang susah nak paham...

nohas said...

kurang kesedaran sivik..bagi mereka itu sekadar lagu saja..

lepas tu kena nyanyi lagu ni "satu dua tiga lekuk, siapa duduk aku ketuk"

Acik Erna said...

tidak tau menghormati tu kakzakie

Tengkubutang said...

hemm.. sikap tu yang selalu kita nampak kan..

Unknown said...

PM selalu jumpa pelanggan yang rasis , rasa nak lempang jer...

Nastyna said...

Syarat utama untuk mendapat taraf warganegara bukankah harus fasih berbahasa Melayu, kalau itu pun tak mampu, mmg tak layak la berdiri di bumi Malaysia. Melayu kita terlalu sopan mungkin? Sangat menghormati tetamu ;)

inazamri said...

bukan tak reti or tak paham.tp mmg malas n kurang ajar la camtu.tatau hormat lgsung lagu kebangsaan.

Kakzakie Purvit said...

Sebagai warganegara kita memang rasa berbuku di hati melihat mereka yg tak hormat etika negara. Namun semua ini tidak mudah utk mengubah andai ianya tidak lahir dari dlm diri sendiri. Pihak bertanggung-jawab kena lebih peka utk menangani ini kerana kakak rasa masa akan dtg akan lebih parah.

Terima kasih komen diberikan dari semua:-

Sue Bee, asyifa mustaffa, Ayu azmir, Sura Mohd, :: Mrs.Eady ::, (Lizz) http://haslizalizz.com/, pena rozie, Eye_nee, Fazleyatul Aini, ummuaidan, Puan Kutu, redza, harumankasehvee, PeRdU cINta, Knor, Dr Singa, lia, *SiRibenMerah, hainom OKje, Fiza Rahman, Penjejak Mimpi, makchaq, lieyalatif, Mizz Aiza (Dunia Kecil), mysha, Shaiful Zaidi, izan mama mia, ummiross, JunAina, Kesuma Angsana, norhidana miswan, ct shah, nadia rashid, azian (sepatutnya memang gitulah Yan - ada penghayatan), aizamia3, Qhaifa Nur, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)(yg itu laaagi sedihkan yati), Aziela, NoEn, Uncle, Myra Jay, aTieYusof Family, mama_ka0ri, Cho Zila, HeNRieTTa JoSe, syuk shusuke, Queen Teratai, Rinna, Deqla Manjew, Aiza Hamdan, ♥ Cmª shIemª ♥, Nazayiena Ayiena, faraherda.razalan (agaknya Fara, baru puas), Rai Ourkizuna (ye tak kira sokong pemerintah atau tak negara milik kita semua),Nurulhuda Abdul Latip, nohas, Acik Erna, tenku butang, Papa Mifz, Nastyna (tak semestinya Nas. Itulah sebab agaknya jadi macam tu), inazamri (pada kakak pun macam tu Ina).

Terima kasih semuanya sekali lagi dari kakak. Bersama kita renungkan hal ini..

ANIM said...

pada pendapat saya kan kakzakie, sebab kat johor tu depa tengok siaran TV singapore. area rumah emak saya tu, boleh dikatakan sejak kecil duduk bersama, memanjang siaran TV singapore depa bukak...semangat nasionalisme tak de..huhu

Masya said...

ermm ssh kalau xde kesadran diri.. anak sy baru belajar menyanyi lagu negaraku..

Mummydearie said...

Bila menuntut hak, pandai pula minta diberi sama rata tapi perkara yang simple pun mereka ambil mudah. Kata seorang kawan, "Kami bukan tak suka kerajaan yang ada, kami cuma mahukan hak kami diperjuangkan!" Entahlah!

wanariahamiza said...

Saya baca entri ini, cuba dihadam. :)

Mia Kassim said...

Sengaja untuk tidak faham tu kak...anak2 kecil pun tahu hormat, ni kan orang yang jauh lebih dewasa...sepatutnya lebih peka kan kak...huhu