Saturday, November 16, 2013

Cuti sekolah sudah bermula

Hari ini cuti sekolah hujung tahun sudah bermula. Hari ini juga tidak kelihatan lagi anak-anak yang selalu bangun pagi terus mandi, solat dan bersiap ke sekolah. Sebaliknya bangun pagi masuk ke bilik air bukan mandi tetapi sekadar berus gigi, berwuduk dan solat subuh. Habis solat menuju semula ke bilik, sambung mengulek mimpi. Melupakan kisah sekolah untuk seketika. Tahun hadapan kelas lain akan diduduki pula.

Kereta Kuda - Anak-anak paling gembira dapat menaiki kereta kuda ini. Aku rasa selain memancing ikan, kereta kuda inilah yang paling menarik tumpuan anak-anak.
Dua hari lepas sekolah adik mengadakan majlis anugerah cemerlang. Adik tidak cemerlang tahun ini sekadar sama-sama memeriahkan suasana. Berbagai acara diadakan seperti tarian, jualan amal, permainan dan sebagainya.

Contingent - Dalam pada tidak dapat naik pentas untuk mengambil hadiah tahun ini kerana keputusan yang merudum, dapat pula jadi ketua contingent perbarisan. Gelihati mama/papa dibuatnya sebab biasa ketua dilantik dari kalangan murid tahun 5 atau 6. Ligat juga adik sebenarnya hingga gelap muka kerana seminggu berlatih.
~~ Bukan semua yang kita mahu akan dapat diraih dengan mudah. Ada kala ujian datang tanpa diduga mungkin untuk mengembalikan kesedaran diri yang terlalai seketika.~~

43 comments:

Aisy Nasiha said...

Wah..jadi ketua kontigen ye...tahniah adik..mesti bagus ni.. semangat yang paling penting.. kalau bersemangat buat apa je boleh nampak hasil yang baik..

AtieYusof said...

Salam Kak..
Adik ada bakat jd pemimpin tu kak..tgk kecil2 dah di lantik jd ketua kontijen...:):)

Mizz Aiza said...

aktif adik, tahniah adik menjadi ketua contingent.. selamat bercuti dan selamat berhujung minggu kakak..

NEKCIK said...

Semuga bakat kepimpinan adik semakin mnyerlah dewasa nnti ye dik...syabass!!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam kakzakie.... ada talent jadi pemimpin ni kak.... Selamat bercuti bersama keluarga ;)

Sura Mohd said...

Cuti sekolah..bermakna kena ada banyak stok makanan kat rumah..:)
Bagusnya adik dipilih jadi ketua contigent..setuju dengan akak..ujian datang untuk menyedarkan kita..:)

Unknown said...

zee boleh tarik nafas lega kak sebulan lebih ni sebab tak yah nak kejar2 masa dah..heheheee

aktif jugak la adik dapat jadi ketua kontijen...takpe la kak..moga tahun depan adik terus cemerlang..kekadang perlu jugak kita jatuh supaya lain kali kita tak lalai..pepon gus luck adik..selamat bercuti..

OKje said...

Samalah dengan TLBD kanda...muka dah jadi tent dek masuk perbarisan tempohari hehe tak hilang hilang lagi....
Tak pe le kanda... adik baca tak blog kanda ni?...mesti dia terpukul bila kanda banyak kali highlight pasal result dia yg merudum baru baru ni hehe...
kalau TLBD langsung tak de rasa dicabar kanda ...hehe

ibuintan said...

tahniah buat adik.. tak semestinya tak naik pentas tak cemerlang kan, adik...

adik ajak mama pergi mana cuti ni?

ANIM said...

kakzakie..2 hero saya lak lepas solat subuh, ngadap tab ajalah..huhu. bagi chance jap..

p/s adik ada bakat jadi pemimpin tu,in sha Allah.

Acik Erna said...

Tahniah adik..adik akan sentiasa cemerlang

Kayu Manis said...

Ye ke thn hadapn kena pulunlh adik....ada bkt jdi pemimpin ummah tu..biar anak perempuan akak yg kecil ini tgkas..klu yg lain2 lmbut je..msih kecil utk di nilai kebolehan anak..kita nk begini..esok2 jadi begitu.semoga adik trus cemerlg..

Anonymous said...

tahun depan, cuba lagi...

hehe.

LYAfrina said...

selamat bercuti adik..
tp lah kalo x dpt anugerah kecemerlangan pon..asalkan berjaya kan..

nohas said...

Saya pun dulu mcm tu juga, qada' tidur masa cuti sekolah..hehe..

bagus jd ketua, cikgu nampak adik ada bakat kepimpinan...

ummiross said...

masa zaman2 kita sekolah dulu2 pun rasanya macam tu juga, lepas solat subuh ambik peluang tidur balik.
Betul Kakzakie, hidup ni ada turun naiknya,kadang-kadang sedikit kekecewaan menjadi pencetus semangat untuk terus berjuang.
Segak adik dengan uniformnya tu Kakzakie, pasti jadi kenangan manis adik dapat jadi ketua contingent perbarisan.

Umialya said...

Tahniah adik, bukan calang2 orang dapat jadi ketua.

HeNRieTTa JoSe said...

Tahniah adk....wlau tidak dapat hadiah kecemerlangan, adik tetap berjaya jd ketua kontijen...bukan clg clg org layak jd ketua...

Unknown said...

aktifnya dia :)xpe....tahun depan usaha lagi supaya dpt jadi pelajar cemerlang :)

Unknown said...

syoknya jadi budak2 sekolah...... horeyyyy cutiiiiii

Unknown said...

PM tidak berapa suka berjalan pada musim cuti sekolah kerana confirm pack dengan pengunjung setiap tempat yang dilawati...hehe

KakNi said...

Yay! cuti sekolah!

Sarah Talib said...

Aktif adik kat sekolah sebab tu cikgu pilih dia jadi ketua...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...selamat bercuti sekolah adik2 semua..;)

wanariahamiza said...

Cuti sekolah ni, macam-macam boleh dibuat. Cuma, perancangan kena betul dan teratur. :)

Cik Ai said...

wah..bagus lah adik :)
dah ada tokoh jd pemimpin tu..
time cuti2 sek ni lah nk jalan2 ye dak :)

nurbijen said...

best nyer dah mula cuti sekolah...
suka dgn ayat kakak yg last tu :)

Puan Kutu said...

ayat terakhir upama pujangga yang terslit begitu byk makna..adik hebat juga jadi ketua kontijen.walau macam mana pun keputusan adik, kita sebagai ibu bangga kan kak zakie cuma nashat utk lebih cemerlang tak pernah lekang la dimulut..

Shaiful Zaidi said...

Selamat bercuti buat adik.. Tahniah adik aktif dlm koko..

Unknown said...

Mcm Aziz juga adik ni, tahun ni agak merudum sb bnyk ikut aktiviti sekolah. Tahun dpn kena serius sikit sb nak upsr.

aby said...

salam kz ..
podo karo farish ..
orak entok hadiah tp ngawe persembahan jugak masa dino akhir sekolah ..
balik ngowo jugak hadiah ..
tp hadiah cabutan bertuah ..
hu..hu..

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..alhamdulillah adik kuat semangat..bersemangat adik ye..pandu puterikan..hehe..setuju kak..tidak mudah untuk kita perolehi apa yang kita ingini..perlukan usaha yang gigih..doa yang berterusan dan tawakkal dalam erti kata sebenar..tapi tak ada yang mustahil bila Allah kata kun faya kun..amin..

izzah said...

cepat masa berlalu kan akak...jap je dh ujung tahun...jap je dh cuti sek...time untuk bawak anak2 gi jln2 cuti2 sek ni...hehe...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam K.Zakie..
teringat time2 waktu sekolah dulu..aktif perbarisan. mmg muka,tangan legam teruk..

seronoknya nek keta kuda.. hiih.. nmpak adik kat situ.. ketua contingent yer!

Kakzakie Purvit said...

Sekadar menjadikan ianya sebagai memori bila dia besar kelak. Tahulah bagaimana dan apa kegiatan ketika usianya 10 tahun.

Terima kasih semua teman-teman kakak yg sudi memberikan komen:-

Aisy Nasiha, aTieYusof Family, Mizz Aiza (Dunia Kecil), NEKCIK, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Sura Mohd (betul Yati, kena anak-anak kakak lagilah mereka dah pandai masak sendiri), Zee Suhaini (kalau nak pagi dan kena siapkan anak-anak ye Zee), hainom OKje (kadang dia baca juga blog kanad ni tau dinda - biar dia tahu), ibuintan, ANIM (kadang anak dara kakak pun sama macam tu juga Anim), Acik Erna, Knor, Rapunzel Cikilolo, LYAfrina, nohas, ummiross (kakak dulu taklah ummiross, sebab kami dah biasa ada tugasan selepas bangun pagi), umi alya, HeNRieTTa JoSe, cik didiey, MystoryPic, Papa Mifz (bila anak dah sekolah masa cutilah peluang utk jalan PM. Kelak kalau Mifz dah sekolah terpaksa jalan masa cuti juga), KakNi Sihat Cantik, Sarah Talib, Mas Zull, wanariahamiza, Cik Aini, nurbijen, Puan Kutu, Shaiful Zaidi, zana fahmi, aby, PeRdU cINta, izzah, ♥ Cmª shIemª ♥ (bebudak ramai yg tunggu giliran naik kuda ni Cma).

Terima kasih sekali lagi dari kakak:)

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

adik memang berbakat ni...suara mesti lantang & kuat kalo jadi ketua kontinjen ni kan kan kak...
Selamat bercuti dik...

Anonymous said...

apapun tahniah buat Adik ada ciri2 kepimpinan yg baik adik ni..

azian said...

sila jemput ke jengka cuti sekolah ni ye...hihi

lelamaisara said...

sekarang dah cuti sekolah boleh la bawak anak2 jejalan kan...:)
tahniah le buat adik ade ciri2 kepimpinan....:)

Unknown said...

best kalo dtg keje time cuti skolah.. lengang je jln..hihi.. selmt bercuti adik..

Nor Azimah Ali said...

yalah kzakie..setuju dengan sura muhd, cuti sekolah ni stok makanan kena bergandala, jap-jap..ibu laparla.. rasanya baru jap diorang habis makan, aikk..dah lapar balik.

sampaikan salam buat adik..moga jadi anak yang solehah..

Mummydearie said...

Biasalahkan KakZakie, ada turun naik dalam hidup ni. Mesti anak akak gembira dapat jadi ketua kontijen :D

Ibu Lala said...

X cemerlang tahun ni dpt jd ketua kontinjen kira ok la tu