Saturday, November 9, 2013

Mencari arah

Sedikit terpempan..
Slot memotivasikan diri menusuk hati
Mencari-cari kedudukan diri sendiri
Motif berblog untuk apa?
Untuk menunjuk apa yang ada?
Untuk memberitahu kegiatan diri?
Ada rasa bangga?
Riak?
Ujub?
Masya-Allah!!

Berani tunjuk muka bangun tidur?
Bimbang dikata tidak cantik?
Takut dikata tidak kacak?
Paparan semua indah belaka
Sembunyikan semua yang duka lara
Tutup segala yang hodoh
Hipokritkah itu?
Astaghfirullah!!

Sejenak memikir
Ke mana hala-tuju
Mahu berkongsi kisah?
Dikata menjaja cerita
Mahu dikenali?
Tidak terlintas walau sekali
Mahu dipandang hebat?
Belum terlintas di hati
Untuk apa semua ini?
Allahu-Akbar!!


 ~~Aku termangu seketika~~


52 comments:

TiranaAduka said...

salam bakyu
Jeru maksud keyei..
Mugo di paringi waras..sak kabehhan ney..
Ono bakat terpendem juga bakyu ku keye.

Unknown said...

salam sabtu kak..
sama2 kita kerja yer..

Umm AA said...

kadang terpikir gitu jgk kakak...motif utama berblog nie..kdg risau, tp bila seronok menulis..lupa lak kerisauan tu..
tp kalau utk mncr nama atau dikenali tuh tidak sekali lah...mungkin sbg sedikit pengisian ms n menjana minda tuk menulis...

Unknown said...

Sama dengan Shakira, kadang2 terfikir juga.. :)

Macam Cantik Je..Macam Comel Je..

Unknown said...

Tapi zura selalu dapat ilmu dan muhasabah diri di blog akak~
InsyaAllah, bermanfaat jugak untuk orang lain.

Kak, terima kasih yer. atas penerangan untuk fakta pertama n3 zura haini. memang mengharap akak yang bagi penjelasan untuk fakta itu. hehehehe.

AtieYusof said...

Sy sebab suka menulis..InsyaAllah tak terpesong dr niat tu..bila berblog ni dpt jg timba ilmu..belajar apa yg patut dlm usaha sy memperbaiki diri....moga dijauhkan dr sifat riak atau pn berbangga diri.. tq kak sbb sntiasa mengingatkan..

gadisBunga™ said...

saya berblog sebab mau platform untuk bercerita je. sama ada dengan gambar atau tulisan.

risau taruk gambo muka time hodoh? tak...sebab muka time tak cantik saya ada je kat blog orang lain. takpe je. sebab memang dah gitu rupa saya. heheh.

Puan Kutu said...

Sama2 kita fikirkan kak zakie

mama maman aka yana said...

yer kak... byk kali terfikir.. risau diri terbabas.. dan pernah tersentak malu bila berbicara ngan teman yg bc blog sy.. rasa serba salah dan malu sgt...

Sarah Talib said...

Apa yang kakzakie kata tu memang betul....yang penting keiklasan.

Chot said...

untuk apa? haha..entah. lost kadang2..

Mizz Aiza said...

salam sabtu kakak.. betul tu kakak.. aiza pun terfikir juga..

Unknown said...

Semalam tengok halaqah tv9... terfikir juga kak... tapi dalam diri selalu untuk mengelakkan rasa untuk menunjuk2 atau bangga diri.. mungkin kita tak rasa begitu tapi coretan kita menampakkan kita begitu atau begini.. walaupun tujuan kita untuk lain.. ermm...

ummiross said...

Ummi pun selalu juga terfikir begitu Kakzakie, sebab tu bila buat n3 kadang2 berkali2 perbaiki, takut ayat2 disalah tafsir.
Sama2 kita berlapang dada, anggaplah blog sebagai tempat perkongsian rasa, penjalin ukhwah sesama kita, jika tidak berblog mana mungkin berkenalan dengan Kakzakie dan lain-lain teman blogger. Jika Kakzakie menyepi, pasti hilang seorang teman maya yang sangat disayangi.
Blog juga tempat ramai mencari rezeki sampingan, penjana ekonomi bagi umat Islam secara kecil-kecilan. InsyaAllah moga ada keberkatan.
ps:ummi pun ada niat nak berhenti berblog ni, lately ni sibuk memanjang, hehe..

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..betul kak jua selalu juga terlintas macam tu..bila nampak follower bertambah senyum..sedangkan azan asar sedang berkumandang..kufur nikmat ke aku ni..lebih banyak jua bercakap takut makin banyak jua buat silap..biasanya macam tukan..owh sangat takut..takut buat orang terasa..itu pun dosa juga..kecilkan hati orang..apa pun kita berbalik pada niat kan kak..moga Allah restu apa yang kita lakukan..

Mia Kassim said...

Terima kasih atas peringatan tu Kak....alhamdulillah setakat ni belum terpesong daripada tujuan asal berblog... :D

BinMuhammad said...

Tepuk dada tanya selera...
Segalanya datang dari hati. Jika niat kita baik dan ikhlas...Insyaallah baik juga dapatnya. Perlu tahu garis sempadan agar tidak sebaliknya pula yang kita dapat...

Wallahualam...Allah jua maha mengetahui.

Anonymous said...

sama la kite...

terfikir adekah perkongsian ni skdr untuk menunjuk-nunjuk atau memberi manfaat pada orang lain.

terima kaseh atas renungan...

nohas said...

InsyaAllah, byk ilmu dunia dan akhirat boleh diperolehi dr blog. Teruskan menulis, kak..kdg2 pengalaman org lain menjadi pedoman, motivasi, panduan bagi orang lain..keep up a good work..

Azlan Strider said...

selamat berhujung minggu kak..3-4 kali jugak sy baca entry ini untuk paham betul2 apa yang akak cuba sampaikan..tq sebab ingat mengingati kak.. :)

Regards,
-Strider-

Unknown said...

biasanya kita tidak mampu hendak memuaskan hati semua pihak...

wanariahamiza said...

salam ziarah hujung minggu sambil baca entri akak. :)

Nastyna said...

Kadang bila terlalu teruja untuk berkongsi cerita, lupa akan impak penulisan itu. Draft saya hampir sama banyak dengan posted entry sebab tulis2 tapi risau nak publish, so simpan jer la situ.

asyifamustaffa said...

Ikut niat..juga kata hati kita kan kak....kdang...ada je sy tepikir mcm tu...terpulang juga pada orng yg menerimanya....

nadia rashid said...

betul kak..kadang nak menulis pun datang rasa takut-takut timbul rasa riak...contoh macam sy..dulu suka lah share apa2 yang dimasak sendiri di FB..mungkin terlalu kerap memasak mungkin..ada yang menyindir...entah lah...terpulang lah pada niat kan..dan terpulang pada penerimaan...wallahualam

NEKCIK said...

Itu terpulanglah pada niat masing masing..mungkin ada yg dapt mmngambil iktibar atau panduan dari blog kita...janji jgnlah kita mendabek dada..seolah olah semua kita tahu...nekcik suka kongsi pengalaman sendiri dansekurang kurangnya mengaktifkan minda...terpulanglah cara kita mengendalikan nya..Allah berikan kita aqal dan fikiran..so gunakan lah sebaik mungkin...ilmu pun tak semestinya ilmu ugama..setakat sepinggan nasi goreng yang di ajarkn jugak ilmu!!

Umialya said...

Saya menulis sekadar suka2 & untuk tatapan anak2 di masa akan datang, langsung tiada riak & mahu menonjolkan diri di khalayak ramai tapi sebagai seorang insan biasa, mungkin ada juga salah silapnya, itulah amat mengharapkan teman2 alam maya perbetulkan @ sila beri teguran sewajarnya..

Kayu Manis said...

Akak sama mcm nor...selalu berfikir begitu..betul kta2 ummiros tu...
suami selalu jadi rujukan saya..dia selalu pesan ...boleh berblog...tapi bermanfaat dn yg paling penting Allah redha.

insan marhaen said...

IM menulis kerana suka menulis. Kerana mahu mengabadikan kisah-kisah hidup IM dalam bentuk tulisan supaya boleh dibaca oleh oleh anak cucu nanti. Kerana merasakan tulisan IM ini akan menjadi berharga setelah 20, 30 atau 50 tahun nanti..

Agaknya....

BERT said...

ikut pada niat masing2 kak..moga kita dijauhi dari perasaan riak dan ujub... kadang2 terlajak dan terfikir juga apa yang saya buat tu betul ke...

memmetlenggeng said...

Kak, dunia ini penuh dengan macam-macam orang. Yang riak dengan rupa, yang riak dengan harta benda, yang riak dengan pangkat, yang riak dengan anak-anak pun ada. Saya jadikan puisi akak ni sebagai peringatan untuk diri sendiri, agar membuang jauh rasa riak dan sombong dalam dunia blog ini. Terima kasih kak

Cik Ai said...

rs terkedu sekejap bila baca entry akak tu..bila pikir2 kembali rsnya berblog ni sj sekadar nk coretkan pengalaman seolah2 diari..tiada lgsg nk bermegah atau berbesar diri :)

selamat hari minggu kak :)

Nor Azimah Ali said...

bermula amal itu dengan niat...maksud hadis

kita minta dengan Allah agar pelihara hati kita selalu..kerana kita bukan siapa-siapa...

mummY daniSha said...

renungan yg simple tp mendalam =)

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

tersirat makna disebalik kata2.
sebulan blog cma kosong tanpa entri..memikirkan apa motif cma menaip kat sini..skrg cma dah tau :)

cma sendiri akui. kadang2,bila share pengalaman diri ada yg kata penulisan kita seakan menunjuk.terpulang pada allah yg maha mengetahui :)

thanks akak mengingatkan cma..
salam weekend bt akak sekeluarga :)

Anonymous said...

apa pun yg kita tulis , jgn sampai " menelanjangkan " diri serta ahli keluarga kita ...

Shahrul Yusof said...

Walau apapun tujuan berblog, kita perlu tentukan niat di hati kita bertujuan ke arah kebaikan terlebih dahulu.

Bunda_nora said...

Assalam, pernah juga berfikir begitu...banyak kebenarannya ..bila difikir2kan balik tujuan asal terlibat dialam maya ini hanya suka2 dan mengisi masa lapang, hanya untuk berkongsi info dan pengalaman juga meramaikan kenalan...bukan untuk berlumba2 mencari populariti..

Maka tiada tekanan di situ..... menulis sekadar ada idea dan info untuk berkongsi...tanpa mejurus terlalu taksub dan membawa kearah lalai dan alpa...

Dan masih berpijak dibumi nyata , dialam realiti... InsyaAllah...

Cik Rose said...

Assalamualaikum kak.. selamat pagi..Ros pun menulis blog sekadar untuk dijadikan kenangan, panduan diri Ros sendiri... tak terniat nak membangga atau menunjuk.. Apa pun, smeuanya bergantung kepada niat masing-masing.. akan ada yang suka, dan akan ada yang kurang gemar...

Kakzakie Purvit said...

Harapan kita semua moga entri-entri kita tidak disalah-anggap. Apa yg kita tulis sebagai perkongsian. Mana yg baik jadikan teladan yg tidak baik jadikan sempadan.

Terima kasih semua yg sudi menitip komen di sini:-

TiranaAduka, Zee Suhaini, ummuaidan, NURSHAKIRA ABDUL HALIM, Nafira usof, aTieYusof Family, gadisBunga™, Puan Kutu, mama maman aka yana, Sarah Talib, Chot, Mizz Aiza (Dunia Kecil), acik idah (kakak terpanggil buat ini sebeb tengok halaqah itulah Idah apa yg Prof Muhaya katakan), ummiross (kalau yg jadila blog sebagai bizz totally tak samalah ummiross), PeRdU cINta, Mia Kassim, Bin Muhammad, Rapunzel Cikilolo, nohas, Azlan Strider, Papa Mifz, wanariahamiza, Nastyna, asyifa mustaffa, nadia rashid, NEKCIK, umi alya, Knor, insan marhaen, BERT, memmetlenggeng, Cik Aini, Nor Azimah, mummY daniSha, ♥ Cmª shIemª ♥, harumankasehvee, Sylarius Yusof, BUNDA a.k.a KN, ros_reeza.

Bersama kita jadikan medium blog sebagai berkongsi. Andai terlajak harapnya segeralah kita berpatah balik sedarkan diri kita.

Maaf dan terima kasih sekali lagi dari kakak.

wawa syaida said...

semua bergantung kepada niat dan motif masing-masing...kita sendiri mencorakkan halatuju apa yang kita lakukan

Myra Jay said...

Renungan bersama..
TQ kak :D

Angah said...

menulis perkara-perkara yang baik, yg boleh org jadikan panduan, insyaallah dapat pahala sedekah jariah

The Unknown said...

Salam Kak,

Saya langsung tak punyai motif berbelog...

Saya berbelog sebab boring di opis kerana kat opis hanya boleh buka blogspot, website lain semua dah diblock.

blog sy juga tak punya pengisian... saya hanya update berkenaan hobi saya je. :D

haryati said...

bukan untuk menunjuk2 tp sebahagian dr hobi, dan apa yang diceritakan kat blog pun sekadar tuk simpanan esok2...

Unknown said...

InsyaAllah selagi niat kite betul..yg pnting ikhlas...

Anonymous said...

yg penting kita ikhlas berkongsi apa yg terbaikkan !

ANIM said...

apa yang kita niatkan, itu yang kita dapat..
saya berpegang pada prinsip itu. saya pernah nak stop blogging.sampai ke mekah saya bawa doa saya supaya Allah tunjukkan jalan:-))

HeNRieTTa JoSe said...

Asalnya rietta berblog, utk catatan diari peribadi...semuanya private sahaja....tpi selepas rakan rakan asik mohon gmbar yg rietta ambil...rietta upload di nlog, dan mnta dorg download sndiri....dan selepas itu, mula bw dan berjumpa rakan rakan....rietta menjadi sronok bertemu rakan baru...walau hanya secara maya....tiada niat nk menunjuk nunjuk ataw cr publisiti...cuma utk berkongsi cerita dengan rakan rakan....moga tiada yg berkecil ht dengan rietta....

OKje said...

Emmm....
Moga perkongsian cerita kita langsung tidak ada niat sekelumit pun untuk meraih murka Allahkan kanda...
Astaghfirullahalazim...

Unknown said...

nauzubillah.. mudah-mudahan kita dijauhkan dari sifat mcm tu.. deqla pun kdg2 byk kali fikir kak.. contoh nak buat entri penghargaan terima hadiah apa2 tanda terima kasih pun risau dikata riak..dikatakan nak tayang2.. hmm.. apapun tanggapan org, yg penting hati kita x mcm tu kan kak..yg penting nawaitu.

aizamia3 said...

Saya lebih selesa entry yang santai tanpa mengusutkan fikiran..