Friday, March 21, 2014

Ada lagi yang mencacatkan

Biarpun ada cacatnya namun kami sekeluarga bersyukur. Faham niat hati semua calon kalau boleh mahu semuanya 'A+' tapi andai itu yang telah disuratkan redhalah. Buat kami ibu-bapa sudah lebih bersyukur bahkan balik itu aku tidak lupa sujud syukur. Kalau dulu PMR dia pun hanya 7 'A' ada 2 matapelajaran mendapat 'B' yang  mencacatkan sijil (sejarah dan bahasa arab) kali ini satu matapelajaran telah mencacatkan sijil iaitu Additional Mathematic yang tidak mampu digapai sebagaimana harapannya. Matapelajaran Sejaran dan Al-Sunnah & Al-Quran yang dibimbangi tapi Mathematic pula yang mencacatkan. Redhalah..

Muslimah sekolah - Semalam aku berada di dewan ini bersama-sama mereka
Penolong kanan - Pengetua mengambil anugerah di Pejabat Pendidikan, oleh itu taklimat diberikan oleh penolongnya
Memandu - Masih mampu memandu sewaktu balik ke rumah semalam setelah mengambil seorang lagi anak di sekolah yang lain. Kini ketiga-tiga anak ku berada di rumah untuk cuti seminggu.
Aku tidak meletak sasaran tinggi. Apa yang kami mahu anak kami menjadi 'orang'. Bahagia biarlah di dunia dan akhirat. Kini dia kenalah beristikharah memilih hala tuju yang mana satu. Andai mahu memilih STAM tahun ini dia kena tolak semua tawaran yang diterima. Namun apa yang membimbangkan risiko mengambil STAM andai satu saja matapelajaran gagal bererti gagallah dan tahun depan terpaksa memasuki mana-mana tawaran dan rugi setahun. Keputusan Pra-STAM tahun lepas dia gagal kerana matapelajaran Tafsir dia gagal. Namun andai dia cemerlang STAM dia akan beruntung kerana STAM membolehkan dia tidak perlu mengambil diploma. Seandainya dia dapat asasi seperti yang dipohon aku tetap mahu dia ke asasi tersebut. Doakan yang terbaik. Semoga istikharah kami diberi petunjuk olehNya.

~~ Pesannya juga jangan mencanang kejayaannya bimbang ada setitik rasa riak. Jadi usah ditanya apa keputusannya. Terima kasih.~~
 

47 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tahniah buat anak Kakzakie... Alhamdulillah dengan kejayaan.. moga mendapat petunjuk yg baik untuk membuat pilihan ye :)

aizamia3 said...

Tahniah buat anak Kakzakie.
Moga apa yang dipilih dipermudahkanNYA..

Fazleyatul Aini said...

alhamdulillah dan tahniah
oklah tu 1 je cacat. saya dulu lebih dari 1 kikiki

zmarl (ibu) said...

tahniah kakak..

Kayu Manis said...

tahniah...tahniah..tahniah..bt anak k.zakie.
sama aje adibah pmr dulu pun 7A juga..

ye kami sekluarga juga redha..

hebat anak kakak klu ambil STAM.bkn semua org boleh ambil exam STAM ni,,in shaALLAH.doa ibubapa.nor juga mendoakan kejayaan .

Sura Mohd said...

alhamdulillah..tahniah kakzakie..sura tumpang gembira..bila ingatkan along nak spm tahun ni..sura pulak rasa takut..:)

saniahibrahim said...

Tahniah utk anak kakzakie,tahniah juga utk kakzakie yg mendidik ank mnjadi cemerlang.Thun ini gelaran ank sya pula nk amik SPM...stress je hri2 bila tepon dri hostel.

norhidana said...

tahniah utk anak akak, tak kisah lah berapa A pun yg mereka dpt, kita harus bersyukur n menyokong...mereka dh bt yg termampu kan... adik dana pun ada yg satu umur ngn anak akak nih...

Fyda Adim said...

apa-apa pun tahniah buat anak akak...

HeNRieTTa JoSe said...

tahniah buat dia....pilihan harus la ikut pada minat empunya diri...tapi bagi rietta asasi ataw diploma pown bleh dipertimbangkan...bimbang juga syarat STAM itu yea...xtahu pula rietta jika gagal satuy, bererti gagal...

Masya said...

tahniah... moga anak akak akan berjaya lbh cemerlang di masa akan dtg... lps ni masuk u pulak

kakrose said...

tahniah buat zakie dan anak.muga di permudahkan apa jua pilihannya

t.a.t.a said...

Alhamdulillah dan tahniah. Semalam ada kenalan beritahu yang anak dia tak dapat banyak A berbanding anak buah nya yang dapat semua A.

Saya beritahu dia, si anak dah buat yang termampu dan itu rezeki yang Dia sediakan untuk anak. Jangan dibandingkan keputusan anak dengan yang lain. Nanti dia kecil hati.

Acik Erna said...

Tahniah kakzakie dan anak..hero acik pun sedang kecewa dirumah..kena lah acik memujuk..walaupun tidak semua A..tapi..cuma ada a dan b sahaja..tambah baik lagi sebab ada + dihujung A dan B tu.
perjalanan masih panjang acik kata ngan hero..teruskan usaha bila dapat masuk kemana mna IPTA nanti.dimatanya sentiasa bergenang air..tu yang acik kesian tengok

Umialya said...

Tahniah, insya allah kejayaan sentiasa bersamanya, aamiin..

JunAina said...

Tahniah buat anak yang berusaha dan kedua ibu bapa yg mendidik.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Tahniah buat anak Kakzakie... Alhamdulillah.AStie lak yg makin risau sbb tahun ni anak atie exam SPM.Semoga brjaya..Aaminnn

Ujie Othman said...

Tahniah! Add math mmg susah pun kak..

Ckp psl STAM, alhamdulillah anak sedara dpt pelajar terbaik johor utk result STAM baru2 ni. Dia mmg tak apply memana U semata2 nak amik STAM, walaupun result spm dia sgt cemerlang. Kami mak2 sdara ni risau gak pd mulanya. Tapi dah impian dia nak amik STAM, biarlah.

SITI NOARIZAH ARIS said...

Tahniah utk akak dan ank akak..thn ni giliran ank sy pulak giliran sy berdebar mcm kak zakie.

Tie HT said...

Semuga berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat..insha Allah

ummiross said...

Tahniah buat anak Kak zakie dan kak zakie serta keluarga juga. Moga tercapai cita-cita anak Kak zakie, moga Allah anugerahkan yang terbaik untuk nya.

Umm AA said...

Tahniah buat nurianne (yer?)..inshaallah kakak walapun ade cacat sikit UAA rs dia akan mendapat tempat yg terbaik untuknya jugak..pastinya perancangan Allah lebih baik kan..:)

Hanis Azla said...

As-salam kak zakie..

Alhamdulillah.. tahniah utk anak kak zakie dan kedua ibu ayahnya.. semoga anak kak zakie akan terus cemerlang di dunia dan akhirat.. semoga segala urusan selepas ini akan dipermudahkan.. insyaALLAH..

Muja.. said...

Sebagai anak semestinya mahu mendptkan kptsn yg cemerlang. Utk diri sendiri juga hadiah buat ibu bapa.

Tapi jikalau x tercapai matlamat itu bknla beerti kita sudah kecundang.

Ramaikan kak org2 diluar sn yg peperiksaan mereka tdk cemerlang, tp kesudahannya mereka lg cemerlang dgn org yg straight A.

Sbg mak bpk semestinya kita akan menyokong pilihan anak2. Juga kena pandu arah mereka juga kan.

Tahniah buat anak kak Zakie..

OKje said...

Tahniah kanda.....
Walau apa pun keputusannya serasa mcm dah terlepas satu beban walaupun bukan kita yg ambik pereksakan kanda hehe

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah buat anak Kakak. Semoga berjaya dunia dan akhirat.

Mizz Aiza said...

alhamdulillah.. thniah kepada anak kakak.. semoga beliau etrus success.. :D

Unknown said...

Alhamdulillah...berjaya anak akak..tahniah

Eye_nee said...

Usaha dan kejayaan yg termampu dimilikinya setelah berhabis berusaha..Tahniah buat dia...cemerlang dgn keputusannya..Jika yg satu itu mencacatkannya...Lihat yg cemerlang selebihnya tu...TAHNIAH...

paridah said...

tahniah kakzakie...kejayaan anak2 adalah kejayaan ibubapanya...walau ada sedikit cacatnya terima seadanya dgn amat bersyukur sekali...kejayaan seterusnya pasti menyusul lagi...

Unknown said...

Tahniah.
Anak mama dpt 5A, radhalah. Kena bgtau sbb selalunya result anak yg tinggi2 ditulis juga.
Mama ingin anak mama ke darul quran jakim walau tak berapa pandai mengaji. Amin.

NEKCIK said...

tahniah dan bersyukurlah dgm apa yg diraih..insyaallah masih bnyak lagi kjayaan menunggu

Mia Kassim said...

Alhamdulillah...tahniah untuk anak kak zakie... :D

Rizziela said...

Tahniah..Alhamdullilah

Anonymous said...

tahniah yer akak, kejayaan anak2 byk didokong oleh keluarga terutama ibu bapanya, KA tumpang bangga

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...tahniah buat anak akak. Smoga dapat membuat pilihan yg tepat. Dan smoga berjaya di dunia dan akhirat.

Erk...mcm pantun plak...hehe..

ANIM said...

tahniah buat kakak..anak saudara saya juga cacat result add mathnya..

p/a gambar dia memandu dgn baju sekolah tu yang terbaik...

Fiza Aizzawa said...

tahniah buat anak akak.. mesti dia dah berusaha bersungguh2 kan sbb result cacat satu tu kira terbaik sangat dah..

Cho Zila said...

Alhamdulillah.. syukur kehadratNya... apa juga keputusannya itulah yang terbaik... memang pada sayapun sekarangni bukanlah keputusan PMR, SPMtu jadi ukuran yang penting ialah langkahnya selepas itu.. ramai yang cemerlang SPM tidak menjadi orang.. ramai juga yang tidak cemerlang tapi akhirnya ada PHD juga..

Unknown said...

Tahniah buat anak kakak.
Moga dia terus berjaya dlm apa jua bidang yang diceburi.

Tahniah jugak buat kakak..:)

Wafa cw said...

kak... apa yang penting, anak kita menjadi 'orang'... dan orang yang berguna kepada orang lain atas maksud mengikut apayang disuruh ALlah Taala.. Tahniah kerana dapat keputusan yang cemerlang... Saya rasa kalau dia mampu dapat keputusan seperti tersebut, dia juga pasti mampu menghadapi STAM... :D... atas tuan tubuh jugak walau apa pun..:D

nOe suhaimi said...

tahniah buat anak kakzakie...moga terus berjaya...

nurbijen said...

Congratulation to her...
Insya Allah, semoga dapat pilih haluan masa hadapan yg terbaik...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..
alhamdulillah..dan tahniah..
Inysaallah..semoga diberikan yg terbaik nnti...

Jahirah said...

tahniah. redha itu imbalannya setelah usaha yg dibuat sebelumnya...inshaAllah apa yg dipilih itulah yg terbaik nanti..:)

Mummydearie said...

Tahniah buat anak akak. Cuma satu aje yang mencacatkan keputusankan. Saya dulu pun berharap dapat straight A's tapi tak dapat. Walaupun keputusan baik, tetap juga sedih kerana impian tak tercapai. Sekejap aje sedihnya, bila dapat panggilan ke uni, terus happy semula. Sekali lagi, tahniah buat Nurienne (ya ke Nurienne yang ambil SPM ni...nama samalah :) )

Permata Malap said...

tahniah untuk anak akak..;)