Monday, March 24, 2014

Asam pedas juga menjadi pilihan

Seperti biasa bila cuti sekolah bermula maka bermula juga periuk-belanga dapur rumah aku lebih banyak berehat. Gas pun lambat habis. Dari satu anak ke satu anak sentiasa ada saja cadangan untuk makan di tempat yang diinginkan. Sabtu lepas kami makan di sini tanpa papa sebab papa mereka ada tugasan penting di pejabat. Membeli buku-buku dan novel kehendak anak-anak. Selesai membeli kami singgah makan nasi berlaukkan ikan asam pedas. 

Curry Pit Stop - Anak-anak lebih suka asam pedas berbanding kari. Sebab itu walau signature dish restoran ini kari tetapi kami memilih ikan masak asam pedas.
Aku punya - Ikan merah masak asam pedas, sayur kobis dan sambal belacan.
Kak Nurienne dan mama punya - Adik-adik masih kecil tidak boleh makan kepala ikan. Biar kakak dan mama saja yang makan.
Makanan beralas kertas di atas pinggan - Anak-anak memilih ikan pari, ayam masak lemak cili padi dan ikan sembilang. Air minuman sirap limau kasturi. Nasi sudah disediakan tetapi rasa aku size untuk lelaki dewasa sebab itu buat kami semua memang tidak habis. Keseluruhan makanan RM64/-
~~Buat teman-teman yang ingin merasa bolehlah ke Plaza Angsana untuk menikmati hidangan ini.~~

66 comments:

Mimie_Zatun said...

kakzakie.. terus lapar tgk asam pedas ni..

Rizziela said...

memang sedap asam pedas..mana boleh lepaskan peluangkan kak :D

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Asam pedas tetap menjadi pilihan. Sedapnya asam pedas Kakzakie makan.

Fazleyatul Aini said...

sedapnya. teringin plak

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

pernah makan sekali di sini, lain kali bolehlah kita makan bersama, Kakzakie kannnnn

Sharifah Nadzarah said...

assalam kak..lama x komen..dtg jenguk jek..hihi jgn mare...
asam pedas mmg peberet..tadi pagi pun sy masak asam pedas ikan pari tuk cik hb yg bercuti...lama dah x ke angsana....byk dah restoran2 baru...tq kak..

saniahibrahim said...

kakzakie...tak ke berasap telinga ,asam pedas dengan sambal belacan lagi tu?.Anak2 sya pun sama cuti sek ni asyik kena masak asam pedas yang pekat2 kuahnya tu....

kakrose said...

samalah akak pun...kalau makan kemana2 tempat yang akak pilih..asam pedas juga yang menjadi pilihan.kalau anak2 yg pilih tempat pergi lah tempat makanan seafood..

BinMuhammad said...

Memang kecur melihat asam pedas ni... Nyum!nyum!
Patutnya cuti sekolah ni akak cuti memasak bukan kerana makan diluar tapi masa utk anak2 pula memasak...itu baru betul. :)

musang said...

sedapnya kepala ikan

Unknown said...

asam pedas ngan kari memang syok asam pedas lagi kak..
kepala ikan tak reti la zee nak makan..tengok orang makan sedap jer..harga bleh tahan pon..

Fyda Adim said...

sedapnya asam pedas itu...:D

Kniedaz said...

wah...dah lama tak masak asam pedas..terasa nak makan pula huhu

Hudalatip said...

Macam sedap jer, nanti kalau ke Angsana boleh la cuba..

t.a.t.a said...

Dalam byk² tu yang saya suka adalah nasi nya. Gebu je.

lia said...

nmpk menarik kuah asam pedas tu...

Deq's Qienz said...

wahh terliur la kak..meleleh kot..huhuu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kuat makan pedas kakzakie ni ye... asam Pedas ikan merah + belacan # berasap telinga Oooo ;)

@na said...

perfect la asam pedas tu kak....mmg tergoda...

Mia Kassim said...

Sedapnya asam pedas tu kak..mmg selera makan dgn nasi putih ni

samalah kak, Mia dan hubby pun x bagi anak mkn kepala ikan....

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...
This comment has been removed by the author.
(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...
This comment has been removed by the author.
(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Kak pepagi nengok hidangan gini..lapo lak rasa..asam pedas tu fav saya tuh

Farah Waheda Wahid said...

asam pedas is a must kat rumah saya kak... ^_^

Eye_nee said...

menelan air liur melihat asam pedas tu...

Izwa Kamaruddin said...

sedap nyerrr asam pedas tu!

Mummydearie said...

Sedapnya kak asam pedas. Ikan merah pulak tu, memang so so tempting tak tahan nak tunggu lunch ni :) Macamlah dapat merasa asam pedas yang marbeles kat KL nih :(

paridah said...

wah terliur tengok asam pedas kepala ikan ni sedap terasa-rasa di lidah..hmmm.

ummiross said...

wow!! asam pedas, ummi pun suka asam pedas Kak zakie.

Kayu Manis said...

suka asam pedas kak....emmmmm tak tahan tgokkk..ni

Umm AA said...

asam pedas yg kakak order tuh kan nampak menyelerakan sangat..kuahnya pun mmg pekat..
dulu ms adik ade belajar kat sana selalu gak ke plaza angsana tuh..dekatlah ngan rumah mrk..:)

aby said...

salam kz ..
betul ke klu makan kepala ikan otak jadi benak, terutama yg belajar tahfiz .. kepala ikan cukup dielak ..tp aby, endas iwak la seng enak ..
pangan waeh ..

Fiza Rahman said...

Asam pedas...sedapnya. Dah lama tak makan asam pedas air tangan mak. Mak pon dah tak boleh masak dah kak. Tak larat dah :-(

Umialya said...

asam pedas?? feveret saya tu..

Cho Zila said...

orang JOhor mestiler asam pedaskan.. kalau dapat yang sedap asam pedasnyer memang makan tak hengatler ... boleh tahan gak harganya yer.. .

Wafa cw said...

Allahuakbar... seronoknya keluar makan sama-sama bukan menu biasa... :D
yang best tu anak-anak tak makan biar mak makan ek..hahahaha :D
tapi asam pedas ni memey salah satu faveret saya... wife lagi lagi lah... nak cadang kat dia buat asam pedas lah pulak hahahahahaha...
ni syiok berblog ni... :D hahahaha ada banyak idea dapat selain dari idea nak tulis kat blog hahahaha :D

aizamia3 said...

waktu cuti sekolah ni seronok dapat bergumbira dengan anak2 di luar sana.. dorang pun pasti gembira bila kita sanggup layan kerenah dan keinginan dorang.. ;)

aizamia3 said...

waktu cuti sekolah ni seronok dapat bergumbira dengan anak2 di luar sana.. dorang pun pasti gembira bila kita sanggup layan kerenah dan keinginan dorang.. ;)

babYpose said...

Aunty suka asam pedas ikan pari heee.., memang ori la di johor asam pedasnya :) rajin beli novel ek, bagus tu. Sedap nama kakak Nurienne.

JunAina said...

Kepala ikan kak! Sedapnya....

eija_sweetmama said...

sedapnya asam pedas, eija pun minat makan asam pedas..

Nastyna said...

Teringat pulak saya kat Asam Pedas Madu Tiga masa kat johor itu hari, aaahhh asam pedas, sedapnya.

Sura Mohd said...

bila la nak merasa asam pedas kat sana..nak pegi Kluang pun tak pegi2 lagi..:)

norhidana said...

dh kalu namanyer org johor mmg asam pds lah feveret kan kak... kalu dana nk ke plaza angsana mmg rasa mls lah, takpe ujung minggu nih insyallah balik kg, suh mak mskkan lah

Dr K said...

Dah lama betul saya tak ke Plaza Angsana kak....

Blog fiza tu, saya juga yang handle kak...hihihih..Utk bisnes dia...:)

aanie said...

kakak, xde air ke kat sana? nape mkn lapik plastik tu? ke mmg stail kedai tu?

Anonymous said...

aduhai sebab tu kak... terliur tgk dah ni !

amirah said...

plaza angasana? kenapala amie tak perasan pun kedai ni? insyaAllah lepas no bolehla merasa asam pedas dekat sini pula..

Ujie Othman said...

kalau part kepala ikan tu, saya mmg tak reti nak makan.

Mizz Aiza said...

semua hidangan itu membuka selera aiza.. terliurnya aiza tengok.. jauhnya aiza nak ke plaza angsana tu kakak..

ewanthology said...

boleh lawan kehebatan asam pedas melaka ke? huhu

OKje said...

Sama je ngan anak dinda , kanda.....hujung minggu mesti nak makan luar....sebenarnya emaknya yang terlebih suka, tak payah masak hehe....
ohhhh sedapnya kepala ikan tu kanda, kepala sembilang ke kanda?....
Hari ni pun dinda masak asam pedas kanda....ikan nyuk nyuk

OKje said...

Sama je ngan anak dinda , kanda.....hujung minggu mesti nak makan luar....sebenarnya emaknya yang terlebih suka, tak payah masak hehe....
ohhhh sedapnya kepala ikan tu kanda, kepala sembilang ke kanda?....
Hari ni pun dinda masak asam pedas kanda....ikan nyuk nyuk

OKje said...

Sama je ngan anak dinda , kanda.....hujung minggu mesti nak makan luar....sebenarnya emaknya yang terlebih suka, tak payah masak hehe....
ohhhh sedapnya kepala ikan tu kanda, kepala sembilang ke kanda?....
Hari ni pun dinda masak asam pedas kanda....ikan nyuk nyuk

OKje said...

Sama je ngan anak dinda , kanda.....hujung minggu mesti nak makan luar....sebenarnya emaknya yang terlebih suka, tak payah masak hehe....
ohhhh sedapnya kepala ikan tu kanda, kepala sembilang ke kanda?....
Hari ni pun dinda masak asam pedas kanda....ikan nyuk nyuk

OKje said...

Sama je ngan anak dinda , kanda.....hujung minggu mesti nak makan luar....sebenarnya emaknya yang terlebih suka, tak payah masak hehe....
ohhhh sedapnya kepala ikan tu kanda, kepala sembilang ke kanda?....
Hari ni pun dinda masak asam pedas kanda....ikan nyuk nyuk

nohas said...

asam pedas ikan..sedapnya..

mcm kari juga, simpan dua tiga hari pun takpe..lagi sedap..fingers lickin' good..

Blog Santai said...

wah bestnya asam pedas...kita pun suka kak zie..

Bunda_nora said...

asam pedas ..ramai yang meminatinya..

ANIM said...

kenapa depa tak guna pinggan kakzakie? ingat kot nasi lemak..

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa masak asam pedas sudah begitu sinonim dgn negeri Johor. Rata-rata di mana juga boleh didapati masakan ini.

Kepada semua yg sudi memberikan komen terima kasih kakak ucapkan.

Blogger Mimie_Zatun, Blogger Rizziela, Blogger Pokok Manggis Depan Rumah, Blogger Fazleyatul Aini, Blogger Seri Kandi Tanah Jauhar, Blogger Sharifah Nadzarah, Blogger saniah ibrahim, Blogger Kak Yon, Blogger Bin Muhammad (anak dara kakak kalau kuih mereka memang suka tapi lauk makan ini lebih suka kakak yg masak BM), Blogger redza, Blogger Zee Suhaini, Blogger @lfidah @dim, Blogger Kniedaz, Blogger Nurulhuda Abdul Latip, Blogger t.a.t.a, Blogger lia, Blogger Deq's Qienz, Blogger CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)(kakak suka pedas Yati), Blogger @na, Blogger Mia Kassim, Blogger (Lizz) http://haslizalizz.com/, Blogger Farah Waheda Wahid, Blogger Eye_nee, Blogger :: idzwa ::, Blogger Mummydearie, Blogger paridah, Blogger ummiross, Blogger Knor, Blogger UmmuAidan-Arissa, Blogger aby (tak tahulah aby tapi kami memang tak benarkan anak-anak makan kalau dah 17 tahun ke atas tak apa kot), Blogger Fiza Rahman, Blogger umi alya, Blogger Cho Zila, Blogger Wafa Cw (certain dish anak tak dibenarkan WC hihi...), Blogger aizamia3, Blogger babYpose (anak dara memang suka baca novel, tunggulah Fadya besar pun sama juga), Blogger JunAina, Blogger Sweetmama, Blogger Nastyna (MaduTiga memang femes Nas), Blogger Sura Mohd, Blogger norhidana miswan, Blogger Daddy Ziyyad, Blogger aanie, Blogger Kesuma Angsana, Blogger amirah (sebaik masuk lobby dia pandang sebelah kanan Amie - senang nak cari lokasinya), Blogger Ujie, Blogger Mizz Aiza (Dunia Kecil), Blogger ewanthology (boleh, boleh, boleh, sedap ni), Blogger hainom OKje (ye ikan sembilang apa lagi dinda),Blogger nohas, Blogger RDZ Z, Blogger BUNDA a.k.a KN, Blogger ANIM.

Buat semua terima kasih sekali lagi.

sal said...

asam pedas power..sedap..alhamdulillah..

Suria Amanda said...

dulu masa kecik2 pun abah SA x bagi kami makan kepala ikan..hehehe...dah tau dah kenapa...

Masya said...

alahai jauhnya kat johor... sy suka asam pedas jgk..

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

cma suka mkn asam pedas..
nyum2..
plaza angsana..? jauhnyer^^

ellynadyra said...

terus teringat asam pedas mak saya