Thursday, March 13, 2014

Cerita anak-anak tentang MH370

Masing-masing mengadap sepiring mee goreng dan tiga ketul daging rendang. MamaZakie mereka pula sejak beberapa hari ini sebaik selepas anak-anak selesai dengan rutin masing-masing televisyen menjadi tumpuan sementara menunggu waktu Isyak. Mata menonton televisyen tetapi telinga masih mampu menangkap apa yang diwartakan dan butiran perbualan anak-anak. Sesekali melayan anak-anak ini dengan isu semasa. Mereka nampaknya pun mahu ambil tahu juga.

Lucu dan menarik juga sesekali mendengar cerita anak-anak tentang isu semasa. "Mama nak tahu kata pakcik saya sebenarnya MH370 ini semua dah tahu cuma menteri kita nak rahsiakan." Kasihan anak ini kena tipu bulat-bulat si Pakciknya. Seorang lagi berkata "Sebenarnya kan mama ada dalam suroh Yasiin ayat 83. Sebab itu ia terjadi pada 8hb March." Aku terkedu sebab cuba mencari disebalik kata-kata anak itu pula. Seorang lagi berkata "Bomoh tu pandai kan mama sebab ramai orang cari tak tahu dia aje yang tahu." Sedih juga aku bila anak-anak seusia begini membaca suratkhabar tetapi tidak dapat menilai lagi. 

Aku nasihatkan mereka semua jangan percaya apa pun yang telah mereka baca. Semua kita ini Allah yang punya. Jadi bila Allah menghendaki Dia akan ambil bila-bila masa. Malaikat Allah tidak pernah culas. Aku jelaskan disebalik ayat "Qoluu innalillahi wainna ilaihi rojiuuun". Namun bila mereka balik sebaik selesai solat Isyak aku cuba juga mencari makna suroh Yasiin dari ayat 83 yang diperkatakan salah seorang anak tersebut. Ini maksud ayat tersebut. 
"Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. " Yasiin:83  

Bimbang juga bila bila ayat ini dikaitkan dengan MH370. Kalau pun mahu dikaitkan mengapa tidak mengikut kalendar hijri sebab kalendar masihi bukan kalendar umat Islam. Kalau mengikut pengamatan aku pula cuba lihat maksud dari ayat 81 dan 82 ianya lebih bertepatan. Ini maksud dari ayat 81 dan 82 tersebut.

"Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui." Yasiin: 81


dan
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi." Yasiin:82


Sebaiknya jadikan Al-Quran sebagai landasan kehidupan bukan cuba mengaitkan ayat ke berapa atau sebagainya dalam apa-apa insiden yang terjadi. Sesungguhnya memang ayat-ayat Al-Quran itu adalah panduan hidup manusia sejagat.

~~Teruskan doa-doa kita semoga kemelut pencarian MH370 segera terungkai dan dipermudahkan olehNya.~~


72 comments:

Mia Kassim said...

Sama2 kita doakan MH370 kak...Dah masuk hari ke-6 kan kak....

Unknown said...

budak2 ikut ape yang dorang dengar kak..banyak sangat teori skrg ni..

hanya mampu berdoa moga cepat dijumpai..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu. Jika Allah S.W.T nak buat sesuatu. Allah perintahkan sahaja Dan benda tu akan berlaku. Sama-sama berdoa untuk misi mencari pesawat ini.

nhhas said...

Salam,

kak ... betul... harap lah cepat jumpa MH370 ne...

betul lah kita prihatin ngan nasib penumpang dan anak kapal MH370 (yang berjumlah 250++)... tapi jangan ler lupa nasib penduduk malaysia yang lain yang dekat 30 juta ne... spesifically 2 juta di KL dan selangor ne...
dah lah air tak ada - jerebu amat ler teruk...
tak nak buat pembenihan awan ke...
dah rasa macam duduk dalam tempat pembakaran sampah ne... sebab penuh asap... huhuhuhu....

ha kan... dah luahkan kesedihan kat sini...
huhuhuhu....

saniahibrahim said...

budak2 memang mudah ikut apa yg di dengar .Iman pun balik sekolah asik brtanya dh jumpa ke tak kpltrbngnya.
kita doakan je agar cpt selesai kemelut skg ni..moga trungkai sgala tanda tnya.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Ye kakzakie, bila mengaitkan dgn ayat alquran biarlah bertepatan... betul tu kakzakie beriman kpd alquran itulah yg sebaiknya...
Semoga MH370 diketahui khabar berita
dgn Segera.
DOAKANMH370#

Ayu Ayunie said...

mmg anak-anak kecik mudah percaya apa yg dia dengar. anak ayu pun suka tgk kisah MH370 ni. ketepi jap kartun.

Fiza Rahman said...

Betul tu kak. Macam2 citer dan spekulasi. Yg kesian kat bebudak nih lah. Doa..doa...dan terus berdoa smoga usaha mencari dipermudahkan olehNYA.

t.a.t.a said...

Saya ingat kot dia nak cakap ayat kun fayakun dalam surah yasin tu.

Fazlina Ridzwan said...

dah viral plak isu ayat yasin tu...suma nak kaitkan, walhal x memahami betoi² makna ayat tu...g rujuk dgn pakar dulu, heran org melayu kita nie...

cikceriacorner said...

moga segala urusan dipermudahkan...hanya Allah lagi Maha Mengetahui segalanya..

aizamia3 said...

setuju dengan nhhas..
cuma kita sebagai hambaNYA berdoa dan terus berharap agar usaha menyelamat berjaya akhirnya; dan moga kita yang lain ni bersabar dengan dugaan dariNYA dari segi jerebu dan catuan air.

AtieYusof said...

anak2 akan bercerita apa yg depa dengar.. itu yg mcm2 timbul..
terus doakan moga MH370 di temui walau dlm keadaan apa pun..
sebaik2 tempat meminta pertolongan hanyalah DARI_NYA.

sitirohaida said...

subhanallah...Moga kita tidak mudah terpesong...
Teruskan berdoa untuk MH370..Insyallah

HeNRieTTa JoSe said...

mmg mcm mcm cerita dengar...rietta sendiri kdg kdg gelihati dengar org berbicara...lagsg xtercapai dek akal fikiran manusia...apa apa pown...sebelum berbicara....sepatutnya fikir dlu...hti keluarga yang sedang menanti kepulangan...

@na said...

nahas yg sgt luar biasa bg akal manusia...buat semua org cenderung ber-teori...

Izwa Kamaruddin said...

mengarut dan khurafat je la tok bomoh tu..

Kayu Manis said...

"Bacakan Yaasin untuk mereka. Bukan mentafsir Yaasin untuk mereka. Itu yang sepatutnya."

Mimie_Zatun said...

byk sgt spekulasi MH370.
Allah Maha Mengetahui segalanya..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

sama2 kita doakan moga pesawat MH370 segera dijumpai...
betulkak saya pun sama selama ni memang tak ngadap tv skang ni sampai hubby pun pelik rajin nooo nengok tv chanel berita pulak tu jarang sungguh...sampai hubby tegur rajin skang tengok berita...hehe
bomoh tu memalukan sungguh kak..saya tengok videonyer upacara yang dilakukan sangat pelik...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

sama2 kita doakan moga pesawat MH370 segera dijumpai...
betulkak saya pun sama selama ni memang tak ngadap tv skang ni sampai hubby pun pelik rajin nooo nengok tv chanel berita pulak tu jarang sungguh...sampai hubby tegur rajin skang tengok berita...hehe
bomoh tu memalukan sungguh kak..saya tengok videonyer upacara yang dilakukan sangat pelik...

are_lin@yu said...

amin..inshaallah moga Allah temukan pesawat yg hilang ini..amin

nazayiena said...

Dah masuk hari ke 6,semoga MH370 akan ditemui segera.

ummiross said...

Kanak-kanak ni innocent, apa yang didengar itulah yang diserap dan terima, bagus juga ada yang membetulkan mereka.

Suka ayat Kak Zakie yang last tu, ayat-ayat Al-Quran itu adalah panduan hidup manusia sejagat.

nhhas said...

owh kakak....sorry pembetulan...

penumpang dan anak kapal MH370 (yang berjumlah 239 - 0.001%)...

kami kat Klang valley ne berjumlah dekat 2 juta lebih populasi...
wahai kerajaan malaysia...
kesiankan lah kami juga...
buat lah solat hajat dan istisqa juga minta hujan rahmat turun...
anta lah pesawat buat pembenihan awan, bila keadaan (angin dsb. bersesuaian...)huhuhu...

ramai dah jatuh sakit kat sini akibat sesak nafas... tapi who cares? tenggelam dah isu utk 2 juta lagi penduduk malaysia ne...

nurse pun boleh buat lawak pasal bomoh-momoh MH370 ne... huhuhu...
apa punya perangai ntah....

Ibu Lala said...

Ssh ht kn kak selagi x jumpa. Kemana la menghilangnya kapal terbng tu

Ibu Lala said...

Ssh ht kn kak selagi x jumpa. Kemana la menghilangnya kapal terbng tu

BinMuhammad said...

Anak2 ini menerima bulat2 apa yg didengar dan dibaca. Orang tua seperti kitalah yg sepatutnya membimbing mereka dan memberitahu keadaan sebenar agar mereka faham dan tidak tersesat.
Terlalu banyak spekulasi dan cerita tersebar...hanya dengan ilmu, iman dan percaya kpd Allah swt sahaja dapat membetulkan segala cerita.
Semoga MH370 segera ditemui dan menamatkan segala kemelut dan isu negatif.

YUS said...

Assalamualaikum kak!

Lama Yus tak singgah sini.. Harap akak dh keluarga sihat belaka..

Sedihkan berita pasal MH370.. dah nak masuk seminggu dah.. Harap terungkai segala persoalan..

Tie HT said...

Walau apa pun terjadi
Moga Allah beri petunjuk di mana
Mh370 berada sekarang..aminn

Mummydearie said...

Budak-budak bila mendengar sesuatu terus masuk dalam kepala. Bukan mereka tahu betul atau salahnya. Tapi yang pasti mereka ini tidak pandai menokok menambah sepertimana kita orang dewasa.

Di KL ni sekarang jerebu dah mula mengganas semula. Pandang keluar tingkap pejabat ni cuma nampak habuk kuning sahaja. Kenalah standby jaga kesihatan anak-anak takut pulak ada masalah kesihatan dek kerana jerebu ni.

Moga dipermudahkan urusan pencarian MH370 ni. Kita yang tiada kaitan pun tak tertahan hati menunggu berita, ingin mengetahui nasib anak kapal dan penumpang apalagi ahli keluarga yang menanti hiba tu.

eMMe said...

Kak Zakie, yang berlaku skrg ni sudah tertulis dalam Al-Quran... ape yg berlaku itu semua Rahsia Allah swt.. Berdoa dan terus berdoa agar segera terjawab kehilangan MH370 ini...

Irfa said...

teruskan berdoa
selagi belum jumpa bukti, harapan masih ada

Farah Waheda Wahid said...

terlalu banyak cerita dan spekulasi tentang misteri kehilangan MH370, anak2 melihat dan mendengar apa yang disekeliling, tugas kitalah kan kak nak bagi mereka faham dan terangkan kepada mereka supaya mereka jelas... marilah kita sama2 terus berdoa untuk MH370...

norhidana said...

bdk2 nih mana lah tau sgt mana betul mana tak, apa org tua2 ckp itulah yg mereka percaya kan... kalau kite tipu dia, yg tipu lah yg dia faham... dana skrg nih pun kak, tgk berita beria kalu tak kejap2 dh tkr channel

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

budak2 pun dah tahu spekulasi..

Eye_nee said...

Kanak2 sgt Polos kan kak....apa yg diceritakan itu yg disampaikannya pula kepada kita...Kembali kepada pencipta kita...DOA kita...Seikhlas2 doa tulus dari hati..Allah akn dgr kan kak...Hanya belum lagi diizinkan utk terjadi penemuan itu...

#DOAUNTUKMH370

Umm AA said...

tringat akan pesawat airfrance dl.makan ms jugak nak jumpa..tp akhirnya jumpa jugak...inshaallah Allah akan bg petunjuk..
budak2 main ikut jer apa org kata, masih lg bkn tahap pemikiran mrk tuk paham..

Acik Erna said...

semoga dipermudah dan dan terus berdoa semoga ditemui apa yang dicari kan kakzakie

lia said...

sy hanya mampu berdoa utk yg terbaik bg MH370...

sy da x mampu nk baca segala spekulasi dlm media sosial, rasa sayu & sedih sgt.,..

Time Traveller said...

Kita doakan yg terbaik untuk mereka di dalam Mh 370 tu.. tak payah nak layam spekulasi mcm2 tu..

Ujie Othman said...

Risau jugak bila bdk2 percaya benda yg salah.
Tapi kan..yg dewasa pun ramai percaya psl ayat dlm surah yasin tu. Siap sebarkan kat Fb. Ayat quran bkn boleh kita tafsir direct.

Unknown said...

jangan kan budak2 yang mudah terpengaruh dengan pelbagai spekulasi yang ada..kita ni pon haa sama terbabit mudah na percaya dengan setiap spekulasi apa yg dikeutarakan baik dari media sosial atau media cetak..

lebih baik kita semua terus berdoa semoga allah bukakkan jalan petunjuk bagi mempermudahkan pencarian pesawat MH370..amin yarabbalalamin..

Unknown said...

betol tu kakak..
macam2 cerita yang ade di media sosial. mudah2an para pembaca boleh lah menilai kebenaran cerita2 tuh.
jangan lah dipercaya bulat2.

Unknown said...

semoga selamat la semuanya....mcm2x spekulasi yang keluar..

apa yang penting teruskan berdoa

Myra Jay said...

Semua ni rahsia Allah kan kak..
Cuma kita teruskan meminta padaNya, ada rezeki dapatlah 'mereka pulang'

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

eheh..mcm2 kisah yg didengar dan disampaikan..anak2 turut mengikutinya..

hmm..allahu..semoga ada berita gembira..

Mimie said...

byk sgt spekulasi psl MH370 nih..kdg2 tak tau nk dnga mana satu

Fazleyatul Aini said...

ignore the speculation and keep praying for MH370

Anonymous said...

the best thing tentang spekulasi ayat ni ialah...

bermula dari ayat 41. di mana jam MH307 bertolak ke beijing.

yang mana menurut tafsir menceritakan bahtera nabi nuh a.s

wallahualam.

Unknown said...

semoga MH370 dijumpai dalam masa terdekat nih...amin...

musang said...

semoga mh370 segera ditemui

paridah said...

kita berserah n bergantung sepenuh hati kpd Allah...jikalau Allah mengizinkannya berlaku pasti berlaku...ada yg gemar bercakap/menulis itu ini tp masing2 miliki gemala sakti di atas kepala untuk menapis sampah sarap dgn bijak. jgn biarkan sampah sarah menyumbat fikiran normal kita...Allah mahu kita bersabar sebelum permasalahan kehilangan pesawt ni dinyatakan n Allah suka hamba2nya merayu n berdoa kpd-Nya.

Orkid said...

betul tu auntie.slm singgah ptg2 ni !

Akupenghibur.com said...

Sama2 kita doakan MH370 kak.kita berserah n bergantung sepenuh hati kpd Allah.

Cik Ecah said...

ujian dari yg maha Esa...
DIA rindu mendengar rintihan hambaNYA...

peringatan buat diri sendiri huhuhu.... :(

Unknown said...

Insyaallah... ada hikmah disebalik apa yang berlaku kan kan..! kita tunggu dan doakan yang baik2 saja...

nOe suhaimi said...

teruskan berdoa...semoga Allah makbulkan doa kita semua

PeRdU cINta said...

Betul kak..bulatkan hati kita..yakini sepen6h jiwa raga..Allah..Allah..Allah..

Wafa cw said...

Anak saya pon balik dari sekolah cerita kata kawan-kawan dia beritahu tentang ayat surah yasin tu... saya cuma, itu cuma orang sebar dalam facebook... tak payah fikir sangat...
Semua orang bercakap pasal MH370 termasuk budak sekolah yang kecik-kecik, tapi cara mereka lah...
#prayforMH370

Blog Santai said...

Doa untuk semua penumpang MH370..semoga segera ditemui..hidup atau mati...

nohas said...

doa utk MH370..kejadian di langit dan bumi dlm kuasa Allah SWT..berlaku pada 2/3 malam, di saat Allah dan para malaikat turun di langit bumi..

aby said...

salam kz ..
dengar juga psl cerita yg dikaitkan dengan surah yassin tu dari anak2 cuma aby tk bg perhatian sangat

LYAfrina said...

bg lya..hanya DIA yang tahu apa y terjadi. apa2 y kat media massa..just baca... tapi insyallah..1day Allah akan beri petunjuk..atau..ianya terus menjadi rahsiaNya..

part bomoh tu , bg lya amat memalukan... sedih

adyna AB said...

Semoga Allah mendengar doa kite , amin

Kakzakie Purvit said...

Bersama kita mendoakan tanpa rasa jemu semoga misi mencari di mana menghilangkan MH370 ini menjadi kenyataan..

Kepada semua teman yg sudi menitipkan komen di sini kakak ucapkan jutaan terima kasih.

Blogger Mia Kassim,
Blogger Zee Suhaini, Blogger Pokok Manggis Depan Rumah, Blogger nhhas, Blogger saniah ibrahim,
Blogger CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Blogger Ayu Ayunie, Blogger Fiza Rahman, Blogger t.a.t.a, Blogger Cik Puan Fadli,
Blogger cikceriacorner, Blogger aizamia3, Blogger aTieYusof Family, Blogger Kisah Si Dairy, Blogger HeNRieTTa JoSe, Blogger @na, Blogger :: idzwa ::, Blogger Knor, Blogger Mimie_Zatun, Blogger (Lizz) http://haslizalizz.com/, Blogger are_lin@yu, Blogger Nazayiena Ayiena, Blogger ummiross, Blogger nhhas (allah mahu semua hambanya terus meminta dan memohon sebab dah ramai benar yg alpa dik), Blogger Ibu Lala, Blogger Ibu Lala, Blogger Bin Muhammad, Blogger YUS, Blogger Tihara, Blogger Mummydearie, Blogger eMMe, Blogger Irfa, Blogger Farah Waheda Wahid,
Blogger norhidana miswan, Blogger Seri Kandi Tanah Jauhar, Blogger Eye_nee,Blogger UmmuAidan-Arissa, Blogger Acik Erna, Blogger lia,
Blogger Time Traveller, Blogger Ujie, Blogger rohalili hassan, Blogger Nafira usof, Blogger Mie Aimie, Blogger Myra Jay, Blogger ♥ Cmª shIemª ♥, Blogger Mimi Azirah, Blogger Fazleyatul Aini, Blogger Rapunzel Cikilolo, Blogger Papa Mifz, Blogger redza, Blogger paridah, Blogger PearlVelvet SueQys, Blogger Aku Penghibur,
Blogger Cik Ecah, Blogger acik idah, Blogger n O e s u h a i m i,
Blogger PeRdU cINta, Blogger Wafa Cw, Blogger RDZ Z,Blogger nohas, Blogger aby, Blogger LYAfrina,
Blogger adyna.

Buat semua terima kasih sekali lagi.

norhasnizakhalid said...

Diharap dapatlah dijumpaikan kak, kalau mati biar bernisan, bukan lenyap.. sedih sangat ..

OKje said...

Tulah kanda mmg macam mcm spekulasi yg kita dengar.....tapi bila tengok sidang akhbar tak pulak mengiyakan ...pening dinda kadang tu memikirkan....hehe
Moga pencarian MH370 dipermudahkan....Inshaallah

amirah said...

macam2 andaian sampaikan anak2 kecil pun dah buat macam2 spekulasi ye kak.. : )...sesungguhnya Allah sahaja lah yang Maha Mengetahui apa yg berlaku...moga ada la khabar berita...sedih mengenangkan nasib semua penumpang espcly yg baby tu kak.. : (

Nina Mads said...

tok bomoh yg dtg klia menari2 tu sebenarnya memalukan malaysia. tak pasal2 org cakap islam mengarut. semoga usaha mencari menemui mangsa2. aminn

Anonymous said...

Yg penting jgn putus doakan untuk MH 370 yer kak ! Adik hari2 x lupa pesan agar doakan MH370 selepas solat

QasehnyaRania said...

budak budak pon tahu kan.cma dorng blom masih boleh berpikir cra org dewasa
sama sama kita teruskan berdoa