Thursday, March 6, 2014

Kenali jiran dan masyarakat anda

Sebaik hubby mahu mengambil adik dari kelas tuisyen dua kanak-kanak lelaki datang memberi salam. Jam waktu itu sudah hampir 9:30 malam, waktu untuk adik keluar dari kelas tuisyen. "Pakcik kenapa tak ada orang datang tahlil di rumah makcik X?" Hubby mestilah terkejut sebab semua jemaah surau tidak ada yang tahu tentang kenduri-tahlil yang mahu diadakan oleh tuan rumah tersebut. Masing-masing selepas solat Isya' balik ke rumah termasuklah hubby juga.

Selepas tahlil barulah semua tahu suami makcik X hanya memberitahu anak-anak lelaki yang ke surau. Anak siapa pun tidak dapat dipastikan sebab dia pun tidak mengenali sangat anak tersebut. Tambahan pula diadakan waktu hari bekerja dan hari sekolah. Tapi benda sudah terjadi adalah beberapa orang jemaah yang hadir atas rasa belas kasihan. Atas nasihat ramai sebaiknya kalau tidak ada masa pun beritahulah jemaah yang selalu ke surau walaupun bukan ahli jawatankuasa pun tidak mengapa. Kalau mahu lebih selamat walau tidak bersolat di surau apa salahnya datang ke surau pada hari tersebut dan katakan selepas solat jemput ke rumahnya untuk majlis tersebut, jadi jemaah dan orang ramai akan tahu.

Sebenarnya iktibar sebelum ini telah ada. Sewaktu anaknya meninggal minggu lepas juga tidak ada yang tahu. Mujur ada mereka yang sedang bercuti dan bekerja shift. Aku dan hubby pun hanya tahu sebaik pulang dari kerja. Peluang menziarahi keluarganya saja sebab jenazah sudah dikebumikan pun. Kini sekali lagi dia terkena untuk majlis tahlil pula. Kasihan betul kami padanya.

~~ Betapa pentingnya hidup bermasyarakat.~~

74 comments:

Mia Kassim said...

betul tu kak...sekali sekala kena bercampur dengan jiran2 disekeliling. Susah kalau terjadi keadaan camtu, takda siapa yang datang membantu...

PetakBunga said...

laki kita plk jenis berjiran sgt..
aduh, letih plk rasanya.

tp senanglah dia nk mintak tolong, semua org nak tolong.

Fazlina Ridzwan said...

ni laaa padahnya klu idop mcm kera sumbang...kita hidup bermasyarakat nie kena laa bercampur dgn jiran tetangga..jgn pentingkan diri sendiri..

Unknown said...

kesian jugak kak..
mungkin dier segan kot jarang2 bergaul ngan orang luar..
tapi tak patut la pi inform budak..patutnya wakil kat orang dewasa senang..

ahmad humairi said...

Bukan salah siapa.....
salah diri sendiri!

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

betul tu..pentingnya hidup bermasyarakat dan jgn buat hal sendiri..
bula dah jd perkara mcm ni.. ssh jgk tu...

t.a.t.a said...

Perkara biasa terjadi tu. Di tempat saya memang apa-apa kenduri mention pada orang surau. Senang.

Aziela said...

Memang ada orang2 yang begini kak. Kutalah pelan2 cuba taruk dia masuk. Tapi ada juga yang kita cuba nak tolong tapi dia salah anggap pula. Semoga kejadian ini menjadi iktibar

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bermasyarakat itu penting kan kakzakie.. bukan hadis kata.... 40 keluarga dari rumah kamu adalah saudara bagi kamu..

lieyalatif said...

alahai siannye kenduri tapi takde org...itu la penting hidup berjiran kan kak.... bile jadi mcm ni la mmg jiran2 la yg kite perlukan....moga jadi iktibar pada kite semua....in sha Allah...

Aien Not Alien said...

nak salahkan siapa kalau bukan diri sendiri...kenyataan kan Kak Zakie walau pahit untuk ditelan oleh Mak Cik X sekeluarga. kalau bercampur betul2...hebahkan betul2 ke saluran yang betul...mesti ramai yang pergi sebab dah tahu. ini sebab tak tahu...takpelah benda da lepas. jadikan iktibar lagi dimasa akan datang.

Fiza Rahman said...

Sebab tu lah pentingnya hidup berjiran.

saniahibrahim said...

kalau beritahu sendiri pada jiran trtngga dn kariah masjid ,insya Allah mereka datang wlpun pd mereka yg tak pernah campur masyarakat ,kan kakzakie.

musang said...

itulah masalahnya kalau hidup xnak campur masyarakat

Rizziela said...

Memang betul..sekurang2nya kita kena kenal jiran2..kalau kematain dan sakit pening..jiran2 yg pertama akan dtg dan tolong...tp saya ada masalah..sebab kejiranan sy semuanya chinese

AtieYusof said...

Ya Allah! sampai mcm tu sekali kak.. erm..itulah betapa pentingnya hidup bermasyarakat.. sama2 lah ambil pengajaran...

Farah Waheda Wahid said...

hidup bermasyarakat ni penting kak, kita kena tau bawak diri...jangan syok sendiri jer... kalau jadi macam ni, memang kesian...

*kak nanti perkara yang akak tunggu2 akan muncul tau... tengah hari atau petang sikit... ^_^

Umm AA said...

kalau kurang bergaul ngan jiran mmg kita jugak yg susah/ rugi jika ade sst peristiwa/ function..dlm islam sendiripun memang menitikberatkan hidup berjiran dan hak2 ssorng jiran jugak kan..

JaSSNaNi said...

kesian.. informasi di berikan oleh anak tersebut tak sampai tepat kepada org2 kat masjid.. sbb tu takde orang tahu.. nak buat camne kan..

>> minggu lepas jiran nani asbennya meninggal.. and malamnya 3 hari berturut2 buat tahlil kat dewan.. sedey sebab tak dapat join.. nani balik rumah dah maghrib.. nak susu kan fiyya.. masak utk anak2 dan standby utk balik menganji quran.. tak terkejar masa.. harap2 kakak yg kematian suami tu faham..

Eye_nee said...

100% saya salahkan suami makchik X tu kakzakie..betul saya ckp..sampaikan pesan pada KANAK??...pjg mana sgt akal kanak2...jumpa kwn2 gelak2 main2 dah lupa apa pesanan td...Sampai dah macm tu pun masih tak mahu tunjukkan muka disurau dan panggil sendiri jemaah..

Muja.. said...

kak, saya kenal jiran sebelah ngan depan ajer.. yg lain2 nak jumpa pun susah.. yg senang jumpa geng2 mak yg x bekerja..

kita blk kerja dah pnt.. mmg jrg bergaul.. susah hati gak mcm ni kan..

Time cuti msg2 buat hal sendiri.. aduhaiii

Unknown said...

kesian pada tuan rumah.. tapi sepatutnya mmg macam akak cakap tu.. kena lah beritahu sendiri pada ahli jemaah.. orang mesti datang kalau tau ada majlis begitu..

sud@is said...

hidup berjiran mestilah pandai membawa diri,hadiri majlis jiran kalau kita nak jiran hadiri majlis kita..

lia said...

sungguh... atleast row kita, kita kena tahu & ambil tahu...

@na said...

jiran ni umpama keluarga kan kak, sbb jiran org paling dekat dgn kita...

makchaq said...

Kat tempat makchaq pun pernah terjadi, ada seorang jiran yang baru pindah ke tempat kami langsung tak mau bercampur. Kalau kenduri atau majlis apa2, jemput pun tak akan hadir, kalau lalu memang tak pandang jiran2, bergaduh dengan jiran sebelah rumah sampai repot2 polis. Ditakdirkan suaminya masuk hospital dan meninggal dunia.. (disebabkan mereka tak bercampur tak ada orang yang tau). Masa jenazah sampai tak ada orang nak tolong angkat jenazah ke dalam rumah.. Alhamdulillah ada seorang jiran yang keluar dan ternampak kereta jenazah depan rumah jiran tu dan pergi bertanya dan terus telefon jiran2 lain datang membantu..
Sekarang isteri dan anak2nya dah pindah tak duduk situ lagi..

norhidana said...

kesian nyer, tp silap jugak sbb kenapa tak suruh org yg betul utk sampaikan kepada jemaah surau, sbb tu dana selalu ckp kt edy kalu dana tak sempat nk tgr jiran2 dia tgr lah... kadang2 kt kawasan dana nih agak pyh nk jmpa time hari keje tp time kt surau or perjumpaan selalu yg suami2 nih berjumpa n saling mengenali

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Betultu kak jiran2 ni la yang kita jumpa hehari n dekat dengan kita...saya ni jumpa jiran senyum2 jer..borak pun tak sempat..harapkan hubby jerla yang peramah...

aby said...

salam kz ..
masaalah biasa dalam masyarakat ..
sendiri yg menyendiri ..
sendiri la juga yg tanggung ..

Sura Mohd said...

takut kalau kena camni...kena amik iktibar dengan cerita kakzakie ni..
sura suka bergaul dgn masyarakat tapi tu la..bila dah balik kerja..rumah lah tumpuannya..jiran sebelah pun sebulan sekali bercakap..tapi bila jumpa susah pulak nak berhenti..:)

Kayu Manis said...

malu kut bukan kaki surau..iktibar

Cik Ecah said...

kata org tua...bermasyarakat kan kak..

campur org walaupun kite ni xde la peramah mana pun huhu....

paridah said...

jiran2 adalah saudara kita terdekat kan..mestilah saling berkenalan, berbudi bahasa agar disenangi masyarakat setempat...xperlu bersendirian ditengah ramai sbb malang xberbau n perlukan huluran pertolongan jiran2..

Mimie_Zatun said...

kt kwsn Mimie siap ada group FB dan wass app taman. So info smpi cepat.

Zaitun said...

Kesiannya...


Ditempat kak Zai kalau tak sempat nak bagitau orang ramai ada disediakan board dalam surau untuk pengumuman apa saja berita yang nak disampaikan.

Bunda_nora said...

assalam,

kalau sakit demam tengah malam, darurat ke jiran paling hampir lah ganti sedara kita minta tolong..

Sayap Biru said...

Nat pun sush hati .. jiran2 semua buat hal masing2 ..yang tua2 tegur yang tua je, kita senyum pun xlayan ... jiran belah kanan byk na peelnya, biarkan anak2 nya main dlm area rumah kita,guna air umah kita,buang sampah tempat kita .. aish kita yang tegur mereka .. mak ayahnya buat tak reti aje .. sebelah kiri pulak buat hal masing2 musim panas ni lagilah .. pasang aircond 24hrs .. bahang aircond nya masuk rumah kita .. adoii .. cobaan

Kamsiah yusoff said...

semoga kita mengambil iktibar atas kejadian ni...betapa pentingkan hidup bermasyarakat dan bermesra antara jiran2...merekalah penganti adik beradik jika kita berjauhan dgn keluarga...

Irfa said...

jiran ibarat saudara terdekat
sbb dia sblh umah kita je
kalau adik beradik n sedara mara pun mesti lambat sampai berbanding jiran

Nor Azimah Ali said...

masyarakat bandar, bekerja, golongan muda..memang susah nak bergaul..kekangan masa, hari minggu..nak siapkan keje rumah dan jenjalan, apapun kena cari jalan bermasyarat..
tempat saya..kat surau ada papan kenyataan, so ada apa2 boleh je announce kat situ

haryati said...

betul tu kena hidup bermasyarakat...

Anonymous said...

Setuju dengan Kakzakie. Kita perlukan jiran dan hidup bermasyarakat.

Bila keadaan yang tak diduga berlaku mengakibatkan diri sendiri yang susah.

HeNRieTTa JoSe said...

bru seminggu berlalu...ataw mungkin dia terlalu kelu tidak tahu berbuat apa...tpi benar kata akk...pelu kenali jiran tetangga...

Unknown said...

cara mudah bila sampai maghrib segera ke mesjid @ surau. sebab waktu maghrib tu sekejap je . boleh selarikan dengan waktu isyak :D

ummiross said...

Kesian kan..
Sebab tu kalau yang lelaki elok melazimi solat jemaah dimasjid atau surau, sekurang-kurangnya disitulah tempat menjalin ukhwah.

Unknown said...

kenali jiran tetangga itu penting..biasanya jiran yg first datang membantu if kita dalam kesusahan..

so, sekarang ni tak boleh nak salah kan sesiapa la..dah memang salah sendiri..

Cho Zila said...

kena ambil iktibar.. slalu sibuk ngan urusan keluarga padahal jiran orang terdekatkan.. mohon dijauhi dari perkari ini terjadi pada kita pulak..

QasehnyaRania said...

assalam kakak
itulah pentingnya hidup bermasyarakat. suka duduk kg saya. masih lagi kuat.

dgr org meninggal malam ni esk pagi awal awal dh bersiap sedia.kerja blakg kira.maklum lah smuanya kerja kg bukannya makan gaji mtak payah nak apply cuti bagai.

bila tjadi sebegini tpikir juga bagaimana pd masa akn dtg ni dgn kehidupan di bandar skrg mcm ni.huhu.balk kja masuk rumah. sabtu ahad buat hal sendiri.

berbanding masa di jb walaupon balik kja masih juga dpt smbg dgn jiran depan rumah dan berdekatan. sbb jiran x bekerja.

Mummydearie said...

Kesian pulak bila mendengarnya. Kena ambil iktibar dari cerita akak ni. Kalau hidup berjiran tetapi tak mahu bercampur/berkenalan dengan jiran tetangga, inilah musibahnya. Lagilah dengan keadaan sekarang yang masing-masing sibuk bekerja,pergi pagi balik malam. Kadang-kadang seharian pun tak berjumpa jiran.

Unknown said...

Alahaiii.. kesiannye~
ini lah pentingnye hidup berjiran. kenapa lah kirimkan pesan kat anak2 kecik2.. kadang2 dorang sibuk main jer. mungkin betol lah kata kakak.. pergi sendiri ke surau untuk sampaikan pesan.

Falsya said...

Betul kakak..mmg penting sebenarnye jiran2 nie..kalau ade hal2 mcm nie kan ssh..pesan pulak kat budak2 muda, mmg xkan smp la..kalau smp alhamdulillah..kalau x mmg jd mcm nie la kan..

Wafa cw said...

Salah satu cara untuk bermasyarakat adalah dengan pergi solat jemaah di masjid... atau surau.

Nastyna said...

Keisan pun ada, moga pasni pandai2 la dorang belajar hidup bermasyarakat.

Dkna Abza said...

dkna dah 7 bln duduk kuartes..boleh kira bape kali bertegur sapa dengan jiran sebelah.. masing2 pergi keje balik keje terus tutup pintu..hehehe..kadang2 tak cam kalau selilih tepi jalan yang dia jiran sebelah :p

zila norazila said...

kesian jgk tuan umh..tp sptutnya org tua kna bgtau..klu budak2 mmg x boleh diharap lg.

Suria Amanda said...

selalunya kalau duk di taman perumahan mungkin senang amik tau hal2 jiran dan sakit pening diorang kan kak..kalau kat kondo or apartment macam mana?susah kan..nak2 jiran lain2 bangsa...

Anonymous said...

betul tu kak... pentingnyer hidup bermasyarakat ni !

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu. Jiran ni sahabat terdekat kita bila ada hal-hal kecemasan. Jika tak bercampur susah juga nanti.

cikceriacorner said...

a'ah kak..hidup bermasyarakat ni penting..tp ada yg xsuka ada yg x kan kak

Mila@Rimbun said...

Rasanya peringatan untuk diri sendiri jugak nih. Nasib baik kawasan kejiranan saya ok jer, kenal jugaklah jiran2 keliling rumah, no.phone pun ada simpan.

Rinna said...

Susah jugak kalau ada yg jarang ke surau. Iye laa bila ada majlis tak de yg datg sebab tak kenal org2 surau. Harap jiran nie dpt iktibar betapa perlunya bermasyarakat.

Qaseh Vee said...

memang susah klu x nak campur masyarakat nih . klu dah balik kerja seawal 4 ptg , azan drp surau pun dgr kuat , tapi selamba jer dok umah layan tv sampai tgh mlm , mcm2 aktiviti kat surau pun x join , lbh baik dok dlam gua jer lah kan ...

nOe suhaimi said...

menjadi iktibar kepada kita semua dan juga kepada tuan rumah...kenal2 la dengan masyarakat sekeliling...jenguk2 la ke surau tu...sekali sekala pun jadi la..

Unknown said...

memang bagus hidup bermasyarakat , kalau susah sikit2 boleh mintak tolong...

BinMuhammad said...

Ntahlah...ada juga orang macam ni, tapi mungkin malu dan tak pandai bergaul kot. Tapi kesianlah, kita pun bukan jenis nak memulau orang tapi kalau dah tak tau nak buat macam mana...Doakan yang terbaik utk mereka, semoga terbuka hati utk berubah.

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya komuniti masyarakat tempat kakak sangat erat. Soal dia suka bermasyarakat atau tidak tak ada masalah, janji ada inform salah seorg dari kita pasti akan sampai kepada ramai. Paling mudah boleh juga tulis di whiteboard surau ada disediakan. Kalau malu sebab tak pernah ke surau masa org tak ada tulis sajalah message di situ. Nanti pasti satu taman akan tahu.

Sebenarnya kami semua kasihan kerana 2 kali dia terkena sedangkan masyarakat tidak ada niat pun utk tidak hadir kerana pada kami itu adalah fardhu kifayah kami penduduk semua. Sebab itu kakak katakan ianya pengajaran buat kita semua.

Terima kasih kakak ucapkan kepada semua yg memberikan komen:-

Mia Kassim, Petak Bunga (biar yg begini PB janji tak mengganggu kan), Cik Puan Fadli, Zee Suhaini, ahmad humairi (tapi kami kesian padanya cikgu), ♥ Cmª shIemª ♥, t.a.t.a (tempat kakak pun biasa begitu tata itu yg bila surau tak tahu tak ada org yg pergi), Aziela, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)(sungguh benar tu Yati 40 rumah jiran keliling kita adalah saudara terdekat kita), lieyalatif, Aien Not Alien (tak kisah tak campur pun Aien tapi dia kenalah inform surau jadi ada org tahu), Fiza Rahman, saniah ibrahim (ye itulah maksud kami), redza, Rizziela, aTieYusof Family, Farah Waheda Wahid (betul Farah memang kesian sangat), UmmuAidan-Arissa, JaSSNaNi (budak-budak bila ditanya semua tak mengaku Nani), Eye_nee (entahlah kakak tak tahu nak kata apa Eye_nee), Muja.. (tak kenal pun tak apa tapi masa nak kenduri tu kenalah inform org), Rai Ourkizuna (betul jemaah tempat kakak tak kisah dan berkira samada dia jenis campur org ke tidak, kalau tahu mesti mereka pergi punya Rai), sud@is (kami tak kisahpun dia jenis tak pandai berjiran tapi itulah patut kena inform nak tahlil tu yg kesian Su), lia, @na, makchaq (dia ni baik orgnya makchaq cuma tak campur masyarakat itu aje), norhidana miswan (dah terjadi pun Dana, jadikan iktibar), (Lizz) http://haslizalizz.com/, aby (tapi dah jadi fardhu kifayah ni aby), Sura Mohd (tak kisah kalau tak campur ke apa Sura tapi bila nak buat majlis kenalah inform org), Knor, Cik Ecah, paridah (sungguh bagai dikata betul tu), Mimie_Zatun, Zaitun (surau kakak pun ada Kak Zai, tapi mungkin dia sebab tak pernah pergi itu yg dia pun tak tahu agaknya), BUNDA a.k.a KN, N.A.T (apa pun kena berbaik dgn jiran Nat), ❤Kamsiah❤ (ye betul tu), Irfa (memang itulah sepatutnya dik), Nor Azimah (suaru kakak pun ada juga whiteboard tapi sebab dia memang tak pernah ke surau itu yg dia tak tahu agaknya Azie), Haryati Faizal, Mak Long a.k.a Kunang-kunang, HeNRieTTa JoSe (sepatutnya masa lepas pengkebumian pun boleh inform juga Rietta), syuk shusuke, ummiross (kalau tak pun satu tu Ummiross kenalah inform kalau tak mana org tahu), Roha, Cho Zila, QasehnyaRania (kalau di kampung memang macam itu CikSu), Mummydearie (sebenarnya memang kami kesian MD sebab itu walau dah malam mana yg dpt dihubungi pergi juga malam itu), Nafira usof (jaikan iktibarkan Zura), Falsya (bukan budak muda tapi kakak rasa budak 8-10 tahun agaknya), Wafa Cw (betul tu), Nastyna, Dkna Abza (tak apa Dkna yg penting kalau ada jiran jemput pergilah, cari masa), zila norazila, Amanda Suria (kakak duduk rumah taman), Kesuma Angsana, Pokok Manggis Depan Rumah, cikceriacorner, Mila@Rimbun (kami kebanyakannya ok Mila), Rinna (memang gitulah Rinna), Qaseh Vee (sesekali kena ikut juga bagi jiran kita kenal kita), n O e s u h a i m i (ye sesekali pun jadilah), Papa Mifz, Bin Muhammad (mungkin juga BM dia jenis tak tahu bergaul tapi kesian bila jadi begini).

Buat semua terima kasih kakak ucapkan atas komen yg diberikan.

Ruse Sulaiman said...

Famili ni segan kot kak. Sbb akak ckp diorg tak pergi surau. Org sblh2 kalau tahu bolehlah beritahu yg lain. Tak salahkan :)

babYpose said...

Pentingkan pergi surau, dari situ semua dapat. Dulu selalu ikut mak gi surau buat kelas senam pun orang tahu, ada siap yang tegur lagi dan minta maaf sebab dia tak
sempat hadir kelas, terkejut saya. .

aizamia3 said...

tak rugi pun kalau kita kenal jiran keliling kita.. kalau malu pun biarlah bertempat.. ;)

Julia Johari said...

Ya Allah...kak zakie...fenomena ni mmg terjadi dikawasan kami gak...jiran sesama tetangga pun jumpa depna pintu atau kt lif je...mujur jumpa...kalo x mmg x berjumpa kak sbb kami dok apartment je...huhhh rasa mcm hidup x bermasyarakat

OKje said...

Kesiannya kanda kat jiran tu.....Betul kata kanda....kalau kita hidup kurang bermasyarakat macam tu takut jugak kalau berlaku apa apa, tak de sapa yg sudi datang ke rumahkan kanda...

amirah said...

aduhaii...susah juga kalau susah nak bercampur dengan jiran. memang masing2 sibuk tapi kena paksa diri adakan masa bergaul dgn masyarakat jiran..kalau tidak kalau ada masalah memang susah nk mintak tlng ke

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

time2 cmnilah nmpak kesannya bila xcampo dgn masyarakat,,

Farina said...

kita ni sebagai rkyat Malaysia perlu la bekerjasama. hidup la bermasyarakat agar nnti ukhuwah kita lebih rapat. kalau ada apa apa mslah nnti, senang la kita nk mnta tolg nnti. jangan hidup berseorangan, bnyk keburukannya.