Monday, March 17, 2014

Marhaban ya noorul-'aini

Pagi Sabtu lepas seluruh kawasan tempat tinggal aku mengadakan majlis maulidurrasul secara besar-besaran. Anjuran masjid, surau-surau taman, sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah-sekolah agama di adakan di dewan utama berhampiran sekolah agama adik. Ribuan umat Islam pagi itu menghadirkan diri. Perarakan marhaban dimulakan seawal jam 8:00 pagi. Laungan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad rasulullah s.a.w bergema di sepanjang jalan. 

I Love Rasulullah - Bermacam-macam cara bagi memeriahkan acara perarakan. Ada yang membuat kipas seperti ini. AJK masjid menjadi juara perbarisan dengan costume jubah putih dan mafla kotak-kotak berwarna kelabu. Tempat kedua sekolah agama adik (semua pengawas sekolah dengan bersarung tangan putih) dan tempat ketiga satu lagi sekolah yang jauh dari tempat kami.
Forum - Majlis yang diceriakan dengan ceramah berbentuk forum dengan ustaz undangannya Ustaz Zulkarnain dan PU Yeop. Sungguh rata-rata berpuas hati dengan penyampaian kesemua ustaz-ustaz undangan pada hari tersebut. Hebat sungguh dan benar-benar berkesan di hati.
Adik - Nasib menyebelahi adik yang mendapat naib johan dalam pertandingan berzanji bawah 15 tahun.  Johan remaja 15 tahun dan tempat ke tiga anak 12 tahun. Kiranya adik yang termuda bolehlah mencuba lagi tahun depan. Adik sudah bertukar baju sebab dia bertugas sebagai AJK kenalah membantu majlis.
Hadiah - Selain sijil dan bekas tupperware dapat juga duit RM100/- Suka berganda adik bila dapat duit. Minggu depan pula cuti sekolah sudah sibuk mahu digunakan untuk membeli novel.
Biar pun ramai yang menganggap menyambut maulidurrasul sebagai bid'ah namun penjelasan dari ustaz Zul dan PU Yeop semuanya banyak merungkai andai masih ada yang ragu-ragu. Daripada merayakan acara yang membawa maut adalah lebih baik menghadirkan diri ke majlis yang penuh dengan pengisian ilmu sebagai bekalan di akhirat kelak. Seandainya ditakdirkan Allah izrael mencabut nyawa ketika mendengar ceramah/forum agama sekurang-kurangnya tidaklah meninggalkan kesan dihati keluarga yang ditinggal.

~~ Insaf menusuk hati membayangkan keluarga yang menerima nasib anak mereka meninggal ketika menghadirkan diri di konsert hiburan. Jadikan iktibar bersama. Moga ada keampunan Allah buat mereka.~~


64 comments:

Kamsiah yusoff said...

tahniah dan tumpang bangga dgn kejayaan Adik

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah...rezeki adik :)

saniahibrahim said...

tahniah utk adik,tentu seronok kalau dpt dengar adik baca berzanji.

Fazleyatul Aini said...

I love Rasulullah too =)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tahniah Adik... wah dah rancangan nak beli novel ye.. samalah dgn anak auntie, bila ada duit novel yg dicari.. ;)

Eye_nee said...

Tahniah Adik..Sejuk hati tgk anak2 begini..

Sedih sgt hati lihat remaja2 itu...Semoga mereka mendapat keredhaan dan keampunan ALLAH S.W.T..

Unknown said...

Tahniah buat adik.

p/s: sebut sambutan maulidul rasul tetiba teringat Arif yang sangat suka berselawat sekarang . Belajar dari tadikanya, tapi sangatlah pelat, huhu.

Mizz Aiza said...

alhamdulillah.. tahniah kepada adik.. bagus program sebegini kakak.. :D

lia said...

Alhmdlh... tahniah buat adik...

Wafa cw said...

Saya tertarik dengan komen kakzakie tentang pendapat setengah orang mengenai sambutan maulidurrasul sebagai bidaah... :D dan saya setuju sangat dengan kakzakie... kita niat majlis tu sebagai majlis ilmu, cuma namanya saja sambutan maulidurrasul - dan memang sambil saling memperingati untuk mengingati rasulullah saw... pada saya Malaikat tetap menebarkan sayapnya kepada semua yang hadir... Allahualam bissawab...

Kniedaz said...

tahniah adik..betul tu kak..daripada program tak berfaedah, baik program berpengisian..

Aisy Nasiha said...

Bagus sambutan macam ni. Lagi ramai orang akan tahu keistimewaan Rasulullah serta yabg berkaitan dgn Rasulullah. Dah ada majlis juga mengeratkan hubungan sesama penduduk.
Wah, murah rezeki adik siap dapat duit lagi. Bagusnya

Acik Erna said...

tahniah kakzakie dan adik..adik ada peluang untuk menang lagi tahun depan..in syaa allah

Unknown said...

Betul tu kakzakie, drp pergi konsert yg takde faedah, baik kita meraikan junjungan Nabi saw. Boleh juga didik anak2 kita sekurang2nya.

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar. Tahniah adik.

Tu lah kak. Kita semua tgh bersedih dgn tragedi MH370, jerebu, catuan air, bley plak dorang berpesta samapai melayang nyawa. Budak melayu islam plak tu. Mati sebab dadah dan minum alkohol. Ya! allah...smoga anak2 kita dijauhkan dari perkara2 mcm ni. Nau'zubillah..

t.a.t.a said...

Alhamdulillah. Dari kecil dah diperkenalkan dengan baginda SAW.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

bagus majlis ni kak...dapatla kita menambah ilmu...
tahniah adik...bagus adik ni...

Unknown said...

tahniah adik..
PU yeop ada yer kak..suka la dengar dier berceramah..kelakar..

yan's cottage said...

tahniah...untuk adik....mesti best kan....penceramah pun hebat2 gitu....

sud@is said...

Thniah2 tumpaang pada adik yang berjaya..

sud@is said...

oppss tumpang seronok

Kayu Manis said...

tahniah adik..teringin nak dgr suara dik tu..kak zakie rakamlah..nor tunggu n3 akak...

boleh belanja aunty mkn ni..

nohas said...

Alhamdulillah, satu majlis yg sangat baik..saya suka pengisian berbentuk forum..

Sukakan hiburan tu fitrah manusia. Ada orang, hiburan bagi mereka ialah menghadiri majlis ilmu, mendgr bacaan Al-quran, berselawat, dll. Yang lain2 tu sukakan hiburan yg berbentuk mcm tu lah, muzik yg mengkhayalkan, melalaikan..pergi konsert, kelab malam, disko dan yg seangkatan dengannya...nak berdakwah mereka2 ni amat payah, kena masuk pula dlm group mereka..huhu..

ewanthology said...

tahniah :-)

aizamia3 said...

Tahniah buat semua pemenang dan terutamanya buat Adik.. ;)

Aziela said...

Setuju dengan kakak. Saya kurang faham kenapa sambutan ini dijadikan isu pula. Tahniah adik... Seronok yer...

Falsya said...

Alhamdulillah..best la kakak bile ade majlis gini..

Congrats adik..suke leww tewww dpt hadiah duit..simpan tauuuu..;)

norhidana said...

seronok lah adik, senyum simpul je dia...

Mia Kassim said...

Tahniah untuk adik......:-)

Shahrul Yusof said...

Sambutan Maulidur Rasul kat Johor ni unik sikit sebab sambutannya sepanjang bulan. Tak macam kat negeri-negeri lain :)

Liza said...

Alhamdulillah, tahniah utk adik..psttt, nnt blhla belanja auntie ye...hihihi

Rinna said...

Alhamdullillah rezeki adik.. Tahniah

Umm AA said...

bagsunya pengisian begini..kalau kat sini memang kesian wanita2 muslim yg tidak terdedah kepada majlis2 ilmu..sbb itulah masih ramai yg jahil..
tahniah tuk adik..bestkan menang dapat duit lg tuh...:)

Umm AA said...

bagsunya pengisian begini..kalau kat sini memang kesian wanita2 muslim yg tidak terdedah kepada majlis2 ilmu..sbb itulah masih ramai yg jahil..
tahniah tuk adik..bestkan menang dapat duit lg tuh...:)

babYpose said...

Alhamdulillah dan Tahniah adik, bestla dapat sijil dan wang lagi, boleh belanja aunty hehe.

Anonymous said...

tahniah adik... pasti bimbingan terbaik dari ibu bapa juga memainkan peranan kan kak, selain rezeki adik !

Ujie Othman said...

wow..tahniah adik!

kesian kan kak..keluarga tak tau apa2..tetiba dpt khabar gitu. Malu keluarga.

Blog Santai said...

Rezeki adik tu. Tahniah & pastinya hasil didikan KZ...

paridah said...

TAHNIAH ADIK..PANDAI BERZANJI YA...MAJLIS MAILIDURRASUL TENTULAH NIAT KITA MERAIKAN HARI KELAHIRAN JUNJUNGAN YANG MULIA TANDA KATA AMAT KASIHKAN NABI SAW...KASIHKAN KEKASIH ALLAH BERMAKNA KITA KASIHKAN ALLAH...JADI APA MASALAHNYA YA...

JunAina said...

Saya sokong pendapat akak, pengisian majlis adalah pengisian ilmu selain memenuhi majlis dengan selawat kita juga dpat pahala menghadiri majlis ilmu.

dalila said...

alhamdulilah... rezeki

Hanis Azla said...

As-salam Kak zakie..

Alhamdulillah.. dapat menghadirkan diri di majlis yang indah dan penuh dengan pengisian..

Tahniah untuk adik yang cemerlang tu.. tumpang seronok dengan kejayaan itu.. selamat memborong novel juga untuk adik..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah adik. Selamat membeli novel kegemaran selepas ini.

lieyalatif said...

alhamdulillah....majlis agama yg meriah dan mendapat sambutan ...moga2 terus mcm ni kan kak ..... seronok mcm nieh...

amboi adik...mau tak seronok...besar jugak habuan tu kak...sure seronok laa adik dok soping buku2 nanti...bagus adik ulat buku so duit tu tak le membeli bende bukan2...hope mia mija ikut mcm adik nieh nanti....

@na said...

tahniah Adik...moga sambutan Maulidurasul mengingatkan kita kpd Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...

Unknown said...

kat kampung saya di kulaijaya pun buat sambutan maulid nabi weekend aritu..

setuju kak.. pengisian tu yang penting.. tajuk majlis tu batu loncatan je..

Unknown said...

Tahniah adik..perserta termuda tu..:)

tempat saya tiga minggu yg lepas mengadakan sambutan maulidulrasul di masjid jamek..

setuju dengan akak..bak kata ustaz yg bagi ceramah tu hari, bukan senang kita nak dapat melangkahkan kaki kemajlis-majlis seperti ini..banyak rintangannya

eMMe said...

Tahniah adik! wah adik sungguh berbakat.. pandai kak zakie didik adik, Alhamdulillah.. usaha kak zakie tidak sia-sia.. mesti sejuk perut ibu mengandung dan melahirkannya.... harap saya dpt contohi kak zakie... InshaAllah..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...tahniah buat adik yer berjaya mendpt tempat kedua...moga akan terus berjya di tahun hadapan...:)

Unknown said...

Sokong kata2 kakak.. kalo majlis cam nih bidaah lah.. konsert segala bagai tuh boleh pulak. Sekurang2nye.. majlis macamnih kita boleh tambah macam ilmu.

Tahniah buat adik..:)

Suria Amanda said...

Tahniah adik...wah...bestnya...macam2 dapat..tp ingat kena jimat ye...

nOe suhaimi said...

nampak meriah majlis ni...bagi penganjur nya...tahniah buat adik...

Unknown said...

alhamdulillah , tahniah :D
menang lagi ya :D hehe

Akupenghibur.com said...

allahuakbar !! tahniah adik.. bangga dengan adik

emarieys said...

Tahniah untuk adik..Alhamdulillah

ummiross said...

Alhamdulillah..tumpang seronok tengok majlis macam ni.
Kakzakie, Ustaz Zul tu pembimbing haji grup kami masa pergi haji dengan Rayhar dulu, memang puashati setiap kali beliau memberi tazkirah,alunan zikir munajat beliau pun sangat terkesan dihati.
Waa tahniah adik...hasil didikan mamanya juga tu, tahniah.

BinMuhammad said...

Aktif sekali komuniti dan AJK surau/masjid tempat akak. Tumpang gembira. Tahniah juga buat adik...sg cemerlang tu, Tahun depan mungkin akan terbilang!
Terngiang2 pula rasanya suara PU Yeop sedang memberi ceramah...hehe

Unknown said...

Salam,
Mama memang suka kat PU Yeop tu!

Masa nak lalu kat Bukit Jalil malam tu, mama tgk jln tutup kiri kanan padahal mama memang nak guna jln tu, mama ingat ada bola kat stadium rupanya ada kes kematian!

Julia Johari said...

Adik!
Syukur ke hadrat Allah Taala...ya Allah adik naib johan berzanji ye...sejuk hati Umi Qi tgk adik mcm nih...nak terapkan hati QI lah dekat ngan masjid...ya Allah...moga dipermudahkan

QasehnyaRania said...

betul tu kakak

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

alhamdulillah,,rezeki adik dpt hadiah.. :)
btl tu kak,terkejut bila dpt tahu ade remaja yg meninggal ketika menghadiri konsert..itu pun sbb ddah..
allahu.. :(

Mummydearie said...

Tahniah Adik! Betul tu kak kasihan sungguh ahli keluarga yang ditinggalkan. Saya rasa mereka pun mungkin terkejut bila mendapat tahu anak mereka maut dengan cara begini.

ellynadyra said...

pandai adik berzanji
saya pun dulu2 masa sekolah belajar berzanji
masih boleh ingat lagi lagunya
cuma
lama dah tak baca berzanji
duk KL ni tak macam kat johor
selalu ada bacaan berzanji

OKje said...

Teringin nak dengar adik berzanji....cer masuk youtube kanda....