Monday, April 14, 2014

Audit diri kita untuk bahagia di dunia dan akhirat

Mendapat titipan istimewa dari seorang teman blogger. Rezeki untuk siraman rohani yang sentiasa perlu dibaja. Terima kasih nhhas. Boleh juga membaca entrinya di sini. Semoga nhhas mendapat ganjaran dari Allah dari semua ilmu yang dapat dikongsikan bersama sesama umat Islam.

CD Mufti Ismail Menk dan chopsticks -  Alhamdulillah satu CD sudah selesai didengar bersama hubby sewaktu dalam perjalanan untuk pergi shopping. Banyak yang menarik sebenarnya isu yang dikupas. Ramai yang sibuk mencari kebahagiaan di dunia lupa untuk mencari kebahagiaan di akhirat. Ingat jangan sampai kebahagiaan di tarik balik (perkataan snatch) yg digunakan sangat menarik sebab seolah-olah andai kita lalai Allah rampas balik kebahagiaan itu.
Chopsticks - Sebahagian sudah diagih tapi yg tidak datang belum dapat lagi sebab di JB ini setiap lewat petang membawa ke senja hujan. Anak-anak bila hujan biasalah mengaji pun cuti juga. Ole-ole yang adik blogger ini sudah pesan untuk diberikan kepada anak-anak yang mengaji.
Titipan - Kasihan sebenarnya CD ini sudah 2 kali Huda cuba kirimkan tetapi untuk kali pertama dikembalikan kepadanya semula. Insya-Allah malam ini dan seteruskan akan diagihkan kepada semua chopstick ini sebagai penunjuk mereka waktu mengaji.
Set dua keping CD - Menghayati CD yang penuh bersemangat terasa kerdilnya diri. Sebagimana dikatakan audit diri sendiri setiap hari demi mencari kebahagiaan. Cari dimana kelemahan diri dan berusaha untuk memperbaiki mana yang perlu. Benar apa dikatakan beliau. Ingin aku memberi pendapat juga yg hidup kita ini bukan sekali tatapi dua kali iaitu di dunia dan akhirat. Kerana kematian akan kita tempuhi hanya sekali tapi selepas mati kelak akan dihidupkan semula di akhirat kelak. Mestilah kita mahu bahagia hidup di dunia dan di akhirat.
Depan CD - Lihat benar kata-katanya. Semakin kita mendalami agama kita semakin kita akan rasa sayang pada agama kita begitulah sebaliknya kalau ilmu cetak. Mohon dijauhkan dari kelalaian.
Satu - Bujang kecik ini dapat sudah. Khusyuk mengaji dengan penunjuk baru. Atas kanan itu penunjuk si adik comelnya yang sudah patah hujungnya. Itu mamazakie yg beli dulu di pameran batik & kraft di Plaza Angsana.
Nakal tapi cerdik - Satu adik punya. "mama cakap terima kasih pada kakak itu ye" itu pesannya. Makan lengkung mamazakie buat bawa masuk bilik sebab di luar dia tidak ada kawan. Tergugat si abang yang mengaji. Dia sudah siap mengaji menggunakan penunjuk baru. Penunjuk mamazakie beli letak tepi:)
Adik juga ini - Semua anak bongsu yang mengaji dengan aku dipanggil adik. Suka juga dapat penunjuk baru. Sudah dua malam mengaji menggunakan penunjuk baru. Penunjuk mamazakie punya pun dia letak tepi:)
Moga susah payah nhhas mengirimkan semua ini buat aku mendapat ganjaran dari Allah. Sesunguhnya pemberian ini sangat bermakna buat diri kami sekeluarga. Anak-anak yang di asrama belum lagi mendengarnya. Tunggu mereka balik. Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja aku ulang kembali mendengar CD pertama kerana sudah berjanji dengan hubby untuk mendengar CD ke dua bersama. 

 ~~Ingin berkenalan dengan teman blogger yang menitip CD ini silalah ke sini.~~

54 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Bagusnya CD tu kakzakie.. rasanya pulak mencari CD tu..

Kehidupan didunia ni bukan untuk dunia sahaja tetapi kehidupan diakhirat juga kan kakzakie..

Bila mengaji beralaskan bantal mengingatkan saya mengaji dulu-dulu kakzakie.. tak sangka kakzakie pun menggunakan alas bantal utk anak2 tu mengaji.. :)

amirah said...

cantik penunjuk!! mesti semangat nak baca quran nanti..insyaAllah...

Acik Erna said...

Alhamdulillah seronok anak2 didik kakzakie mengaji dengan penunjuk baru

Fazleyatul Aini said...

alhamdulillah murah rezeki akak selalu dapat hadiah

@na said...

salam kakzakie;
kreatif...chopstick buat penunjuk ngaji...cantik!

Mummydearie said...

Alhamdulillah. Murah rezeki si pemberi dan penerima. Puas rasa hati melihat si comel semuanya gembira dengan penunjuk yang baru kan, kak!

lia said...

Alhamdulillah... murah rezeki pemberi kegembiraan kepada anak-anak kecil...

Falsya said...

Alhamdulillah..murah rezeki..

Kisah Si Dairy said...

alhamdulillah...murah rezeki..

Bin Muhammad said...

Siapa sangka, dalam berblogging, sahabat yang kita dapat. Bukan Akak sahaja yg dapat malah anak2 mengaji pun dapat. Bertuahnya dan murah rezeki... Pemberian yg sungguh bermakna dan semoga ikatan ukhwah berkekalan.

Nafira usof said...

Alhamdulillah.. rezeki kakak dan anak2 mengaji kan~

moga makin murah rezeki pada yang mengirim hadiah itu. :)

Kakak.. nanti kongsikan lah intipati CD tu ek.. hehehehehe

Mimie_Zatun said...

comel chopstick tu..

Cho Zila said...

ilmu mesti selalu kita cari... moga sipengirim mendapat ganjaran dariNya... tahniah pnya ramai rakan blogger yang baik hati....

paridah said...

syukur alhamdulillah dpt kiriman drpd blogger yg prihatin dgn aktvti kakzakie dlm sibuk2 msh mampu mengajar mengaji...kalau mengaudit diri entahlah...hidup dh lama...langkah semakin pendek..

Ema Johari said...

Alhamdulillah, diberkati hasil dari cnederahati itu.

HeNRieTTa JoSe said...

Wah mwnariknya....chopstik jdkan penunjuk...teringat zaman mencari penunjuk di pokok nau...

Aziela said...

Sungguh benar. Sebab tu lah kita perlu sentiasa belajar sebab ilmu itu terrrlalu banyak.

Syukur Alhamdulillah sebab ada yangsudi berkongsi ilmu bermanfaat begini.

Angah said...

alhamdulillah...murah rezeki akak

nadia rashid said...

menarik idea chopstick sebagai penunjuk...nanti boleh guna yg ada kt umah tu...nak wat mkn haih terkekok2...langsung simpan dlm kabinet...suka tgk air muka anak2 tu...cerdik2...comel!....
bila akak tulis sal audit diri....terfikir sejenak...byk nya ilmu akhirat belum diterokai...yg ada ni pun masih byk perlu diperbaiki cara amalan nya supaya sempurna...

Eye_nee said...

Pemberiannya hanya lah sekadar chopstik buat penunjuk Kitabullah..namun ganjarannya tetap tersedia ada..Alhamdulillah...

BUNDA a.k.a KN said...

Seronok lah anak2 tu dapat penunjuk baru ya... lepas ni mesti mereka lebih rajin lagi mengaji..

t.a.t.a said...

Cara yang bagus untuk menempah saham akhirat. Alhamdulillah.

Rai Ourkizuna said...

cantiknya chopstick tu..siap ngan sarung..

aTieYusof Family said...

Alhamdulillah..murah rezeki akak & anak2... cantik chopstik tu..:)

Nurul Hidayah said...

Alhamdulillah.. Audit diri sendiri.. begitu kerdil dan hinanya diri.. huhu

babYpose said...

Alhamdulillah rezeki adik-adik, cantik chopstick tu, CD bermanfaat tu, biasa baca status beliau di FB je.

Knor said...

selagi adik2 tu mengunakannya..berpanjanganlah pahalanya..alhamdulillah ..

RDZ Z said...

Alhamdulillah..Cantik penunjuk baru tu KZ..kita mengaji dulu guna lidi..asyik patah aja..

Mar Mansor said...

kecil2 sudah diterapkan dengan agama..pandai mengaji..alhamdulillah..

saniah ibrahim said...

bersemangat anak2 mengaji dengan penunjuk yang cantik2 tu...alhamdulilah

UmmuAidan-Arissa said...

CD dalam bahasa inggeris yer kakak.biasanya CD dlm english lebih serius lagi dianyer penekanan terhadap apa yg hendak disampaikan..dan kitapun akak berfikir lebih serius apa yg disampaikan kalau banyak lawak jer dlm ceramah asyik dok ingat lawak tuh lah byknyer..teringin jgk nak dengar cd tuh..dlm internet ado kot yer kakak..

Tihara said...

alhamdulillah, moga murah rezeki huda..
meanrik cd tu, nak cari lah nanti :)

Mila@Rimbun said...

Teringin plak nak cari CD tuh, dah lama x dengar ceramah in english.. kut berkarat dah hihi

Sue Bee said...

cantik nya chopstick tu,kak..

ANIM said...

saya pun ada teriam cd dari huda tu, kak zakie. seronok mendengar tazkirah mufti menk kerana mudah difahami. mufti menk tu pun ada datang putrajaya bulan lalu kalau tak silap. kalau tak kerana kiriman huda, saya sendiri tak kenal siapa dia..:-))

mudah2an pahala berterusan buat mereka ber2 selagimana pemberian mereka digunakan dan memberi manfaat

QasehnyaRania said...

bagus la cd tu
alhamdulillah rezeki anak2 mengaji
smga yang memberi dimurahkna rezeki hendakNya aamiin

Kesuma Angsana said...

alhamdulillah kak, rezeki yg dapat dikongsi bersama, besar pahala tuk yng memberi dan berkongsi ni kak !

Daddy Ziyyad said...

alhamdullilah...

hari tu mufti menk ada dtg shah alam..saya takde kesempatan nak hadir ceramah beliau

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...seronoknya dpt hadiah dr teman alam maya...:)

adzairdawati makdara said...

alhamdullilah moga murah rezeki insyaallah..

btw terima kasih sudi join sesi promote di blog mak dara.. Mak dah buat senarai jom terjahhhhh http://www.bicaramakdara.com/2014/04/promot-blog-kaw-kaw.html

nohas said...

cantik-cantik chopsticks tu..belum pernah dengar lagi ceramah agama Mufti Ismail Menk ni..

Myra Jay said...

Alhamdulillah..
menarik jugak dgn kata2 tu kak..

Chopstik ni myra fail, xreti..hehee

Amanina Mads said...

Alhamdulillah semoga si pmeberi murah rezeki..besar pahala tu.

n O e s u h a i m i said...

alhamdulillah...murah rezeki kakzakie...mesti anak2 murid kakzakie...bersemangat utk mengaji sbb dapat penunjuk baru...

audit diri...sama2 kita cari kebahagiaan di akhirat...bukan dunia sahaja

Juhariah Johari said...

Benar kata KZ mohon dijaukan dr kelalaian.
Wah mama tak kenal lagi dgn Mufti tu.
Beruntung sungguh KZ mengajar budak2 tu mengaji walau sibuk. Kitakan tau org yg mengajar atau belajar tu org yg terbaik di sisi Allah.

aby said...

salam kz ..
paling tepat terjemahan utk snatch tu adalah disentap ..
tarik balik tu datang pelan2 ..
tp klu disentap... ohwalah ...
moga di adohkay karo keadaan koyo kono

Kenit Cinonet said...

comel pulak penunjuk mengaji tu hehe. Salam perkenalan kak, kenit terjah dari segmen mak dara (^_^)

Kakzakie said...

Sesungguhnya ilmu semakin kita pelajari terasa semakin banyak yg ingin kita ketahui. Melalui CD pemberian Huda ini walau ianya kita tahu tetapi sebagai peringatan bahawa hidup kita perlukan kasih dan sayang Allah. Ingatlah kebahagiaan bukan di dunia yg sementara ini saja. Kita mahu bahagia di dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada semua yg sudi memberikan komen di N3 kakak ini:-

Blogger CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)(kakak lebih suka dgn bantal 2 keping sebab lebih tinggi dan quran betul-betul terletak elok Yati), Blogger amirah, Blogger Acik Erna, Blogger Fazleyatul Aini, Blogger @na, Blogger Mummydearie, Blogger lia, Blogger Falsya, Blogger Kisah Si Dairy, Blogger Bin Muhammad (ukhuwah yg memberi manfaat kepada ramai ni BM), Blogger Nafira usof, Blogger Mimie_Zatun, Blogger Cho Zila, Blogger paridah (benar kita sebenarnya setiap hari melangkah utk dan usia semakin pendik, itu yg kena mengaudit diri ni PI - takut rasa kan), Blogger Ema Johari, Blogger HeNRieTTa JoSe, Blogger Aziela, Blogger Angah, Blogger nadia rashid (kerana semakin kita belajar semakin banyak yg kita nak tahu nadia), Blogger Eye_nee, Blogger BUNDA a.k.a KN (mereka boleh katakan memang rajin KN), Blogger t.a.t.a, Blogger Rai Ourkizuna (ole-ole dari China ni Rai), Blogger aTieYusof Family, Blogger Nurul Hidayah, Blogger babYpose (lontaran suara dan cara penyampaian yg sangat seronok didengar BP - penuh pengisian), Blogger Knor, Blogger RDZ Z (yelah dulu memang macam tu, sekarang macam-macam jenis ada dijual), Blogger Mar Mansor (semua ni dah sekolah Mar memang dah patut kena mengaji), Blogger saniah ibrahim, Blogger UmmuAidan-Arissa (Ye UAA manalah di aboleh berbahasa Melayu. Kalau arab kakak tak faham, ini english mudah kita faham. Beliau ada juga selit dgn lawak tapi tak jelas UAA. Contohnya kalau kaya pun kenapa nak guna 4 handset? Kerana ada 4 isteri? itu yg semua ketawa juga - tapi pengisian banyak UAA), Blogger Tihara, Blogger Mila@Rimbun (english yg digunakan sangat mudah difahami Mila sebab anak dara kecik kakak pun boleh faham), Blogger Sue Bee, Blogger ANIM (betullah Anim, kakak pun baru mengenalinya), Blogger QasehnyaRania, Blogger Kesuma Angsana, Blogger Daddy Ziyyad (itulah Huda pun ada inform tapi kakak ni diJB jauh sangat nak pergi), Blogger Mas Zull, Blogger adzairdawati makdara, Blogger nohas, Blogger Myra Jay, Blogger Amanina Mads, Blogger n O e s u h a i m i (budak-budak biasalah Noe, dpt yg baru suka sangat), Blogger Juhariah Johari (doakan moga kakak mampu selagi Allah beri kesihatan yg baik Kak Ju),Blogger aby (bukan sentap lagi aby, kena renggut rasanya takut kan. Moga kita terus muhasabah diri utk berusaha menjadi lebih baik).

Kepada semua sekali lagi terima kasih kakak ucapkan..

Cik Puan said...

Wahhh...seronok mereka dapat chopstick baru..semoga mereka lebih bersemangat lepas ne..

Kira Sakura said...

Moga makin murah rezeki yg memberi. Saham akhirat tue ;)

HijrahKuKeranaMu said...

rasa mcm ada jumpa video mufti menk ni kat youtube, teringinlah nak dengar

Bitt (doubeIS) said...

anak2 pon suka kalau dapat penunjuk baru..hehehe

nhhas said...

Assalamualaikum wbt...

uhukkk.. terima kasih semua... terima kasih kak zakie...
ramai yang doakan saya murah rezeki, patutlah sejahtera hidup saya sepanjang minggu ne especially di camp... sorry semua baru lepas balik camp seminggu... dalam tu tak ada line langsung... mmg jungle in de tracking gitew....
alhamdulillah berkat doa kalian disini, selamat urusan saya disana... thanx kak zakie...
segan saya dengan pemberian saya yang tak seberapa... saya panjangkan daripada uncle saya... dia cetak banyak2 beratus2 keping dan edarkan kat orang ramai...
semoga Allah merahmati usaha beliau, diberi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat...

p/s; kepada yang mahukan salinan, pls drop ur emel at my belog n i'll contact u soon... Insya Allah

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.zakie..
alhamdulillah.sharing dgn anak mengaji..
tahniah k.zakie.. mesti padat pengisian nya