Friday, April 18, 2014

Semua perlu licin dan lancar

Bila menggosok baju, menggosok periuk, mencuci lantai mesti mahu licin. Bahkan bila mengemas katil, cadar pun mesti mahu kelihatan licin. Berkali-kali tangan memastikan alas cadar kelihatan rata dan licin. Bila sudah terasa licin barulah keluar bilik. Puas. Apa lagi bila menggosok pakaian untuk ke pejabat atau ke sekolah selagi tidak licin terus dihayun tangan yang kian letih semata-mata mahu melihat pakaian yang digosok licin. Sama juga bila mengoles krim muka, sapu foundation dan sebagainya pun sebab mahu nampak pipi atau senang kata muka kelihatan licin.Kalau boleh tidak mahu ada kelihatan jerawat atau garisan yang mencacatkan wajah. Betapa terlalu menitik-beratkan hal-hal mahu licin.

Bila memandu paling tidak suka bila terasa perjalanan tidak lancar. Apa lagi perkataan jem rasanya paling tidak suka didengari. Kalau jem yang sapu di roti itu siapa pun suka. Ini jem yang membuat kepala tidak pening pun menjadi pening. Berusaha mencari alternatif jalan lain hingga sanggup membayar tol semata-mata tidak mahu menempuh perjalanan yang tidak licin dan lancar.

Samalah dengan perjalanan kehidupan kita ini kalau boleh mahu licin dan lancar. Jadi kenalah mencari jalan apakah yang membolehkan agar kehidupan di sana kelak terjamin licin dan lancar. Apalah gunanya lancar dan licin di dunia tetapi di akhirat kelak tersangkut-sangkut. Kalau mahu periuk kelihatan licin dan kilat pasti ada alatnya. Mencuci lantai ada sabunnya, muka bersih ada peralatan sesuainya, jadi sebagai manusia yang hanyalah hambaNya kenalah patuh segala perintah. Berada di Padang Mahsyar kelak licin dan lancar perjalanannya. Bersama kita mencari alat sebagai 'melicinkan dan melancarkan' perjalanan itu.


~~Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.” (Hadis Riwayat Tarmizi).~~


62 comments:

Zaza Abdul Latif said...

salam jumaat Bunda..
dlm apa segala hal pn didunia mahu pn diakhirat semahunya kita nak kan kelicinan dan kelancaran" kannn.. InshaAllah ;-)

PetakBunga said...

untuk perjalanan yang licin kena kembalik kepada agama

ya allah, tunjukkkan aku jalan yang lurus.

Anonymous said...

betul tu kak... ingatan utuk diri sendiri pagi jumaat ini !

Khairul Bariah said...

owh ingat licin apa tadi? mmg betul kak zakie, kalau nak hidup kita licin dan lancar, kita sendiri perlu cari jalan yg mencorakkannya supaya ia sentiasa licin dan lancar. yg selebihnya berserah kpd allah.

Kayu Manis said...

Salam k.zakie

in shaa Allah.tq peringatan utk nor

Fazleyatul Aini said...

sama2 kita beringat
tq kak =)

Mila@Rimbun said...

thanks for the reminder kak..

lia said...

licin & lancar atas kebenaranNYA juga...

Sura Mohd said...

satu lagi n3 peringatan yg sangat bagus..tema kasih kak..:)

Mar Mansor said...

salam pagi jumaat kak zakie..betul tu,apa y kita lakukan di dunia adalah untuk kita di akhirat..

saniahibrahim said...

memang manusia ni suka segalanya licin dan lancar tapi bab2 akhirat diambil mudah....

musang said...

terima kasih kakak atas peringatan ini

Izwa Kamaruddin said...

terima kasih diatas peringtan ini utk izwa..

BinMuhammad said...

Semoga perjalannan hidup kita mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat berjalan dengan lancar dan licin.

p/s: Tapi lantai yang licin mengundang bahaya lah kak...takut tergelincir pula! :)

Eiqa Almond said...

A+++++
Suka ayat dan penerangan dalam entry niee :D
Peringatan kita bersama :)

t.a.t.a said...

Bahaya juga kan kak bagi mereka yang punya banyak ilmu tapi tidak langsung dimanfaatkan atau langsung tidak dikongsi bersama dengan orang lain. Memang ditanya perkara ini di sana nanti.

sitirohaida said...

salam jumaat kak,terima kasih atas perkongsian ini...kalau boleh dalam kehidupan harian nak semuanya berjalan lancar dan licin..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Penjelasan kakzakie yg cukup terang dan jelas, perbandingan antara licin kehidupan didunia dan licin kehidupan di akhirat kelak.. Tq perkongsian yg bermanfaat ni..

aby said...

lubricant2 tu sume ada didalam hati sendiri2 ..
cume terpulang kpd diri sendiri utk menzahirkan nya ..

zmarl (ibu) said...

salam jumaat kak..

Umm AA said...

Terima kasih atas peringatan tuh kakak..ade betulnya sikap kita yg sentiasa mahukan semua beres & licin..tapi kalau nak licinkan sebuah quran atau sebuah hadith liatnya dek terpengaruh ngan setan..

Eye_nee said...

Yg Paling penting kelicinan dan kelancaran diakhirat tu nnt kan kak...Pandai2lah mencari mengali meneroka segala keperluan utk melicinkan perjalanan itu nnt..Tq kak atas perkongsian ttg Agama yg tak pernah putus2 dari kakzakie...

che mid said...

Allah..takutnya nak meniti titian mustaqim nanti..

FarahFerraDotCom said...

Salam Jumaat akak.. thanks atas perkongsian ini..=D

aizamia3 said...

berusaha untuk melicinkan apa yang kurang licin.. moga ianya diterimaNYA..

paridah said...

Merancang yg terbaik utk dunia n akhirat n harapkannya sempurna selalu tapi perancangan Allah kita xtahu bgmana...harus redha saja..

Acik Erna said...

mudah2an..perjalana kita kesana juga licin dan lancar kakzakie kan

Acik Erna said...

mudah2an..perjalana kita kesana juga licin dan lancar kakzakie kan

Ujie Othman said...

umur saya..ke mana saya habiskan? huh..terasa tak lancar saya nanti di sana. :(

Kamsiah yusoff said...

tersangkut2 disini...masih boleh membebel...masih boleh ditempuhi..namun tersangkut disana....segalanya telah terlambat..

Mummydearie said...

Adatnya yang nak licin dan lancar tu perjalanan duniawi. Yang hakiki kadang-kala kalau tak diingat-ingatkan selalu, selalu aje terlanjak, terbabas dari jalan yang lurus. Terima kasih kak selalu mengingatkan, jangan hanya taksub pada hal duniawi saja.

Mia Kassim said...

Salam jumaat Kak...
Terima kasih kak atas peringatan ini :D

Unknown said...

salam jumat semuanya, semoga di berikan kelancaran dan kemudahan :)

Cik Puan said...

Salam jumaat kak zakie...semoga setiap amalan kita di terima oleh Nya :)

Unknown said...

sebenarnya bila tersangkut baru ada pengajaran kak.. licin dunia.. licin akhirat hendaknya..

kalau lantai terlalu licin jatuh nanti..

Aziela said...

Kalau study dalil tu, bayangkan berapa detailnya setiap umat manusia akan di soal di padang mahsyar nanti. Kalau yang amalnya tak cukup, berbogellah di bawah terik matahari yang sejengkal dari kepala sementara menunggu giliran di hisab. Astaghfirullah, takutnya....

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

mendalam maksudnya..
mengharapkan hasil yg bagus, kita sendiri yg kena memastikan semuanya licin..baru dpt hasil yg memuaskan hati..

semoga kita sentiasa mmperbaiki diri..

QasehnyaRania said...

berusaha membaiki diri ke arah yg lebih baik..
salam jumaat akak.
peringatan bersama yg bagus

babYpose said...

peringatan yang bagus kak zakie, nak licin dunia akhirat, semoga dipermudahkan.

norhidana said...

sama2 lah kite ye kak menambahkan amalan utk kelancaran di akhirat nnti

Unknown said...

Salam kak zakie... Terima kasih atas peringatan ini... ermm... terlalu banyak lagi yang perlu dibaiki... ;(

haryati said...

In sha Allah... memang itu yg diharapkan...takut nak mghadapinya...

Shahrul Yusof said...

Setuju dengan peringatan yang disampaikan oleh akak. Kita memang kebanyakannya gemarkan kelancaran dan efektif dalam segala urusan kerja seharian.

Blog Santai said...

Salam Jumaat KZ..Doa kan supaya perjalanan hidup kita dipermudahkan..

ANIM said...

moga dapat saya tampal yang berlubang sana sini sebelum Allah menjemput..

Wafa cw said...

tak boleh bayang betapa lamanya akan berada di padang mahsyar... sedangkan umur dekat separuh abad di dunia ni pon dah rasa lama dah... Astaghfirullahalazim

sud@is said...

Moga perjalanan kita licin lancar disini lebih2 lg disana,.
Selamat beramal
Tq perkongsian utk muhasabah diri

Nor Azimah Ali said...

kita semua memang mahu urusan di sana serba sempurna..jalannya sudah ada, tinggal melangkah saje.

QasehnyaRania said...

assalam kakak
ziarah pagi sabtu.hihi

eelobor said...

sekarang saya di beri ujian dengan perjalanan hiduo yang tersekat-sekat. semoga di permudahkan urusan kami....

@na said...

salam kakzakie;
seronok bc n3 ni kak, penuh dgn mesej yang tersirat...moga kita lancar dan licin dunia akhirat...INSYAALLAH

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..betul..kita sentiSa nak yang terbaik di dunia ni..tak tenang rasa bila ada walau sedikit cacat dan celanya..sampaikan kadangkala kita alpa usaha bagaimana untuk melancarkan dan melicinkan laluan di akhirat kelak..dunia dan alam yang kekal abadi selama-lamanya..

Nur-nba said...

Nasihat yang baik kak..Ingatan untuk diri sendiri.. Terima kasih Kak Zakie..

norhasnizakhalid said...

masih berusaha memperbaiki apa yang kurang walaupun adakalanya terkeluar sikit dari landasan... hanya Allah s.w.t tempat memohon pertolongan dan petunjuk..

Kira Sakura said...

insyaAllah kak. sesama lah kita ye :)

QasehnyaRania said...

singgah ptg ahad melawat kakak nun jauh di sana :)
ke mana di hari minggu

Puan Kutu said...

sama2 mengingatkan kak zakie..semoga dilicinkan perjalanan dunia akhirat

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Allah tempat mengadu. Terima kasih ingatan ini Kakak.

Kakzakie Purvit said...

Begitulah kita sebagai manusia dan hambaNya sentiasa berdoa semoga perjalanan hidup kita di dunia dan akhirat lancar can licin. Bersama kita mencari semua itu.

Terima kasih buat semua yg sudi memberikan komen N3 kakak ini:-

Blogger ZazaMyMoon, Blogger Petak Bunga, Blogger Kesuma Angsana,Blogger Khairul Bariah,Blogger Knor, Blogger Fazleyatul Aini, Blogger Mila@Rimbun, Blogger lia, Blogger Sura Mohd, Blogger Mar Mansor,Blogger saniah ibrahim, Blogger Ayu azmir, Blogger redza,
Blogger :: idzwa ::, Blogger Bin Muhammad (lantai licin kena mop bagi bersih agar licinnya tak menjatuhkan), Blogger Eiqa Almond, Blogger t.a.t.a (itu yg takut tata), Blogger Kisah Si Dairy, Blogger CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Blogger aby, Blogger Zee Suhaini, Blogger UmmuAidan-Arissa, Blogger Eye_nee, Blogger che mid, Blogger ♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH), Blogger aizamia3, Blogger paridah, Blogger Acik Erna, Blogger Ujie (kena cari jalan kita ni Ujie), Blogger ❤Kamsiah❤, Blogger Mummydearie, Blogger Mia Kassim, Blogger Yobert Parai, Blogger Cik Puan, Blogger Rai Ourkizuna (lantai licin kena lap bagi bersih bukan licin yg menjatuhkan Rai hihi...),Blogger Aziela, Blogger ♥ Cmª shIemª ♥,
Blogger QasehnyaRania, Blogger babYpose, Blogger norhidana miswan, Blogger acik idah, Blogger Haryati Faizal, Blogger Sylarius Yusof, Blogger RDZ Z, Blogger ANIM, Blogger Wafa Cw (masa disana pula perbandingan dgn dunia beribu-ribu hari takutnya kan..),
Blogger sud@is, Blogger Nor Azimah, Blogger QasehnyaRania, Blogger eelobor (insya-allah kalu sedar dan redha adalah penyelesaianya itu dik. Kakak doakan moga diberi kekuatan dan kesabaran tinggi), Blogger @na, Blogger PeRdU cINta, Blogger Nur-nba, Blogger Norhasniza Khalid, Blogger Kira Sakura, Blogger QasehnyaRania (Sabtu kakak jenguk anak-anak di asrama, Ahada biasalah di rumah sendiri kakak dok menjahit bajulah hihi...), Blogger Puan Kutu, Blogger Pokok Manggis Depan Rumah.

Terima kasih sekali lagi buat semua yg sudi membaca dan memberikan komen.

nOe suhaimi said...

terima kasih atas peringatan kak zakie...hrap2 di dunia lancar...di sana pun lancar...

OKje said...

Betul tu kanda ...banyak yg akan dipersoalkan disana kelak....sudahkah kita bersedia...emmm

OKje said...

Betul tu kanda ...banyak yg akan dipersoalkan disana kelak....sudahkah kita bersedia...emmm