Friday, April 11, 2014

Terlajak kata mohonlah maaf

Cuaca panas terik ketika itu. Sebaik keluar dari kereta bahang panas yang menyucuk kulit terasa perit sekali, apalagi sewaktu di dalam kereta pendingin hawa diset yang paling sejuk. Bayangkan di pandang Mahsyar kelak, matahari berada sejengkal di atas kepala. Melangkah sambil mata masing-masing mencari gerai yang paling memikat. Aku akur saja di mana langkah hubby pergi di situ juga langkah kaki aku menapak. Gerai-gerai di tepi pantai biasalah ikan di sini semuanya segar-bugar belaka.

Masuk gerai ke tiga mata sudah terpikat melihat ikan banyak tulang yang menjadi kegemaran aku. Hubby bertanya harga dan merasakan murah kami pun setuju. Sebaik membayar harga hubby tercengang dan bertanya. "Eh! tadi abang kata RM16/-?" Si adik yang memulangkan duit baki tidak mencukupi itu bertanya kepada abangnya "Berapa engkau kata tadi?" Boleh si abang menjawab "Mana saya ada kata RM16/-". En hubby biasalah bila sudah begitu dia malas mahu bersoal-jawab. Sambil mengambil duit baki hubby berpesan juga "Lain kali berhati-hati bila letak harga pada pembeli ye bang. Harap abang tidak silap lagi." Terpinga-pinga dia dan kelihatan malu sebab kami tahu dia bersalah atau tersilap. Namun yang pasti gerai ini tidak akan kami jejaki lagi. Sebenarnya boleh dikatakan setiap dua minggu sekali kami akan ke sini kerana menjenguk anak di asrama. Janganlah kerana biasa kami terus membayar berapa pun harga diletak senang-senang pula dia mahu menipu.

Apalah salahnya memohon maaf katakan tersilap. Mungkin boleh dijawab dengan cara berseloroh tidaklah pelanggan rasa tertipu. Kami yang membeli bila berkehendak tidak kisah berapa pun harga asal saja jangan berdolak-dalik. Cara dia itu telah membuat kami serik.

~~ Niat di hati mahu membantu saudara sebangsa tapi begini pula jadinya. Hubby kata peniaga begini kena hantar ke kem motivasi:) ~~

62 comments:

zmarl (ibu) said...

paling tidak pon patut minta la maaf..dah memang dier yang salah..
kalo kena macam ni kak, zee pon takkan gi lagi kedai tu..
jadi geram pulak..

AtieYusof said...

Salam Jumaat Kak..
inilah masalahnya.. berniagalah dgn jujur.. kite ni sbnrnya tak kisah nak bayar, tpi tulah bila letak harga lain pastu bayar lain plak mmg lah rasa kesal...pastu nak minta maaf pun susah... erm! buat pengajaran pd kita...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul tu kakzakie.. jika rasa tersilap mintalah maaf.. lebih baik begitu daripada berdolak dalik kan kakzakie...

t.a.t.a said...

Saya sokong hubby akak. Pi hantar ke kem motivasi dan syarahan agama juga. Tentang halal dan haram tentang menganiaya orang semua.

Umm AA said...

Taknak mintak maaf tuh mungkin kerana taknak akui kesalahan.. kalau bersalah kena ikut seperti apa yg dikatakan tuh..tuh pasal tebal muka jer..
mmg tak patut pegi lagi pun kakak kedai gitu..

lia said...

Sebaiknyer peniaga kena mntk maaf sbb customer is always right... Itu ajaran ayah saya masa sy membantu dia meniaga buah d pasar malam... Tentu2 customer akan terikan & sentiasa dtg gerai kt kerana akhlak & keperibadian yg d tunjukkan...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak zakie...atie & HB pon pernah trkena masa mkn2 kat luar...peniaga tu buat muka selamba jer.Tiada perkaataan MAAF dr dia.Serik rasanya nk masuk kedai tu lg :(

Khairul Bariah said...

tak baik tipu-tipu tau :)

Falsya said...

Betulkan kakak..xkisah nak membayo tp yg si penjual tuh kene la merendah diri..kalau dh salah xsalah nak mintak maaf kan..kite pun boleh jd lembut hati..hurmmm

Fazleyatul Aini said...

nak meniaga tu kena lah jujur

Pn Kartini said...

Assalamualaikum kakZakie:)

Pelanggan..sekali dilayan kasar ,sambil lewa...apatah lagi terasa tertipu....mmg tersenarai lam 'blacklist' lah jawabnya..aduhaii..

Ujie Othman said...

tak jujur tu namanya..dah silap, takmo ngaku. mmg buat kita marahlah kan kak.

aizamia3 said...

sama dengan saya kak.. kalau jadi macam tu.. cukup hanya itu sekali saya akan singgah kat gerai dia.

macam seorang peniaga kat tempat saya ni, pernah terjadi.. dia pulangkan baki tak cukup. Rupa-rupanya sebab saya guna wang besar maka harga makanan yang biasa saya ambil tu jadi mahal..
Jadi sejak dari tu, saya takkan tunjuk berapa yang saya ada sebelum bayar, nanti dia akan charge mahal.. huhuhu..

Sue Bee said...

tak susah kalau nak ucap kata maaf..salam jumaat,kak..

paridah said...

salam jumaat...kena hantar masuk kelas telekomunikasi betul n budibacara holistik...heh..heh..

Suraya said...

Betul tu. wawa pon ada terkena. apalah salah meminta maaf. dua2 senang hatikan adalah lebih baik..:)

Kayu Manis said...

takpe kak lain kli jgn pg dah...mcm nor..ni..mmg sekli jerlh..

Mar Mansor said...

sesetangah orang meletakkan ego tinggi melangit..
kan mudah sahaja untuk mengatakan maaf..malah bertambah manis..

Wafa cw said...

Satu perkara yang saya perhatikan menjadi masalah orang melayu kita berniaga... tidak cukup ilmu muamalat... saya rasa kalau seorang peniaga tahu asas ilmu muamalat saja pon dah cukup untuk jadikan perniagaannya berjaya... tapi ya lah...kat sekolah tak ada pulak ajar ilmu muamalat ni... sayang sekali.

Eye_nee said...

Tersilap ckp tu biasa..tp tidak meminta maaf selepas tu..itu biadap..saya pun sama kalau ada kes tak memuaskan hati saya waktu makan....itulah pertama dan akhir saya singgah kedai dia...

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

hmm.. ni lah peniaga yg suka mengambil kesempatan.. hilang dah rezeki dia dek hilangnya pelanggan tetap yg berkunjung kesana..
tak salah kalau kita meminta maaf.

Dr Singa said...

kalau saya
saya blah aja!

Tie HT said...

niat dia nak untung lebih,
last2 dia hlang customer..
memang kena hanto kem motivasi ni kak

Aziela said...

Betul kak.... nak membantu, tapi hak kita sebagai pelanggan pula dinafikan. Serba salah dibuatnya.

musang said...

dia tak sedar agaknya..bila menipu pelanggan akan menjauhkan diri

BinMuhammad said...

Sikap melambangkan keperibadian. Mungkin peniaga itu untung tapi untuk jangkamasa panjang...dia akan kerugian.
Pengajaran buat peniaga, sekali pelanggan terkena...sampai bila2 hilang kepercayaan.

ANIM said...

agaknya bila nampak orang berduit, dan dan tu harga jadi lain..

untung sekejap tapi rugi dalam jangka masa panjang

Unknown said...

Salam Kakak~
betol cakap kakak.. kalo kita berkehendakan sesuatu x kira lah berapa mahal sekali pon kita tetap akan beli. tak baik lah guna cara macam tuh bila berniaga. nanti hilang plak pelanggan. rugi dah kat situ~

saniahibrahim said...

berat sangat agaknya nak cakap minta maaf tu kakzakie....saya pun pernah trkena camni,

Kamsiah yusoff said...

antara ucapan mudah tp susah dibuat oleh sesetengah org-ucapan terimakasih dan minta maaf..

kakrose said...

akak banyak kali terkena Zakie.mentang2 kita selalu beli kat kedai dia..sesuka hati dia letak harga.kalu jadi kes camni memang tak jejak lagi kedai dia.suka ambil kesempatan diatas pelanggan tetap dia.

Ruse Sulaiman said...

Tak patut sungguh buat mcm tu kan. Ya lah kan senang minta maaf. Kita yg dgr pun sejuk sikit hati yg terkejut tu ;)

Unknown said...

Salam.
Mcm2 ragamkan.

BungaTulip said...

Sekurang-kurangnya kata maaf itu melegakan sikit hati kita kan. Bila tertipu memang akan serik untuk ke situ lagi..

Sura Mohd said...

peniaga yg macam tu buat dia susah belakang hari....tak salah minta maaf..sepatutnya peniaga kena jujur dan berbudibahasa..dah macamni memang serik la pelanggan..besok2 takde la yg nak beli..:)

Unknown said...

Itu la attitude sesetengah orang kita nie... sanggup hilang customer dari mengaku kesilapan kecil... orang tak marah pun kalau dia minta maaf...

Nastyna said...

kan... payah la kalau jenis nak kaya cepat lagu ni. Orang kita kot mmg payah nak akui silap.

nOe suhaimi said...

susah sangat agaknya nak mohon maaf...kan dah hilang customer...

babYpose said...

Tula kalau berlaku macam tu, kita nak tarik nafas dan relax macam kak zakie, kadang tu hidung kembang kempis tah la...keep calm keep calm kan :)

Akupenghibur.com said...

jujur itu sangat penting sekali

Mummydearie said...

Betul tu kak, hantar aje ke kem motivasi. Kena belajar cara-cara melayan pelanggan nih. Kalau kat bank mahu dah kena panggil big boss layan pelanggan cam ni. Mahu dah dapat surat komplen :)

Kak, ikan banyak tulang tu ikan terubuk ke ikan parang? Hah....kalau jawapannya ya memang samalah favorite kita nih. Aduhai terubuk bakar ... ikan parang masak asam pedas ... siapalah yang nak sediakan nih :(

PetakBunga said...

payah nak ngaku dah buat salah..

kita kalau org kata maaf, memang x boleh nak marh. terus sejuk.

payah sgt nak minta maaf.

Nurulhidayah said...

Memang geram kalau kena macam ni.. bukan kite tanak bayar atau berkire benda yang dah masuk dalam perut kan.. cume tak adil berniaga macam ni.. dimana keberkatannya..?

QasehnyaRania said...

kakak beli ikan terubok ke?
ikan peberet sy tu.hihi

kan hantaq motivasi baru dorng thu nk berbudi bhasa dgn pelanggan

aby said...

salam kz ..
klu ikan banyak duri, tk terubuk, parang ..
angger keno ngono kuwi ..
arek bertengkar karo tuan gedeh pun isin dewek ..
seng apik, usah ngono meneh la ..

aby said...

salam kz ..
klu ikan banyak duri, tk terubuk, parang ..
angger keno ngono kuwi ..
arek bertengkar karo tuan gedeh pun isin dewek ..
seng apik, usah ngono meneh la ..

Mia Liana said...

ish... ish.. tak patut tu... leh plak meniaga macam tu.. dolak dalih harga..

Blog Santai said...

Betul tu KZ..kalau salah dan minta maaf , tak adalah rasa terkilan sangat kan..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Kadang-kadang macam ni lah. Nak tolong bangsa sendiri. tapi bila terkena rasa berat nak pergi lagi. Semoga mereka boleh berubah.

makchaq said...

Apa la salahnya mengaku tersilap dan mintak maaf kan..kalau dia mengaku hati kita pun sejuk..ikhlas kita beli..

ewanthology said...

brape harga sebenarnya?

Qaseh Vee said...

org berniaga ni kena jujur klu tak mmg x berkat ler rezeki tu ...

Cik Ai said...

betul lah kak..kdg2 kita sengaja kan nk tlg bangsa kita,pnya la xmo g beli kat bangsa lain..alih2,kecewa ja....last g beli kat cina puas ati plak..harap2 peniaga jgn lah mcm tu kan :)

intanfirdaus247 said...

salamkak zakie..apa kaba? maaf sgt intan lama x bw dan lama x buka blog..hehe..betul tu kak..ckp la benda yg benar...susah camni

PeRdU cINta said...

Itulah yang paling menyedihkan kak..sebangsa..seagama., yang penghujungnya sumber pendapatan itu menjadi darah daging..

nohas said...

Ada jg orang berniaga, attitude mcm ni...

'sorry seems to be the hardest word',

Bunda_nora said...

Berat sangat kot mulut nak minta maaf agaknya..

Jahirah said...

blh pulak camtu kak...lari customer mcm tu gayanye...

emarieys said...

nak untung cara salah.

Anonymous said...

ntahlah kak, kdg2 susah kita nk cakap ! apa salahnya kalau mengaku saja & mohon maaf !

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...mmg x patut betul apa salahnya ckp yg sebenarnyakan...:)

Myra Jay said...

Termalu le tu sebab tersilap.. tp apa salahnya minta maaf kan..
ikan bnyak tulang tu terubuk ke kak? My peberet tu