Monday, April 21, 2014

Basmati, daging, ayam dan sayuran diolah menjadi hidangan

Hari Sabtu lepas dua dari tiga anak dara aku berada di rumah. Sengaja aku mengambil cuti sehari untuk bersama mereka. Kakak sulung ada majlis Ihtifal Ilmiah antara sekolah-sekolah agama negeri Johor. Satu acara saja dia masih layak masuk iaitu musabaqah al-Quran. Acara ini termasuk dibawah usia 20 tahun. Lain-lain seperti tahun-tahun sebelum dia masih boleh memasuki pertandingan syarahan, bahas dan nasyid. Tetapi semua acara ini dibawah kategori bawah 18 tahun. Sebab itu tahun ini dia tidak layak untuk masuk bertanding lagi. 

Sementara anak-anak ada masaklah mengikut kehendak mereka.
Dalam rice-cooker - Nasi butter yang aku masak dengan kismis. Masuk kismis lebih dua genggam.
Kurma daging - Masak juga kurma daging. Oleh kerana aku juga buat ayam pencen goreng berempah, kaki ayam yang keras kematu aku masukkan dalam kurma daging. Ini masih dalam pressure cooker lagi.
Satu mangkuk besar - Buat juga coleslaw favourite anak-anak. Hubby dan anak-anak suka makan nasi arab atau yang seangkatan dengannya dengan coleslaw buatan isteri/mama mereka.
Sepinggan - Ayam pencen aku rebus dan goreng berempah. Ketumbar+jintan+halia+bawang putih+garam gaul sedikit rempah+serai dan daun kari. Letak daun kari lebih sikit semasa menggoreng. Lengkap hidangan tengahari Sabtu itu. Agihkan juga pada anak-anak yang bertandang ke rumah dan bekal ini juga  yang di bawa Yasmien balik asrama petang Sabtu itu.
Bersyukur kerana aku masih diberi peluang menyediakan hidangan buat orang-oarang tersayang. Sedih melihat bibik yang terpaksa meninggalkan anak-anak dan suami tetapi memasak hidangan buat keluarga orang lain demi mencari rezeki mereka.

~~ Sedap bagaimana pun makanan yang dinikmati selepas itu akan berlalu pergi. Namun gambaran keenakkan syurga Allah tidak ada tolok bandingnya dengan yang ada di dunia sekarang.~~


62 comments:

❤Kamsiah❤ said...

alhamdulillah..anak2 makan airtangan yg dimasak ibu sendiri...berkat..

Masya said...

sesekali masak special sikit.. wahh terangkat sy tengok nyum² ...

ZazaMyMoon said...

beruntung anak2 kak zakie... saya pn kalau boleh nak kan sentiasa anak2 & suami mkn hasil dr apa yg sy masak..
Kak, kenapa x bg recipe skali? hehehe

Mia Kassim said...

Untung anak2 kak zakie.....sedap2 semua hidangan tu tambah2 lg ianya dimasak penuh kasih sayang :)

redza said...

sedapnya...syukur atas kurniaan rezeki dariNya

Knor said...

lama tak makan ayam cross country ni..(pencen)boleh goreng ye kak,tak liat ker kak..

enak semua juadah tu..

Eye_nee said...

Sedapnya kak...Alhamdulillah terasa puas dpt masak dan sekeluarga menikmati air tangan sendiri kan kakzakie..

memmet lenggeng said...

wah wah..sedapnya...slurppp

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap betul juadah kakzakie hari Sabtu ye..
Ayam pencen saya suka masak lemak cili padi dengan nangka muda.. emmm rasa nak buat pulak :)

Betul kakzakie .. keseronokan dan kesedapan didunia ni tidak sama kenikmatan di Syurga...

t.a.t.a said...

boleh kategori food barat dan middle east tak?

Ndra Jamal said...

owh... lapar....

Sura Mohd said...

sedappnya kakzakie..sesekali bagi la resepi air tangan akak tu..:)

Fazleyatul Aini said...

hujung minggu memang masa untuk masak2 sedap kan kak

@na said...

MasyaAllah...sedapnya nmpk kurma daging tu kak....syukur nikmat....

Cho Zila said...

syukurlha dapat menyediakan masakan untuk merekakan..semoga hidangan itu dinikmati dengan penuh nikmat kesyukuran...

UmmuAidan-Arissa said...

Hidangan yang sempurna.untung family kakak dpt mama yg rajin n pandai masak..
betul tuh kakak orng yg kerja memasak kat luar belum tentu dpt masak dirumah mrk sendiri

~ yus ~ said...

Memang nampak sangat menarik coselaw hasil tangan kak zakie tu, patutlah semua suka ya...:)

mysha said...

Akak...tgk jer kismis akak yang segenggam dalam nasi tu dah wat sha tak keruan da kak.. sha pun ske masuk kismis dalam nasi..kdg2 nc goreng pun sha bantai jer masuk hehehe

Bila berkumpul ngan family makan ramai2 sronok ek kak..Nak2 hasil air tgn isteri / mak!!

Mmg terbaek la kak!!

JunAina said...

Anak2 Aina ada satu perangai yang sukar di ubah, perangai makan nasi kaler putih je kalau jadi kaler lain mula semua bad mood dan makan sikit je.

HeNRieTTa JoSe said...

Yummy...nampak sedap nasi dgn kimis tu...

Cikgu Ma said...

assalamualaikum...apa khbar kakak? masih ingat saya? :)

sedap masakan akak ni...sy sekarang x sempat nak belajar n cuba macam2 resipi...baru usaha beli buku resipi..nak cuba belum sempat..tunggu ada dapur sendiri kot :)

norhidana miswan said...

sedap nyer kak... suke tgk org bt hidangan mkn lengkap gini di ujung minggu

Rai Ourkizuna said...

beruntung anak anak dapat merasa air tangan ibu kak..

Ema Johari said...

tak pernah masak nasik macam ni kak...

paridah said...

sedapnya masakan istimewa ibu menjamu anak2 n fmli yg dikasehinya..

lia said...

wahhhh tentu senyum lebar suami & anak2 dpt mkn masakan istimewa ni...

Rizziela said...

adoi..sedapnya

Bin Muhammad said...

Akak ni memang pandai dan rajin memasak. Ada sahaja menu yg menjadi hidangan istimewa untuk anak2 dan suami bila adanya kelapangan masa.
Kalaulah berjiran...boleh tumpang sepinggan, hehe...

sud@is said...

Air tangan isteri dan ibu itu yang terbaik untuk ahli keluarga, dari situ bercambah kasih sayang..
Nasi arab terbaik.....

Nafira usof said...

salam kakak~
bertuah anak2 kakak.. mama dia pandai masak macam2.
zura neh kadang2 asik x cukup masa jer nak masak mcm2 untuk anak dan suami. nampaknye masih byk lagi yg perlu diperbaiki dlm diri zura nih..:)

aby said...

salam kz ..
boleh jadi ibu contoh kpd anak2 ..
perlu menyiapkan diri dgn ilmu dapur sebelum disunting orang ..

Kira Sakura said...

betol kak. sonok masak untuk orang yang kita sayang nie. dan mesti orang tersayang yang makan tue pun seronok berganda :)

Mar Mansor said...

sedap tu kak... alamak entry kita sama lak arini..entry saya on schedule lagi..uhuks..

zila norazila said...

salam kak..alhai yummynye..asal x jemput zila dtg mkn...he hee rajin akk

Tihara said...

memang sedap ayam pencen dibuat rendang kan kak :)

Ujie said...

emm..sedapnya kak!

terus rasa nak try buat nasi butter, lawankan dgn kari ayam atau ayam masak merah pun ok gak kan?

dwaty said...

salam isnin... menziarah... terus jumpa makanan... hehehe

Aziela said...

Rindunya saya nak memasak untuk keluarga macam dulu2. Tak apa, redha. Masanya akan tiba juga nanti, Insya Allah.

RDZ Z said...

Wah sedapnya KZ...salam Isnin ya!!!

NM03 said...

aduh, tekak orang berpuasa ganti dah terliurrrr ni.

Mila@Rimbun said...

keluarga ramai memang best masak2 ni... saya ni takat 3 org.. nak masak pun malas hihi.. yg simple2 jer lah

Norhasniza Khalid said...

sudahlah hujan sekarang, tengok gambar makanan.. berkeroncong perut menahan lapar...

Tina Othman said...

Meriahnya menu

Untung2 suami & anak2 akak rajin masak

Kesuma Angsana said...

kalau dah air tangan mak tu mmg terbaiklah kak... tu lah KA skang ni dah jrg2 nak masak yg special2 sgt sebab Angah & ALong selalu ambil alih hehehe

babYpose said...

Alhamdulillah sedapnya nampak, pandai kak zakie masak, bangga anak-anak mama serba boleh, coleslaw tu nampak puas makan tu, biasa makan hat kfc ja :)

Daddy Ziyyad said...

ni makan ramai2 kat rumah....hari sabtu.,...mmg syiok lepas tu tido petang jam kekenyangan...hahaha

Sylarius Yusof said...

Beruntung anak-anak akak dapat ibu yang masih mempunyai masa untuk diluangkan bersama :-) Lagi pun, dalam dunia ni, makan masakan ibu sendiri jugak yang paling best.

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. ANak2 pon seronok bila ibu masak makanan feveret.

Tergugat iman tgk kak. Sebab hari ni 1st day ganti posa ☺

acik idah said...

Tengok nasi butter akak tu menyelerakan... teringat kat rumah ada kismis... nak buat jugek laa.. :D

Amanda Suria said...

terliur plak SA tgok makanan tu semua...

Lydia Miza said...

Seronok tgk insan tersayang makan masakan kita kan kak?

Kak .. Share la resepi coleslow tu kak

makchaq said...

Sedapnya nampak.. mama tentu semangat memasak bila semua anak2 ada kat rumah kan.. memang x terasa penat

Kak Tie said...

macam sedap..nampak mcm nasi minyak

nadia rashid said...

Aduh akak sedap ni...sy tahu sedap...sebab dan mkn org buat..tp buat sendiri x jadi

Kakzakie said...

Kakak percaya sebagai mama siapa pun akan cuba memasak kehendak anak dan suami apa lagi semua bahan ada di dapur rumah masing-masing. Biar apa pun rasa namun sebagai mama rasa puas dpt menghidangkan idaman keluarga.

Terima kasih kakak ucapkan kepada semua yg sudi menitipkan komen di N3 ini:-

Blogger ❤Kamsiah❤, Blogger Masya,
Blogger ZazaMyMoon (resepi biasa aje zaza dan kakak percaya semua sudah tahu), Blogger Mia Kassim, Blogger redza, Blogger Knor (kakak rebus dulu Nor baru letak semua perencah dan goreng), Blogger Eye_nee, Blogger memmet lenggeng,Blogger CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)(rendang pun sedap Yati ayam pencen ni), Blogger t.a.t.a (tak kisahlah tata janji dimakan habis), Blogger Ndra Jamal, Blogger Sura Mohd, Blogger Fazleyatul Aini, Blogger @na,Blogger Cho Zila, Blogger UmmuAidan-Arissa (bukan rajin tapi kalau tak masak ini pun masak yg lain juga kan), Blogger ~ yus ~, Blogger mysha (samalah dgn rumah kakak ni masak nasi goreng pun kadang kami campur kismis), Blogger JunAina (kena buat warna putih Aina kalau macam tu), Blogger HeNRieTTa JoSe, Blogger Cikgu Ma (mana boleh kakak pula, lama cikgu tak berblog - tak lama adalah dapur sendiri ye - tahniah dari kakak), Blogger norhidana miswan, Blogger Rai Ourkizuna, Blogger Ema Johari, Blogger paridah, Blogger lia, Blogger Rizziela, Blogger Bin Muhammad (bukan pandai atau rajin BM tapi naluri nak bagi keluarga makan - biasalah dah jadi mak-mak ni), Blogger sud@is (amin - insya-allah), Blogger Nafira usof (cari jln masak yg cepat dan simple aje Zura), Blogger aby (bocah sak iki orak podo jaman kitolah aby), Blogger Kira Sakura, Blogger Mar Mansor (secara kebetulan ye - macam janji-janji pulak ye hihi...), Blogger zila norazila (lain kali boleh buat lagi zila - jomlah hihi..), Blogger Tihara (tapi kali ini kakak rebus dulu ayam tu baru kakak goreng sebab kakak dah buat daging kurma), Blogger Ujie (boleh juga Ujie), Blogger dwaty, Blogger Aziela (boleh aje Ziela, kakak nak ikut di rumah pun cuma berempat aje masa ini tapi masak juga), Blogger RDZ Z, Blogger NM03 (beli aje dik kalau teringin), Blogger Mila@Rimbun (kakak pun cuma ber4 aje Mila tapi biasa kakak agih pada jiran sama), Blogger Norhasniza Khalid, Blogger Tina Othman, Blogger Kesuma Angsana (senang dah KA ye), Blogger babYpose (buat sendiri memang puas makan BP), Blogger Daddy Ziyyad (kami berempat aje doc. dah tu petang Sabtu dah kena hantar si kakak balik asarama tak ada masa tidur), Blogger Sylarius Yusof (alhamdulillah dgn izin Allah masih diberi peluang), Blogger Fiza Rahman, Blogger acik idah, Blogger Amanda Suria, Blogger Lydia Miza (mudah aje dik. Sagat carrot dan timun. Kobis kakak hiris nipis. Masukkan mayonis, susu cair, gula sikit dah tu perahkan lemon sikit - gaul dah siap masuk dlm fridge), Blogger makchaq, Blogger Kak Tie (nasi minyak anak-anak kakak kurang suka Kak Tie), Blogger nadia rashid (kalau ikut anak-anak kakak memang suka nadia).

Begitulah... terima kasih sekali lagi buat semua:)

Mummydearie said...

Pagi-pagi begini tengok nasi dengan kismis ditambah lauk-pauk ayam, memanglah berkeroncong perut rasanya. Lama pulak nak ke tengahari!

aizamia3 said...

tengok pada menu ni.. rasa macam nak main masak-masak kat rumah MIL weekend ni.. hehehe..

n O e s u h a i m i said...

rajinnya kakzakie...dah kesukaan keluarga ... mesti buat kan jugak...janji habis

Myra Jay said...

Wahhhh sedapnya...
Sesekali makan macam ni best jugak kan ;)

QasehnyaRania said...

gabungan yg berbeza tapi menepati citarsa keluarga.alhamdulillah..:)

hainom OKje said...

Jarang sangat buat coleslaw kat rumah ni kanda.... teringin pulak nak buat..padahal senang jekan. Hubby bukan main suka lagi tu

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.zakie..
untung anak2 dan hubby ada mama/isteri yg pandai memasak..
sedapnya...nasi arab...nyum3...
alhamdulillah..sentiasa bersyukur apa adanya..