Selepas dilanda musim panas yang panjang; sebaik hujan mula turun menyimbah bumi kelihatan di sana-sini bunga-bunga dan pokok buah-buahan mula memberi habuan kepada tuan masing-masing. Hikmah yang Allah berikan setelah panas yang panjang. Kalau kebun buah bapak rata-rata mula menampakkan putik untuk menjadi buah, tetapi halaman comel aku meriah dengan bunga.
|
Bunga raya tissu pink - Bunga rayaku juga meriah termasuk yang ini |
|
Putih - Bunga raya putih tidak kurang memberi kepuasan kepada tuannya. |
|
Peach - Sama juga dengan yang ini |
|
Sulung - Kuntuman pertama. Benih diperolehi dari jiran Cina aku. Dia dapat benih dari Cameron Highland. |
|
Pertama kali - Lihat inilah bunga sulung tersebut. Besar saiznya hampir sama dengan saiz piring cawan. Mestilah aku senyum puas bila melihat pertama kali kembang di pagi hari. Berwarna merah dengan bahagian tepinya berwarna kuning. Cantik! |
|
Digandingkan - Bunga raya merah ini juga lebih besar saiznya tetapi tidak sebesar yg diatas. Warna semuanya merah. Lihatlah jika dibandingkan dengan bunga raya putih. Sungguh aku puas melihat semua bunga raya aku berbunga buat masa ini. |
|
Meriah - Gambar ini aku captured ketika aku mengikut hubby mengambil pembayaran projek dia di Kluang. Kanan-kiri jalan meriah dengan bunga putih dan pink. Lambakan bunga di atas jalan bagaikan terapi buat mata yang memandang. |
~~ Jika Allah mahu memberi apa pun boleh jadi. Hinggakan sehelai daun yg gugur di dalam hutan pun atas ketentuannya inikan pula di depan mata untuk kita renungkan bersama.~~
66 comments:
Assalamualikum kak zakie...Syukur alhamdulilah dpt tgk bunga kembang mekar cm ni...oh di Kluang pun sama ye bunga ala2 sakura nih ada...menarik...sbb ramai blogger up gambar kt kedah pun ada bunga cantik cm nih sis...suka tgk :)
Salam kak, suka sangat dengan bunga..Putrajaya pun dah jadi macam musim bunga...best
Subhanalalh, subhanallah, subhanallah, mari kita sama-sama ucapkan ini sebenyak-banyaknya...
Salam kakzakie,
Subahanallah memang cantik bunga2 tu.. terpegun saya melihat bunga raya yg besar itu, apa tah lagi kakzakie yg melihat didepan mata.. tentu terasa puasnya..
Allah jua yg mengkehendaki untuk menjadikan sesuatu.. maka jadi lah ia kan kakzakie..
malaysia sekarang tengah spring season hihi
alhamdulillah cantik sangat pemandangan
kat melaka pon banyak pokok bunga ala2 cherry blossom tu
Meriahnya bunga2 mekar ditaman :-)
kat utara byk bunga-bungaan berguguran..
Cantiknya bunga-bunga yang akak tanam tu...Kalau lah saya ada keupayaan nak tanam bunga cam akak
ialah kakzakie ,seronok tengok pokok2 yg ditanam bunga2 mekar berkembang...hati pun berbunga melihatnya.tanaman2 lain pun subor je...
masa kecik2 lu, suka buat bungan raya sebagai sayur masa main masak2...
banyak jugak ye akak tanam bunga..
skarang ni musim panas tapi bunga kemain subur melebat kan..rata2 tempat camtu..
bunga kertas yang dulu tinggal batang jer pon dah berbunga..ada tu yang tak berdaun langsung kak..geram plak tengok..
bersri-seri halaman rumah kakak dengan bunga2
pernah jumpa bunga raya yang besar pinggan tak?
cantik!!
bunga raya ni semuanya cantik².. sy paling suka warna pink yg berlapis²..
segar2 bunga akak...sejuk tangan akak...lieya ni tanam le ape pun kak, tak lame hayat pokok tu huhuhu...
betul kak, malaysia skrang pun dah ade musim spring...ms lieya balik johor pun cuti mate tgk pokok2 berbunga rimbun tuh...cantik sgt2....lagi2 kalo pink ngan putih tu selang seli pokoknye....
semua bunga2 tu nampak fresh... bunga raya putih, tengah mencari benih nak tanam depan rumah...
Salam.nampaknya tahun ni menjadi betul bunga sakura merata msia!
Mama masih tak de bunga raya
Salam.nampaknya tahun ni menjadi betul bunga sakura merata msia!
Mama masih tak de bunga raya
salam kak..
daun bunga raya boleh kurangkan demam panas kan kak...ltk sedikit air dn ramas daunnya..n lps tu sapu kat dahi..sejuk n cpt kebah demamnya..
kat sini susah benor nak cari pokok bunga raya..
subhanallah.. cantiknya bunga raya berkembang mekar tu kakak.. di rumah aiza duduk sekarang tiada bunga raya..
salam pagi...n3 yg buat kak cpat saja nak melangkah laman kak zakie menikmati indahnya bunga2 yg berkembang setelah disirami hujan...
sonok kan kak. tengok bunga mekar kat tepi2 jalan. kekuasaan Allah yang senang je nak nampak.
dalam keadaan kemarau, panas terik. tapi sekali je turun hujan lebat tak lama lepas tue bunga2 semua mekar dan berguguran jatuh. subhanallah kuasa Allah
Cantiknya bunga2 tu. Skang tengah musim bunga kan kak. Para2 sakura ☺
Alhamdulillah, Allah Maha Pemberi,
minta pada manusia belum tentu dia beri kalau bukan dengan izin Allah :)
Cuba membyangkan bagaiman kakak tanam banyak2 pokok bunga raya nie..dalam pasu yer kakak? yg 1 pokok kat umah nie besar jugak pokoknya..tp tah camaner kurang berminat lak ngan bunga nie..tp tengok kakak yg ade banyak kaler nie rs menarik lak..:)
Kak, letak kat sanggul kak. Lawa. Evergreen gitu.
Kakak..cantiknye bunga2..tingin nk tanam2 pokok2 bunga..tp tuh la..tangan falsya pengkau..mesti pokok byk mati nnt..
Tu lah.. alhamdulillah... tuhan uji sekejap dengan kemarau yang agak lama tapi dah bagi hujan beberapa hari... segar balik pokok-pokok bunga dan pokok-pokok lain... saya lega tengok benih ulam raja saya dah tumbuh balik... dulu tengok pokok tu kering dan lepas cabut semua...ingatkan habis dah... tak tumbuh lagi yg baru sebab panas sangat..sekarang dah tumbuh balik dengan segar... alhamdulillah...
Subhanallah...Cantik2 sgt...setelah panas yg panjang..kini hujan mula turun memberi kenikmatan seluruh isi alam terutamanya tumbuh-tumbuhan...Syukur ALhamdulillah Ya-Allah...
mmg cantik2lah kak... KA palg suka warna pink yg atas sekali tu !
mmg cantik2lah kak... KA palg suka warna pink yg atas sekali tu !
Macam musim bunga pula kan kak.....cantik je tengok... :)
Salam Kakak..
macam2 jenis warna bunga raya nih rupernye yer.Zura baru tau.. yang zura tau warna merah jer lah. tengok n3 kakak hari nih, macam warna ade rupernyeee.
mesti ceria jer halaman rumah kakak kan~ warna warni gittu.
bunga sakura Malaysia pon femes sekarang nih. tapi x jumpa lagi kat mata zura. asik tengok kat tv n internet jer.
Harap2 musim panas n kemarau akan terus berlalu pergi jauh2.Semoga hujan kembali turun membasahi bumi dan membekalkan air buat semua. Jadual catuan di selangor masih berjalan. ade kemungkinan berlarutan sehingga bulan puasa dan Raya.. sedih..:(
cantik bunga kebangsaan kita...suka yg kaler merah menyala...
Macam kesinambungan dari entri orkid kembali mekar dikampung saya nampaknya! Tapi akak punya bunga raya yang pelbagai warna dan rupa kembali mekar dengan cantiknya. Inilah rahmat disebalik musibah yg membawa kesuburan yang bertambah2 kpd tanaman...
subur dan sihat2 bunga kat sinii
cantik kan bunga bunga tu....tapi skank dah meluruh....tinggal pohon saja...
sana sini meriah dengan bunga..
wah..bunga kebangsaan jadi pilihan zakie untuk menghiasi halaman rumah ye.
cantik bunga raya ni, daunnya pun bermanfaat. suka bunga ye kak zakie, penyayang dan romantika tu :)
cantiknya bunga raya tissu pink tu KZ...memang meriah sekarangkan..bunga sana sini..
banyak betul bunga raya kt umah akak yek, mcm2 warna.... cantik2 lak tuh...
bunga yg sedang kembang mcm sakura tuh pun cantik, satu malaysia tgh musim yg sama kan
Subhanallah kak...cantik2nya bunga tu semua...
aka, bestnyer rumah banyak pokok bunga... kat umah masz try nak tanam pokok bunga, tapi x berapa nak menjadi sebab semut selalu hurung pokok n mati.. bagi tips kak tanam bunga dalam pasu..
subhanallah.. cantik..
nikmat Allah bagi pada orang orang yg sabar..
lepas hujan ada pelangi..lepas panas berpanjangan bunga bunga berkembang..
cantik2 bunga ni bila mekar.. terasa maca di Korea plak kak...hehe
cantik.. tenang memandangnya dan boleh jadi terapi buat pandangan mata.. ;)
saya suka bunga raya warna putih.. ;)
Dimata sura bunga raya tissu pink tu cantik sangat..rasanya 1st time tengok..slalu tengok merah/putih..:)
salam kak,
betul la, lepas kemarau semua pokok berbunga....meriah sungguh...ceria laman...kan
herannya kenapa amie dah lama x tengok bunga raya di sini..kalaulah zaman anak2 dulu, bunga ni jadik pojaan sebab merimbun kat rumah mak...buat main masak2..buat hiasan..kalau tanam barang letak bunga raya kat atas 'kubur' tu...huhu
Alhamdulillah rezeki kan..
Ada hikmah kemarau yang Allah berikan pada hambaNya
Ya Allah...cantik nya..
mekar bunga tu..
Letusan hormon pokok.
Anugerah yang terindah...
waaa byk juga koleksi bunga raya akak...yg color merah dilingkari kuning tu tak pernah tgk...cantik! ni kalau la ada dijadikan gambar pada setem mesti akak kumpul kan
Sp pun dilimpahi bunga sakura..
tak pernah2 brlaku sebelum ini..
alhamdulillah
semuanya segar bugar kembali
suka tgk bunga last dulu.masa kt jb byk jga tp xda la sampai jadi fenomena mcm skrg..
kuasa Allah kan
dan hati pun berbunga-bunga..gembira tengok bunga..
banyaknya species bunga raya, kak..dah jarang dapat tengok bunga raya..
Cantik semua bunga-bunga ini..
cantik...macam2 jenis bunga raya berbagai warna...
Yang putih tu orang kata bolih buat ubat..
Nikmat Allah mana lagi yg tidak disyukuri. Diberi sedikit ujian tapi hikmah disebaliknya diberi pula imbuhan yg tidak terhitung banyaknya. Kalau melihat pokok-pokok buahan bapak kakak lagilah. Pokok durian, manggis, mangga yang belum pernah berbuah menjadi kali pertama ianya berbuah. Hanya berharap moga ianya mampu membesar sehingga sesuai utk dipetik. Di Johor sekarang setiap hari hujan.
Terima kasih kepada semua yg sudi menitipkan komen di N3 kakak ini:-
Blogger Umi Qi,Blogger memmet lenggeng, Blogger Nor Azimah, Blogger CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Blogger Fazleyatul Aini, Blogger HijrahKuKeranaMu, Blogger Be Simple Beb(BSB) - threeQ, Blogger Nurulhuda Abdul Latip, Blogger saniah ibrahim, Blogger NM03, Blogger Zee Suhaini, Blogger redza, Blogger Dr Singa (ada doc. yg di Cameron Highland - cantik), Blogger Masya, Blogger lieyalatif (tanam bunga raya tak payah jaga sangat Lieya), Blogger Farah Waheda Wahid, Blogger Juhariah Johari, Blogger Knor (ada juga yg minta pada kakak bila anak mereka demam Nor),Blogger Mizz Aiza (Dunia Kecil), Blogger paridah (musim hujan kat JB ni PI sebab itu bunga betul menjadi), Blogger Kira Sakura, Blogger Fiza Rahman, Blogger Tihara, Blogger UmmuAidan-Arissa (semua pokok kakak tanam dlm pasu UAA - cantas bila tinggi sebab laman kecil), Blogger t.a.t.a (dah tak ada org buar hihi...), Blogger Falsya (kena cuba Sya, boleh aje bunga raya mudah nak hidup), Blogger Wafa Cw (ulam raja lagilah bila kena hujan mesti subur menghijau kan..), Blogger Eye_nee, Blogger Kesuma Angsana (species pink ini kakak ada 3 warna merah dan kuning pun ada KA), Blogger Mia Kassim, Blogger Nafira usof (bersama kita berdoa moga ujian tak ada air ini tak berpanjangan Zura), Blogger adarnadzmie, Blogger Bin Muhammad (orkid kakak baru berkuntum BM, tak lama mekarlah tu, dah tak sabar ni hihi...), Blogger sud@is, Blogger HeNRieTTa JoSe (tempat kakak masih meriah lagi Rietta), Blogger kakyon, Blogger babYpose, Blogger RDZ Z (jenis ini kakak da warna kuning dan merah juga dik),Blogger norhidana miswan, Blogger Aziela, Blogger maszmadi (kena beli serbuk yg boleh halau semut Masz - warna putih macam kapur), Blogger Rai Ourkizuna, Blogger aTieYusof Family, Blogger aizamia3 (yg putih sekarang tengah meriah kat laman kakak tau), Blogger Sura Mohd (kakak ada tiga warna Sura utk jenis ini ada kuning dan merah juga), Blogger @na (pokok cili pun meriah juga kan Ana), Blogger amirah (bunga raya senang jaga Amie tapi kena rajin cantas kalau tanam dlm pasu macam kakak ni), Blogger Myra Jay, Blogger Cik Puan, Blogger Lizzie Yasmin, Blogger Normala Saad, Blogger nadia rashid (ini jiran kakak bagi dia beli di Cameron Highland nadia), Blogger ANIM (kalau Allah nak bagi siapa pun tak boleh menghalang kan Anim), Blogger QasehnyaRania (tiap tahun ada CikSu tapi tak semeriah tahun ini tau). Blogger nohas, Blogger Pokok Manggis Depan Rumah, Blogger BUNDA a.k.a KN (kakak tak pernah guna tapi ada juga yg minta daunnya bila anak demam KN).
Buat semua terima kasih sekali lagi dari kakak.
Subhanallah..cantiknyaa.. Kat kluang pun dh musim bunga ye kak..tringin jugak nk tgk secara live musin bunga ni..asyik tgk kat intenet je ^_^
salam k.zakie..
hihi..musim munge di malaysia..
cma yg tgk bunga mekar pun kemain suka..inikan pula dituan yg menanam sendiri..
mesti rasa puas hati.. ^^
umah mak noe ada bunga raya merah n putih jer...tapi yg warna pink tu cantik sungguh la kak zakie...selepas musim panas...Allah bagi keceriaan pada kita bila memandang bunga2 tu...
Cantik-cantik bungaraya Kakzakie. Mesti meriah laman rumah dipenuhi dengan bunga-bunga yang mekar berkembang ni.
Cantiknye bunga2 tu.. pic last tu org kata bunga Angsana.. tapi Nurul tak confirm plak :)
indahnya ciptaan Allah..kan kak zakie
Post a Comment