Tuesday, April 15, 2014

KWSP - Jaminan bila sudah tidak bekerja

Hari Ahad adalah hari bekerja bagi kakitangan awam di negeri Johor. Sebaik hubby menghantar adik ke sekolah, kami mengambil peluang untuk membawa Mak Zah ke KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) bagi pengeluaran wang. Jalan kelihatan sangatlah lengang. Belum pun jam 8:00 pagi kami sudah tiba di bangunan KWSP. Namun jumlah manusia yang beratur menunggu giliran sudah berjela-jela. Aku beratur juga menemankan Mak Zah. Jam 8:15 sebaik pintu dibuka masing-masing mengambil nombor giliran. Beruntung kerana yang mahu berurusan seperti Mak Zah tidak ramai berbanding mereka yang mahu mengeluarkan akaun ke dua untuk tujuan membeli rumah.

Bangunan KWSP negeri Johor - Terletak bersebelahan dengan bangunan Wisma Persekutuan negeri Johor. Sudah banyak kali aku menjejakkan kaki di sini.  Menurut petugas seminggu saja wang akan dimasukkan ke akaun. Seronok betul aku mendengar. Bila melihat keadaan begini rasa tidak sabar untuk sampai usia pencen. Semoga aku berpeluang seperti Mak Zah, Allah panjangkan usia sehingga usia pencen untuk menikmati duit tabungan KWSP.
Menuju ke Hutan Bandar - Niat asal selepas ke KWSP kami mahu ke KipMart untuk membeli barang dapur tetapi memandangkan jam baru pukul 8:45 pagi kami ke Hutan Bandar untuk mengisi perut. Motif mengambil gambar tiang ini teringat seperti di Hudaibiyah yg batu merah-merah. Tetapi ini sebagai tiang menongkat jambatan di Hutan Bandar.
Mee Rebus Tulang ZZ - Aku dan hubby makan ini tetapi Mak Zah makan mee soto.
Kuih tradisi - Kami suka kuih tradisi. Membeli juga kuih ini. Kuih koci pulut hitam, kosui dan tako. Sedap tapi kerana perut kenyang kami tambah lagi membeli lagi koci dan bungkus semuanya untuk dibawa balik.
Tahukah anda apa ini? - Sebenarnya selepas dari Hutan Bandar kami menuju ke Pasar Larkin. Tidak mahu menunggu KipMart dibuka jam 10:00 pagi kami berbelanja di sini. Terjumpa 'benda' ini yang tidak pernah aku ketahui. Menurut kata makcik yang menjual ini adalah sejenis ulaman seperti jering dan petai. Kerdas nama dia. Aku sangkakan asam jawa. Mesti ada yang ketawakan aku seperti makcik yang menjual itu. Sudah tua tapi tidak kenal lagi.
Kalau tidak kerana aku berbelanja di sini samapi bila pun aku belum kenal lagi kerdas. Oleh kerana tidak pernah merasa jadi aku sekadar mengambil gambar saja. Belum berkeinginan untuk mencubanya. Mungkin dimasa akan datang akan aku mencubanya.

~~ Setiap hari yang kita lalui adalah satu pembelajaran. Cuma kena renungkan sejauh mana kita belajar pada hari tersebut.~~

67 comments:

Kamsiah yusoff said...

kuih muih otradisonal tu...susah nak jumpa yg betul2 sedap...mungkin airtangan org2 lama kut yg betul2 menjadi..

Zaza Abdul Latif said...

kak sedapnya mee rebus tulang tu.. leleh air liur saya pagi2 ni hehe
buah kerdas tu saya pernah dgr nama je.. x pernah jmpa dan x pernah try..

Cik Puan said...

nampak gambar kuih tu....rindu pulak nak makan kuih tradisional..sudah lama tekak ne tak merasa..huhuuh..
kerdas??cik pon tak pernah nampak lagi tu...

Hudalatip said...

Yang kerdas tu saya memang pernah dengar namanya je nengok rupa memang tak lagi kot

Sura Mohd said...

pagi2 tengok mee rebus tulang ni buat telan air liur..sedapnya..
ingat pulak kat mak..dia suka makan kerdas..yg tak tahan baunya..kalau dah ketandas..melekat baunya..lebih teruk dari jering/petai..

musang said...

sedapnya mee rebus tulang

BinMuhammad said...

Sekarang ni perkhidmatan di KWSP cukup mesra pelanggan. Nak berurusan pun senang dan dilayan baik. Tahniah kwsp!
Kerdas tu lebih kurang jering...baunya memang power. Sedap dimakan kerana ianya rangup!

Unknown said...

akak buat zee lapar pepagi ni tengok mee rebus tulang..
sedut ngan straw sumsum tu...adoiii sedap kak..

Farah Waheda Wahid said...

mee rebus tulang tu sangat inviting kak....

KWSP??? Alhamdulillah, suka tengok jumlahnya yang semakin bertambah dari tahun ke tahun... teruja nak cecah certain2 amount...

Falsya said...

Sedapnye kuih tuh kakak..falsya skang nie suke nak mkn kuih kasuwi..hehheeh..

Kakak, sebenarnye kan falsya pun ingat asam jawa..kikiki..

Mia Kassim said...

Kuih muih tradisional tu kak mmg sedap. Saya pun tak pernah tahu dan nampak kerdas tu...cam asam jawa pun ye juga kan..hehe

Aziela said...

Ada kerdass? Mak oi...seronoknya. Dulu2 arwah atok saya ada pokok kerdas. Saya jadi tukang kutip untuk dibuat ulam. Boleh kata setiap hari lah berulam kerdas. Tandas pun zaman dulu tandas curah di luar rumah. So, bau tu tinggal dalam tandas...hahahaha.

Rasa nya seperti jering, tapi rangup dan manis jusnya. Tak macam jering yang pahit2 sedikit. Beberapa tahun yang lalu, saya dapat beli kerdas di satu perkampungan orang asli di tasik Chini. Kena naik bot ke situ. Saya beli 3 bungkus besar, bawa balik kampung. Pakcik makcik saya bukan main suka lagi. Siap tanya ada lagi ke tak... Kalau saya tahu, saya dah ke pasar masa ke Johor hari tu...hehehehehe.

Acik Erna said...
This comment has been removed by the author.
Acik Erna said...

assalam kakzakie..acik tau kerdas ni dari kecil lagi..sebab dikampung acik dulu ada pokoknya..
ulam sama macam jering dan petai tu.
rasa sedap..tapi bau nya..lebih kuat dari kedua2 tu..sekarang ni memang sedang musim dipasar tani banyak sangat orang jual.

cahayahidupku.blogspot.my said...

ulam buah kerdas tu sedap kakzakie.. boleh juga digoreng macam kita buat goreng jering tu... lama saya tak jumpa buah kerdas ni..

paridah said...

BACA N3 NI TERINGAT PULA NAK CEK KWSP...DAH BOLEH DIKELUARKAN TU...TAPI SIKIT SANGAT SBB KERJANYA SEKEJAP SANGAT..

emarieys said...

a'ah memang panggil buah kerdas....lagi power baunya dari petai kak.

AtieYusof said...

Besar jga bangunan KWSP tu Kak..
harapnya dipermudahkan urusan..buah kerdas? sy tak pernah jumpa lg kak...:)

Eye_nee said...

Sedapnya mee rebus tulang tu kakzakie

Saya pernah diperlekehkan oleh seorg sahabat gara2 mengambil pencuci mulut kuih tradisonal disebuah hotel terkemuka..Katanya..Mkn dihotel 5 star tp masih ambil kuih ni..Lalu saya jawabkan..Pengurusan Hotel 5 star masih mengambil kuih tradisional sebagai hidangan mengapa pula sbgai org melayu kita pula rasa segan nak mkn..terus dia diam..

Kerdas tu sedap kak..dibuat sambal...tp kena tumbuk dulu guna batu lesung bg dia pecah kalau tak keras..kemudian goreng..dah tu goreng ikan bilis bg garing..kemudian tumiskan cili mcm nak buat sambal kentang tu...sedappppp nya...

FarahFerraDotCom said...
This comment has been removed by the author.
FarahFerraDotCom said...

Salam kenal..nampak sedap la mee rebus tulang tue akak.. dah la tak makan sup tulang nie.. =D

JunAina said...

Orang utara atau pantai timur mesti kenal buah kerdas ni kak, makan isi dalam dia sahaja tapi Aina tak makan kuat baunya.

Kira Sakura said...

Bukan je akak. Kira pun ingt kerdas tue asam jawa hihihihi

Unknown said...

saya pun entah sempat meniti usia pencen ke tidak agaknya kak.. semoga Allah panjangkan usia nak melihat anak2 membesar.

saya pernah tgk kerdas..tapi tak pernah makan..

Unknown said...

Salam... dtg drpd segmen Terjah Mak Dara..

sgt lapar lepas tgk makanan!

zila norazila said...

aah kn kak..zila punx sabar n mnggu usia ..hechee moga dpt diormudhkn sgla urusan..

Tie HT said...

alhamdulillah mudah urusan kwsp..
sedapnya mee rebus tu nampak pekat kuah dia..
kerdas tu bau dia lagi power dari jering dan petai, tapi saya kurang minat rasa dia yang kelat dan payau :)

Fiza Rahman said...

Mee rebus tulang tu. Sedapnya ☺

Umm AA said...

kerdas tuh mmg febret tuh kakak..dpt bygnkan rangupnyer ia cicah ngan budu..hiisshh sedap tak terkata..hehe

Blog Santai said...

bestnya mee rebus tulang tu KZ..Favorite kita tu..dah lama tak makan..

Qaseh Vee said...

kerdas rasa dan baunya macam petai ... pertama kali nampak mee sup tulang . next klu jumpa sup tulang nak minta mee sekali lah ...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...kerdas tu lebih sedap rasanya lemak dr petai n jering...pembuka selera juga tu...susah juga nak jumpa kerdas tu skg ni...:)

Unknown said...

mee rebus tulang tuuuu.. perghhhh.. mcm rasa kat anak tekak ni..

Anonymous said...

In Shaa Alah, sentiasa doakan Allah pajgkan usia kita yer.. kerdas & jering dua ulam2an yang Adik tak makan even dier hantu ulam hehehe

t.a.t.a said...

Sekali pandang macam, apa tu nama nya benda yang dikutip di tepi pantai? Panjang dalam 2". Apa bende nya ntah.

kakrose said...

sedapnya mee sup tulang.kat kl ni tak nampak lagi ada org jual.pertama kali nmpk kerdas masih dlm sarungnya.
selalu nmpk yg sudah di leraikan dari sarungnya..

saniahibrahim said...

akak sudah pernah keluarkan utk pinjaman pendidikan anak masuk u ....merasalh juga wlu blum smpai masa.
akak pun dh tua ni xkenal kenal rupa kerdas...mungkin kat tpt kita ni tak sepopular jering kut...

Dr K said...

Kerdas tu kak zakie, dia bunya bau kalau kita makan...fuhhhhhhhhhhhhhhhh...hahahahhaa..tapi sedap..

Kalau ke Hutan Bandar, saya suka makan lontong kering nya

Aerill Hassan said...

singgah sini dan follow,dari segmen mak dara :D

Mummydearie said...

Yeah, saya menang sipi aje. Saya pernah dengar nama kerdas tapi tak pernah tengok rupa. Kalau saya ni dah banyak kali sebenarnya kena gelak sebab tak kenal banyak benda :) Saya pun suka sangat kuih koci dan kaswi ni. Kak, tepung pelita ngan tako tak sama ek?

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Terliur dengan makanan yg ditunjukkan.

Kerdas tu adik beradik jering dan petai..masa makan sedap lepas makan tak tahan baunya. Tempat kak di kampong panggil kenuak.

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Terliur dengan makanan yg ditunjukkan.

Kerdas tu adik beradik jering dan petai..masa makan sedap lepas makan tak tahan baunya. Tempat kak di kampong panggil kenuak.

Izwa Kamaruddin said...

tau kerdas tu..sebab belah husband semua org johor..

Unknown said...

Salam Kakak~
ohh.. nasib baik zura kenal buah kerdas nih. cuma x makan jer lah. sama cam buah jering.. x pernah cuba untuk makan. berlainan plak dgn buah petai.. zura sukaaaa sangat.. :)

norhidana said...

lama dana tak jejak kaki kt area2 bandar jb tuh kak, mau sst agaknyer kalu ke sana... sedapnyer nengok mee rebus tulang tuh... perkh

kelakar lak akak tak kenal ulam kerdas tuh? dana kenal sbb mak suke mkn, tp dana tak mkn ulam tuh... bt masa nih petai je yg boleh telan hehehe

Unknown said...

Sedapppppnya ;D

Cho Zila said...

kerdas sedap tau.. saya suka.. sayani hantu ulam sebabtu suka makan nasi ... kalau makan ulam mana kena tak makan nasikan.. bukannyer salad...
sedap nampaknyer makanan di situ yerk...
KWSP memang penting untuk kita pekerja swasta... moga hari tua kita akan terjaga....

Anonymous said...

kak zakie....

dah lama kite tk singgah.

tu tepung pelita ke?

mcm termengidam lak

:)

makchaq said...

Makchaq dah langsai duit kwsp...sikit je pun... orang gomen potong kejap je.. boleh ambik pun bahagian kita je..

KakZakie belum pernah nampak buah kerdas rupanya... makchaq panggil buah genuak.. pada rasa makchaq genuak ni lebih sedap dari jering

Sedapnya nampak mee rebus tulang tu...

nurbijen said...

Kak, buah kerdas tu adik beradik dgn jering jugak.. makan ciach dgn budu+tempoyak, confim tak sedar mentua kat belakang... hihihi

Mmg urusan KWSP skrang ni sgt cepat... mereka terus bank in dalam akaun, jadi boleh terus belanja.. saya pun suka berurusan dgn KWSP utk mengurangkan pembayaran rumah bulanan... boleh la buat tampung belanja sikit2 :)

Salmi said...

Ulam kerdas sangat biasa di sini.. Bermusim macam jering dan petai juga dan sedap dimakan dgn sambal tempoyak.

nohas said...

mee rebus tulang..wow..power..ada straw..

buah kerdas dah lama tk jumpa..org Perak panggil buah geduak..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Dah lama x mkn berulamkan kerdas berbanding dgn petai kerdas mmg kurang popular tp bentuk saiz kerdas plg menarik bg sy.

nadia rashid said...

akak tak pernah merasa buah kerdas...sy pulak tak pernah lagi merasa mee rebus tulang!

tapi sy tak suka sangat buah kerdas ni...berbau la akak hihihi

ANIM said...

kakzakie, buah kerdas tu favourite orang utara..

kalau jawa batu pahat cam saya tak berapa pandai nak makan, rasanya kakzakie pun 2x5 dengan saya gak, heee...

gadisBunga™ said...

siyes akak tak kenal kerdas? ngeeheehee...!

mak zah...selamat bersuka ria!

mee rebus tulang ZZ tu sampai sekarang saya belum rasa. heheh~

Nor Azimah Ali said...

dah tertinggal 2-3 entri di sini, kesibukan membataskan.

saya tau kerdas tu, tapi saya memang tak suka ulam2 yg menghasilkan bau ni, cam petai, jering, saya tak suka nnt bila buang air, MasyaAllah..dan saya takut org sekeliling pun tak selesa

Kakzakie Purvit said...

KWSP sudah SMS kepada Mak Zah semalam rasa sudah dimasukkan. Cepat dan cekap KWSP.

Kalau petai kebun bapak kakak memang banyak dan biasa kami akan jual. Begitu juga jering di rumah kampung hubby pun banyak sebab itu utk dua jenis ulam itu kakak kenal Tetapi sebab mungkin dua-dua keluarga kakak tidak pernah menghidangkan ulam kerdas jadi memang kakak tidak kenal. Apa pun kakak akan cuba merasanya dimasa akan datang.

Terima kasih kakak ucapkan kepada semua:-

Blogger ❤Kamsiah❤, Blogger ZazaMyMoon, Blogger Cik Puan, Blogger Nurulhuda Abdul Latip, Blogger Sura Mohd, Blogger redza,
Blogger Bin Muhammad (betul BM, sangat cekap sebab sebelum masuk bertugas ada seorg kakitangan dah edar borang kepada yg beratur. Tidak seperti jabatan lain tunggu waktu kerja. Cara mereka dah macam swasta - kakak salute juga), Blogger Zee Suhaini, Blogger Farah Waheda Wahid, Blogger Falsya (macam bentuk asam jawa kan), Blogger Mia Kassim, Blogger Aziela (banyak ulaman ini di pasar Larkin Ziela, itu yg kakak ingatkan asam jawa),Blogger Acik Erna (lain kali kakak nak cubalah Acik), Blogger CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)(ada musim agaknyalah Yati sebab kakak baru tahu Ahad lepas tau hihi..), Blogger paridah (walaupun sikit sebab setiap tahun ada dividen dibagi yg sikit akan jadi banyak - bersyukur ada peluang utk merasainya PI), Blogger Ema Johari, Blogger aTieYusof Family (dah masuk a/c pun tau Atie, cepat kan), Blogger Eye_nee (kakak sekeluarga memang suka kuih tradisi Eye_nee, termasuk anak kakak juga), Blogger ♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH)(terima kasih sudi bertandang, kakak dah kunjungi Farah semalam juga), Blogger JunAina (rugilah kalau tak mencuba Aina. Kakak lain kali nak cuba makan), Blogger Kira Sakura,
Blogger Rai Ourkizuna (Insya-Allah Rai, moga kita ada peluang menikmatinya), Blogger ain diyana (terima kasih sudi bertandang), Blogger zila norazila, Blogger Tihara (alhamdulillah Tiha. Semalam kata dan dibank-inkan), Blogger Fiza Rahman, Blogger UmmuAidan-Arissa (itu yg kakak nak kena cuba ni UAA, sebab tak pernah tahu sebenarnya), Blogger RDZ Z, Blogger Qaseh Vee (ini mee rebuslah sayang), Blogger Mas Zull (lain kalilah kakak cuba Mas), Blogger Zara Nurhaidah, Blogger Kesuma Angsana, Blogger t.a.t.a (la.. kakak lagilah tak tahu tata), Blogger kakyon (kakak yg dah lerai atau bersarung pun tak pernah jumpa sebelum ini KakYon), Blogger saniah ibrahim (kalau dah 50 tahun boleh keluarkan a/c ke2 SI, tapi kalau nak keluar semua kena tunggu 55 tahun hihi... rasa lamanya kan), Blogger Daddy Ziyyad (kakak tak tahu pun hihi... lontong kering dia pun sedap doc.), Blogger Mohamad Khairil (terima kasih berkunjung blog kakak),Blogger Mummydearie (eleh.. lebih kurang kakaklah MD - kakak panggil tako MD), Blogger Werdah (walaikumsalam Kak Werdah, itulah kakak tak pernah jumpa dan rasa kerdas tu kak. Lain kalilah kakak cuba rasa), Blogger :: idzwa :: (kakak dan dari kecik sampai tua duduk Johor tapi tak tahu Idzwa), Blogger Nafira usof, Blogger norhidana miswan (keluarga kakak tak pernah makan itulah jadi kakak tak tahu Dana), Blogger Sally Yatiey, Blogger Cho Zila (kakak pun suka berulam tapi tak pernah jumpa kerdas ni Zila), Blogger Rapunzel Cikilolo (kakak panggil tako Mas), Blogger makchaq (itulah kalau tak kerana kakak nak beli sebab ingatkan asam jawa memang tak kenal makchaq), Blogger nurbijen (gelihati bila dah tahu Nur. Betul KWSP dah terus bank-in into a/c sekarang ni), Blogger Nor Salmi, Blogger nohas (itulah kakak baru tahu no), Blogger Ct NoArizah Aris, Blogger nadia rashid, Blogger ANIM (oh... patutlah kakak tak pernah jumpa sebab keluarga kakak dgn keluarga abang tak pernah makan pun itu yg kakak tak kenal), Blogger gadisBunga™ (malu tau GB bila makcik itu kata bukan asam jawa tapi kerdas - manalah kakak tahu tak pernah jumpa), Blogger Nor Azimah (walau berbau kakak rasa kakak teringin juga nak cuba Azie, tapi tak tahulah bila hihi...).

Buat semua kakak mohon maaf mana yang belum terima kunjungan kakak sebab semalam kakak agak sibuk. Akan kakak cuba jejaki hari ini.

Terima kasih sekali lagi.

HijrahKuKeranaMu said...

dulu2 masa kat kampung selalu jugak makan kerdas nih.. tapi tak tahan ler dgn baunyer.. lebih kurang jering n petai juagklah

Bitt (doubeIS) said...

sedapnya mee rebus tulang tu...

amirah said...

kesukaan mak amie kerdas ni kak...bau dia masyaAllah...lagi kuat dari jering kot..kalo petai tu amie tahan lagi tp bau kerdassss...mak datuk..kekeke...tp mak kata lagi sedap..pastu ada cara nak makan nya la..

nOe suhaimi said...

mee rebus tulang pun ada yer...kerdas...noe pernah dengar nama tapi tak pernah tengok n x pernah rasa...sekali pandang mcm buah asam jawa jer...

QasehnyaRania said...

mee rebus hutan bandar
kakak, saya rasa sy kenal kot kerdas tu.kalau x silap dn sekiranya sama la.

kalau belah utara panggil ’buah genuak’
isi nya warna hitam kan.
kalau mkn sdp tau.lemak je.
mmg bagus utk dimakan sbgi ulam.tp baunya nti sama mcm jering dan petai..hihi.lawas katanya :)

HeNRieTTa JoSe said...

buah kerdas? rietta pernah dgr namanya...tetapi tidak pula rietta tahu ia seperti jering dan petai...

PS...itu anak senior rietta...mengantuk menemani emaknya berkerja...sebelum dia bikin perangai kurang manis...rietta acukan kamera...terdiam sejenak melayan lensa rietta...

Misya said...

Nice entry!=) from segmen mak dara. nak bisnes tapi taktahu nak bisnes apa? jom ke http://www.aimisyahirah.com/2014/04/jom-buka-franchise-sendiri-dengan-cbp.html

OKje said...

Mak Zah pernah kerja ke kanda sebelum ni....
hehe....dinda pun tak pernah ambik tau pasal buah kerdas ....baru baru ni geng WA tunjuk buah ni....baru tau...

Lydia Miza said...

Mee rebus nmpk
Sedap kak..

Err selalu tgk kerdas bulat2. Ke dlm tu ada dua tiga bijik kak? Sy x pernah mkn sbb bau dia kuat sgt org kata mcm jering tp lg sedap