Thursday, July 17, 2014

VEP mereka naik harga, kita percuma lagi

Bermula awal bulan ini setiap kenderaan yang masuk ke negara jiran kita, Singapore akan diberi kertas notis berkenaan kenaikan harga kenderaan yang mahu memasuki negara tersebut. Berbanding negara kita yang tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada mereka. Jika mengikut pendapat aku kenderaan dari sana rasanya jauh lebih banyak yang memasuki negara kita tapi tidak pun dikenakan apa-apa bayaran. Pagi ini mendengar berita dari radio IKIM FM barulah ada ura-ura negara kita juga akan membuat seperti itu. Namun ini pun dikatakan masih dalam pertimbangan. Kita tunggu dan lihatlah apa pelaksanaannya kelak.

Notice - Inilah notis yang diberikan kepada setiap kenderaan yang memasuki Singapore. Berkuat-kuasa dari 01-08-2014 semua VEP (permit kemasukan kenderaan)  sudah dinaikkan dan hanya motosikal saja yang kekal.  Nilai setelah di gandakan lebih dua kali ganda Ringgit Malaysia kiralah berapa yang perlu dibayar rakyat Malaysia yang mahu memasuki negera mereka.
Syiling baru - Selalu bila customer membayar GST jarang menggunakan cash. Baru-baru ini ada pula yang menggunakan cash dan baru aku perasan mereka sudah ada syiling SGD 1/- yang baru. Cantik juga dengan dwi-warna.
Lama - Dulu syiling SGD 1/- dia begini tapi masih boleh digunakan lagi buat masa ini. Pasti lama-lama syiling ini tiada lagi dan jadilah sejarah buat negara mereka.
~~ Mengikut pemerhatian aku banyak hal negara kita selalu mengalah dengan negara luar.~~


62 comments:

Nizam.Ariff said...

Beralah kut....bukan mengalah.

PetakBunga said...

tak pernah tgo syiling singapore.. syiling siam selalu..sb kita duk sempadan siam..

Eye_nee said...

Cantik Syiling yg baru tu...

Jari Manis said...

Sbb tu JM masuk singapore tak bawak kereta huhuhhu

Unknown said...

kalo kenakan bayaran, rakyat pon senang kak..ni tidak..asyik kerah duit rakyat jer..nak sangat jaga hati..

eMMe said...

semua nak naik harga... mane de turun kan kak Zakie, mustahil tu semua.. hehehe..pas ni fikir 2 kali la na masuk Spore, nak gi jenjalan USS tu yea...

Sura Mohd said...

setuju sangat ngan pemerhatian akak tu..sebab sura pun rasa camtu..selalu mengalah..takut pun ada kot..hehe..

asyifamustaffa said...

Negara kita bnyk sangat berlembut hati dgn negara2 jiran...bila dah terkena sesuatu...baru nak gelabah...! Pemimpin yg x berapa nk tegas...!

Fazleyatul Aini said...

yela. kereta singapore rasanya banyak masuk ke sini banding kereta malaysia yg masuk ke sana
kalau weekend, kat Melaka ni pun banyak nampak kereta singapore

BinMuhammad said...

Pendapat saya, negara kita wajar mengenakan syarat spt apa yg Singapore buat. Alasan Singapore mungkin utk mengurangkan kemasukan kenderaan lalu mengurangkan kesesakan. TAk bolehkah kita guna alasan yg sama...negara kita pun selalu jem juga. Lagi pun mereka semua dapat kemudahan yg sama...malah dapat membeli barangan subsidi negara!

Mar Mansor said...

PM kita memang baik hati dengan orang luar..tp dengan rakyat sendri cam anak tiri..

emarieys said...

memang ramai orang Singapore masuk Malaysia pergi Genting nak berjudi..baik malaysia kenakan charge sepertimana negara di sana.

Dr K said...

Malaysia akan laksankan VEP juga kak...ini link nya:

http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/malaysia-to-charge/1267590.html

Cik Lily Putih said...

lama dah tak drive masuk singapore, selalu naik bas je senang... jimat dan senang nak bergerak..

babYpose said...

cantik syiling baru tu, saya pun duk tengok syiling siam ja, dah orang utara :)

amirah said...

kalau yg keje di spore hari2 masuk tu parah jugak nk mmbayar ye kan kak..kena naik moto la kot

JunAina said...

Elok lah Malayisa pun kenakan VEP tu kak, kita masuk bayar depa masuk suka2 depa je. Lepas tu shopping sakan2 barangan subsidi termasuk guna minyak kereta subsidi.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tak pernah jejak kan kaki ke singapore ni lagi kakzakie.. ada juga nak pergi ke USS tu.. nampaknya naik train jer lah :)

kakrose said...

sepatutnya lama dah Malaysia kenakan bayaran masuk kenderaan dari Spore,dahlah rakyat mereka dapat semua apa yg rakyat kita dapat..contoh subsidi minyak, sebab mereka juga barang keperluan harian pun jadi mahal. peniaga sesuka hati naikan harga kerana permintaan tinggi dari mereka..

Aziela said...

Terrrlalu banyak mengalah sehingga di buli. Tragedi MH370 paling menyiksa hati saya....

Khairul Bariah said...

oh camtu ye kak..memang malaysia selalu mengalah dgn spore. eloklah kalau m'sia pon dah nak laksanakan bayaran ke atas dorang.

Acik Erna said...

tak pernah tengok la kakzakie..pertama kali acik tengok ni..cantik acik tengok

Sayap Biru said...

Dah start ek kak .. diorg xkisah sebab memang dr awal dulu dah kene kan bayaran pada org yang msk negara dia ...

Izwa Kamaruddin said...

memang pun..bnyk sgt "BAIK HATI" nyer dgn org luar dari kiter di kenakan mcm-mcm di negara luar..

lieyalatif said...

mmg byk beralah kak oiiii...contoh mcm kes air tu.... boleh malaysia jual lagi dgn harga yg murah pada singapore....ermmmm cube laa pikir rasional balik dlm hal2 mcm nie....

Unknown said...

Elokla tu kita juga kenakan bayaran pada mereka...nk beralah pon tengok tempat la kan..

AtieYusof said...

Salam Kak.. mmg sokong klu kita pun kenakan bayaran pd mereka..adil lah kan.. klu asyik mengalah pun, lama2 org pijak kepala.. hehe..

Blog Santai said...

Elok rasanya bayaran tu dikenakan...Nway Cantik syiling baru tu KZ...

musang said...

saya sokong kerajaan kenakan bayaran kpd kenderaan spore

gadisBunga™ said...

negara kita mengalah sebab takut orang luar taknak masuk malaysia. takut ekonomi tak berkembang, takut bisnes orang kita tak maju kan.

bagus, mengalah lah selalu.

Mia Kassim said...

Kadang2 kalau selalu beralah, orang akan ambik kesempatan....emmmm

ellynadyra said...

elok la charge
bertambah sket hasil negara
keta dia masuk negara kita wat onar dll pun byk
ada baiknya charge
kalau banyak kesalahan lalu lintas bagai, sila la tahan aje supaya tak leh masuk

nohas said...

cadangan nak charge RM20/- satu kereta dari Singapore..kalau convert to SingDollar, brp le sgt..

charge mahal2 sikit..at least RM90 ($35)ke, sama dgn mereka..

faraherda.razalan said...

Ayat last tu kak, sy setuju 200%. Kita byk mengalah dan tak bertegas. Curious. Nape ya?

sitirohaida said...

baguslah kena bayar,kalau tak kat time2 nielah mereka hangat dok shopping kat kota tinggi nie

sitirohaida said...

baguslah kena bayar,kalau tak kat time2 nielah mereka hangat dok shopping kat kota tinggi nie

Unknown said...

memang patut kenakan pun.. setau saya rata2 negara kenakan.. rugi sangat kalau kita tak kenakan apa2 bayaran untuk diorang masuk sini..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Saya baru tahu nak masuk san akenderaan kita kena bayar. Kita tak kenakan bayaran juga. Negera kita lebih suka amalkan dasar buka pintu. Kadang-kadang jenuh juga melayan kerenah kenderaan dari sana. Bukan semualah. Ada yang baik juga.

ummiross said...

Singapura tegas dan cekap, negara kita pun kena bersikap yang sama, tak perlu lembut dan berhemah sangat dalam beberapa hal.

Cantik duit syiling tu Kak Zakie..

Mummydearie said...

Tak pernah bawa kereta masuk Singapore, tak tahu pun kena bayar VEP ni. Saya pun ada dengar juga ura-ura pasal perkara ni. Kalau dilaksanakan bagus juga. Banyak juga rasanya kenderaan dari Singapura yang masuk Malaysia ni.

sud@is said...

Malaysia sllu jadi pak turut, itu pun takut2.....

lia said...

saya pon ada ura2 perkara ni akan d kuatkuasa dlm masa terdekat...

nhhas said...

assalamualaikum wbt....

selalu kita dengar "mengalah tak bererti kalah" ...
tapi dalam bab malaysia vs s'pore; mengalah = kalah = lemah....

huhuhu....

Unknown said...

negara kita ni baik kak... mengalah

Unknown said...

Salam kakak~
tadi zura baca kat paper.. malaysia pon akan kenakan caj jugak untuk kenderaan mereka (singapore) cuma belom tentukan bape caj jer.
ok lah tu kan~ kalo dorang boleh caj kita, kita pon boleh caj jugak kan!
baru adil~

drshikinzainal @ ekin said...

Saya pun setuju yang ni.

drshikinzainal @ ekin said...

Kita banyak menanggung orang asing jugak.Semua subsidi pun pakat bagi orang luar. Tak tertapis..sebab ramai sangat dah 'buat' IC jadi rakyat kita. Yang jadi mangsa-semua tax payer..

drshikinzainal @ ekin said...

Betul tu..kita kat Malaysia ni pun dah jem teruk. Currency mereka pun lebih tinggi nilainya dari.kita.. Jadi, ape salahnye kita buat yang sama.

aby said...

bertapa negara kita ni menguntungkan ekonomi mereka ..
ke sana pun kita kena ..
mereka datang sini pun masih untung

eelobor said...

saya dah banyak kali tertangguh nak bawa family jalan-jalan ke sana. tapi semakin hari dengan kadar nilai tukaran wang, dan bayaran itu-ini terfikir banyak kali pula nak pegi

Unknown said...

betul tu kak... kjaan kita nie dengan pihak luar dia beralah dengan rakyat sendiri ditekannya selagi boleh...

Zaitun said...

Kalau boleh beralah dengan negara jiran kan lebih baik beralah juga dengan rakyat sendiri.ini tidak banyak yang membebankan.

Qaseh Vee said...

singapore tegas dlm menambah pendapatan negara . tu sbb ekonomi dia lbh baik dr malaysia ...

OKje said...

Baru tau kanda ....terima kasih share benda ni.
Malaysia nak menarik pelancong asing datang tapi negara jiirn tak hairan dengan Malaysia huhu

Fifi Nadhrah said...

malaysia terlalu baik..

Fifi Nadhrah said...

malaysia terlalu baik..

ANIM said...

walaupun orang johor, bukan tau sangat kak tentang singapore tu. lagilah duit depa kena times 2.5 (naik lagi ka)..
last p tahun 2007 kot...

FarahFerraDotCom said...

Sepatutnya Malaysia pun kena buat mcm tue jugak kan kak..

nOe suhaimi said...

mmg elok kita kena charge pada kenderaan luar yg masuk sini...kenderaan diaorg menambahkan kesesakan especially kt JB tu...kita terlampau beralah dengan negara luar...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...mmg patut kenakn cas bila kereta Sinapura pulak nak masuk Malaysia...:)

QasehnyaRania said...

ya setuju dgn permerhatian kakak tu
cntik juga designnya

Mimie said...

sy setuju kalo malaysia kenakan byrn pd mereka..fair kan.. lgpun memg byk knderaan diorg masuk malaysia n bile drive lagi hebak drp org kita..