Friday, October 31, 2014

PTS Publication terus menjadi sahabat adik

Dalam setahun sekurang-kurangnya adik akan mendapat dua kali hadiah dari pihak penerbitan PTS Publication. Satu darinya biasanya apabila tiba hujung tahun hadiah seperti kalendar dan diari akan dikirimkan. Tidak rugi adik menjadi sahabat PTS Publication. Awal minggu ini adik mendapat hadiah buku cerita kanak-kanak.

Surat Kiriman - Mendapat hadiah buku dari PTS Publication. Ini adalah hasil dari setiap satu buku dibeli keluaran PTS ada satu setem yang terletak di hujung penunjuk buku tersebut. Apabila sudah berjumlah 10 setem, kirimkan ke penerbit dan tidak lama kemudian akan ada hadiah diberikan.
Kenali 10 Haiwan daripada Al-Quran & Hadis - Buku yang baru diperolehi tetapi belum dibenarkan untuk membacanya kerana minggu ini minggu peperiksaan sekolah kebangsaan buat adik. Minggu hadapan pula minggu bersedia peperiksaan sekolah agama.
Comel - Selain berupa ilmiah buku ini juga menarik minat anak-anak untuk membacanya. Gambar-gambar binatang yang dipaparkan semuanya comel-comel belaka. Pemilihan warna yang terang juga sangat menarik.
Belajar bahasa - Lubang bahasa Melayu, Hole bahasa Inggeris, Hufrotun Bahasa Arab, Lam-wau = lu, Ba-nga = Bang (lubang - tulis jawi). Bagus untuk anak 6-8 tahun. Tapi adik janji buku cerita dia tidak kisah. Mama pun kongsi membaca juga sebenarnya hihi... (adik membaca buku mengulangkaji mama curi-curi membaca dulu buku ini).
Belajar - Selain boleh belajar bahasa Inggeris, boleh juga belajar bahasa Arab. Lagi yang baik kepada yang belum pandai mengeja jawi pun boleh belajar dari buku ini. Tetapi biasanya anak-anak di negeri Johor ini masuk Tadika sudah belajar mengeja dan menulis jawi. Jadi 6-7 tahun biasanya sudah boleh menguasai membaca and menulis jawi.
~~ Buku dan ilmu tidak boleh dipisahkan. Ilmu dan manusia juga kena sentiasa beriringan. Hanya jumlah yang digarap dan diperolehi dari buku yang dibaca pada setiap manusia tidak sama.~~ 


Thursday, October 30, 2014

Sedap bukan pada rupa

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau baginda s.a.w. ingin pada makanan itu baginda pun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka baginda akan tinggalkan tanpa mengucapkan celaan padanya". Renungkan bersama.

Saling lengkap-melengkapi - Ubi kayu rebus dengan sambal tumis ikan bilis. Terlembik sikit Mak Zah merebus ubinya, tapi kami rasa lagi sedap.

Pilihan anak-anak - kacang yang kuning dan besar itu mama beli siap dari kedai, tetapi yang coklat dan kecil itu mama goreng sendiri, baki buat sambal kacang waktu Hari Raya Haji tempohari. Walau kulit tidak berkopek tetapi ini yang lebih menjadi tumpuan anak-anak sebaik habis mengaji. Mama gorengkannya dengan bawang putih tumbuk dan sedikit garam.

~~ Begitulah, sebaiknya jangan pandang pada rupa saja.~~


Wednesday, October 29, 2014

Silap yang melipat atau yang memakainya


~~ Bila mahu berwudhuk untuk solat Zuhor semalam baru tersedar.~~


Tuesday, October 28, 2014

Kluang Rail Coffee

Mengambil peluang pada hari cuti mengikut hubby ke tapak projeknya. Hajat dihati bukan mahu melihat orang membuat wiring sekolah dan asrama projeknya itu, tapi mahu singgah di Kluang Rail Coffee yang menjadi buah-mulut ramai. Pergi sebelum ini tersalah hari iaitu hari Khamis yang merupakan hari ia ditutup. 

Kluang Rail Coffee - Inilah signboardnya. Terdapat dua signboards yg sama. Satu di bahagian depan pintu masuk dan satu lagi di bahagian tepi di tempat orang ramai duduk di bahagian verandah.
Sesak - Alangkah tidak disangka terlalu ramainya pelanggan. Bila melihat menunya bagaikan tidak percaya. Tetapi mungkin disebabkan keadaan hujan lebat mencurah-curah di luar itu yg membuat ramai masing-masing duduk di dalam sambil menikmati kopi panas
Ala-ala kampung - Bila melihat ini aku terkenang sewaktu zaman kanak-kanak aku dulu. Beginilah cara bungkusannya dan saiznya. Comel-comel belaka. Kalau dulu sewaktu sekolah rendah harga sebungkus baru 30 sen. Ini seringgit.
Sebungkus - Aku makan dua bungkus ini. Hubby makan mee-hoon. Kak Mien pula makan telur setengah masak 2 biji. Betul ala-ala kampung, dengan meja-kerusi hanyalah dari plastik biasa saja.
Roti bakar - Roti ini dipanggang menggunakan arang. Mahu ambil gambar pun malu sebab terlalu ramai pengunjung pada hari tersebut. Ramai juga yang mengambil gambar di sana-sini.
Licin - Pada aku biasa-biasa saja. Mungkin sebab aku tidak menikmati kopinya. Buat hubby yang merupakan penggemar kopi mengatakan kopinya sangat enak. Aku dan anak-anak memang tidak gemar kopi. Mungkin dulu sewaktu kecil rumah aku punya kopi yang lebih istimewa (hasil dari kebun sendiri) itulah jemu jadinya.
Bertemu dengan pelanggan dari seberang tambak yang duduk semeja dengan kami mengatakan mereka suami-isteri semata-mata datang ke situ hanya untuk menikmati kopinya. Ketawa aku dibuatnya. Apa lagi melihat dari usianya yang boleh dikatakan telah lebih separuh abad menjadikan satu kehairanan buat kami. Pasangan ini betul-betul hanya minum air kopi-o dan selesai minum mereka bertolak pulang ke Singapore. Aneh sungguh.

~~ Hanya kerana kopi pun ada yang sanggup meredah perjalanan jauh untuk menikmatinya.~~


Monday, October 27, 2014

Apabila hujan menyimbah bumi

Sejak-sejak ini di JB boleh dikatakan hujan turun semakin kerap. Bila panas pula teriknya bagaikan boleh menembusi kulit yang bertutup. Namun apabila hujan kian kerap, ada yang membuat hati bertambah seronok apabila melihat perkembangan anak-anak pokok lebih cepat membesar. Cili pun cepat matang. Ulam raja pula ligat bercambah. Namun bunga-bunga cepat pudar warnanya dan cepat juga berguguran ke bumi .

Hampir luruh - Sekadar 4-5 hari saja dapat menikmati keindahannya. Bila kerap sangat hujan akibatnya cepat saja menjadi begini dan akan luruh kelopaknya satu-persatu.
Tinggal tiga - Beginilah akhirnya tinggalah tiga kuntum yang sedang menanti masa gugur ke bumi. Warna merah pun menjadi pudar. Ibarat manusia juga bila makan berlebihan penyakit mudah saja singgah. Pokok pula terlalu banyak air melimpah mudah benar bunganya menjadi pudar dan gugur.
Ros kuning - Sebenarnya berwarna kuning tetapi dek kerana simbahan air hujan yang kerap menjadikan ia cepat bertukar menjadi putih. Tidak lama akan gugur ke bumi.
Bunga raya - Hanya bunga raya yang meriah bila hujan sebab walau banyak yang gugur,  banyak juga yang akan  menggantikannya.
Renungan bersama - “(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu).” - Suroh Al Anfal: 11.

~~ Hujan kini juga sudah menjadi bertambah kerap berlaku di bumi Mekah.~~

Saturday, October 25, 2014

Ahlan wasahlan 1436hijrah

Bagaikan rutin setiap tahun ma'al hijrah tiba pasti ada saja ceramah di sana-sini. Doa-doa awal dan akhir tahun dibaca. Walaupun ianya bukanlah tuntutan dan sunnah yg diamalkan oleh baginda rasulullah namun ianya bukanlah perkara yang bercanggah dengan agama. Baginda rasulullah tidak mahu memberatkan umatnya. Sebab kalangan sahabat baginda bila sesuatu yang diamalkan baginda walau sekadar sunnah sahabat baginda akan menjadikan ianya bagaikan satu amalan mesti seolah-olah wajib. Contohnya seperti solat terawih pada hari pertama baginda hadir ramai yang mengikut sehingga hari pada hari ke tiga bertambah-tambah ramai yang berjemaah. Tiba hari ke empat baginda solat di rumah. Bila ditanya sahabat, lalu baginda menjawab bahawa baginda tidak mahu umatnya memberatkan yang sunnah menjadi wajib. Lihatlah betapa sayangnya baginda pada umatnya.

Hebat - Ceramah diberikan seronok jiddan. Adik duduk disebelah aku pun tak berganjak terus memandang dan khusyuk mendengar tazkirah ustaz. Dua jam masa bagaikan terlalu pantas masa berlalu
Hijrah diambil bersempena berhijrahnya baginda dari Mekah ke Madinah. Sebenarnya baginda berhijrah pada hujung bulan Safar dan tiba di Madinah pada 12 Rabiulawwal tetapi berhijrahnya baginda dari gua Thur ke Madinah betullah pada 1 Muharram. Itulah detik permulaan di kira hijrah yang kita semua amalkan dalam kalendar kini.
Jemaah wanita - Kami yang hadir pada malam tadi
Apa yang penting bila bermulanya tahun baru kenalah ada perancangan yang baik mahu dilakukan. Hijrah bukan untuk tahun saja yang berganjak tetapi keperibadian diri kita kenalah sentiasa ada penghijrahan dari yang tidak baik kepada yang baik. Dari yang baik kepada yang lebih baik. Begitulah seterusnya.
Nasi arab - Hidangan ini kami nikmati selepas solat maghrib. Kami berkongsi ramai-ramai. Adik asyik kata sedap-sedap-sedap. Aku kata "sabar nanti mama masak macam ini, kita tunggu dari kawan mama poskan nasi arabnya".
Janganlah kalendar hijrah hanya sekadar dijadikan pelengkap bunting, banner atau mungkin yang biasa kita lihat pada kad jemputan majlis perkahwinan.

Tomyam - Balik dari ceramah kami singgah ke Maybank dan terus ke sini. Anak-anak dara mahu menikmati tomyam pula, Mama-papa sudah tidak  lapar jadi kami menemani anak-anak saja. 
~~Salam maal hijrah 1436 dari Titisan Nurani. Bersama kita berdoa semoga tahun 1436H ini memberi segala kebaikan buat kita semua dan tidak ketinggalan juga moga agama Islam terus dipandang syumul.~~

Friday, October 24, 2014

Bila terdesak apa pun boleh

Hari Jumaat merupakan cuti mingguan buat hubby. Aku mengambil peluang menggunakan keretanya untuk pergi kerja (kereta aku masih tersadai lagi). Daripada memandu MPV lebih baik memandu kereta biasa. Tetapi kalau mahu tahu di dalam kereta hubby biasalah orang yang bergelumang kerja dengan elektrikal dan engineering benda comel-comel apa pun ada terselit di celah-celah kereta. 

Perfume - Boleh diletaknya di seat begini. Memanglah tiada penumpang, tapi kalau kereta perempuan aku rasa tidak ada siapa yang mahu dudukkan perfume di sini.
Seat belakang - Ini kira bernasib baik kerana tidak penuh dengan drawing berbagai. Biasanya ada di sini.
Apa ini? - Aku pun tidak tahu. Benda-benda comel beginilah yang aku pun tidak faham boleh di selitkan di sini,
Sental & selit - Lihatlah semuanya ada. Mana yang penting dan tidak penting pun tidak dapat hendak dibezakan.
Dashboard - Selagi ada tempat boleh diletak. Kalau orang perempuan pasti sakit mata memandang bukan. Tapi kalau sudah kata meminjam kenalah pejamkan mata. Pandulah saja untuk pergi-balik kerja.
Kak Reen pula cuti kali ini patah kaki kerana kereta yang biasa dipandunya 'sakit'. Memandu MPV dia tidak pandai. Kereta buruk kami sejak Hari Raya Aidilfitri sudah di hantar ke kampung. Kenderaan sudah menjadi keperluan dalam kehidupan harian sekarang.

~~ Renungan jumaat yang tidak ada kene-mengena dengan entri di atas - Orang yang bijak adalah orang yang pandai menguruskan masanya ketika masa hidupnya. Bagaimana dengan kita?~~



Thursday, October 23, 2014

Muncurah kasih pada tanah

Santai bersama anak-anak sehari bercuti duduk di rumah. Sambil pot-pet-pot-pet bercerita isu 'touch dog' beralih kepada assignment Kak Reen yang belum siap berkaitan cendawan tiram. Sama-sama mencari bahan dari google. Petang pula adik seperti biasa pergi untuk rakaman di RTM.

Botol - Ini botol air zam-zam yang dulu digunakan oleh Kak Reen masa di asrama. Kini tinggal di kampus yang jauh sudah tidak lagi digunakan.
Potong - Kerat tengah tapi jangan buang bahagian atasnya. Cucuk-cucuk dengan pisau bagi laluan air bahagian bawahnya.
Selesai - Masukkan tanah dan alih anak pokok cili. Sementara belum ada rumput di atas tanah itu tutup dulu dgn bahagian atas botol yg telah di kerat bahagian tepi bagi membolehkan dia seakan bersambung balik. Kena buat begini bagi mengelakkan mak-pak meow yang berkeliaran membuang hajat di sini. Bila sudah ada rumput bolehlah buang bahagian atas botol tersebut.
Banyak - Sambil buat semua itu sambil menjeling pokok limau purut yang semakin galak berbuah. Semakin ramai yang meminta semakin megah dia berbuah.
~~ Umat Islam sentiasa diuji. Belum berakhir isu 'touch dog' hari ini ada pula isu mahu lelaki bertumit tinggi. Bersamalah beringat yang mati itu pasti. Syurga dan neraka itu juga pasti.~~


Tuesday, October 21, 2014

Legoland Malaysia menggamit anak-anak

Masuk ke Legoland kalau dengan mama-papa rasanya tidak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Jalan terbaik adik pergi saja dengan cikgu dan kawan-kawan.Sekiranya pergi dengan mama-papa sekadar membayar tiket tapi satu permainan pun tidak ada yang boleh menggoda mama-papa. Oleh itu apabila ada peluang untuk adik pergi bersama kawan-kawannya, mama dan papa tentu tidak tidak ada halangan disamping kedudukannya yang tidak jauh dari rumah. Sehari suntuk adik bersama kawan-kawan di Legoland. Berhenti untuk makan tengahari dan solat saja. Bekalkan duit beratus baki di bawa balik tinggal RM13/- saja.

Satu bas - Bersama cikgu dan kawan bertolak dari sekolah jam 8:00 pagi dan tiba sebelum Legoland dibuka. Maklumlah dekat benar kedudukan dari sekolah. Namun kerana semua mesti bersarapan yang telah ditetapkan oleh cikgu mereka dan driver bas memerlukan ruang parking itu yang kena pergi lebih awal.
Gayat tapi seronok - Semua permainan seperti biasa walau gayat masih dibuat lagi dan lagi. Walaupun tahu sebagaimana sebelum ini tapi tetap mahu dinaikinya lagi. Masing-masing menjerit bila bermain di sini.
Adik - Macam di Singapore tapi ini di JB hihi...
Menarik - Apa yang menarik perhatian anak-anak pun tidak tahulah.
Lesen memandu - Mungkin inilah yang buat anak-anak suka. Melihat mama-papa-kakak ada lesen memandu dia pun mahu juga. Tapi memandu di Legoland sajalah.
Donut - Kawan adik bermain boleh mendapat bear besar tapi tangan adik walau dari kecil sudah berbedung tapi membaling asyik tidak melepasi target. Dapatlah donut gebus buat letak di pipi.
Anak mama - Ingat juga dengan mama. Tahu benar mama suka fridge magnet dibelinya FM 3D ini. Mama senyumlah sebab ada ingatan juga disebalik kegembiraan bersama kawan-kawan.

Peringatan dari mama pula buat adik, peperiksaan UPKK sudah selesai tapi peperiksaan sekolah kebangsaan belum lagi. Minggu depan kena menduduki  peperiksaan akhir tahun. Tidak ada masa panjang untuk bermain sebab tahun depan adik sudah masuk tahun enam. Seminggu bercuti ini kena gunakan sebaiknya. Selepas peperiksaan mahu mengulek-mengusung novel sampai lunyai pun mama tidak kisah.

~~ Anak-anak walau sibuk untuk peperiksaan tetapi bermain kena diberi peluang yang sama. Sekiranya tidak diambil peluang itu mereka akan rugi andai ditinggalkan zaman kanak-kanaknya dengan belajar saja.~~


Monday, October 20, 2014

Da'i pencetus ummah pendakwah pelapis

Lontaran suara peserta-peserta yang bertanding setiap malam Jumaat dalam rancangan Da'i dari awal tidak pernah kami sekeluarga tertinggal untuk mengikutinya. Selain ianya sangat ilmiah tetapi turut berbangga kerana semakin ramai remaja hari ini yang punya ilmu dunia dan akhirat yang tinggi. Program telah pun berakhir pada Jumaat lepas. Tiga peserta Da'i bertanding pada malam tersebut ialah Da'i Farhan, Izzhar dan Ammar.

Ternyata program terakhir telah menobatkan Da'i Farhan sebagai juara. Lontaran suaranya yang lembut dan susunan kata-katanya tersusun indah menusuk hati setiap penonton. Menjawab soalan sessi pertama berkaitan dengan isu pemakaian hijab dan perasaan memandang remeh mereka yang belum berhijab sangat bertepatan pada masa kini. Perkataan hidayah Allah yang digunakan olehnya sangat bertepatan. Bukan mudah mendapat hidayah tetapi setiap kita kena berusaha ke arah tersebut. Sungguh benar bagai dikatakan bahawa kita kena berusaha untuk mendapatkan hidayahNya. 
Juara - Sebaik tabir dibelakangnya dilabuhkan Da'i Farhan pantas memeluk ibunya yang memegang piala kemenangan dgn juraian airmata. Siapa pun yang melihat adegan itu pasti turut mengalirkan airmata. Ustazah Asni dan Ustas Haryanto pun aku lihat turut mengalirkan airmata. Sebak dan gembira semuanya bercampur-baur.
Sessi kedua pula menjawab lima soalan yang agak mudah bagi yang menduduki kelas agama kerana anak-anak aku pun boleh menjawabnya. Tetapi sessi ketiga ketika memberikan tazkirah sekali lagi membuat kami sekeluarga terpempan kerana masing-masing berhujah mengikut soalan yang diberikan amat menarik sekali. Hanya Da'i Ammar mungkin agak tersilap apabila menjawab soalan berkaitan rasuah diambil demi untuk keluarga yang daif itu sangatlah mendukacitakan. Sehingga Ustaz Haryanto turut mengulas bahawa kalau itu bukan hak kita walau sedikit pun diambil ianya tetap haram. Oleh itu rasuah biarpun sedikit ianya tetap haram.

Malam itu aku tidur dengan rasa sebak tetapi puas yang masih bersisa walau sebenarnya apa yang aku tonton itu tidak ada kena-mengena dengan diriku ini. Melihat suasana penuh airmata seorang anak yang berjaya dalam pelukan si ibu membuat airmataku mengalir deras. Kenyataan terakhir Da'i Farhan bersama kita renungkan:-


"Zaman rasulullah dulu mahu berdakwah atau memberi tazkirah terlalu banyak dugaan dan ujian sehingga kepala baginda berdarah dibaling batu. Tetapi sekarang bertazkirah dan berdakwah mendapat imbuhan duit." Da'i Farhan. Benar apa yang dikatakan beliau.

~~ Mengharap lebih ramai remaja yang terlibat dalam program seperti ini baik di luar mahupun di dalam rancangan televisyen.~~

Friday, October 17, 2014

Bukan Abu Lahab tapi Abu Halab

Posmen datang di hari minggu 
menghantar hadiah dari utara 
tidak perlu lama menunggu 
pemberian mama ka0ri tiba jua akhirnya 

Sampul A4 size - Masih berada dalam keadaan sempurna. Terima kasih mama ka0ri.
Selamat diterima waktu tengahari
anak dara ingat bolehlah dikongsikan
tetapi sesuai untuk papa saja
terima kasih buat mama ka0ri
saham akhirat selagi digunakan
dipakai pada hari Jumaat pastinya

Abu Halab - Jika membaca suroh Al-Masad mesti teringat kisah Abu Lahab  yg zalim/garang. Mafla cantik ini jenama Abu Halab, mungkin sebab tidak mahu mengambil nama Abu Lahab yang zalim/garang.
Bersempena hari Jumaat dan kisah Abu Lahab sama-sama kita renungkan ayat Al-Masad yang aku maksudkan itu. Bagaimana gambaran pembalasan yang diberikan kepada beliau dan isterinya Ummu Jamil.
  1. تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.
  2. مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.
  3. سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.
  4. وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.
  5. فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ Yang di lehernya ada tali dari sabut. 
buat teman yang ingin berkenalan
klik di sini jangan malu dan segan

~~ Jalinan ukhuwah sesama blogger unik terasa.~~


Thursday, October 16, 2014

Ujian melanda tanpa di duga

Petang Sabtu sebelum anak-anak menduduki peperiksaan minggu ini. Balik dari tuisyen mahu makan Domino. Masalah di Domino menunggu sangatlah lama sebab dikatakan kekurangan staff. Gadis yang mengambil order itulah juga yang membuat pizza. Tetapi kerana anak-anak kami tunggu juga. Tidak makan di situ memandangkan masa sudah tengahari. Kemudian kerana hubby ada barang mahu di ambil dari kedai elektrik untuk projek dia kami teruslah ke kedai tersebut. Jam sudah hampir zuhor itulah kami keluar dari kedai. 

Pepatah mengatakan 'malang tidak berbau' sungguh itulah yang terjadi pada kami. Oleh kerana kecuaian seorang pemandu kereta proton yang keluar simpang secara tiba-tiba membuatkan penunggang motosikal cuba mengelak dan terjatuh lalu menggelongsor menuju ke arah lane kereta kami. Kedudukan jalan adalah jalan dua hala. Sebenarnya kereta kami sudah berhenti sebaik nampak situasi itu. Kereta kami dari JB menuju ke Skudai. Kalaulah kereta kami bergerak pasti pemandu motor itu akan terperesok ke bawah kereta kami. Tetapi oleh kerana kereta kami sudah berhenti motor yang tumbang dengan penunggang itu manggelongsor terus menghentam depan kereta kami.  Kejadian pula waktu hujan lebat. Pemandu proton dan motosikal bergaduh kerana kemalangan adalah di antara mereka cuma kami yang menjadi mangsa sama. Hubby diam seketika sementara mereka bertekak.
Hujan lebat - Pemandu kereta yang berpayung tidak luka langsung tetapi pemandu & penunggang  motosikal itu luka parah. Kasihan sehingga aku berikan tuala dalam kereta untuk membalut lukanya. Lihat kereta yg bersalah tidak mengalami kerosakan. Tetapi motor dan kereta aku di lane sebelah yang rosak teruk. Dia mohon maaf pada hubby tapi nama pun kemalangan hubby faham. Aku yang sedih kerana itu kereta aku untuk pergi kerja.
Penyelesaian - Atas nasihat hubby buat report polis sebab mereka tidak mampu membayar ganti rugi kereta kami yang rosak teruk. Cermin depan retak kerana pemuda itu terlambung atas bumper depan kereta kami. Bahagian depan hancur dek kerana hentakan motor yang kuat. Memandangkan waktu solat kian berlalu kami solat di bangunan Pejabat Polis Trafik pada hari itu. Itu pun sudah hampir jam 3:00 petang. Sudah terlalu lewat.
 
Kini kereta aku berada di bengkel untuk diperbaiki. Pihak insurance pula agak perlahan menjalankan tugas. Kami claim under motosikal punya insurance sebab yang melanggar kereta kami adalah motor itu walau disebabkan kereta proton tadi. Valuation belum lagi dibuat sehingga hari ini. Sudahlah harga minyak naik, aku pula terpaksa memandu MPV untuk pergi kerja. Bila tangki besar isi minyak pun kena lebih. Ujian dunia kenalah tempuh. Menagih kesabaran betul. 

 ~~ Selagi nyawa Allah bagi pinjam pasti ada ujian yang diberikan.~~


Wednesday, October 15, 2014

Kek cheeskut nestum

Bahan digunakan - Cream cheese 250g pukul dgn susu pekat setengah tin, biskut satu paket, satu cawan nestum dan sedikit gula warna-warni pemikat mata anak-anak. Susu segar satu botol tidak ada dalam gambar pula (aku guna Dutch Lady milk yang dalam botol tutup biru)
Langkah mudah - Celup biskut dalam susu segar, susun dalam tray. Sapu dgn cream cheese yang dipukul dengan susu pekat tadi, taburkan nestum. Buat selapis demi selapis sehingga anggarkan cream cheese+susu tadi ada baki agak banyak sedikit untuk lapisan paling atas. Lapisan atas sekali kena tebal sikit cream cheese+susu tadi. Tabur dengan nestum dan gula warna-warni. Tidak ada gula warna-warni pun tidak mengapa tetapi aku buat begini untuk memikat anak-anak yang mengaji bagi nampak serinya. Masukkan dalam peti sejuk.
Sedia - Setelah lebih kurang 5-6 jam akan beginilah jadinya. Perhatian buat semua bahawa kek ini amat tinggi kolesterolnya. Untuk anak-anak yang lincah pergerakan tidak menjadi masalah.
 
~~ Mudah di buat dan sedap buat tekak anak-anak. ~~ 

Monday, October 13, 2014

Wanita Melayu dulu, kini dan selamanya

Entri kali ini khusus untuk anak-anak gadis yang baru mengenal dapur. Walau setinggi manapun kemajuan digapai. Walau tinggi mana sekalipun pembelajaran digenggam. Tetapi andai rempah-ratus keperluan dapur tidak dapat dikenali alangkah ruginya sebagai anak gadis Melayu. Itu yang selalu makcik katakan pada anak-anak. Dari mereka kecil sebaik tahu mengikut ke dapur semua rempah-ratus di rumah sudah diasing-asingkan. Itu pun masih tidak kenal juga. Bagaimana lagi hendak diterangkan. Setiap kali ambil botol ditanya "ini jintan manis ke jintan putih mama?". Itulah yang selalu membuat mereka tidak pasti. Sebab jintan putih bentuknya sama dengan jintan manis. Jadi kalau mahu tahu yang kasar itulah jintah putih dan yang halus itu jintan manis.

Ketumbar, Buah pelaga, Bunga lawang, Jintan manis, Jintan putih, Jintan hitam, Kayu manis, Cengkih, Buah keras, Buah pala, Halba, Asam gelugur/keping, Asam jawa. Lagi yang sering buat anak-anak keliru adalah halia, kunyit dan lengkuas. Begitu juga dengan daun sup dan daun ketumbar

Pernah terjadi makcik suruh adik memetikkan daun kari dipetiknya daun pucuk manis. Punyalah berbeza. Kalau silap daun ulam raja dengan pokok bunga tahi ayam itu makcik tidaklah salahkan dia kerana makcik pernah terkeliru dulu hihi... Buat anak-anak belajarlah mengenal dari sekarang, termasuklah anak-anak makcik juga sebenarnya.


Buah pelaga
Asam gelugor/keping
Keumbar
Kayu Manis
Lada putih
Cengkih
Jintan putih
Jintan manis
Lada hitam
Buah keras
Halba & biji sawi
Bunga lawang
Rempah 1 - anak gadis makcik suka yang begini mudah buat mereka
Rempah 2 - pilihan anak makcik juga yang begini mudah bila makcik tiada di rumah
Bagaimana pun hari ini anak-anak makcik sedang bertarung di medan peperiksaan. Adik UPKK, Kak Meen PT3 dan Kak Reen periksa semester sebelum cuti semester akhir bulan ini. Mohon doa buat anak-anak gadis makcik dipermudahkan, diterangkan hati dan mampu memberikan jawapan seperti skema diperlukan. Terima kasih. Makcik juga perlu berehat seketika sementara anak-anak di medan perjuangan. Mohon pengertian dari semua.

~~Pasti chef-chef blogger senyum dengan entri ini.~~