Monday, October 27, 2014

Apabila hujan menyimbah bumi

Sejak-sejak ini di JB boleh dikatakan hujan turun semakin kerap. Bila panas pula teriknya bagaikan boleh menembusi kulit yang bertutup. Namun apabila hujan kian kerap, ada yang membuat hati bertambah seronok apabila melihat perkembangan anak-anak pokok lebih cepat membesar. Cili pun cepat matang. Ulam raja pula ligat bercambah. Namun bunga-bunga cepat pudar warnanya dan cepat juga berguguran ke bumi .

Hampir luruh - Sekadar 4-5 hari saja dapat menikmati keindahannya. Bila kerap sangat hujan akibatnya cepat saja menjadi begini dan akan luruh kelopaknya satu-persatu.
Tinggal tiga - Beginilah akhirnya tinggalah tiga kuntum yang sedang menanti masa gugur ke bumi. Warna merah pun menjadi pudar. Ibarat manusia juga bila makan berlebihan penyakit mudah saja singgah. Pokok pula terlalu banyak air melimpah mudah benar bunganya menjadi pudar dan gugur.
Ros kuning - Sebenarnya berwarna kuning tetapi dek kerana simbahan air hujan yang kerap menjadikan ia cepat bertukar menjadi putih. Tidak lama akan gugur ke bumi.
Bunga raya - Hanya bunga raya yang meriah bila hujan sebab walau banyak yang gugur,  banyak juga yang akan  menggantikannya.
Renungan bersama - “(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu).” - Suroh Al Anfal: 11.

~~ Hujan kini juga sudah menjadi bertambah kerap berlaku di bumi Mekah.~~

43 comments:

Fazleyatul Aini said...

tapi kat melaka panas kohong kak
kalau keluar mkn time lunch tu berlengas jugak la
panas + bahang

@na said...

Assamualaikum kakzakie;
sekarang perubahan cuaca dah semakin tak menentu...sama jugak dengan cuaca di alor setar ni, kadang tu panas terik di waktu pagi...hujan lebat sebelah petang dan kerap jugak berlaku ribut petir...
pertukaran alam ini ada mesej dari YANG MAHA PENCIPTA untuk direnungi kan kak....
wallahualam

Falsya said...

Sama la ngn kl kakak..panas terikkkk sgt..pastu ptg or mlm mesti ujan..alhamdulillah..

Suke tgk tanaman akak..cantikkkkk..

sud@is said...

Tak pa kak cepat gugur bunga tu, cepat boleh cantas dan ada penumbuhan tunas baru...saya pun buat macam tuu...

Honey said...

Salam Kak Zie,

Saya lebih suka hujan dari panas hehe. Sebab sejuk aje dan tak perlu susah hati pokok kekeringan. Kebanyakkan pokok akan hidup subur musim hujan ni.

imm said...

pokok2 ros imm dah nampak nak berkulat kat batang die kak..bnyak sangat air kot..harapnye survive la diorang..tahun lepas lepas musim tengkujuh ade 2,3 pasu jugak yg x survived..sedih hihi

amirah said...

kat melaka ni rasa mcm dah lama sgt tak ujan kak..benih pokok cili amie tu macam segan2 aje nak keluar pun..

Irfa said...

tpt kami pun ptg2 hujan
jadi kain yg sidai masa turun keje jd lembab, sbb takde org tlg angkat masa betul2 kering waktu tgh hari

Aziela said...

Alhamdulillah.... Saya suka bila hujan. Bumi jadi sejuk dan rasa minda ikut sama berehat. Kalau masa hujan duduk diluar dan merenung kuntuman bunga disirami air hujan, pasti ralit kita jadinya yer kak....

LadyBird said...

Xpe.. nnti berbunge lg.. hihihihi

Kak... hihi.. dah lm xjenguk akak.. akak sihat?

Kayu Manis said...

sini pun hujan juga...makin subur juga pokok nor nan dua btg tu...hijau jer

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah subur pokok nyer :)

Yana Yani said...

kalau kat klang ni, pagi panas
petang kang hujan lebatlah

cantik laman rumah akak, penuh bunga
saya ni suka tengok bunga, tak rajin menanam aje =)

Yana Yani said...

kalau kat klang ni, pagi panas
petang kang hujan lebatlah

cantik laman rumah akak, penuh bunga
saya ni suka tengok bunga, tak rajin menanam aje =)

Mummydearie said...

Kat KL ni pun asyik hujan je kak. Lagi-lagi sebelah petang. Semalam dari pukul berapa agaknya sampai awal pagi hujan. Sejuknya alahai....

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...panas dan hujan semuanya dtg dr Allah kita sebagai umatnya haruslah bersyukur dgn pemberian dr NYA...:)

Anonymous said...

sama lah kat lembah klg ni kak, hujan lebat turun saban hari specially belah pt, kdg nak drive balik takut juga bila angin kencang..

LYAfrina said...

susasan hijau mndamaikan mata memandang

Mar Mansor said...

yela kan Kak Zaki..JB disimbahi hujan sejak 2,3 ari ni..
sekarang pon tengah hujan di tempat keje ni..
semoga bunga2 kak zakie terus subur..

saniahibrahim said...

kebaikan hujan ,tak payah nak siram pokok2 walaupun panas terik jika tengahhari....sya tadah air hujan utk pokok2 bunga ...dpt jimat air .
cantek ros kakzakie walaupun warnanya makin pudar...

Unknown said...

Dulu jiran saya ni,dia tanam bunga rose banyak sangt..penuh la keliling pagar rumah dia tu..bila berbunga cantik je..bau wangi je..nak mintak satu tak berani..heheh..dia orang india..lepas tu dia meninggal masa bersalin...terus suami dia buang semua pokok bunga rose tu...tak tahu la kenapa.mungkin dia sedih bila tengok bunga2 rose tu..tu pasal dia buang semua nya..

Unknown said...

Selangor pon kerap terima hujan 2 3 minggu nih. Alhamdulillah.. moga dpt kurangkan masalah kekurangan air di negeri selangor ini.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam Kakzakie,

Di Shah Alam ni boleh dikatakan setiap petang hujan lebat..
Pokok-pokok semakin menghijau..
Udara dihirup semakin segar..
Sedap je rasa badan bila menghirup udara selepas hujan kan..
Peringatan yg bermanfaat tu kakzakie..
Semoga sakit yg dihadapi kian sembuh.. Amin

Fiza Rahman said...

Musim cuaca tak menentu. Kat bangi pon sama kak. Petang2 hujan. Scary bila drive dalam keadaan hujang yg sangat lebat. Dah lah saya ni rabun.

Tapi bila hujan lebat ni lah mustajab bila berdoa.

Dr K said...

byk betul koleksi bunga kak zakie..
samalah macam di shah alam ni kak, siang panas berdenting, petang2 hujan lebat

diary_ciknaa said...

sejuknya mata memandang.. alahai rindu kampung

Bunda_nora said...

Kat sini pun kerap hujan KZ...petang semalam siap dengan kilat dan guruh sekali...takut jugak...lebih2 lagi bila waktu tengah malam...rasa tak nyenyak tido...

Pagi ni sampai tengahari panas terik...sempat kering kain baju......Alhamdulillah...

faraherda.razalan said...

Skg ni mmg musim hujanlah kak. Tinggal x dtg lagi je monsun Pantai Timur. Hrpnya, monsun kali nu taklah membawa pd banjir. Huhuhuhu!

Eye_nee said...

Tempat saya di Selangor pun kerap hujan waktu petang kak..bersama dentuman guruh...Bila hujan begini yg saya terpikirkan pokok bunga saya..makin menghijau daunnnya...

Zaitun said...

Kat tempat kak zai pun hari2 hujan. Banyak pokok bunga yang tak berapa sesuai kalau banyak air.

ellynadyra said...

kat kl pun kerap hujan kak
boleh dikatakan hari2

Lydia Miza said...

Sini pun hujan je memanjang kak.

Cantik bunga raya akak tu:)

εïзmmyHazaεïз said...

Kat Shah Alam siang panas kak, masuk je ptg start ujan lebat...

Sayang bunga. Tapi inshaAllah naik banyak nnt..

Gee Lion said...

hujan akan lebih kerap berlaku di sebelah petang, ada diumumkan dlm surat khabar baru-baru ini. jika sawit, berharap pd hujan, jika getah berharap pd panas.. ironi sungguh keadaan ini kan kakzakie.. =)

kakrose said...

Tmpt KY pun panas siang, mlmnya hujan. Hsri ni petang hujan selebatnya.baru bercadang nk sekamatkan pokok ros yg mula lembab tanahnya di bawah teduhan..

paridah said...

suburnya rose kakzakie...hujan air dari langit amat baik utk kesuburan tanaman...xpaya lg nk menyiramnya..

Mia Kassim said...

Lebih kurang cam di kk juga kak ... siang panas petangnya hujan

nohas said...

Suka suasana selepas hujan..sejuk dan segar..begitulah adat dunia, ada kebaikan dan keburukan...

PeRdU cINta said...

Hujan dan panas yang bersilih ganti ini nikmat dan rahmat untuk kita seluruh alam..kak mesti cantikkan rose kuning..

azieazah said...

Biasanya lepas hujan, bau tumbuhan macam rumput tu berbau lebih wangi dan segar, kan?

aizamia3 said...

Cantik menyegarkan mata bila melihat pokok2 bunga tersebut.. ;)

OKje said...

Kat KL ni pun sama kanda asal petang jer mesti hujan kadang tu bawak ke malam...lebat pulak tu

QasehnyaRania said...

sama la di kl ni pon kakak.hujan juga..
mekarnya bunga bungaan kakak