Menikmati makanan yang lazat-lazat
dan pakaian yang indah-indah ada kalanya membuat kita alpa adakah makanan dan
pakaian itu bersesuaian dengan syariat. Puas bila
mendapat yang dikehendaki tetapi culas mengikut apa yang tidak diredhai. Bila ada yang cuba memberi nasihat sering didengari antaranya:-
- dosa aku tanggung sendiri, kubur masing-masing apa yang engkau peduli
- mulut, tangan, kaki ini milik aku jadi aku punya sukalah
Bersama kita beringat bahawa setiap kita ini ada tugas yang
dipertanggungjawabkan. Selain keluarga dan mereka yang dibawah
pimpinan, masyarakat juga menjadi fardhu kifayah buat semua. Oleh itu
bila ada yang menegur andai ada kesilapan bersyukur kerana orang yang berani menegur itu telah menggugurkan fardhu kifayah pada semua. Andai tiada si penegur itu bererti sama-samalah kita pikul dosa bersama - alangkah ruginya.
Begitu
juga mulut, tangan dan kaki kita segalanya adalah milikNya yang
dipinjamkan sementara. Tidak perlulah kita berbangga dan ego. Akan tiba
masanya kita akan disimpan di bawah tanah yang akan menghancur-lumat
daging-daging kita tanpa kita mampu berbuat apa-apa. Tidak perlulah berkata yang tangan, kaki, mulut dan anggota kita milik mutlak kita - semua ini pinjaman sementara saja, sampai masa kita kena kembalikan semula.
|
Gambar hiasan - Bila melihat gambar ini terasa betapa beruntungnya kepada meraka yang boleh berjuang untuk agama dan bangsa mereka. Kemampuan aku sekadar menepek gambar tertera. |
|
~~ Ingatan buat diriku yang kerdil dan keluarga sendiri agar sentiasa terbuka menerima nasihat demi kebaikan sesama umat sejagat. ~~