Friday, September 6, 2013

Bukan urut sebarang urut, bukan sapu sebarang sapu

Tahun lepas selepas sebulan syawal disambut bapak ditimpa kemalangan. Tahun ini pula seminggu selepas menyambut syawal hubby ditimpa kemalangan. Namun pengalaman menjaga bapak dapat diaplikasikan pada hubby. Berbagai-bagai minyak urut kami gunakan bagi melegakan bapak bila malam menjelang sebab badan bapak selalu terasa sakit-sakit dan sengal. Setelah berbagai minyak urut kami gunakan bagaikan tidak serasi akhirnya kami mencuba produk yang memang sentiasa ada di rumah kami.

Allano - Bukan sebarang lotion. Jika diikutkan ianya adalah lotion tetapi luka-luka dan urutan bapak dulu menggunakan ini sangat melegakan. Bapak yang sakit yang merasa leganya bukan kita yang mengurut dan menyapukan luka-luka pada jahitan.
Body Series - Bila sudah berpengalaman tahun lepas jadi sewaktu hubby ditempa kemalangan tempohari inilah juga yang kami gunakan untuk mengubat segala luka/jahitan termasuk aku gunakan untuk mengurutnya. Tidak lagi menggunakan minyak urut lain. Ternyata hubby lebih cepat sembuh dan luka-luka cepat kering dan sembuh.
Aku tidak tahu kepada pengguna lain tetapi ternyata buat keluarga kami produk ini bagaikan sudah serasi dan sebati. Bukan berkempen tetapi telah menjadi kenyataan.

~~ Kita berusaha tetapi Allah juga yang menyembuhkannya.~~

66 comments:

Mia Kassim said...

Salam jumaat kak. Tak pernah pula nampak produk ni. Oklah kalau ubat dah serasi dengan family akak, senang tak payah nak cuba lagi jenama yang lain kan. (^_^)

Chot said...

Salam, tak pernah dengar nama minyak ni..ok?

maw said...

kat mana nak beli.

Hudalatip said...

Saya pun tak pernah nampak produk ni, mahal ke murah kak?

Umm AA said...

Produk nie biasanyakat mana ade jual kakak? kalau serasi dan berkesan elok jugak kan mencubanya..nanti balik nanti bolhlah cuba carik..hehe

Irfa said...

lotion allano ni mmg serbaguna
cari pengedar amway je kalau nak beli
dulu2 sy penah guna,kalau melecur ke apa sapu je..cepat baik

amirah said...

tak pernah nampk pulak kak zakie. kat mana nak membelinya ye.

Sura Mohd said...

Oooo...patut la cepat baik..pakai produk Amway ropanya..:)

Nini D.. said...

boleh try ni kak..moga bapak cepat sehat kak ye

BERT said...

ha ni amway punya produk ni kan memang bagus sekali.. hehe saya ahli amway... produk2 amway mmg bangus dan berkualiti sepadan dengan harganya... kalau serasi memang patut gunakan selalu untuk satu keluarga

sitirohaida said...

mak pun cakap benda nie bagus untuk luka-luka...huh..teringat kejadian tahun lepas...

Mila@Rimbun said...

beli kat mana ni kak? x pernah jumpa pun

asyifamustaffa said...

produk bagus kata adik ipar sy, dia mmg lumur nie kat anak dia...elok tuk kulit katanya...akak pengedar ke?

Unknown said...

hehehe.. kak, ni antara product amway yang pertama saya guna.. memang jatuh hati.. bau wangi.. anak anak pun suka. kalau melecur tu terus sapu lotion ni memang hilang terus bisanya. kalau terus sapu. parut pun tak ada.

ps: terima kasih kak.. insya allah.. sikit demi sikit saya share ya.. :D

HeNRieTTa JoSe said...

Serasi dgn keluarga akk...cepat sembuh....

Qhaifa Nur said...

Nur first time beli thn 2008 sebab aeish kena gatal-gatal kat badan...
dulu Nur jadi ahli sekarang tidak dah..tapi memang bagus ALLANO ni kakzakie...terlupa pula Nur tentang ini...produk Amway bagus walau mahal ....

zulaikha megat said...

salam jumaat kak zakie

product Amway mmg bagus..dulu benda ni pun ada dalam simpanan saya jgk ..tapi sejak dah tak aktif menjual terus terlupa nak membelinya..

Fazleyatul Aini said...

ok la tu. guna apa2 produk pon boleh kalau dapat menyembuhkan

Zaza Abdul Latif said...

InshaAllah dengan izin Allah ;)

Ratu Hatiku said...

Salam kakak... Kat mana nak beli nie kakak?

Julia Johari said...

Sis, umi QI x pernah tgk produk nih...tp tgk review sis mcm hebat dia leh kurangkan sakit2 berurut...nk beli utk abh dan mama ju nanti...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

waa bestnyer minyak nikat maner nak beli kak...

musang said...

alhamdulillah

kurus said...

insyaallah allah jua penyembuhnyee

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

Mak Aji pernah guna lotion urut yang anak Mak Aji beri, lupa pula jenamanya. Pun bagus juga sebab badan rasa sedap, bau (seperti minyak urut takde) takde, in fact wangi pulak tu. Keluaran Siam ke (ada tulisan Siam tu?). Kalau balik kampung bolehlah dicari nanti.

BinMuhammad said...

Tak semua produk serasi...usaha itu penting. Segalanya pun di atas keizinan Allah. Alhamdulilah...semoga sembuh sepenuhnya.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kakzakie.. sy baru tahu husband Kakzakie kemalangan. Semoga cepat sembuh ya..

Ruse Sulaiman said...

Beli di mana tu? Tak pernah jumpa :)

Unknown said...

ini antara minyak angin yang menjadi kesukaan anak2 saya..sendiri nak sapu..sendiri nak picit..kadang2 hilang tudung ntah ke mane..tapi khasiatnya..mmg sgt berguna!! harga setanding ngan kualitinya..

ada makcik tu panggil minyak angin omputih..haha..

moga hubby kak zakie cepat sembuh..

ummiross said...

good info ni kakzakie, mana tau nanti boleh juga ummi cari jika perlu.

Kakcik Seroja said...

Bolehlah kakcik cari nanti. Boleh dapat di farmasi ke? :)

aizamia3 said...

tak pernah try.. nanti nak cariklah.. t.kasih share info.. ;)

Cho Zila said...

tak pernah tengok lagi produk ini.. kalau dah serasi memang dicarilahkan..

Unknown said...

btl tu kak.. kita hny mampu berusaha.. & segalanya ditentukan oleh Allah sembuh atau tidak.

Unknown said...

x pernah dengar nama lotion ni, tapi boleh cuba la untuk kecemasan kan...

eija_sweetmama said...

x pernah plk mencuba guna lotion Allano ni, selalunya kalau masalah luka2 ni guna krim aloevera je..

lepas ni boleh la mencuba lotion allano ni plk..

Unknown said...

Mahal agaknya krim tu?
Moga bapak sihat hendaknya,

OKje said...

Mana nak dapat tu Kanda .... berapa harganya Kanda

AtieYusof said...

Bagus krim ye Kak..
klu jual disini nak juga cuba..nak beli utk Mak sy...

S.A. said...

Saya pun pakai, bila keluar rumah kena gigit nyamuk atau agas, sapu je lama-lama dah tak rasa gatal. Sekadar perkongsian.

Mizz Aiza said...

aiza tak pernah cuba lagi yang ni kakak.. kat mana boleh beli minyak ni?

Puan Kutu said...

tak pernah pula tahu tentang produk ni.klu sudah serasi mmg sentiasa kena pastikan stok ada dirumah la kak zakie kan

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

bOdy series cma pernah tau.. tp lotion ni tak pernah tgk lagi..
hmm.. byk kegunaan tu..yg paling bagus, kesan2 luka cepat smbuh..

berpa rm sebotol ni kak? kat mana blh dapatkan?

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

bOdy series cma pernah tau.. tp lotion ni tak pernah tgk lagi..
hmm.. byk kegunaan tu..yg paling bagus, kesan2 luka cepat smbuh..

berpa rm sebotol ni kak? kat mana blh dapatkan?

Anonymous said...

tq share, boleh dicuba juga ni nanti kak !

HanisLazimAndTheShaklee said...

ok 1st time tahu..tgk review mmg ramai ckp bekesan.kena cari ni...

thanks sharing ^_^

Kayu Manis said...

kalau kita sakit agak2 siapa nak urut..anak ke suami..heheh

Acik Erna said...

assalam kakzakie..acik tertarik pulak..teringin juga nak tau

Unknown said...

owhh bagus ye.. x penah tgk lagi. 1st time ni.. huhuh..

aby said...

Aby guna minyak kelapa dara jer.
Betis br kena ekzos motor, pd mase sama anak kedua, kaki nya trkena strika, dua2 kami sapu minyak kelapa dara tu jer.
wingi sore balik kenay

RIZZNA said...

Aliano...rasanya CiM dh guna berpuluh tahun. dia dlm bentuk foam, wangi jugak laaa. mengurut guna Aliano mmg syok, segar seluruh anggota. lagi satu kan...kalau luka2 melecur, aliano ni insya Allah boleh surutkan, jd kulit spt sediakala

TiranaAduka said...

salam bakyu
Keno di jajal iki.
Kabare bakyu ku?

apdm said...

salam kak..

kalau akak dah sebati dgn minyak tu, syira plak sebati dengan minyak buk buk by HPA. haha


p/s : kak kecewa lagi ni.. target esok check, sekali hari ini sudah selamat.. rasa nak lari jauh, pergi dari sini. rasa diri kuat sudah, tapi mulut orang membuatkan diri ini tidak kuat. benarlah, kerana mulut ramai wanita di humbang ke neraka.

Nur-nba said...

produk Amway ni.. Ada lihat kat rmh kakak.. Kak Zakie, moga anak akak berjaya dlm Trial SPM... Beritahu dia ada masa lagi kalau nak "all out" utk SPM.. study smart..Masa yg ada gunakan sebaiknya..

ANIM said...

pernah guna krim Allano ni dulu..
macam2 kegunaan..
sejak dok utara, cari minyak gamat je kakzakie..huhu

Rinna said...

Produk Amway kan.. dulu pernah guna..lotion nie.. :)

OKje said...

Laaaaa....tak tau pun hari jadi kanda....
Selamat Hari Jadi kanda....yang ke berapa tu kanda?...
Moga kanda dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dibawah lindungan rahmatnya...
Apalah agaknya kanda suami bagi ye kanda.....
Makan sure kat Singgah Selalu ni paling koman pun hehe

Anonymous said...

mana nak dapat nih ... amway ker ?

KakNi said...

Assalamualaikum. Betuk tu kak zakie, kalau dah serasi tu mmg kita 'grab' jer lah terus. Walau apa pun hanya dgn izin Allah kita sembuh, so jgn putus kita berdoa.

Kakzakie Purvit said...

Betullah lotion ini adalah produk keluaran Amway. Keluarga kakak menggunakan ini dari dulu hingga kini. Boleh katakan setiap rumah adik-beradik-ipar-duai kakak pengguna produk Amway. Kepada teman blogger yg ingin tahu lebih lanjut boleh berhubung salah seorg teman blogger kita Rai Ourkizuna. Link boleh lihat dari komen beliau di atas.

Kepada semua terima kasih kakak ucapkan:-

Mia Kassim, Chot, maw, Nurulhuda Abdul Latip (nak kata mahal tak juga sebab ianya serba-guna), ummuaidan, Irfa (betul tu Irfa, cari aje pengedar Amway), amirah, Sura Mohd, Nini D.., BERT (keluarga kakak salah sat penggunanya Bert), Kisah Si Dairy (masa accident tahun lepas Eda guna juga ye), Mila@Rimbun (cara pengedar Amway Mila), Asyifa Mustaffa (kakak bukan pengedar tapi pengguna tetap), Rai Ourkizuna (Rai mesti lebih arif utk buat explanation), HeNRieTTa JoSe, Qhaifa Nur (sebaiknya simpan satu utk kegunaan keluarga Nur), zulaikha megat (kakak masih menggunakan termasuk supplementnya Zu), Fazleyatul Aini, ZazaMyMoon, Ratu Hatiku (Cari pengedar Amway sayang..), Umi Qi (beli satu pun boleh guna lama Ju, masa nak guna shake dulu nanti keluar foam pekat), (Lizz) http://haslizalizz.com/ (bukam minyak Lizz, tapi lotion), redza, ieda immi, Ummu Madihah (kalau dah serasi apa pun pasti kita akan simpan di rumah satu kan Mak Aji, kakak punya ni boleh dpt dari pengedar Amway Mak Aji), Bin Muhammad (betul tu BM), Seri Kandi Tanah Jauhar (alhamdulillah dah sembuh dah SK), Ummi Iman (pengedar Amway ada Rose), mama_ka0ri (ini bukan minyak angin tapi lotion, dan baunya mild - wangi tapi kakak guna utk mengubat luka dan berurut), ummiross (ummiross cari aje pengedar Amway mesti ada), Kakcik (ini MLM product kakcik, tak ada di pharmacy), aizamia3, Cho Zila, QueeN TerataI, maszmadi, Sweetmama (kalau sesuai apa pun tak apa ieja), Juhariah Johari (kakak tak perasan hargalah Kak Ju sebab biasa beli banyak produk lagi terus bayar selepuk), hainom OKje (itulah kanda beli selalu banyak product termasuk supplement bagai dan bayar semua so tak perasan berapa harga sebotol - list harga pulak entah ke mana pulak), aTieYusof Family, S.A. (betul tu), Mizz Aiza (Dunia Kecil)- (Aiza cari pengedar Amway), Puan Kutu, ♥ Cmª shIemª ♥ (kakak ni pengguna produk amway bila beli banyak barang so tak tahu setiap satu tu Cma, kalau berkehendak carilah pengedar Amway mesti ada lotion ini), Kesuma Angsana, aniswany lazim, Knor (hubby kakak pun pandai mengurut tau Nor, so kami sama-sama boleh), Acik Erna (carilah Acik, simpan pun boleh lama pun), Deqla Manjew, aby (kalau dah biasa guna dan serasi teruskan aje aby), Cinta Misteri (dari yg CiM kata betullah tu sebab kakak pun dah menggunalan berpuluh tahun juga, dari botol design lain sampai yg terkini), TiranaAduka (tuku sini gawe ngurut mak TA), Syira Qahira (ingat Syira, usah sesekali berputus asa, Allah itu ada), Nur-nba (terima kasih Nur nasihat diberi), ANIM, Rinna, hainom OKje (alahai dinda, terima kasih atas ingatan itu), harumankasehvee (betul tu Vee cari pengedar Amway) dan KakNi (alhamdulillah hubby kakak dah kerja pun CikNi).

Terima kasih sekali lagi buat semua.

*SiRibenMerah said...

yg amway punya ke?
sebab dulu slalu gak pakai mende neh..
arwah mama yg belikan..
tapi x penah amek tahu beli kat mana..
huhuhuhu~

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

minyak ni kira dh rasi dgn akak sekeluarga....mn nk dpt minyak ni kak?

Unknown said...

ni baru tgk produk ni....kalo da ok kene simpan la kan..kalo ade urgent kan..

wawa syaida said...

salam akak....boleh gi cari ni akak....boleh try kat ayah wawa

Unknown said...

Kakazakie mana nak dapatkan lotion ni..menarik lah

Unknown said...

Jika ada sape2 berminat untuk membeli losyen allano ni boleh hubungi saya di 0132226572..;)