Tuesday, September 3, 2013

Suasana yang menagih kesabaran tinggi

Jumaat pagi selepas ke Tabung Haji kami ke Majlis Bandaran sebab mahu mengambil tong sampah yang diwajibkan pihak Majlis. Bermula 01-09-2013 rumah yang tidak menggunakan tong sampah tersebut terpaksalah mencari jalan membuang sampah sendiri. Oleh kerana sewaktu pengambilan tong sampah kami semua bekerja terpaksalah kami mengambil cuti dan pergi pada hari akhir iaitu Jumaat lepas.

Hubby dan adik - Kasihan hubby belum sembuh betul terpaksa beratur sama. Adik memang telah kami mohonkan cuti sebab jam 12:00 tengahari mahu mengambil kakak-kakak balik sama ke kampung. Kami menunggu dari jam 9:30 sehingga jam 11:00 pagi.

Panas - Dengan keadaan cuaca panas semua terpaksa beratur. Kami pula terpaksa mengambil 3 tong sebab dua lagi untuk rumah yg kami sewakan. Itu pun tanggungjawab kita sebagai tuan rumah.

Lambat - Sedihnya dengan penduduk yang beratus-ratus tiba di tempat pendaftaran hanya seorang pekerja yg menyemak dan seorang saja yang key-in data. Dokumen pula tidak sama sebab penduduk dibenarkan membawa bil api/air atau cukai pintu. Jenuh menanti sehingga ada auntie India duduk di atas tanah keletihan.

Dalam pada berasak-asak ada yang memedihkan mata dan hati bila ada juga yang mengambil kesempatan menggunakan wang sebagai penyelamat dari beratur panjang. Kalau ikutkan aku pun mahu begitu sebab hubby pun belum sembuh sepenuhnya dan mengejar waktu untuk solat jumaat. Tetapi hubby tidak benarkan.


~~ Harapnya dengan tong yang ada serial nombor ini jangan pula satu hari ada yang membuat aduan ke Balai Polis atau majlis kerana tong sampah hilang sebab ada yang tidak pergi mengambilnya.~~

69 comments:

Mia Kassim said...

Lamanya kak menunggu ambik tong sampah tu...cuma 2 pekerja utk melayan penduduk yg ramai tu mmg tak sistematik langsung kan.

Unknown said...

Thn lps sy pon diwajibkan amik tong smph tu..kami pegi waktu nk tutup dah..takyah beratur..amik awal2 mmg ramai org..setakat ni takde lagi kecurian tong smph tu..kami spray kt tong smph no umah..so, takde sape blh amik..haha...

kesian hubby akak kena beratur lama2..dh la x sehat...tak pg complain kt pekerja tu ke? sian dia...

Unknown said...

Thn lps sy pon diwajibkan amik tong smph tu..kami pegi waktu nk tutup dah..takyah beratur..amik awal2 mmg ramai org..setakat ni takde lagi kecurian tong smph tu..kami spray kt tong smph no umah..so, takde sape blh amik..haha...

kesian hubby akak kena beratur lama2..dh la x sehat...tak pg complain kt pekerja tu ke? sian dia...

aizu's life said...

penantian suatu penyeksaan.. x kisah la Q utk ape pn.. hehehe..
*mlm td masing2 dok sibuk Q amik minyak :)

Sura Mohd said...

sepatutnya dipermudahkan..memang x sistematik langsung..nasib baik somo kak zakie jenis penyabar..kalau somi sura..x tau la..mesti kena sound...hehehe..

lieyalatif said...

laaaa mcm tu jadinye kak....tang hulur duit tuk cepat tu tak bagus tu...dah dikire rasuah tu kak....ishhh buat malu jek...

kak, nanti tong sampah tu kene jaga or ikat ke sbb mmg akan ade kes kehilangan nanti....

asyifamustaffa said...

bgusnya disiapkan tong smph...yg x bgosnya..servisnya....sian asben akak kene berdiri lama tu...patutnya..ada tmpt yg lebih selesa mungkin...

NoEn said...

sepatutnya kene tambah pekerja bg lebih efisyen..kesian kat makcik pakcik kene beratur panjang semata2 nak amik tong sampah

Kayu Manis said...

kalau bab nak bagi free ni gitulah kak...sedih..

Ruse Sulaiman said...

Kalau ramai pekerja pasti mudah urusannya.

OKje said...

Ohhh dah dikuatkuasakan yeh kanda kat sana...kat sini belum lagi nampaknya ...Semua humban dalam tempat sampah kat pagar tu hehe

Izwa Kamaruddin said...

Hurmmm...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Panjangnya que tu kakzakie....sabar pun kena panjang ni ;)

ummiross said...

Alahai kesiannya, memang penat dan letih menunggu ni apatah lagi dalam keadaan cuaca panas, dah tu berdiri pulak tu.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

kemain panjang beratur tu...kesian hubby akak...kalo saya pun geram kita dah la ramai pekerja cuma sorang alahai...

Izan Ishak said...

panjangnya kena beratur tu kak zakie. kami kat sini pun dah ada tong sampah macam ni. masa balik raya hari tu kami cuci bersih2 tongsampah tu dan simpan kat porch. takut juga kena curi ke apa kan.

Zaza Abdul Latif said...

Sampai kena pegi amek sendiri kak?? aduhh parah.. dah lah kena beratur panjang.. ada plak yang mengelat tu.. hurmmm sedehhh

LYAfrina said...

panjangnyer Q,,, owhh..,memang diwajibkan ambil tong sampah ye..

ermmm.. pttnya buka 2 line ke.. camner ada sorang je nak urusakna..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Lama juga menunggu yer kak dgn Q lagi...sabar jer la kan.....

HeNRieTTa JoSe said...

nape plak buat cmtu....kt sni dlu...org majlis perbandaran kt sni...dorg yg hntarkan dr rumah ke rumah...lps tu, penerima cuma perlu tandatangan jer...

ellynadyra said...

alahai kesiannya kena beratur punya lama, patutnya bukak la kaunter byk sket utk kemudahan org ramai, tak abis2 nyusahkan org tau derang ni, buat sesuatu tu cuba fikir kebajikan org len!

norhidana said...

sampai mcm tu sekali yek.... dah tau ramai yg nk dtg tu sediakan lah pekerja lebih2... apa lah diaorg nih... kadang diaorg mls nk pening kn kepala nk senang je tp kite la yg susah

Sweetamieda. Blo said...

Bagus dusiapkan tong sampah with serial number tp yg x bagysnya sebab 2 org je staf?patut siapkan beberapa kaunterkan.kesian org nak beratur pjg...dah hari kerja

Unknown said...

nak amik tong sampah pon kena beratur panjang yer kak...hurmmm bagus jugak kalo ada serial nombor nih tapi kekadang ada gak yang gatal tangan nak cilok..tapi tak patut kot sorang jer yang jaga..kesian penduduk..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

alahai..
dgn penduduk yg ramai mcm ni,patutnya kena ada lebih dari 1 kaunter utk tiap2 urusan..
Sabar betul akak ni.. alhamdulillah..
hmm..kena mangga dgn solex la gayanya xnk tong sampah kena curi.. hihi.. :p

Umm AA said...

Aduss penatnya kalau kena beratur sampai beratus org dlm line gitu..tak efisienlah dorang nie buat keja kan ..kesian penduduk2...
mungkin jgk kan kakak kecurian tong sampah blhberlaku .kena tulis no umah dan rantailah kalau gitu kan

Cikli said...

Patutnya kita pohon online, majlis lah yang hantar kat rumah. benda besar tu. nak tunggu saya jadi yang dipertua dulu ke baru nak buat inovasi yang menyenangkan rakyat.

Fyda Adim said...

wah panjangnya kena beratur..

JunAina said...

Akak salin siri nombornya nanti kalau hilang senang nak cari, pas tu buat tanda rahsia sikit yg kita je tahu.

lia said...

x effektif langsung pengendaliannyer.... iskkkk

Unknown said...

lenguhnya berdiri lama...

Qhaifa Nur said...

rumah nur dah lama guna tong sampah ni...mereka hantar kat rumah...
kalau time tu habis..mereka suruh pula pergi tempat pemgambilan...memang leceh kena beratur macam ni kak..

Unknown said...

JENUHNYA MENUNGGU. KLU MAMA DAH SAKIT KAKI TU!

EmpayarUtama said...

Kat tempat saya ianya dibuka 2 hari (Sabtu dan Ahad) dah setahun dulu. Tong sampah lama Majlis dah angkut tapi baguslah mereka angkat juga sampah yang dalam plastik hitam depan rumah yang tak ambil tong baru

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

Kalau ada anaemia sure pengsan kalau berdiri lama-lama tu! Kalau beli tong sendiri tak boleh ker??? Macam-macam pulak peraturan pihak berkuasa tempatan ni ya!

Ibu Lala said...

Pernantian itu satu penyiksaan kak. X suka menunggu. Klw boleh sume nak xpress.

Mizz Aiza said...

kalau aiza mesti dah lama melenting.. sekurang-kurangnya sediakan tempat duduk/kerusi untuk orang yang datang (tak semua orang sihat).. seharusnya juga mereka menambah staf yang dipecahkan kepada 3 atau 4 meja untuk melancarkan serta mempercepatkan urusan..

Falsya said...

mak aiiii..lamanye kakak beratur..mmg skang nie procedure baru ke kakak?..tong sampah kene pakai dieorg punye?..

Nor Azimah Ali said...

jadi iktibar utk diri sendiri, mcmana penantian di yaumul mahsyar?

Julia Johari said...

Ya Allah kak zakie...kesiannya dengar auntie india tuh duk atas tanah semata tggu tong sampah bandaran...ya Allahhh...kesiann lah...dimana anaknya tika itu...x terbayang rasa yer kak zakie...kesian asben akak lum sembuh lg...harap sgt mereka perbaiki keadaan x jd mcm tuh lg...

amirah said...

kat melaka memang dah implement dr last year lagi untuk tong smpah baru ni kak..so bulan 3 masuk rumah baru developer terus suruh ambil. takdela kena beratur semua. yg haritu tu pun swm dtg ke setiap taman untuk agihkan tong sampah masing2. senang sikit

AtieYusof said...

Kesian plak kena beratur panjang ye Kak.. nasib baik dpt juga tong sampah tu..lepas ni senang skit...

Unknown said...

ramai yg berbaris tu.. patotnya ramai yg bertugas.. kalo sorg je mmg jenuh la nak tggu tu.. ish..

Unknown said...

kat Seremban dah agak lama pratikkan penggunaan tong sampah macam tuh...

Unknown said...

alahai kena beratur ker,
kat kawasn umah masz rasanya tong sampah tu baru diberi masa kami baru pindah umah ujung taun lepas, masa kami masuk umah tu, tong ada 2 biji, tapi dua2 pon penutup x der, so terpaksa buat lubang kat bawah nak elak air hujan bertakung.. dalam tong tu..

Zaza Abdul Latif said...

Kak zakie, anak teruna tak ikut hari tu sebab dia ikut makcik dia ke tmpt lain.. maklumlah budak2 kalau ada kawan2, mak bapak dia tak heran dah.. hehehehe

Unknown said...

tong sampah ada serial number.. maknanya tong sampah berdaftar la ni ye kak?

ANIM said...

susah juga bila depa tak work smart kan kak. kesian kat penduduk yg menunggu giliran. kat sp pun kena ambil tong sampah ni tapi takdelah beratur panjang. lagipun tak buat sehari. 3 hari bagi setiap taman.

Fiza Rahman said...

Tak patut lah. Dah tau penduduk ramai, kenalah sediakan staff yg ramai. Kan kesian kat penduduk yg kena beratur panjang.

Bagusnya ada disediakan tong sampah sendiri.

Acik Erna said...

assalam kakzakie..ditempat acik dah lama ambik tong ni..sebelum pilihan raya..dua kali suami acik pergi..pergi mula2 ramai sangat dia balik..kemudian pergi lagi..baru dapat

Puan Kutu said...

peraturan yg pada dasarnya utk memudahkan jadi susah klu sistem tak sisteatik..penatnya menunggu kan..bukan semua org sihat, bukan semua org dalm keadaan senang n bukan semua org kuat utk beratur panjang.sabo jer la..

BinMuhammad said...

Kenapa pihak tersebut tidak prihatin, kita yg membayar cukai dan membayar gaji mereka sepatutnya di layan dengan mesra, cepat dan tidak menyusahkan...ini dah macam pengemis pula. Kalau lambat bayar...cepat ajer kita didenda dan disaman.

Azian Elias said...

alaaahhh..siannya.. bertong sampa baru lah gamaknya kita yee..

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..alangkah indahnya andai sediakan sedikit kemudahan tempat duduk pada yang datang berurusan..terubat sedikit kecewa dihati..tak apa kak..kalau kita guna cara yang betul..walau pun sedikit perit..tapi ada keberkatannya..amin :)

insan marhaen said...

Kawan IM tadi pun bercerita lebih kurang sama. Dia ambil imbuhan RM500 dari RISDA. Orang ramai beratur tapi yang uruskan cuma seorang.

IM tanya kenapa RISDA tak bankin saja?

Kawan IM tu datang dari Penanag ke Gopeng semata-mata nak ambil RM500.

Memang tak sama cara kerja pihak swasta berbanding kerajaa...

Bunda_nora said...

betullah...takder sistematik...patutnya tambah staff dan bahgi beberapa barisan supaya cepat pengurusannya..

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya telah sebulan diberi notis untuk pengambilan tetapi hari yang dibuat adalah Isnin & Jumaat yg mana kita semuanya bekerja. Tetapi dek kerana keluar notis sampah tidak akan diambil jika tidak guna tong sampah mereka maka terpaksalah kakak dan abang cuti. Kami pula ada tanggungjawab pada penyewa rumah-rumah kami itu yg kena lunaskan juga sebelum tarikh kuatkuasa.

Terima kasih atas semua komen diberikan:-

Mia Kassim, mama_ka0ri, aizu's life, Sura Mohd, lieyalatif, Asyifa Mustaffa, NoEn, Knor, Ummi Iman, hainom OKje (kanda rasa tak lama lagi satu M'sia buat macam ni nak bagi business yg tukang buat tong sampah tu hihi....),:: Mrs.Eady ::, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), ummiross, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Izan Ishak, ZazaMyMoon, LYAfrina, Wanieys a.k.a IbuQalief, HeNRieTTa JoSe (kalau macam tu lagi baik kan Rietta), elly nadyra (ramai yg kata macam tu elly), norhidana miswan, Tuan Juhaida, Zee Suhaini, ♥ Cmª shIemª ♥ (bukan sabar Cma tapi dah terpaksa), ummuaidan (spray no. rumah ummu), Cikli (bilalah Cikli jadi YDP senang sikit hihi...), @lfidah @dim, JunAina (ada copy dari majlis tunjuk sirial no. tong Aina), lia, izan mama mia, Qhaifa Nur, Juhariah Johari (lenguh juga Kak Ju), Empayar Utama (kalau hari mengambil hari cuti bagus dik, tempat kakak hari bekerja), Ummu Madihah (kakak rasa auntie India tu tak sihat sebab itu dia duduk ahe MakJi), Ibu Lala, Mizz Aiza (Dunia Kecil), Falsya (entahlah Sya... nak bagi business yg buat tong sampah agaknya hihi....), Nor Azimah, Umi Qi (kakak rasa dia tak sihatlah Ju. Nasib baik dia pergi dgn anak dia), amirah (oh ye ke?), aTieYusof Family, Deqla Manjew, Papa Mifz, maszmadi, ZazaMyMoon (patutlah dia tak ada), QueeN TerataI, ANIM (hairan kan macam tak boleh nampak keadaan masa tu), Fiza Rahman (lagi kesian bila dan jejak pintu pagar yg baru dtg kena duduk selonggok tempat lain), Acik Erna (dah ada legalah acik), Puan Kutu (betullah Murni, nak bagi org kemudahan tapi tak ada sistem), Bin Muhammad (memang ada yg balik BM sebab ada yg kena kejar masa utk ambil anak balik sekolah dan solat jumaat masa tu), Azian Elias, PeRdU cINta (begitulah sepatutnya kan... tapi mereka bagaikan tidak melihat sinario itu), insan marhaen (kakak setuju sangat apa yg IM kata tu..)dan BUNDA a.k.a KN.

Terima kasih sekali lagi semuanya..

BERT said...

kene beratur tengah panas... adui sian hby akak.. dengan keadaan x sihat lagi tu ye..

Shahrul Yusof said...

Ni Majlis Bandaran mana kak? Kalau pakai tong sampah sendiri, majlis tak bagi ker?

Masya said...

ishhhlahmenyusahkan org jer, kalau iyer pun sediakanlah ramai kakitgn mcm nak mengundi tu kan senang.. kesian org beratur panjang dan lambat...

haryati said...

panjang jugak berbarisnye ye...

wawa syaida said...

kesiannya kalau yang beratur tu dah berumur kan....mesti letih....beratur pun panjang...maybe untuk next time, pihak berkaitan kena prihatin dalam hal ni

Hazmin Hamudin said...

Bagus jugak rasanya sistem pengurusan sisa pepejal yang macam ni. Tapi sistem menyerahkan tong sampah tu pulak yang tak berapa nak bagus dan sistematik.

emarieys said...

sampai kena beratur gitu sekali....

Anonymous said...

aduhai panjang barisannyer tu kak !

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...ramainya beratur jenuh kena tunggu...;)

Nur-nba said...

Padanlah tong sampah Nur yg lama dah hilang @ lesap.. Alih2 ada tong ni depan pagar rumah beserta borang.. Masa tu tak dapat nak ambil tong ni sebab ada urusan peribadi..

Sue Bee said...

bab beratur panjang pastu tunggu lama-lama mcm ni mmg sakit tapi nak buat mcm mana lagi,kan

Unknown said...

patutnye kene ada staff yg ramai handle kan...tp bagusle bile tiap rumah dapat tong sampah ni..