Friday, October 18, 2013

Apabila ramai adik dan mama dalam satu rumah

Bila berkumpul di rumah bapak, maka ramailah yang akan menjadi 'adik'. Kak Long dan abang aku (satu-satunya anak lelaki mak/bapak kami) bila memanggil kami adik-adiknya dengan panggilan adik. Oleh itu bila Kak Long atau abang yang membuat panggilan 'adik' semua kami akan menoleh. Tidak kurang setiap anak bongsu dalam keluarga kami pasti dipanggil adik. Kiralah berapa ramai 'adik' dalam keluarga kami. Apa lagi bila berada di kampung, dari dapur untuk memanggil yang di luar. Pasti akan ramailah 'adik' yang datang. Sehingga anak aku si adik komplen jangan panggil dia adik. Tapi biasa aku panggil dia dengan panggilan sayang atau manja. Begitu juga anak-anak lain biasa aku panggil Yang atau nama mereka.
Dua 'adik' - Posing selepas majlis tilawah Al-Quran. Firdaus menjadi wakil lelaki dan adik wakil perempuan. Kedua-dua mereka ini juga 'adik' dalam keluarga.

Sama juga dengan 'mama'. Kalau memanggil mama sudah dipesan sebut nama dihujungnya. Mama Zakie, Mama Leha atau mama siapa supaya tidaklah kami semuanya menoleh arah yang sama. Akibatnya anak-anak aku sendiri bila berada di rumah bapak memanggil aku mama Zakie, macamlah aku ini bukan mama dia. Kedengaran macam lucu bukan?

~~ Cara dulu-dulu lebih praktikal, memanggil dengan panggilan Long, Angah, Uda, Alang dan sebagainya kemudian tambah nama di depannya. Kalau mak saudara dipanggil dengan mak atau pak dan tambah nama di depannya. Lebih mudah.~~



64 comments:

asyifamustaffa said...

klau da ramai2 ni...mmg konpem la jd gitu kak...:-)

Shahrul Yusof said...

Keluarga dah besor sangat selalu jadi macam tu. Macam zaman dulu-dulu, awal-awal kita dah dibiasakan guna panggilan, along, angah, acik, acu dll. So bila dah ada family, panggilan tu dah tak rasa janggal sangat. Sekarang ni mungkin atas faktor masa tu makin terhad, jadi berjumpa pun dah jadi makin jarang. Tu yang kadang-kadang tak ingat nama panggilan tu. hehe

ida =) said...

Hahaha. Tak suka dgn long, angah semua tu. Jadi, mama hajar, mama nono, ayah hajar, bapak nono.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Keluarga saya guna panggilan along. angah tu kakzakie.. saya kak cik panggilan dirumah mak Dan abah , dibelah en suami kak ngah ;)

Lucu pulak anak sendiri panggil mama zakie :D

BinMuhammad said...

Perkara biasa yang berlaku bila ahli keluarga berkumpul. Kerana itu jugalah menjadi hiburan dan gurauan yang menceriakan suasana. Yang penting...tetap saling hormat menghormati :)

NM03 said...

mcm family saya la kak. kalu anak2 ade ngan kami, orang tgk pun kompius, sebenarya mana satu mak pak budak2 ni. mummy, bonda, ummi dan ami. daddy, baba, abi dan ayah. hah... amekkk

Unknown said...

hahaha.. kami pun kalau dah ramai ramai saya suka gurau dgn ayah saya.. "balik dulu wak".. salam cium tangan ayah.. hihi..

musang said...

saya suka panggilan along, angah, uda tu semua

sitirohaida said...

mesti seronok kak...mereka akan tergelak bila salah orang...hihihih...

Ratu Hatiku said...

hihihi...samalah jugak berlaku kat umah saya tu kakak...kdg2 kalau MIL nak panggil adik tu dia akan sebut adik besar atau adik kecik :D

zmarl (ibu) said...

keluarga besar cam ni la kan..
tapi sonok kak..sesekali tersilap tu mesti nak gelak..

lia said...

big family selalu macam-macam panggilan kan...

Umm AA said...

kalau adik tuh common lah yer tuk anak paling bongsu dlm semua family..tp bila berkumpul ramai2 elok panggil nama kan..baru tak konpius

lieyalatif said...

heheeheh betul kak...lieya suke entry akak nie....sbb dulu kalo balik kg semua ade kat umah...time kene panggil tu kene pasang telinga betul2..kalo salah nyahut malu nanti ahahahahaha....

Lily said...

lucunya panggil mama siap ngan nama lagi..huhu

Rosmawani♥ said...

Kalau bg ros susah skit kan ada long, angah, lang ni.. Suka mcm family ros pggil che ***(nama makcik perempuan) dan ayah ***(nama pakcik lelaki).. Mmg xbertukar dh.. Belah mil ros, byk sgt maklang, maklong..kekadang pening jgak..hahhaha

Mizz Aiza said...

salam jumaat kakak.. betul tu kakak.. lebih mudah jika memanggil dengan nama seperti along, anagah, acik dan usu..

mummY daniSha said...

hehehe...danisha pgl mama kdg2 ucu...sebab kazen die pgl mama ucu..sabar jela hehe

Eye_nee said...

best N3 ni kakzakie..saya pulak bila berkumpul dgn keluarga sebelah suami...kena panggil nama ANI termasuk lah saya..kena digabungkan dgn nama suami ...Saya ANI LAN..dan 3 biras lagi..ANI WAN...ANI MUNIN dan ANI YAMUT....

Admin said...

emm... susah nak ingat nama ramai2 dan sekali sekala jumpa ni

JunAina said...

Kalau balik kampung memang macam tu kan akak, kekadang konpius. Kita marah2 adik tetiba adik (anak sendiri) pulak rasa hati.

Anak buah semua panggil Aina mama, adik perempuan umi, lain2 masih Mak Long, Pak Ngah, pak Cik dan Pak usu.

Adriannasyaz said...

Assalammualaikum kak..saya plak klu blik umh mak sallu salah phm dgn anak sedara yg trut dipnggil kakak..hehe..tertoleh2 padahal org lain yg dipnggil.hehe

Fiza Rahman said...

Ha'ah kak. Klo dah berkumpul ramai2 mcm tu lah. Dapat saya bayangkan bila suma menoleh ☺☺

Sarah Talib said...

Dapat jumpa keluarga memang best lah...keluarga saya memang ramai, tpi sebelah suami tak ramai..tu pun anak saudara yg kecil panggil saya angah kak sarah..lucu budak2 ni..depa pandai beza2kan dgn pangilan.

AtieYusof said...

Hihi..sekali menoleh ramai2 bila kena panggil.. Baba pa'e mmg dah biasakn Pa'e dgn panggilan2 bgtu jg kak..
Mak Long, Mak Uda, Mak su dia..mmg dah tak kekok dgn panggilan2 tu...:)

eMMe said...

Salam Jumaat Kak Zakie, me pun hadapi problem yg same, kalo balik kg Perak, ramai 'yong' my cousin, so kene sebut name la senang, tak la same2 sahut, kalo bukan kite yong yg dimaksudkan, malu la, hehehe...

haryati said...

samalah kak...yati pun camtu gak... klu anak2 panggil ibu..semua dok kalih...sebab panggilan yg sama

ZalinZalina said...

Kalau kat kampong husben lak ramai anak saudara nama panggilannya INA... bila sorang panggil INA semua yang nama Ina menoleh..he he..

Puan Kutu said...

Memang sedikit lucu,panggilan sama,famili pulak besar.meriah pun ada bila semua menoleh.klu menyahut salah org boleh jadi gelak besar.hehe

Puan Kutu said...

Memang sedikit lucu,panggilan sama,famili pulak besar.meriah pun ada bila semua menoleh.klu menyahut salah org boleh jadi gelak besar.hehe

Qhaifa Nur said...

elok panggil nama kan kakzakie bila ramai macam ni...macam aeish dengan adik nur yang bongsu...dua-dua gelaran adik...kalau tak dua-dua menyahut...kelakar pula

Hudalatip said...

Aah kak memang kelakar berkumpul ramai-ramai sebab boleh confuse kan..Kitaorang masih biasa lagi la..Tapi sekarang sy panggil zara adik lagi, dan si baby pun adik jugak...heheh..

Bunda_nora said...

kalau KN sendiri pergi kedua2 pihak tetap dengan panggilan Mak Long/Pak Long...sebab KN dengan suami memang anak sulung...anak2 kami kiranya cucu dan anak2 sedara yang sulung juga...Abang Long dan Kak Ngah..

Ati Masrif said...

assalamualaikum,

tersenyum membaca..mmg benar selalu
terjadi kejadian mcm ni...hihi

tapi kalau kat kg..ati seorang je
yg di panggil mummy...selamat :)

nohas said...

seronok berkumpul ramai2 adik-beradik, ipar-duai, anak2 saudara..

Unknown said...

Anak2 saya pun saya tak ajar mereka guna panggilan Along, angah semua tu.. gunakan nama saja.. cuma tambah kakak, abang atau adik didepannya.. kerana nama itukan doa.. :D

Lydia Miza said...

Keliru.. Tp seronok kan kak. Adik pula keluarga kecik, ank sulong dr lima beradik.yg lain blm ada ank lg

Umialya said...
This comment has been removed by the author.
Umialya said...

** tp pastinya seronokkan..

eira eixora said...

haha bila ramai2 memang confius. confirm riuh rendah suasana

ANIM said...

panggilan nama memang lebih mesra kakzakie. sy ni maklong sebelah family suami dn makngah sebelah saya kdg2 tersasul mbahasakan diri.. hee. sudahnya anak2 buah pun tak tau nama sebenar saya..

Nabilah Rosman said...

saya 4 beradik jadi kakak abang adik and yang last x kan nak panggil adik je kan jadi panggil nama supaya senang nak panggil :)

ini pertama kali saya dtg menyinggah.. and i like!!!

Mimie said...

adehhh anak anak akak pulak pgil mama zakie..dh terrbiase tuh kak

Pokok Manggis Depan Rumah said...

macam ini lah jadinya bila ramai-ramai berkumpulkan. Tersalah dan macam-macam lagi.

Sue Bee said...

Kalau di kalangan family besar SB,anak2 buah panggil mak usu..

Cikda said...

salam aidil adha kak..hehehhe mesti riuh rendah kan..yg tergelak, yang bergaduh, yang memekak, yang berlari... pendek kata.. macam2 ada...

Unknown said...

haah kan~
memang mengundang keliru. kalo zura suka panggil nama.. susah sket nak keliru.. hehehe

Unknown said...

anak2 sendiri pon amik kesempatan jgak panggil mama zakie..hihi..selamat hari raya korban kak zakie..

Temuk said...

Assalam kakzakie
Untuk mama, enggak ono anak yang manggil embok, ya kakzakie? Di kampung dulu-dulu, walau panggilan guna nama sebenar, ada juga masa kelirunya, sebab sesetengah mereka ada pula "paraban"nya.... kakzakie tahu ke hal tu?

Anonymous said...

nasib baik dlm family saya semua guna nama ... so yg menoleh satu jer ...

Unknown said...

sbb tu..saya ajar mia panggil mama..sbb yg lain panggil mak..nanti ramai ramai...senang nak toleh..hihi

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tapi yg selalu buat org confuse saya nampak bila panggil "abang" utk suami dan "abang" utk abang kandung. Mesti kedua2 akan menoleh. Mungkin intonasi yg membezakan.. panggil suami intonasi lebih manja sikit kot... hehe.

Unknown said...

tuh la lebih suka dengan panggilan mak long , mak ngah etc...berbanding sekarang yang lebih panggil uncle dan auntie...huhu

wakgelas said...

meriahh tuu.,ehHHee

aby said...

salam kz ..
klu wong jowo lg pening ..
sume org laki dipanggil Wak jer ..
bila kt satu majlis .. satu panggilan Wak sume noleh ..
aku karo bojoh ku ngelok enggo jeneng wae ..
bojo ku orak ngelok 'abang' psl aku orak sukak dicelok abang ..

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya bukan dalam keluarga saja keliru. Dlm masyarakat juga sama. Kalau Din macam-macam Din ada. Akibatnya adalah Din tinggi, Din lembut, Din Doktor dsb. Tidak kurang Yah; ada Yah becok, Yah gemuk, Yah kurus dsb.

Apa pun terima kasih buat semua yg memberikan komen di N3 kakak ini:-

asyifa mustaffa, Sylarius Yusof, Mama Adam, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) - (macam tu lebih senang kan Yati), Bin Muhammad (memang betul bila dah semua terserempak jadi ketawa), NM03 (itu yg kadang org tak tahu anak kita ramai kan hihi...), Rai Ourkizuna (gelihati kan Rai), redza, Kisah Si Dairy (macam itulah Eda), Ratu Hatiku (kalau tak semua dtg kan..), Zee Suhaini, lia, ummuaidan (dah terbiasa ummu itulah jadinya), lieyalatif, Leeza Eelza, ♥ ROS ♥ (oh..itu cara keluarga Ros ye), Mizz Aiza (Dunia Kecil), mummY daniSha, Eye_nee (kalau nama sama memang biasa ada panggilan depannya Eye_nee), Admin, JunAina (salah sangkalah tu ye Aina), adrianna syaz (lebih kuranglah tu dgn cerita kakak ni ye anna), Fiza Rahman, Sarah Talib (ok juga tu), aTieYusof Family (lebih mudah Atie), eMMe, Haryati Faizal (sebab ramai ibu dlm rumah ye), ZalinZalina (itu yg kadang timbul nama isteri digabung depan dgn nama suami), Puan Kutu (biasa memang jadi ketawalah ramai-ramai), Qhaifa Nur (itulah yg selalu terjadi Nur), Nurulhuda Abdul Latip (kena panggil ZZara kakak dah Huda), BUNDA a.k.a KN (panggilan macam ini kakak suka KN), Ati Masrif, nohas, acik idah (itu pun lebih senang Idah), Lydia Miza (bila semua dah kawen akan jadi juga dik), umi alya, eira eixora, ANIM (tapi guna maklong/makngah lebih mesralah kakak rasa), Chenta Ummi (macam tu senang), Mimi Azirah (masa kumpul aje Mimi, kat rumah tak adalah), Pokok Manggis Depan Rumah, Sue Bee (SB anak bungsu ye), Cikda (riuh Cikda), Nafira usof, mama_ka0ri, Temuk (betul Pak Temuk itu yg timbul macam-macam gelaran kalau dlm masyarakat kg:), harumankasehvee (senang gitu), izan mama mia (tak keliaru ye), Miss Mirror a.k.a Sam (ini pun satu yg buat keliru ye), Papa Mifz (kakak pun prefer macam tu tapi dah terlambat), Wak Gelas (meriah kerana terkeliru), aby (tapi ada nama di depannya kan aby. OK lagi).

Buat semua terima kasih sekali lagi.

Unknown said...

kakzakie, zana tertinggal...hehe..kakzakie pasang reply komen, senang nak jawab kwn2 punya komen.
Dlm keluarga zana takde pula masalah begini. Cuma agak pelik skit family zana ni panggilan pd emak, cucu2 dia semua bahasakan 'mak' bukan opah/atok. Jadinya emak zana sepanjang masa muda je..hehe

memmetlenggeng said...

Seronok bila ramai adik beradik...

Nik said...

sama la dalam family nik.ramai yg panggil adik.sampai anak saudara marah.dia cakap dia jea adik.yg lain tu dah besar so panggil nama jea..haha

Kayu Manis said...

selalunya no2 di panggil adik

eija_sweetmama said...

hehe..betul tu anak eija yg kecik ni kami panggil adik, adik ipar yg bongsu kami panggil adik, anak buah yg last pun mummy dia panggil adik, jd bila atok panggil adik semua pun berpaling..

OKje said...

Memang sangat sangat istimewakan siapa yg bernama adik ni kanda hehe...OKje pun adik tau! hehe

Anonymous said...

KA sampai la ni masih dipanggil adik hehehehe

Unknown said...

deqla masa kecik2 x dipanggil adik.. tp dipanggil manja.. haha.. manja la sgt.. anak bongsu la katakan.. ;p