Tuesday, October 8, 2013

Indahnya pertemuan itu

Apabila mendapat surat dari sekolah adik mengatakan hari Sabtu adalah hari sekolah ganti gembiralah aku, kerana bila adik sekolah bererti rakaman di RTM mestilah ditunda. Oleh itu hajat aku untuk bertemu teman blogger pasti akan terlaksana kali ini. Beliau ada tugasan di Kompleks Tan Sri Mohd Rahmat, berdepan dengan Plaza Angsana saja dewan ini. Dulu pernah beliau ke JB tapi kami hampa bila di hari yang sama rumah aku dikunjungi ramai sanak saudara kerana waktu itu aku baru balik dari umrah.

Makan dulu - Aku memang lapar kerana sejak pagi belum menjamah apa-apa lagi. Hampir pukul dua petang baru menjamah makanan, berseleralah. Sebelum itu aku sempat berlaga pipi dulu dengan teman blogger yang ingin aku temui. Sementara beliau sibuk mengacara majlis yang meraikan dua pengantin aku pula menjamu selera dengan hubby dan anak-anak.
Bagaikan arits - Lihat siapa yang sedang berdendang itu? Inilah sahabat blogger yang aku temui dipetang yang indah. Gabungan suara ibu dan dua anak yang mengasyikkan. Siapa lagi kalau bukan Che Mid blogger yang mempunyai syarikat bernama Yahana Enterprise.
Kenangan - Sebagai kenangan aku abadikan dua anak daraku untuk bergambar bersama-sama dengan Che Mid dan dua hero kacaknya. Suara Farhan mendendangkan lagu mengingatkan aku pada Tom Jones.

Ole-ole - Beruntunglah suami Che Mid. Punya isteri yang mampu meneraju dua syarikat. Senang kata mampu mencari keperluan sendiri. Aku pula beruntung sama dapat menikmati sos rojak buah ini secara percuma. Terima kasih Che Mid.
Selepas bersalaman aku bergegas pula meneruskan agenda kami petang tersebut. Pembayaran duit lembu-lembu tempahan untuk Hari Raya Haji perlu dilunaskan. Tidak boleh pergi hari Ahad sebab pagi hingga tengahari adik ada rakaman. Petang pula perlu menghantar Nurienne balik asrama. Begitulah sibuknya bila sudah menjadi mama/papa. Niat hati mahu bertemu dengan seorang lagi blogger yang duduk sama daerah pun tidak kesampaian hingga kini. Insya-Allah akan aku cuba juga sebelum Hari Raya Haji minggu depan.
Mangga - Bila rojak buah sudah ada di dapur apa lagi inilah lawannya. Aku tahu tempat kerja hubby, landskap dia banyak pokok mangga. Berpuluh-puluh pokok semuanya bergayutan dengan buah yang menggeramkan. Hari minggu selepas menghantar adik rakaman di RTM aku kerjakan mangga ini dengan sos Che Mid.
 ~~ Andai ada izin Allah walau jauh di mana pun pasti akhirnya kami dipertemukan juga.~~

76 comments:

Marya Yusof said...

As salam Kak,

Sedapnye tgk mangga tu...terasa kecur air liur! Hebat betul che mid tu kan :)

Lama juga sy tak melawat blog beliau...

Sura Mohd said...

seronoknya kak dapat bertemu mata dgn Che Mid..
*mangga tu..mengoda betul!!

Kniedaz said...

salam kak,
kami di ofis pun dok mencicah mangga muda dua hari ni hehehe

che mid said...

Haaa.. dah keluar dah diaaa..!!

Ala Kak Zakie, janganlah over puji.. kami biasa-biasa saja.. (actually nervous jugak bila tau kak Zakie nak datang.. tentu masuk blog punya ha ha..)

Alhamdulillah, memang happy sangat dapat bertemu selepas tak jadi jumpa di Kem Majidee dulu. Tapi tak puas lah sebab tak dapat sembang lama-lama.. sbb tengah bertugas..kak Zakie pun ada hal lain yang perlu disegerakan..

Ada rezeki ke negeri lain, nak jumpa blogger lain pulak.. Insyaallah..semoga ukhwah terjalin terus berpanjangan ya kak..

p/s: eh, harga kt kuah rojak tu lupa nak tanggal ha ha..

Aine Ainun said...

Mudahan ada rezki utk kita bertemu kak zakie ♥♥♥

Angah said...

waaa artis rupanya kawan blogger akak ni eh...

ummuaidan said...

Untungnya kakak dapat jumpa rakan blogger, mendengarkan alunan merdu dari mereka,dapat sos rojak free lak tuh..hehe..tuah badan..
eee..mangga muda lagi..sedap tuh cicah sos, tp takut bnyk2 nanti sengal gigi lak..huhu

Bin Muhammad said...

Best jadi blogger ni...ada sahaja sahabat di mana2. Jalinan persabatan yg cukup unik.
Bagus betul kalau lanskap tempat kerja ditanam pokok buah2an...bila musimnya boleh sama2 merasa.

lieyalatif said...

salam kak zakie...akak sihat tak...hope sihat ajek yeak kak...

kak adik ade rakaman rtm tuk program ape kak...lieya tetinggal citer ke heheheehe...

tu laa untung berkawan kan kak...berkawan biar laaa beribu...byk faedahnyer....

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

untung kakak dapat berjumpa dengan rakan blogger.. dapat sos rojak free lagi.. murah rezeki kakak.. semoga persahabatan kakak berkekalan..

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah...seronoknya kak zakie dapat jumpa dengan che mid...merata dah che mid pergi...rezeki beliau kan

sedap kuah rojak tuh...kat rumah nur pun pokok mangga dah berbuah..tunggu masak saja...sedapnya

memmetlenggeng said...

seronoknya dapat jumpa blogger-blogger kak ye

Mizz ErMa said...

gulp..mampu telan air liur je tgk mangga dengan sos rojak tu sebab kena pantang sampai 100 ari..=(

asyifa mustaffa said...

sy dah agak..msti jumpa che mid, sbb dia je tmn blogger yg berkerjaya gitu kak...:)

cikceriacorner said...

salam akak..

bestnye dpt jumpe rakan blogger..bestnye dpt buah tgn..hehe..

bagusnye che mid sebab mcm2 bleh buat..:)

Rai Ourkizuna said...

bestnya jumpa blogger..

Kisah Si Dairy said...

bila nak jumpa akak nie...kak...mangga tu buat sy terliur

Mia Kassim said...

Bestnya kak dapat jumpa dgn rakan blogger.Dpt kuah rojak buah lg yg best cicah dgn mangga tu....kecur air liur..hehe

Zee Suhaini said...

mangga lagi kak..adoiii yang akak tunjuk sebelom ni pon zee dah tergoda..balik dapat mangga yang ringan tu jer..ni nampak plak ngan rojak lagi la terliur..

adik ade rakaman ape kak??

hainom OKje said...

Wah bestnya Kanda.... jumpa che Mid pun dapat,sos Che Mid pun dapat, bergambar dengan Che Mid pun dapat...hehe..
OKje jugak yg tak dapatnya.....tak dpat tengok muka kanda...Esok2 kalau OKje gi Johor jangan menyorok tau!!

Fazleyatul Aini said...

kuah rojak tu makan dengan pelam muda ohsem sangat kakzakie. meleleh liuq ceq hehehe

Knor said...

nak jumpa akak juga..lah nti..

sedapnya pelam tu...

bolehlah terjah kawan blooger kak tu nti

tenku butang said...

wahh.. kak zakie dapat jumpa rakan blogger lain.. bestnyaa..

mak aii.. sos rojak tu buat teman kecur liur dah ni.. slurpppp.. mempelamtu nampak sedapp.. masam tak? hihihi

BUNDA a.k.a KN said...

wah! tentu seronok kan dapat bertemu rakan blogger, selama ni hanya berborak dialam maya sahaja...kini bertemu live mata kemata...

tentu banyak bende yang diborakkan yer...

buah mangga ngn sos rojak tu bikin kecor KN dah KZ..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

errrr...

kalau jodoh tak ke mana.. dapat jumpa sekejappppppppppppppp pun jadilerrrr...

redza said...

mangga + sos rojak..terbaikk!!!!

aizamia3 said...

chemid ada datang beraya ke rumah saya hari tu..
wah.. turn kakzakie pulak dapat jumpa beliau.. ;)

ummiross said...

wow! bestnya dapat jumpa gang blogger, tentu Che Mid pun seronok dapat jumpa Kakzakie.
Kalau pergi JB lagi, insyaAllah nak contact Kakzakie juga, teringin sangat nak jumpa.
Yang gambar last tu yang tak tahan tengok tu Kakzakie, kecur dibuatnya, pekena pulak dengan sos rojak, pergh!!, tak terkata.

Sya Mimie said...

seronoknya kak dapat jumpa rakan blogger lain.. moga ukhwah yang terbina, utuh buat selamanya.. :)

Munnafendy said...

sy taktahu pulak yg che mid ada buat biz sos tu..yahanana sy tau

QueeN TerataI said...

mmg gembirakan kak dpt bertemu teman maya secara realiti...

Cik Puan Fadli said...

assalamualaikum kakak...

windunyaaaaa...dah lama x jengok sini...akak sehat?..

wahhhh...sedapnya mangga tu...tetiba tekak nak mkn mangga aihhh...

Riedaffya ibrahim said...

seronok kan kak dapat jumpe member blogger...dan tgk mangga akak tu pon best..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

waa bestnyer kak dapat jumpa teman blogger...bertuah tau che mid boleh bertemu mata dengan akak...saya kalo pi johor pun nak jumpa akak la...

Acik Erna said...

assalam kakzakie..adui..terliur acik tau..nampak dah sos che mid..belum ada rezeki acik nak merasa..

Fiza Rahman said...

Bestnya dpt bersua muka dgn kak mid ☺☺

Sedapnya mangga tu kak. Dpt plak cicah dgn sos tu. Kak mid...nak sos buah juga..hehehe...

nuyui a.k.a miss YUI said...

seronok dpt bertemu dgn blogger lain..

aTieYusof Family said...

wah! seronoknya kak dpt jumpa kawan blogger.. hadiah utk cecah mangga tu..nyum! susah nk cari kt sini tu..

Kancil 8349 said...

seronoknya mereka berjumpa...kancil pun dah lama ndak jumpa rakan blogger di Tawau nie

❤Kamsiah❤ said...

ooo che mid...anak2 dara dia cun2..yg lelaki hensem hehe

PeRdU cINta said...

silaturrahim yang bukan sekadar di alam maya malahan bersua nyata pula..Alhamdulillah..moga ukhwah yang terjalin kian bercambah kemanisannya..amin.. :)

JunAina said...

Aina yg dekat ni pun belum pernah jumpa Che Mid...rezeki kan kak...

Kesuma Angsana said...

dpt juga berjumpa yer kak... rojak buah tu mmg sedap , terliur dah ni !

amirah said...

hensem2 hero nya..huhu...sedapnya kak..memang kegemaran amie ni. selalunya kena ada dlm peti tapiu cik abg marah jugak sbb boleh sebabkan batuk. tp tiap2 hari teringinnn

Papa Mifz said...

semoga perniagaan akak Che Mid tuh terus berkembang...suka bila tengok apabila ramai usahawan Melayu berjaya...

Ati Masrif said...

Assalamualaikum,

jumpa che mid, jauh dia bekerja ye sampai ke johor
ati pernah dengar suara che mid tu
memang lunak merdu ...
tak sangka pula anak bujangnya pun
berbakat...hensem dan tinggi2 :)

aizu's life said...

lame dh kite x dtg cni.. bz manjang :D
bgs kak.. eratkan silaturrahim :)

Penjejak Mimpi said...

Ate kita ni bila lah pulak dapat bertemu ek kakzakie?

Norhasniza Khalid said...

wah.. nasi itu sangat menyelerakan kak........

aanie said...

bukan senang tu nak kendalikan 2 syarikat...tp apa2 pun tahniah utk che mid....:)

kakak, mangga tu sedapnya....:)

Nafira usof said...

kagumnye dengan kawan blogger akak tuh. boleh handle 2 biz. boleh jadik idola pada wanita lain lah.

tak menahan tengok buah mangga tuh.. gumuks2 jer.. memang sedap lah lawan kuah rojak tuh.

Puan Kutu said...

pelam pekena dengan kuah rojak percuma mmg terbaik..berjayanya rakan blogger kakak,tupang hepy tgok org kita berniaga sukses.mesti best persembahannya tu..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

bestnyerrr kak dpt jmpa kwn blogger siap dpt kuah rojak free...untung2 hihi

Nurulhuda Abdul Latip said...

Makan mangga dengan kuah rojak tu memang terbaik la kak, sedapp

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...sedapnya tengok buah mangga tu terliur jer...:)

Sylarius Yusof said...

Peh, suara macam Tom Jones. Kalau nyanyi lagu Delilah, sure mantap. Jarang-jarang budak-budak usia macam tu bersuara besar.

Deqla Manjew said...

best lah dpt jumpa shbt blogger kan... =)

ZalinZalina said...

kakzakie..nanti jumpa saya lak ye :)

norhidana miswan said...

special tu kak siap dpt ole2 lg.... terliur nengok mangga susun2 gitu kak... aku arek kak...

mama_ka0ri said...

uhh..mangga tu..sedapnya..

seronok kan dpt jumpa kawan blogger..:)

wahida said...

bestnya akak dapat jumpa dengan che mid...hensem anak2 dia...hehe...

Sweetmama said...

srnok bila dapat bertemu rakan blogger kan..
antara kelebihan berblog dpt tambah kenalan dan yg penting ikatan silaturrahim tu terus terjalin

ANIM said...

saya ada baca entry kakzakie dulu fasal nak jumpa che mid tapi tak bekesempatan..

akhirnya Allah temukan juga ya...alhamdulillah. dapat dengar suara che mid lagi..

mysha said...

Best akak kan dapat jumpa kawan yg sebelum nih di alam cyber jer..

Kak, nak satu pelam leh?heehehe

Rapunzel Cikilolo said...

betul...

bkn senang nak ada syarikat...

mcm saya ni lansung tak berkembang...

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakZakie

Seronok ya bila dapat bertemu kawan-kawan blogger..

nohas said...

sedapnya beriani gam Johor..

che mid tu nyanyi lagu apa ye? lagu asli ke, ghazal ke - orang Johor memang handal nyanyi lagu2 ni..

Memang seronok menyambung silaturahim di alam maya hingga ke alam realiti..

Tuan Juhaida said...

Bestnya dpt btemu kwn blogger di alam nyatakan

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya mangga tu kakzakie.. siap pula dgn pencecahnya.. memang terliurdibuatnya ;)

Hazmin Hamudin said...

Seronok dapat berkenalan dengan rakan blogger dan mengeratkan hubungan dengna mereka. Mula2 berblog ingat hanya sekadar di dunia maya je. rupanya blog jugak boleh buat kawan di dunia realiti.

aby said...

salam kz ..
mcm kz kata kt satu entri dulu ..
berkawan biar seribu ..
bagus dapat menambah kawan tu ..

harumankasehvee said...

membina silaturrahim dgn blogger tu lbh menggembirakan berbanding fb sbb kita kenal org baru ... mangga jumpa sos ? ... ngences !

Kakzakie said...

Perasaan malu tapi mahu bertemu dengan Che Mid itu ada. Kerana ada sedikit masa terluang itulah aku nekad untuk bertemu beliau. Syukur alhamdulillah telah tertulis pertemuan kami di Dewan majlis perkahwinan tersebut.

Terima kasih kepada semua teman-teman yg sudi memberikan komen:-

Marya Yusof, Sura Mohd, Kniedaz, che mid (TAPI SERIOUSLY CM PUNYA KREDIBILITY YG MENGAGUMKAN DAN KAKAK RASA BAHAGIA DAPAT DIPERTEMUKAN DGN SAHABAT YG SELALU DI ALAM MAYA MENJADI REALITI), Aine Ainun, Angah, ummuaidan, Bin Muhammad (Lanskap tempat kerja abang memang banyak pokok buah-bah BM), lieyalatif (rancangan mari mengaji), Mizz Aiza (Dunia Kecil), Qhaifa Nur, memmetlenggeng, Mizz ErMa, asyifa mustaffa, cikceriacorner, Rai Ourkizuna, Kisah Si Dairy, Mia Kassim, Zee Suhaini (rakaman mari mengaji dgn RTM), hainom OKje (kalau dgn dinda pasti kanda buka ruang luas-luas hihi...), Fazleyatul Aini, Knor, tenku butang, BUNDA a.k.a KN, Seri Kandi Tanah Jauhar (insya-allah SR moga hajat terlaksana), redza, aizamia3, ummiross (ummiross dtg JB tak contact kakak pun), Sya Mimie, Munnafendy, QueeN TerataI, Cik Puan Fadli, Riedaffya ibrahim, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Acik Erna (cari Che Mid acik - boleh beli memang sedap tau), Fiza Rahman, nuyui a.k.a miss YUI, aTieYusof Family, Kancil 8349, ❤Kamsiah❤, PeRdU cINta, JunAina, Kesuma Angsana, amirah, Papa Mifz, Ati Masrif, aizu's life, Penjejak Mimpi, Norhasniza Khalid, aanie (kalau teringin cari aanie sampai dapat sekarang kan sedang musim), Nafira usof, Puan Kutu, Wanieys a.k.a IbuQalief, Nurulhuda Abdul Latip, Mas Zull, Sylarius Yusof, Deqla Manjew, ZalinZalina (no problem bila Lin nak turun JB), norhidana miswan (Dana sak iki musim, tuku wahe), mama_ka0ri, wahida, Sweetmama, ANIM (begitulah bila telah ditulis olehNya Anim), mysha, Rapunzel Cikilolo, Werdah, nohas (sila ke blog dia ada paparkan nohas), Tuan Juhaida, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Hazmin Hamudin, aby (itulah siapa sangka dpt bertemu), harumankasehvee (sebab itu kakak dah tak ada Fb lagi sekarang).

IntaNBerliaN said...

alhamdulillah... dpt gak akak jumpa cik mid

Falsya said...

kakak..mangga ngan kuah rojak tuh wat meleleh2 falsya tgk.....sedapnyeeee...

Umi Qi said...

Sedapnya mangga..............terliur tgk kak...