Thursday, October 3, 2013

KepadaMu kami berserah

Apabila tiba ambang suku akhir tahun bukan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan sahaja yang dilanda resah, sebaliknya ibu-bapa dan warga pendidik tidak kurangnya merasai debaran yang sama. Harapan menggunung setiap hati mahukan impian untuk mendapat kejayaan cemerlang dapat dirangkul. Bermacam usaha dan motivasi diberikan disamping menadah tangan berdoa pada Robbul Jalil.

Solat Hajat - Aku sekeluarga tidak kurang bersama pelajar Maahad tempat anak sulung belajar merapak sujud memohon kepada Allah moga pelajar-pelajar di sini mendapat keputusan cemerlang. Merangkumi peprikasaan SMRA (tingkatan 2), PMR (tingkatan 3), SMA (tingkatan 4), SPM (tingkatan 5), STAM dan MUET (tingkatan 6).
Malam itu kami mulai dengan besolat maghrib dan diikuti bersolat hajat. Alunan bacaan imam malam itu sangatlah syahdu hinggakan aku terasa bagaikan berada di Masjidilharam. Lontaran suara dan nada dibuat sama seperti imam-imam di Masjidilharam itu yang membuat titisan airmata tidak boleh dibendung lagi. Adik yang bersolat disebelah aku pun boleh merasai apa lagi kami yang telah dewasa.

Selesai - Moga permohonan kami didengari Allah yang bersifat 20 itu kerana kami bersandarkan sifat qudroh (berkuasa), sama' (mendengar) dan basor (melihat) Allah itu tidak boleh dipertikaikan kita sebagai hambanya yang kerdil.
Malam itu juga kami dihidangkan dengan nasi ayam. Oleh kerana tidak tahu aku pula membawa nasi ayam buat anak di sana. Kelihatan Nurienne makan nasi ayam yang aku bawa. Mungkin mahu mengambil hati mama yang jauh-jauh datang membawakan bekal buatnya. Cuma nasi ayam hidangan maahad mestilah tidak seperti kita kerana masak untuk jemaah beribu jadi tidak adalah sambal untuk timun dan daun salad seperti kita. Namun bersyukur walau dalam keadaan begitu tidak ada yang tidak mendapat makan pada malam tersebut. Apa yang penting moga segala harapan dan doa kami didengari olehNya.

~~ Anak-anak berusaha dan berdoa, kemampuan kita sekadar mendoakan yang terbaik.~~


78 comments:

inazamri said...

semoga anak2 semua memperolehi keputusan cemerlang dlm peperiksaan.Ina yg baca ni pun terasa syahdu.Teringat masa ke maahad tahfiz aiman hrtu..ina bermalam di sana utk solat qiamulail berjemaah bersama kaum ibubapa.kak kalau sudi singgah blog ina nnt n like la page ina ye kalau akak ada fb.tq kakak.Mumet la pulak pg ni

Hudalatip said...

Semoga anak akak tenang dan dapat menjawab soalan dengan baik..Mudah2an..

Zaza Abdul Latif said...

Salam Kakzakie..
inshaAllah semoga dipermudahkan =)

BERT said...

moga doa anak2 itu dan anak akak dimakbulkan Allah.. semoga beroleh kejayaan yang cemerlang ye kak... aminn

Sayap Biru said...

Semoga adik2 sekalian tenang

Aine Ainun said...

Mudahan dpermudahkn...amin

Cik Rose said...

semoga dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan ...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semoga anak-anak yg menjawab peperiksaan ini dipermudahkan Allah dan dapat menjawab dengan tenang...

Memang kakzakie... ibu-ibu lah yg paling risau bila anak nak periksakan.. bagus sekolah sekarang dah ada buat solat hajat... masa kita dulu-dulu buat sendiri sahaja... teringat saya masa nak periksa SRP masa zaman saya... bangun malam buat solat tahjud... :)

Acik Erna said...

assalm kakzakie..semoga anak2 kita semua berjaya..sekolah ank acik jumaat depan..in syaa allah acik akan turut serta

asyifamustaffa said...

Insyallah....moga dipermudahkan urusan exam mereka...

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga semua dipermudahkan..insyaALLAH.

JunAina said...

Doa ibu itu yang terbaik buat anak2, semoga anak2 akak dan semua pelajar di situ di berkati serta dipermudahkan.

musang said...

semoga berjaya kpd semua pelajar2 yg menduduki peperiksaan

Julia Johari said...

Pernah melalui mcm adik2 kt atas...sungguh seronok tatkala bersolat jemaah bersama2 dan bermohon doa bersama2 agar dipermudahkan urusan menghadapi peperiksaan...gugur air mata kesedihan...

nohas said...

Berusaha, berdoa dan bertawakkal...

ada ibubapa berpuasa sepanjang masa peperiksaan, sama2 merasai kepayahan anak2..

Unknown said...

good luck utk anak2 kak zakie..moga diberi ilham oleh Allah utk menjawab soalan dgn mudah dan tenang..:)

OKje said...

kanda ....tempat anak dinda belum lagi nampaknya...
Dapat bayangkan macamna syahdunya tu...Dinda yg baca ni pun rasa mcm bergenang air mata...
Kanda Maahad Muar ke? Sekolah dinda tu form 1-Form 3...
Betul tu kanda sebagai ibu bapa hanya mampu doakan aje

Kniedaz said...

semoga anak kak dapat menjawab soalan dengan yakin dan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang

MOKCIK AZWA said...

Semoga segalanya dipermudahkan...aminn

Rosmawani♥ said...

semoga berjaya untuk anak2 akk.. sedihkan tgk anak2 dah besar.. ros pun nak merasa saat itu nnt :)

memmetlenggeng said...

semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja

Unknown said...

Siapakah pemenang dalam berpantun?

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/10/pemenang-segmen-berpantun-by-shakira.html

Chot said...

Semoga ank2 kita berjaya dunia akhirat. Aamiin.

Sura Mohd said...

semoga dipermudahkan segalanya buat anak kak zakie..bila time camni memang berdebar-debar..Sura pun dah alami semua ni masa Along PMR dulu..:)

nadia rashid said...

in shaa allah..semoga anak akak dpt menjawab soalan dengan baik...:D

Unknown said...

semoga nurienne cemerlang dalam apa juga bidang..

Qhaifa Nur said...

gud luck buat semua...ibubapa yang datang malam tuh pemangkin semangat juga kan kakzakie...

AtieYusof said...

MOga Allah mendengar doa2 kita semua...dan anak2 pun dpt menjawab soalan2 exam sebaik mgkn...
usaha+doa insyaAllah berjaya..:)

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

moga mereka semua dipermudahkan untuk menjawab semua soalan peperiksaan...

mysha said...

Semoga semua urusan akak dan keluarga dipermudahkan..

Doa paling mustajab ialah doa ibu.. InsyaAllah everything will b ok kak.. AMin

Umm AA said...

Ingat zaman belajr dulu2..begitulah kebiasannya bila ade peperiksaan..setelah student berusaha..serahkanya pada Yang Esa..
moga anak2 kakak dan semua pelajar mendapat result cemerlang..inshaallah

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak zakie..moga anak-anak akak peroleh kejayaan dunia dan akhirat hendaknya..amin..dan apa yang paling utama moga menjadi wanita dan serikandi agama yang solehah..

aizamia3 said...

Moga semua calon2 dapat menjawab dan tenang dan berjaya hendakNYA.

Lily said...

semoga anak2 akak berjaya dengan cemerlang:)

ummiross said...

Teringat zaman anak2 ummi sekolah dulu, ibunya ni lebih berdebar2 dari anak.
Semoga anak Kakzakie dan semua pelajar mendapat kejayaan cemerlang.Moga berjaya dunia dan akhirat.

Cho Zila said...

moga berjayalah mereka semua.... doa dan usaha akan pasti mencapai kejayaan

zmarl (ibu) said...

gud luck pada semua calon..

Unknown said...

deqla faham perasaan ibubapa yg inginkan anak2nya berjaya dlm pelajaran.. sbb deqla tgk kakak2 deqla pun mcm tu ... selamat maju jaya buat adik2 yg menduduki PMR.. ;)

emarieys said...

InsyaALLAH kak, anak-anak usaha utk PMR...ibu bapa usaha dengan bersembahyang hajat.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

semoga terang hati n dipermudahkan utk jawab exam

Dr Singa said...

insyaAllah beryaja..
berkat doa semua

Kayu Manis said...

amin..in sha Allah kak..

duniaanita74.blogspot.com said...

alhamdulilah kak..seronok tengok... semoga semua di permudahkan ALLAH...

Mizz Aiza said...

kita doakan semoga semua calon PMR dapat menjalani peperiksaan dengan tenang dan insya-Allah akan mendapat keputusan yang baik..

Sarah Talib said...

Insha Allah...semoga berjaya

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Semoga semua anak-anak yang akan mengambil peperiksaan diberikan ketenangan dan kejayaan yang cemerlang

Puan Kutu said...

semoga semua calon2 peperiksaan dlapangkan dada dan dipermudahkan menjawab soalan..usaha dan doa sudah,selebihnya kita tawakal..sesungguhnya kepadamu kami berserah..:)

Unknown said...

kalo zura pon konfem makan makanan yang mak zura masak.. sedap tiada tandingan. masa study kat U dulu tiap2 minggu balik rumah sebab dekat. makanan yang dimasak oleh mak lagi sedap.. hahahaha.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie..semoga anak2 kita berjaya dlm peperiksaan mereka nanti...;)

sekadar satu coretan said...

kalau saya mmg dah berjurai2 air mata ni kakzakie...bila imam baca dengan syahdu...

BinMuhammad said...

Sekarang ni, majlis seperti ini selalu diadakan. Tidak seperti dudu2...hanya kiriman doa dari ibu bapa. Semoga adik2 semua tenang dan beroleh kejayaaan.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga mereka semua beroleh kejayaan yg cemerlang, aminnnn.

Rinna said...

Moga anak2 yang menduduki peperiksaan akan mendapat keputusan yg cemerlang..Insyallah..

Dah selesai.. leh makan2 plak..

Ujie Othman said...

masakan mama mesti lebih sedap..bkn nak jaga hati je tu kak. :)

Ati Masrif said...

assalamualaikum,

beruntung anak2 yang ibu bapa dapat
hadir bersama...kalau yg jauh hanya
dapat kirim doa saja..insyaAllah
Allah maha mendengar lagi maha mengasihani

anak ati dulu jauh di penang...pulak mummy nya dah sarat...sayu mengenangkan :)

Tengkubutang said...

InsyaAllah.. berkat doa ibubapa.. berjaya kelak.. aminn

The Unknown said...

InsyaAllah... semoga medapat keputusan yang cemerlang, Aminnn :)

lieyalatif said...

semoga anak2 ini berjaya dengan cemerlang dan diterangkan hatinye utk menjawab soalan2.....

betul tu kak, masak dlm skala banyak dengan masak tuk family mmg byk beza dari segi rase dan presentationnyer...ape yg penting bersyukur dgn nikmat rezeki yg diberiNya...

Anonymous said...

tulah kak, demi anak2 kan... doakan yg terbaik buat mereka sentiasa kan !

Unknown said...

bukan ambil hati tu kak tapi memg sedap..:)

semoga adik2 yang duduk peperiksaan tu berjaya dgn cemerlang..amin..

Ayu Ayunie said...

moga anak akak cemerlang dlm exam tu.. camne la pulak biler turn sy nanti anak-anak exam sure lagi gemuruh kann..

matahati-aishahazhar said...

Moga anak akak berjaya dengan cermlang.. insya Allah

haryati said...

semoga mereka semua berjaya dlm peperiksaan ye kak

jaakechik said...

kalo kita sembahyang berjemaah di masjid dan ber-imam-kan imam yg sedap suaranya mmg best, kita akan jadi lebih kusyuk, nak lagi kalo time terawih, buat byk2 rakaat pun rasa bersemangat.

TiranaAduka said...

salam bakyu ku
Amin amin amin moga di makbulkan..

Dr K said...

Saya doakan semoga Nurienne berjaya dengan cemerlang..Insya Allah kak Zakie....Maahad kat mana tu?

RIZZNA said...

semoga anak kak zakie, peroleh kejayaan dan juga pada anak2 yg lain. CiM pun sama2 bersolat hajat pd hari isnin yg lepas di masjid jamek kg.melayu

azlina said...

salam semuga di permudahkan Allah hendaknya..

Unknown said...

semoga semua calon peperiksaan mampu menjawab soalan sebaik mungkin...amin...

Nor Azimah Ali said...

Sesungguhnya hanya pada Dia sebaik-baik tempat pergantungan, moga semuanya berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat

Kakzakie Purvit said...

Kakak dapat merasakan bahang peperiksaan yg melanda di mana-mana juga. Apa lagi anak sulung kakak bakal menduduki SPM bermula pertengahan November ini. Harapan kami bukan saja cemerlang dunia tapi lebih lagi kepada akhirat.

Terima kasih kakak ucapkan kepada semua yang sudi memberikan komen pada N3 kakak ini:-

inazamri (moga business Ina berjaya), Nurulhuda Abdul Latip, ZazaMyMoon, BERT, N.A.T, Aine Ainun, ros_reeza, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)- (masa kakak sekolah dulu pun ada solat hajat juga Yati), Acik Erna, asyifa mustaffa, nuyui a.k.a miss YUI, JunAina, redza, Umi Qi, nohas, mama_ka0ri, hainom OKje, Kniedaz, MOKCIK AZWA, ♥ ROS ♥, memmetlenggeng, NURSHAKIRA ABDUL HALIM, Chot, Sura Mohd, nadia rashid, Rai Ourkizuna, Qhaifa Nur, aTieYusof Family, (Lizz) http://haslizalizz.com/, mysha, ummuaidan, PeRdU cINta, aizamia3, Leeza Eelza, ummiross, Cho Zila, Zee Suhaini, Deqla Manjew (anak kakak bukan PMR tapi SPM bulan depan), Ema Johari, Wanieys a.k.a IbuQalief, Dr Singa, Knor, anitadiana, Mizz Aiza (Dunia Kecil), Sarah Talib, Werdah, Puan Kutu, Nafira usof, Mas Zull, Ain Noraini, Bin Muhammad (kalau di Johor dari dulu zaman kakak pun dah buat BM), Seri Kandi Tanah Jauhar, Rinna, Ujie, Ati Masrif (sama aje Ati yg penting doa kita jgn putus tak kira di mana pun), tenku butang, Rizal Slaughterheart, lieyalatif, Kesuma Angsana, MaMa Rey, ~aYu~, Cinta Cinta, Haryati Faizal, diana, jaakechik (betul Jaa... masa tu kakak teringat ketika berada di Mekah), TiranaAduka, Daddy Ziyyad (dekat Pontian doc), Cinta Misteri (moga doa kita didengari olehNya CiM), azlina, Papa Mifz, Nor Azimah (itulah doa kami).

Buat semua terima kasih juga atas doa diberikan. Allah juga yg membalasnya. Terima kasih sekali lagi.

Myra Jay said...

Alhamdulillah dan moga mereka yang menghadapi peperiksaan akan beroleh keputusan cemerlang, aminnn

Fiza Rahman said...

Good luck buat mereka. Semoga lulus dgn cemerlang dlm peperiksaan, in shaa allah.

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

in shaa Allah kak,,kejayaan buat mereka semua,amin

Unknown said...

musim peperikasaan sekarang ni.... saya ada 5 org anak saudara ambil exam... 2 SPM 2 PMR 1 UPSR... harap2 semuanya oke

gadisBunga™ said...

selamat menduduki PMR untuk Nurienne! good luck!! semoga berjaya!! :D

Mak Wardah said...

Benar kak, segala2 dalam tangan Allah tetapi kita mesti berusaha

Unknown said...

semoga anak akak dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dab berjaya