Masa: 2:00 petang
Lokasi: Bilik mesyuarat
Agenda: Cuti pekerja
Hari terakhir boss bermesyuarat dengan kami sewaktu cuti Good Friday mereka. Oleh kerana kami semua bekerja jadi peluang dibuat untuk diadakan mesyuarat. Sejak hari tersebut hinggalah tarikh aku nyatakan di atas baru mereka datang lagi. Kali ini perbincangan banyak membincangkah berkaitan cuti. Cuti yang dimaksudkan termasuklah cuti am, cuti tahunan dan cuti sakit.
Aku yang bagaikan CUEPAC (syarikat tempat aku bertugas tidak ada persatuan buruh) kenalah mempertahankan hak kami. Aku perlu bertegas apa yang pihak pekerja mahukan dengan harapan boss memahami dan menerima. Aku pun tahu batas-batas yang mana tidak melanggar etika dan keuntungan syarikat.
Boss: Jadi awak tidak mahu cuti pada 1 Januari?
Aku: Kalau hendak diberi mestilah kami suka tapi biasa negeri Johor menyambut awal Muharram (kalendar Islam). Boss aku akur dan memhami.
Boss: Bagimana dengan cuti Good Friday?
Aku: Buat kami setiap Jumaat adalah Good Day. Kami tidak ada Friday yang tidak good.
Spongebob - Gambar dari google |
Boss aku senyum, tetapi apabila aku pembuat penjelasan mereka angguk tanda faham. Tahulah mereka mengapa aku perlu memberikan waktu rehat yang panjang kepada pekerja lelaki Islam setiap hari Jumaat. Namun ada juga permintaan aku yang ditolak. Boss tidak membenarkan baki cuti tahunan dibawa ke tahun berikutnya bermula tahun 2014. Namun sebagai ganti pihak syarikat akan membayar dengan duit. Sebenarnya buat kami untuk menghabiskan cuti tahunan biasanya tidak terhabis sehingga menginjak tahun berikutnya. Namun aku pun kena toleransi dalam hal ini dan akur dengan penjelasannya. Syarikat kami bukan ramai staff andai masing-masing mengumpul cuti untuk bercuti panjang pasti lambakan kerja akan terjadi. Namun permintaan aku agar semua cuti am perlu mengikut cuti yang telah diikrarkan oleh kerajaan negeri Johor diterima dengan hati terbuka. Mudah bagi kami yang mempunyai anak bersekolah dapat sama-sama bercuti pada hari tersebut.
~~ Walau siapa pun kita toleransi diperlukan untuk melancarkan sesebuah organisasi.~~
71 comments:
Bagus la jika ada boss macam ni, walaupun berlainan agama masih ada teloransi dengan agama kita, semua hari Jumaat adalah hari yang berkat, Begitu banyak fadilat hari Jumaatkan.
ina suka jawapan kakak."setiap jumaat adalah good day.kami tidak ada friday yg tidak good." Mcm ni la bos yg kita nak..tolerasi itu sgt penting
suka baca entry ni.bos akak pun ada tolerate jugak dlm bab2 cuti ni ek.eventhough tak semua.keep up the good work kak!:-)
ye....setiap jumaat adalah good day kaN...suka2...best la dpt bos mcmtu...snang bwak bincangnya....
Tolerate..ini mesti ada antara pekerja dan boss kan kakzakie...jgn hanya sebelah majikan sahaja yg berhak utk katakan ya atau tidak...pendapat pekerja juga harus didengari...
BOS YG MEMAHAMI & BERTOLERANSI...
Alhamdulillah.. urusan dipermudahkanNYA.. syukur dapat bos yang memahami.
Bagus klw dpt pekerja mcm akk ni. Berani.
wahh..hebat kakzakie...mempertahankan hak pekerja...yg bess jawapan good friday tu la...very gud answer...hehehe
bestnyaaa dpt bos cm tu.bos rara so far ok jugak =)
betul kakZakie..sifat tolenrasi perlu ada dikedua dua belah pihak,barulah segalanya lancar..
*untung ada bos yg faham..:)
Betul. Kena saling memahami dan ada toleransi baru harmoni :)
kat opis zee pon sama kak..cuti takleh bawak ke tahun berikutnya..pon takkan dibayar,kira burn gitu ler..
yeahh!!! friday is a good day...well actually we shld say everyday is a good day
bagus nyer ada bos yg nak mendengar & menerima mcm ni...
Kalo comp yg mempunyai sedikit staff, memang byk benda boleh ditoleransi kan.. bersyukur juga dapat bos yg boleh bertoleransi juga..
Perlu ada tolak ansur dalam beberapa perkara barulah keputusan dapat di buat dan memberi keadilan kpd kedua-dua belah pihak. Biasanya kita faham tetapi pasti ada orang yg kurang faham hal ini dan rasa tidak berpuas hati terutama pihak pekerja.
Berat tanggungjawab akak nak explain, inilah bebannya bila menjadi orang tengah...huhu Tapi mesti seronok bila dapat membantu dan dihargai.
baguslah bos yg boleh bawa berunding..ehe..
salam jumaat/...n salam aidiladhar kak
kakzakie lebih kurang hubby Nur...sering lantak beri pendapat...kalau Nur ikut sajalah
dapat bos yang bukan melayu begitulah kan kak...nasib baik dia dengar pendapat kita...
Alhamdulillah..dapat cuti bersama anak2 tu pun dah bersyukur kan kakzakie
Sib baik boss kakak yg jenis boleh tolerate..ade sstgh sykt kalaucuti tahunantak habe, tak lehbwkedepan dan burnlah kiranya lak..huhuhu..
kdg adejgkjenis bos yg nak untung bgpihak sykt jer, pekerja takdpt kelebihan apa2 pun..cuti pun kena potong gaji..:)
Bagua juga bos kakak ya..memahami..harap2 nya ia membawa kebaikan pada semua staff...;)
ada give n take baru la happy nak kerja kan :)
Assalamualaikum,
perlu ada ketua yg berani menyuarakan
pendapat bawahan mcm akak ni
tapi kalau bos org luar ...payah sikit
depa nak fhm ...mcm bos2 ati dulu
bagusnya boss akak...klu la boss kita macam tu..gerenti nak keje lama kat sini
Kat tempat Aina cuti hanya boleh bawa ke tahun hadapan sehingga bulan Jun, dulu syarikat akan bayar cuti tapi sekarang tidak lagi. Kalau nak kumpul cuti bertahun2 mesti ada alasan munasabah dan isi borang selalunya kawan2 yang ada hajat menunaikan umrah dan haji memang akan kumpul cuti sehingga 30 hari. Tetapi syarikat tempat Aina kerja service 5 tahun cuti khas menunaikan haji akan di beri selama sebulan dan bergaji jadi campur cuti tahun dapatlah rehat lebih sikit lepas balik haji. Tapi cuti yang tu kena isi borang khaslah.
Klu cuti tak ley forward tp boleh digantikan dgn duit, sy rs itu dah cukup tolerate kak. Bestnya....
Kak, bukan ke Awal Muharram tu mmg cuti umum utk nationwide? Pengganti cuti tahun baru bg negeri johor, apa sbnrnya ya?
Seb baik dapat bos camni. Tak tau tapi cuba memahami cara kita. Bertimbang rasa.
Oklah tu dapat bos yang memahami... :)
Bagus juga bila ada yang berani bersuara macam kakzakie untuk pertahankan hak pekerja...
Seronok dpt bos yang memahami.. Mcm bos asben suma xdak cuti, klu cuti pun dia ganti sabtu.. Raya pun kna ganti tmbh lg cuti merdeka ke apa ke.. Sobssob.. Tp setiap jumaat adalah hari bhagia sbb nk weekend.. Nak jejalan..hahhaha
Beruntung Kakzakie dan rakan-rakan, dapat bos yang memahami dan bersedia berbincang, tentu pekerja pun senang hati dan dapat bekerja dengan lebih bermotivasi.
Hehe..jawapan Kakzakie tentang Hari Jumaat tu, memang terbaiklah!!
kerja lebih mudah bila saling memahami
Assalammualaikum kak..perkara yang mudah akan bertambah mudah andai ada toleransi..yang mudah menjadi sukar andai masing-masing berkeras hati...yup Friday always good day...
pandai akak explain kat bos...
best kalo bos memahami pekerjanya...
bagusnye boss akak~
bertuah dapat boss yang boleh tolak ansur cam tuh.
rasanye ok jugak balance cuti di bayar semula kepada pekerja. kalo kampeni zura boleh bawa ke tahun hadapan sebanyak 5 hari jer. selebihnye burn. tapi zura x pernah bawa ketahun depan. tetapi setiap tahun hutang cuti.. hahahahaha. nasib big boss tak tolak gaji.. tolak dr cuti tahun depan jer.. hahahaha
Wah hebat KZ. Baguskan dpr boss bos mcm tu.
idop kakak!! heheh..
betul tu.. toleransi tu penting.. baru la organisasi kite tu kukuh :)
Kalau bos yang bersikap toleransi ni lah yg best, harapkan bos nani kat sini, sampai cuti anan sakit pun boleh bergaduh besar tau. Bukan takat hari2 friday.
sgt setuju.. untunglah sbb boss masih nk berdiskusi dgn pekerja tntg hal ni.
Bagus boss kakzakie, cuti dibayar, tmpt kerja saya cuti tak dibayar jika tak habis huhuhu :(
bos betul bos akak... sgt bertoleransi... bt kite senang nk berkerja ngn dia... mudah utk kerjasama
Bagus juga majikan kak zakie, sudi mendengar pendapat pekerja
Untunglah kakzakie dapat boss yg boleh bertolak ansur. Ada boss yang tak abgi pekerjanya solat junaat.
P/S Alangkah bagusnya kalau diselaraskan semua negeri cuti Jumaat kan kakzakie. Pengalaman duduk utara, rasa lain benar cuti Jumaat dengan cuti Ahad. Lagi satu, cuti raya hajji. Walhal raya haji tu sepatutnya lebih diutamakan. Allah sendiri hanya larang hambaNya puasa pd 1 Syawal saja. Tapi kalau raya Haji, diharamkan puasa pada i10 zulhijah dan 3 hari tasyrik. Duk kedah ni, kami diberi cuti raya haji dan 3 hari tasyrik:-))
Kalau bukan kanda yg nk mempertahankan mereka siapa lagikan kanda....
Mcm Sabah Sarawak pulakkan kanda ....nk cuti good friday hehe
bagusnya bos kakak.. bertolak ansur begitu..
baguslah zakie berani beri pendapat dan pertahan hak, boss pun baik nak dengar pendapat anak buahnya..
amin.. mudah mudahn dapat lah nak bercuti dgn anak2 tu :D
betul tu kak. bertolak ansur antara majikan dgn pekerja itulah yg terbaik.. tidak merugikan sapa2 pun..
Bagus bila majikan n pekerja dpt berbincang baik2,toleransi dan saling memahami...barulah seronok bkerja!
selalulah kita menjadi insan yg menyenangkan insan yg lain. inshaAllah hidup kita di berkati. kami pun suka Friday, sebab weekend kat sini :-)
Kadang2 non-Muslim ni faham dan kita sebagai pekerja kena tunjuk imej/akhlak Muslim yg baik..bekerja satu ibadah..
A good boss is hard to find..
bagus kak...dapat pahala akak =)
bagus kakak. berani meluahkan pendapat.
nasib juga ada boss yg boleh toleransi dalam hal2 macam ni.boss akk ni Chinese ke?
perlu ada toleransi , baru dapat bekerja dalam suasana yang harmoni...
bagus tu kak
ye bagus..suka sgt2..dpt yg memahami ok
Indeed, toleransi dan komunikasi adalah sangat penting.
Ahamdulillah akak dpt bos yg boleh bertoleransi :-)...cuti am mmg patut cuti dpt juga quality time dgn family
Assalamualaikum Hjh,
Sepatutnya Cuti Mingguan di Negeri Johor dah sepatutnya balik ke hari cuti mingguan yang asal JUMAAT......
Bagus la...byk yg diterima oleh boss...eeehhh, hr jumaat lelaki xbleh ke masjid ke? Harap tidak begitu la yea....kat png...1 januari cuti, 1 muharram pown cuti...
Pss....Selamat Hari Raya Aidiladha akk...
alhamdulillah dapat bos yang paham walaupon bukan seagama.. bukan semua org agama lain boleh paham.. kadang yang seagama pon buat2 tak paham..
selamat menyambut hari raya aidil adha...moga gembira dan sejahtera selalu terutama ketika berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai...
mesti zana yg last komen kan? cerita dah basi baru dpt baca, sibuklah kakzakie, nak pindah rumah ni...
Sabah ada Good Friday dan masa tu KK akan sesak kerana semua cuti.
p/s: masa kerja dulu, hari jumaatlah yg kami nantikan...
0o..bagus la kalau mcm tu kak..tmpt lama sy dulu pon mcm nie jgk..xsume cuti am diorang cuti..kena pilih nk cuti yg mana..nasib baek kat sini sume cuti am pon cuti..hehe
betul..kn ada sikap toleransi antara bos dan staff
dapat bos yg memahami xpe kak...kalo yg jenis x faham tu susah...jumaat adalah hari yg baik kan..
bagusnya kalau dpt bos yg memahami.. segala kerja dan masalah dpt diselesaikan.
setuju dgn jawapan akak tu... setiap jumaat adalah hari yg baik.. penghulu segala hari.. kan kak...
betul tu kak. bagi kita memang setiap jumaat tu baik. penghulu segala hari
Post a Comment