Saturday, April 5, 2014

Nama diberi cek-mek-molek

Selamat berhujung minggu buat semua. Sekadar mahu memapar kuih tradisi bangsa yang mudah buat anak-anak agar tidak lapuk ditelan zaman.

Lecek - Balik kerja semalam sebaik masuk dapur aku kopek keledek oren ini dan rebus dengan garam. Keledek ini aku beli sewaktu balik dari menghantar anak balik asrama minggu lepas. Masih panas lagi sebab itu lebih mudah lumat. Satukan sedikit dengan tepung gandum dan sebiji telur. Tidak perlu gula sebab keledek ini sudah manis.
Susun - Mendapat bantuan adik dan Mak Zah kerja lebih cepat siap. Semua ini Mak Zah dan adik yang tolong buat. Isi inti dengan gula pasir biasa saja. Kerja mudah.
Goreng - Menggoreng kerja aku. Banyak juga sebab dapat aku agihkan sedikit kepada jiran yang aku tumpang ikan/sotong/udang/daging/ayam mentah aku minggu lepas kerana freezer aku rosak.Dua hari aku menumpang kerana hari minggu kedai tutup.
Siap - Anak-anak yang mengaji juga yang suka. Kuih apa pun yang aku buat walau tidak kemana sedapnya pada mereka tetap kata "sedaplah kuih mama". Budak-budak biasalah bila makan ramai-ramai apa pun sedap pada mereka.
~~Bagaikan tiada pengkhiran MH370 bila apa juga yang ditemui bagaikan tidak memberi petunjuk bukti. Hanya Allah jua yang tahu kejadian sebenar. Di akhirat kelak semua akan tertayang satu-persatu tanpa culas.~~

58 comments:

musang said...

saya suka kuih ni kak..sedap!

Kayu Manis said...

pernah bt kuih ni kak...

mkn free semua sdp kak..dr rumah tak mkn lagi tu..

mesti ada rezeki bt mereka bila mengaji di rumah kakak..

Kayu Manis said...

pernah bt kuih ni kak...

mkn free semua sdp kak..dr rumah tak mkn lagi tu..

mesti ada rezeki bt mereka bila mengaji di rumah kakak..

t.a.t.a said...

Ini menunjukkan bahawa tahap pendedahan saya kepada dunia masakan dan kuih muih tradisional amat cetek sekali. First time nyong weroh panganan iki kak. Angger kerio yo selalu waie.

aizamia3 said...

Saya suka kuih ni..

psstt: kalau g umah kakzakie nanti buat utk saya ek.. hehehe..

Unknown said...

kuih yang senang dan sedap dimakan kak..zee kalo jumpa kat kedai ni mesti nak beli..

MH370...hurmmm masih mengharap dorang semua selamat kak..selagi belum ada bukti sahih dan kukuh..ape keadaan dorang sekarang takde siapa yang tahu..kesian kat family mangsa..

Blog Santai said...

Kita suka sangat makan kuih ni KZ...especially masa sekolah dulu. Sekarang dah jarang sangat jumpa kuih ni.

p/s: masih terus berdoa supaya kebenaran tersingkap untuk MH370. hanya Allah yang taukan. Tapi tak mustahil Allah pertontonkan kepada kita untuk pengajaran semua...

Acik Erna said...

Kuih yang acik belum pernah cuba ni kakzakie

Nurrul Hazieqah said...

Sy suka sgt mkn cemek molek nie... Allaaaaaaa , rindunya nak mkn benda ni... nak suh mak buatkan lah...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...sedap bestnya kalau dpt mkn masa ni...

Mizz Aiza said...

aiza suka makan kuih cek mek molek juga kakak.. masa belajar di terengganu dulu senang nak dapat..

nak membuat sendiri aiza tak reti, boleh cuba buat ikut cara kakak ajar tu..

selamat berhujung minggu kakak.. teruskan berdoa untuk MH370..

Mar Mansor said...

air tangan mama dia mestilah anak-anak suka
rajin kak zie buat..memang sedap kan kuih tu

Mia Kassim said...

Salam kak. Tak pernah lagi makan kuih ni. Macam tak de di Sabah ni...:) Tapi nampak cam sedap kan

Sharifah Nadzarah said...

Alahai molek2 plak kuih tu....tu kuih org ganu kan kak...adik ipar slalu buat sy lom penah lagi..tgok akak punye mcm terliur plak...

Kamsiah yusoff said...

kuih tradisi org kelantan/terenganu...semasa membentuknya,celup jari kedalam minyak masak supaya tak melekat tepung kat jari2 kita...

Nastyna said...

saya duk intai2 keledek jugak ni, patut harga dah boleh murah musim spring.

Pstttt nak pulut kuning ngan kari ayam? hehehe

babYpose said...

Wah adik rajin menolong, ni aunty admire ni, mesti sedap mama buat cekmek molek ni. Oh nanti gula cair kat dalam kan, sedap ni, nyum nyum. Happy weekend :)

Qashmere said...

dulu pertama kali pergi kelate..kueh pertama saya makan kueh cek mek molek. manis kueh nya...tapi lepas tu takpernah makan dah...wah rajin kak zakie..

lama tak singgah sini. sibuk kerja ..huhuhu

saniahibrahim said...

oh ini rupanya kuih cek mek molek ,selalu dengar nma aje,senang je rupanya buat

BinMuhammad said...

Pernah makan tapi tak pernah tau namanya... Sedap nama kuih ni, sesedap rasanya, cek mek molek...
Molek benar!
Salam dihujung minggu..

Ati Masrif said...

assalam kak zakie,

kuih ni payah nk jumpa di sini
tapi mmg sedap :)

semoga ada petunjuk utk mh370

Bunda_nora said...

rasanya rupanya semolek namanya...

paridah said...

cikmek molek yg cantik guna keledek kuning ya...sedap ya...MH370 tu akan menjadi misteri yg memeningkan pakar2 sains...sbb ada pengakuan kapten mas bhwa pesawat itu tidak alami kegagalan enjin hingga hilang di lautan hindu..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya kakzakie.. lama tak makan kuih ni.. esok pasar ahad nak belilah keledek ehe.. dah tergoda ;)

Tie HT said...

sedap kuih ni kak, saya suka sangat :)

Wafa cw said...

adui...lama tak pekena crk mek molek ni... balik ampung pun jarang dah jumpa...kalau x pergi pasar siti khadijah tak jumpa lah.... zaman sekolah rendah dulu tok selalu buat bagi buat bekal pergi sekolah :)

nadia rashid said...

lama dah gak tak buat kuih cek mek ni kak...teringat pertama kali buat..punya excited nak try..meletop2 dlm mulut...panas air gula!

nOe suhaimi said...

ooo kakzakie...taruk gula pasir jer...x pernah buat kuih ni...

Puan Kutu said...

sejujurnya sy tak pernah mkn kuih ni kak zakie.hehe nti cuba buat,selalu mkn kuih keria je..rasanya sama kan sbb bahan2nya sama

sobri yaacob said...

kuih kegemaran saya..
kalau blik kmpg suka suruh mak buat..
suka makan kat tgh2 dia apa gula. nikmat :P

Cik Puan said...

makan ramai-ramai memang sangat menyelerakan....cik pon suke makan ramai-ramai...
nampak sedap je kuih tu..tak penah cik makan..

Nor Azimah Ali said...

kat terengganu dipanggil mek come, dulu biasa jugak buat

Nina Mads said...

kuih mcm ni selalu letak inti kentang dan daging.

nohas said...

Memang suka kuih-muih drpd keledek..cek mek molek dh lama tak makan..nak buat sendiri, mudah je kan..hehe..

Byzura Halifah (MB) said...

sedap kuih ne :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Antara kuih kegemaran saya juga ini. :-)

sud@is said...

belum pernah nmpak ada terjual didaerah ini..cek mek molek sesuai dgn namanyaa

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Lama tak turunkan komen di sini

Kak jarang membeli kuih ini; bagaimanapun pernah makannya..

Semoga Allah memberikan petunjuk atas kehilangan Pesawat MH370.

Jahirah said...

saya tahu makan je kak...hihii

kakrose said...

cik mek yang molek.feveret akak juga ni..

mysha said...

Mmg sdp kuih nih kak..sha suka...

Qaseh Vee said...

mudah jer membuatnya ... semoga ada keajaiban drp Allah .

Phy said...

Salam sis.. Belum pernah makan kuih ni tapi nampak senang juga untuk buat. In shaa Allah kalau ada ruang dan masa, akan dicuba. Thanks for sharing ya.. ^^

aby said...

salam kz ..
telaten ngawey kuih yorr ..
angger aby arek roso kueh koyo kuwi .. tuku neng gedey waea la ..
jgn putus harap MH 370 utk dijumpai.teruskan berdoa

Kakzakie Purvit said...

Tidak dinafikan kuih tradisi ada jua yg rumit dan tidak kurang juga yg mudah seperti cekmek molek ini. Namun kepada yg alah kepada makan keledek tidak bolehlah selalu makan.

Terima kasih kakak ucapkan kepada semua yg sudi memberikan komen:-

Blogger redza, Blogger Knor, Blogger t.a.t.a, Blogger aizamia3 (boleh sangat sebab mudah buat kuih ini), Blogger Zee Suhaini, Blogger RDZ Z (kalau tempat kakak pasar malam ada jual dik - betul andai Allah mahu tunjukkan bila-bila masa pun boleh), Blogger Acik Erna, Blogger SAMIQA ♥, Blogger Mas Zull, Blogger Mizz Aiza (Dunia Kecil) (kalau tempat kakak di pasar malam ada jual Aiza), Blogger Mar Mansor, Blogger Mia Kassim (Mia buatlah hihi...), Blogger Sharifah Nadzarah, Blogger ❤Kamsiah❤ (kakak guna tepung gandum bagi tak letak tangan), Blogger Nastyna (kalau Nas dekat kakak boleh tolong buatkan pulut kuning itu dik), Blogger babYpose (betul BP bila goreng gula akan cair di dalam), Blogger Qashmere, Blogger saniah ibrahim (kakak ni SI kalau nak buat kuih yg senang aje hihi...),Blogger Bin Muhammad (kakak pun tak tahu dari mana dpt nama ini BM), Blogger Ati Masrif (buat ajelah sendiri Ati), Blogger BUNDA a.k.a KN, Blogger paridah (kalau kuning dah tak payah guna pewarna nampak elok FI), Blogger CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Blogger Tihara, Blogger Wafa Cw (buat ajelah sendiri Wafa macam kakak ni. Lagipun senang aje kan), Blogger nadia rashid (hihi... kena tunggu sejuk kalau tak gula kat dalam tu panas aduhai...), Blogger n O e s u h a i m i (ye.. gula pasir aje Noe. nanti bila goreng gula akan cair di dalam), Blogger Puan Kutu (bolehlah cuba dik. senang aje pun), Blogger Sobri Yaacob, Blogger Cik Puan, Blogger Nor Azimah, Blogger Amanina Mads (kalau tempat kakak biasa letak gula aje Nina), Blogger nohas, Blogger Miss Boo, Blogger Pokok Manggis Depan Rumah, Blogger sud@is (buat aje sendiri Su), Blogger Werdah (Wa'alaikumsalam Kak Werdah. Terima kasih jejak blog kakak ni. Moga Kak Werdah sihat), Blogger Aishah Jahirah, Blogger kakyon, Blogger mysha, Blogger Qaseh Vee, Blogger Phoebe (ye mudah aje buatnya), Blogger aby (orak susahlah aby. kakak nek ngawae seng penak-penak wahe).

Kepada semua yg sudi menitip komen di N3 ini sekali lagi terima kasih kakak ucapkan.

OKje said...

Dari hari tu dinda teringin nak buat kuih ni sejak tengok kat blog LIzz kalau tak silap kanda.....tapi sampai sudah hehe....
Beli ajelah senang ... yek kanda haha

Anonymous said...

KA lebih suka buat kuih cucur badak, kuih yg sama, inti serunding kelapa udang kering & bentuk bulat2 tu hehehe

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

akak bestnyer...telan ailio saya tengok..dah lama tak buat kuih cik mek nih...

HijrahKuKeranaMu said...

sedapnya.. dah lama tak buat

amirah said...

rajinnya akak buatttt...kalau amie rajin membeli je kak sebab yg makan nanti amie sorang je..yg lain mmng tak minat...

Mimie said...

Uittt kuih nih memg sedap

Mimie said...

Uittt kuih nih memg sedap

fazianbatrisyia said...

sedapnya kuih ni

aizamia3 said...

kakzakie..
akhirnya saya berjaya membuatnya.. ;)


http://aizamia3.blogspot.com/2014/04/disebalik-kisah-cik-mek-molek.html

Deq's Qienz said...

sedap ni, saya suke makn tapi xrahin buat..rajin beli je..hehee mkn pns² gan teh panas..ermm mmg terbaikk la.

QasehnyaRania said...

pernah rasa
suka bahgian keledek aje.

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam K.zAKIE..
keledek goreng ke ni?
rasa mcm pernah mkn.. tp tak de inti kat dlm.. ke mmg tak de inti..
manis2 rasenye.. nyum3.. :)

semoga ada tanda2 berita tentang pesawat tu nnti.. masih berharap...

Mummydearie said...

Saya tak pernah rasa cik mek molek ni, kak walaupun pernah nampak. Dalamnya ada isi gula lagi ke? Rasa cam manis pulak.