Tuesday, October 7, 2014

Ibadah dan ukhuwah yang indah

Bagi mengelakkan kesuntukan masa di taman kami diadakan dua sessi penyembelihan. Empat ekor lembu disembelih pagi selepas solat Hari Raya. Manakala selepas solat Zuhor satu ekor kerbau, seekor lembu dan seekor kambing. Sessi pagi aku tidak pergi sebab korban keluarga kami kena pada sebelah petang.

Bersedia - Pasrah dan redha menanti giliran untuk dijadikan korban.
Lembu - Kelihatan garang tetapi mudah untuk menumbangkannya. Bagaikan sudah bersedia dan tahu ia adalah untuk ibadah qurban
Comel - Dijadikan korban juga. Milik persendirian. Menjadi tumpuan anak-anak kerana baru kali ini di taman kami ada qurban kambing biri-biri.
Allahukabar - Kerjasama mereka menjayakan semua ibadah kami berjalan lancar pada petang tersebut.
Adik dari Muar  - Tetamu terakhir yang menikmati juadah kami. Sendiri ambil di dapur sendiri makan sebab aku sibuk untuk menghantar Kak Reen ke Terminal bas Larkin, hubby pula seperti biasa selagi belum habis hari Tasyrik sibuk keluar untuk urusan penyembelihan.
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu Dialah yang terputus.” (Al-Kautsar :1-3)

~~ Moga ibadah kami diterima Allah dan diberi peluang untuk melakukannya selagi ada hayat~~


 

45 comments:

Nor Azimah Ali said...

Alhamdulillah, murah rezeki dapat buat korban yea kzakie.

Mar Mansor said...

kak zakie duduk di taman apa ye?nampak meriah dan muafakat..

Sharifah Nadzarah said...

ADUHAI..SRONOK TGOK..TAPI SAYA X PENAH GI TGOK ..TAK BERANI..COMEL PULAK BIRI2 TU KAK..SALAM AIDILADHA DARI SAYA & FAMILY

faraherda.razalan said...

Alhamdulillah kak! Setiap tahun dapat buat korban. Syukur sangat. Saya? Kena tunggu dululah. Nak menabung. Hehehe!

Sura Mohd said...

Salam Aidiladha kak zakie..
Terasa kemeriahan bila tengok gambar2 tu..suka tengok gambar yg last tu..:)

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah dapat menjalani ibadah korban..

Salam Aidiladha buat k.zakie dan family.

sudipVSsenduk said...

Alhamdulillah.
Nampak meriah sungguh

Mia Kassim said...

Murah rezeki kakzakie sekeluarga ..
Nampak meriah sambutan raya haji kak zakie :)

sud@is said...

Seronoknya ramai saudara datang beraya kerumah, meriah nmpak

Acik Erna said...

Alhamdulillah rezeki daging qurban dan rezeki untuk tetamu yang datang kerumah kakzakie

NM03 said...

bersatu tenaga mereka semua. alhamdulillah...

Zaitun said...

Alhamdulillah rezeki dapat dikongsikan bersama. Walaupun sibuk dan penat tapi hati seronok dan puas ya kakzakie.

XpandingLoVe said...

meriahnya ...
selamat hari raya kak Z

Unknown said...

Salam
meriahkan.rumah emak korban satu lembu.org muda kg tolong sama. sekejap je siap. Hari ni dah keje ke?

aizamia3 said...

Meriah tengok tapi saya tak join sebab balik kampung menjenguk saudara mara..

Falsya said...

alhamdulillah..;)

SITI NOARIZAH ARIS said...

Salam aidiladha kak....semoga IBADAH Korban itu sampai ke penciptanya.....sy juga berkorban tapi dalam bentuk lain semoga ada rezeki sy untuk korbankan lembu/kambing di masa Akan datang.

SITI NOARIZAH ARIS said...

Salam aidiladha kak....semoga IBADAH Korban itu sampai ke penciptanya.....sy juga berkorban tapi dalam bentuk lain semoga ada rezeki sy untuk korbankan lembu/kambing di masa Akan datang.

Mummydearie said...

Alhamdulillah, murah rezeki kakak sekeluarga dapat buat ibadah korban kali ni. InsyaAllah, dipermurahkan rezeki pada tahun-tahun mendatang juga.

Yana Yani said...

saya pun ada bawa anak-anak pergi tengok
mereka paling excited
maklumlah bukan selalu dapat peluang
anyway, salam aidiladha kak =)
Diari Seorang Mama

Unknown said...

Alhamdulillah.. nampak sngt meriah lah ^^ Bestnya sambutan raya kalau ramai tetamu dtg ke rumah.. murah rezeki inshaaAllah

Unknown said...

semoga ibadah semua diterimaNYA..
rasanya baru sekali seumur idup ni tengok lembu disembelih..pastu tak gi dah sebab tak sampai hati..huhuuu rugi la kang takleh makan daging korban..

Fazleyatul Aini said...

minggu ni minggu makan daging lah kak hihi

selamat hari raya aidiladha buat akak sekeluarga

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah... :)

Aziela said...

Alhamdulillah....semoga rezeki kakak sekeluarga sentiasa dimurahkan dan diberkati.

amirah said...

alhamdulillah...syukur akak dapat buat korban tiap2 tahun...

saniahibrahim said...

salam aidiladha kakzakie....
alhamdulilah ...rezeki untuk masyarakat setempat juga

Nastyna said...

Huhuhu saya tak boleh la tengok binatang korban, sebab lepas tu saya tak leh nak makan (hidangan korban tersebut). Udang segar my mom nak masak pun saya takleh tengok, gedik sangat ni. hahaha

Unknown said...

Alhamdulillah.. meriah jugak bilangan binatang korban di tempat kakak.

Zura x sempat pergi ke padang tengok sembelihan.. cuma Suami dan anak2 jer yang pergi ke padang. Kata Suami zura 11 ekor lembuh yang di korbankan haritu.

memmetlenggeng said...

Selamat Hari Raya Korban Kak Zakie..All the best

babYpose said...

penuh kesyukuran...Alhamdulillah, comel biri-biri tu..

eelobor said...

perghhh....besarnya kerbau tu. hehehe, garang jer jelingan dia

Dr K said...

jarang kak jumpa kat malaysia ni korban kerbau..: )

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..ada rezeki..boleh buat setiap tahunkan kak..insyaAllah..amin..

Nizam.Ariff said...

Besar sungguh kerbau tu...aku tak pernah tengok kerbau disembelih lg....

Unknown said...

4 ekor?/banyak tu..Alhamdulillah..:)

aby said...

salam kz ..
meriah kt tempat kz ..
kariah saya 13 ekor ..
kesel juga ngelapah tekan sore ..

UPSR farish dino khamis ..

Temuk said...

Assalamu'alaikum kakzakie
Gembiranya dapat menunaikan ibadah qurban yang dituntut itu. Semoga seronok-bahagia berhariraya qurban dengan anggota keluarga tahun ini.

Fifi Nadhrah said...

ALlah hu akbar.. alhamdulillah.. ade rezeki lebih untuk laksanakan ibadah korban..

kakrose said...

Gotong royong bersepakat membawa berkat. Jarang ada orang bandar buat camni..

eMMe said...

Kak Zakie maaf lambat utk ucapkan salam AidilAdha..moga Ibadah kita diterima Allah swt. ade biri2 lagi.. kemain sihatnye dia... Alhamdulillah segalanya berjalan dgn baik...

Suria Amanda said...

Kat bandar xde aktiviti ni kak...kat kg insyaallah madih amalkan...

Jari Manis said...

seronoknya buat ibadah korban..JM x pernah merasai suasana begini lagi

OKje said...

Penuh satu meja nampaknya kanda....masak apa agaknya tu

Syamimi Saad said...

Sy x berani nk tgk binatang yng bkal dikorbankn..