Tuesday, October 28, 2014

Kluang Rail Coffee

Mengambil peluang pada hari cuti mengikut hubby ke tapak projeknya. Hajat dihati bukan mahu melihat orang membuat wiring sekolah dan asrama projeknya itu, tapi mahu singgah di Kluang Rail Coffee yang menjadi buah-mulut ramai. Pergi sebelum ini tersalah hari iaitu hari Khamis yang merupakan hari ia ditutup. 

Kluang Rail Coffee - Inilah signboardnya. Terdapat dua signboards yg sama. Satu di bahagian depan pintu masuk dan satu lagi di bahagian tepi di tempat orang ramai duduk di bahagian verandah.
Sesak - Alangkah tidak disangka terlalu ramainya pelanggan. Bila melihat menunya bagaikan tidak percaya. Tetapi mungkin disebabkan keadaan hujan lebat mencurah-curah di luar itu yg membuat ramai masing-masing duduk di dalam sambil menikmati kopi panas
Ala-ala kampung - Bila melihat ini aku terkenang sewaktu zaman kanak-kanak aku dulu. Beginilah cara bungkusannya dan saiznya. Comel-comel belaka. Kalau dulu sewaktu sekolah rendah harga sebungkus baru 30 sen. Ini seringgit.
Sebungkus - Aku makan dua bungkus ini. Hubby makan mee-hoon. Kak Mien pula makan telur setengah masak 2 biji. Betul ala-ala kampung, dengan meja-kerusi hanyalah dari plastik biasa saja.
Roti bakar - Roti ini dipanggang menggunakan arang. Mahu ambil gambar pun malu sebab terlalu ramai pengunjung pada hari tersebut. Ramai juga yang mengambil gambar di sana-sini.
Licin - Pada aku biasa-biasa saja. Mungkin sebab aku tidak menikmati kopinya. Buat hubby yang merupakan penggemar kopi mengatakan kopinya sangat enak. Aku dan anak-anak memang tidak gemar kopi. Mungkin dulu sewaktu kecil rumah aku punya kopi yang lebih istimewa (hasil dari kebun sendiri) itulah jemu jadinya.
Bertemu dengan pelanggan dari seberang tambak yang duduk semeja dengan kami mengatakan mereka suami-isteri semata-mata datang ke situ hanya untuk menikmati kopinya. Ketawa aku dibuatnya. Apa lagi melihat dari usianya yang boleh dikatakan telah lebih separuh abad menjadikan satu kehairanan buat kami. Pasangan ini betul-betul hanya minum air kopi-o dan selesai minum mereka bertolak pulang ke Singapore. Aneh sungguh.

~~ Hanya kerana kopi pun ada yang sanggup meredah perjalanan jauh untuk menikmatinya.~~


52 comments:

Sayap Biru said...

nampak pun sangat menarik KakZ
jalan jauh pun rasa berbaloi ..

^_^

Mar Mansor said...

saya tak pernah lepak sini lagi..ramai kata sedap..ada juga yang kata biasa2 jek..
memang ada tau kak zakie orang yang lunch dekat JB..dinner kat melaka..brekpes kat kluang..hehe..betul memang ada..

Kakcik Seroja said...

Kalau dah suka, kan? Jauh mana tetap dijejaki juga... :)

Kayu Manis said...

mcm sdp jer nsi lmk tu.... ni yg mcm nk bt nsi lmk bungkus daun pisang ni....

licin hbis tu hah...

imm said...

dulu imm ratah serbuk nescafe instant 3 in 1 tu mcm ratah milo..pastu dah tepu agaknya body system ni..skang minum kopi, nescafe terus tintong rase mcm melayang2 hahah..

@na said...

Kluang Rail Coffee ni penah keluar Majalah 3, kan kak?

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Wah!Sanggup yer customer dr singapore tu!!!....hebat penangan kopinya...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Mesti best rasa kopi ni kan Kakak. Orang sana sanggup datang situ untuk rasa kopi. Nak kena cuba bila pergi Johor nanti.

NM03 said...

penuh...

Normala Saad said...

Sudah sembilan belas tahun henti minum kopi tapi masih suka pada aromanya..menyegarkan.

Sura Mohd said...

seingat sura pernah sekali makan kat sini..tu pun dulu2..lama sangat dah..
teringin pulak nak pekena kopi tu..
Kalau dah sedap..mesti orang akan ingat sampai bila2..tu yg jauh pon sanggup datang..:)

sud@is said...

Itu kopi ketagih kot namanya atau pun ketagih kopi kluang....

εïзmmyHazaεïз said...

Terliur pulak tgk roti panggang tu kak. Haza pernah pi kluang station kat the curve je. Xpernah sampai Kluang Johor betoi2. Hehehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Ya Allahhhh.. Kakzakie.. sy pergi sini tahun 2012 ke... 2013 tak ingat.. gambar sampai skrg masih peram dalam tablet.. hahahaha.. kot rajin (& sempat) hari ni sy nak post pasal kluang Railway nilah..

musang said...

hujan2 minum kopi o panas..kalau ada ubi rebus lagi best..

faraherda.razalan said...

Sy pun belum pnh merasa kak. Nak gak rasa kopinya tu. Org kata, kegemaran almarhum sultan iskandar kan?

Unknown said...

Salam Kakak~
Zura pon lebih suka makan nasi lemak bungkus camnih. entah kenapa zura rasa lebih sedap. lagi2 yang bungkus bersama2 daun pisang. hehehe. memang boleh makan sampai 2 bungkus. hehehe

Bab kopi, Zura pon x tahu menilai kesedapan sesuatu kopi. tahu minum jer.. hehehehe

Ann Ishak said...

menunjukkan betapa femesnya kopi kluang ni :)
saya pun bukan peminat kopi 0 tapi my laki pantang...pantang dapat

Anonymous said...

KA pun bkn penggemar kop, tapi wah mmg meriah dgn pelanggan kedainyer kak, pasti kopinyer enak tu !

Yana Yani said...

memang sedap sungguh ke sampai orang sebarang tambak pun sanggup datang
ni kira tempat wajib pergi kalau ke johor ke?
saya belum penah sampai johor
insya ALLAH tahun depan ke sana, sepupu kahwin

babYpose said...

pasti sedap kopinya kak zakie, hanya minum kopi semata. kak mien makan telur setengah masak, teringin pulak aunty :)

nabilah_2908 said...

kalau tak salah pernah keluar dalam rancangan Majalah 3..katanya Sultan Johor pun suka ke sini.. :)

Tie HT said...

nasi lemak nya tu nampak best
akak, nyong pun orak sukak ngombe kopi.. tapi kalau kopi vietnam memang sedap, saya yang tak suka kopi jadi suka :)

aizamia3 said...

tak pernah sampai lagi kat sana.. kalau satu hari nanti saya ke selatan bolehlah berjumpa dengan akak.. ;)

cikceriacorner said...

bestnye akak..mcm2 ada..

saniahibrahim said...

sya ni kata je org Johor tapi tak pernah lagi ke sana ,walaupun tau juga begitu popular tmpt tu....dh kakzakie cerita ni teringin juga nak pergi satu hari nanti...

Nor Azimah Ali said...

Rugi tau kzakie tak suka kopi sbb rasulullah suka kopi, pastu bau kopi jin tak suka.
Jauh la plak nk ke sana, takdela nk pegi kalo semata2 nk minum kopi je, pasangan s'pore tu berduit bolela buat camtu.

norhidana said...

kopinyuer msti kau tuh kak.... itu pasal lah ramai peminat...

Falsya said...

Adehhh..kakakkkkkk..falsya dh berthn tingin nak makan kat situ..bile blk johor nak ajak somi mesti ade je alasan..huwaaaaa..

Azian Elias said...

kalau sedap memang ada yg sanggup nak redah kak..
nasi lemak tu kalau zaman saya, dah 0.50 sebungkus..

Unknown said...

serbuk kopi dia buat sendiri ke?/apa rahsia dia ye/?

Shaiful Zaidi said...

Assalamualaikum akak...mcm best jer..
Lama tak pi Kluang....last thn 1995.

Gee Lion said...

mesti sedap.
tu pasallah costumer dari singapore pun sanggup redah jejauh [jauh ke?] semata2 nak minum kopi depa.. >.<

Fiza Rahman said...

Mesti sedap sangat kopi nya tu sampai org spore pon sanggup datang ☺

Pepetang ni tgk nasik lemak ngan roti bakar tu rasa lapar plak.

amirah said...

tercium2 bau kopi...aduh sedapnya kak...amie memang hantu kopi..orang kata waktu mengandung tak elok minum kopi takut anak keluar berjelaga...hehehe...tp rasanya macam tak percaya aje...lgpun tekak tak boleh terima yang lain..kalau minum teh, malam2 siapla angin satu badan sampai tak boleh tidur malam...huhu..

eMMe said...

Alhamdulillah...licin kak... sedap n time lapar kan kak, heeee~ bila la dpt jumpe kak zaki ni.. nak minta belanja, hahahaha~

zila norazila said...

zila x pernh pergi kak..nnt nk jgk la pergi..nk amik gmba byk2..

Aisy Nasiha said...

Wah..sedap nampaknya tu. Sebab tula orang singapura tu sanggup datang untuk menikmati benda yang sedap.. ramai orangnya tu kan, dgr cerita kat tempat ni memang ramai sentiasa ya..

Zaitun said...

Sekarang kak zai tak boleh minum kopi b/p naik tapi kadang2 curi2 hubby punya.

Mesti kopinya sedap sebab tu orang luar pun datang.

paridah said...

wah kopinya mesti sangat enak ni...tuntutan selera mesti dipenuhi...

adyna AB said...

Btl kak , ritu g Johor adik ipar ajak g tmpt femes yg roti ape nama pun dah lupa .. Tp katanya tmpt suami wan maimunah meniaga blkang bomba .. Org sanggup p kalu dah sedap kan

Mummy Sher said...

Teringin pula nak pergi. Terliur dan lapar tengok makanan..hehe

Aziela said...

Kakak, masa saya sekolah rendah, sama juga bungkusan dan saiznya. Tapi harganya 20 sen saja...hehehehe. Saya suka juga kopinya...tapi bukan untuk minum santai. Kopinya agak keras dan sesuai untuk menyegarkan mata.

OKje said...

Dinda masih teringat lagi entri kanda pasal Kluang Kopi ni dulu...
Roti tu nampak lembut jelah kanda....dalam dia kaya yeh?
Pak jilap sure suka ni, teringin gak dinda nak tau sedap dia macamana, harus kena try jugak ni hihi....

emarieys said...

dekat dengan rumah makcik ema....kalau pergi sana..memang akan singgahla kluang rail coffee ni.

mayangbakingmadness said...

mabeles kak .. kat batu caves pn ada satu francais die..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie....mmg dah terkenal Kluang rail coffee ni..;)

ellynadyra said...

sampai gak akak kat kampung saya
itulah permulaan kopi yang asal
kadang2 panjang barisan nak makan
tapi kejap je dah dpt seat
share meja ngan org lain adalah sangat normal kat situ
masih ada jual kopi yang ditapau dlm tin susu tau kak kat situ
especially time keretapi brenti

Mummydearie said...

Kalau saya pun macam tu juga, kak. Kalau dah sedap, saya sanggup berkelana ^_^

Kluang Station ni entah zaman tok kaduk bila agaknya saya sampai ke mari. Tapi kat KL pun ada. Yang itu rajinlah. Alangkah kerusi kayu pun saya tak leh duduk lama, inikan plastik. Mahu sakit punggung. Makanannya bagi saya so-so aje.

kakrose said...

kat Johor banyak tempat/kedai makanan sedap2 kan Zakie

Lydia Miza said...

Sedapnya nmpk roti bakar tu kak. Lbh2 lg pasti kaya dia sgt kaw kan!

QasehnyaRania said...

wah ramainya..
kopinya sedap..hrus cba ni.