Thursday, October 16, 2014

Ujian melanda tanpa di duga

Petang Sabtu sebelum anak-anak menduduki peperiksaan minggu ini. Balik dari tuisyen mahu makan Domino. Masalah di Domino menunggu sangatlah lama sebab dikatakan kekurangan staff. Gadis yang mengambil order itulah juga yang membuat pizza. Tetapi kerana anak-anak kami tunggu juga. Tidak makan di situ memandangkan masa sudah tengahari. Kemudian kerana hubby ada barang mahu di ambil dari kedai elektrik untuk projek dia kami teruslah ke kedai tersebut. Jam sudah hampir zuhor itulah kami keluar dari kedai. 

Pepatah mengatakan 'malang tidak berbau' sungguh itulah yang terjadi pada kami. Oleh kerana kecuaian seorang pemandu kereta proton yang keluar simpang secara tiba-tiba membuatkan penunggang motosikal cuba mengelak dan terjatuh lalu menggelongsor menuju ke arah lane kereta kami. Kedudukan jalan adalah jalan dua hala. Sebenarnya kereta kami sudah berhenti sebaik nampak situasi itu. Kereta kami dari JB menuju ke Skudai. Kalaulah kereta kami bergerak pasti pemandu motor itu akan terperesok ke bawah kereta kami. Tetapi oleh kerana kereta kami sudah berhenti motor yang tumbang dengan penunggang itu manggelongsor terus menghentam depan kereta kami.  Kejadian pula waktu hujan lebat. Pemandu proton dan motosikal bergaduh kerana kemalangan adalah di antara mereka cuma kami yang menjadi mangsa sama. Hubby diam seketika sementara mereka bertekak.
Hujan lebat - Pemandu kereta yang berpayung tidak luka langsung tetapi pemandu & penunggang  motosikal itu luka parah. Kasihan sehingga aku berikan tuala dalam kereta untuk membalut lukanya. Lihat kereta yg bersalah tidak mengalami kerosakan. Tetapi motor dan kereta aku di lane sebelah yang rosak teruk. Dia mohon maaf pada hubby tapi nama pun kemalangan hubby faham. Aku yang sedih kerana itu kereta aku untuk pergi kerja.
Penyelesaian - Atas nasihat hubby buat report polis sebab mereka tidak mampu membayar ganti rugi kereta kami yang rosak teruk. Cermin depan retak kerana pemuda itu terlambung atas bumper depan kereta kami. Bahagian depan hancur dek kerana hentakan motor yang kuat. Memandangkan waktu solat kian berlalu kami solat di bangunan Pejabat Polis Trafik pada hari itu. Itu pun sudah hampir jam 3:00 petang. Sudah terlalu lewat.
 
Kini kereta aku berada di bengkel untuk diperbaiki. Pihak insurance pula agak perlahan menjalankan tugas. Kami claim under motosikal punya insurance sebab yang melanggar kereta kami adalah motor itu walau disebabkan kereta proton tadi. Valuation belum lagi dibuat sehingga hari ini. Sudahlah harga minyak naik, aku pula terpaksa memandu MPV untuk pergi kerja. Bila tangki besar isi minyak pun kena lebih. Ujian dunia kenalah tempuh. Menagih kesabaran betul. 

 ~~ Selagi nyawa Allah bagi pinjam pasti ada ujian yang diberikan.~~


62 comments:

Mar Mansor said...

inilah dinamakan ujian kak kak zakie..malang tidak berbau..
kerana kecuaian satu pihak, pihak lain yg ditimpa musibahnya..
mujur kak zakie ada transport lain untuk digunakan..

Sharifah Nadzarah said...

Ya ALLAH kak..nasib akak smua xde apa2...tapi tu lah kerana kecuaian org lain..kita yg jadi mangsa keadaan...ujian kak..bersabarlah ye..

Falsya said...

Allahuakbar..nasib baik kakak satu keluarga xde ape..syukur..

lieyalatif said...

aduh kak...mujur takde kemalangan jiwa yg teruk....

dah tu kak kereta proton tu selamat laa insurans die....die bersalah patut di pertanggungjawabkan... aduhhh takpe gak setiap kejadian ade hikmahnyer...akak byk2 bersabar key...

Unknown said...

Alhamdulillah.. nasib baik x de nyawa yang melayang. kesian kepada penunggang dan pembongceng motosikal. luka atas kecuaian orang lain. mudah2an cepat selesai urusan claim insurance kete kakak.

faraherda.razalan said...

Ya Allah kak! Nsb baik takde apa2 berlaku. Bila jdk mcm ni, sbr jelah jln penyelesaian. Pelik betul bila pesalah msh mahu bertekak sdgkan terang2 mrk yg slh. Haih....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

malang memang tak berbau.. malah tak ada angin pus2 langsung.. kasihan pemandu motorsikal tu lebih2 lagi keluarga Kakzakie yang menjadi mangsa di atas kecuaian orang lain.. semoga Allah swt menggantikan dengan yg lebih baik. Sy pasti Kakzakie bersabar dengan ujian ini.. salam takziah kak

Unknown said...

alhamdulillah...mujur xde kemalangan jiwa

Aziela said...

Kakak, claim di bawah insuran motor, bajetnya agak ciput. Tapi ok lah daripada tiada claim langsung. Dapat juga membantu.

Makan masa yang agak lama juga tu. Ada bawa ke court ke nanti, yer?

AtieYusof said...

Malang memang tak berbau.. tapi benda dah terjadi kan kak..sabor je lah.. kesan nya terasa jugak tu..disebabkan org lain, akak pula yg menanggung..harap kereta akak cepat lah baiknya.. boleh jimat minyak klu keta dah ok..

Normala Saad said...

Alhamdulillah. Selamat walau kereta cedera.

amirah said...

Alhamdulillah akak sekeluarga tak ada apa2..hrp akak bersabar dgn ujian Allah...moga cepat la dapat repair dan claim insurans untuk kereta akak tu..

Nieyla Nadia said...

Mujur tak ada kecederaan yg serius..
Dugaan demi dugaan...tanpa Allah sedang menguji kita...

Semoga pihak insurans cpt buat claim akk..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie....bersabar menghadapi dugaan ini yer..:)

p/s malang tak berbau kn...

Hudalatip said...

Ya Allah kak, nasib baik tak apa2 yea...Semoga urusan dipermudahkan..

@na said...

Allahu Akbar...
syukur kakzakie n famili terselamat..
moga dipermudahkan segala urusan...IN SHAA ALLAH

Izwa Kamaruddin said...

Subhanallah...nasib baik akak sekeluarga tak ape-ape dan tiada nyawa yg melayang sama...

Izwa Kamaruddin said...

Subhanallah...nasib baik akak sekeluarga tak ape-ape dan tiada nyawa yg melayang sama...

nazayiena said...

Syukur alhamdulillah kakzakie dan family xde apa2,nasib baik ada 2 keta boleh buat gilir2.

imm said...

innalillah,,
syukur akak n family xde pape..dugaan Allah untuk uji kesabaran kita..semoga tabah n sabar ye kak

Muja.. said...

Syukur alhamdulillah akak sekeluarga selamat..

Bila terjadi perkara mcm ni memang marah jugak jadinya. Kita yg x bersalah menjadi mangsa. Lagi2 kalau mereka yg berkaitan tdk bertanggung jawab.

Muhasabah diri, pasti ada hikmahnya kak.

Senyum :), part minyak tu mmg pendam dlm hati jerla..hii

sitirohaida said...

bila dah guna insurance ni kak,memang lambat la kan dapat baiki kereta secepat mungkin..syukur,nasib baik akak takde pape

Eye_nee said...

Yg paling utama kak dan kekuarga selamat...cumanya....Geram betul tgk kecuaian Proton tu...habis tu dia lepas tangan jerlah...walhal semua ni berlaku sbb kecuaian dia...geram pulak saya...

Acik Erna said...

Alhamdulillah kakzakie dan keluarga selamat begitu juga penunggang motosikal

nohas said...

cermin depan retak memang bahaya,kena ganti baru..

waktu hujan lebat, memang pandangan agak kabur sikit..tapi Alhamdulillah, semuanya selamat..

Anonymous said...

saya pernah jadi macam ni.

remuk dan pecah derai cermin belah kanan.

tp tak smpai hati nak amek insurance motor sebab tau tak cukup utk support.

hurm.

saniahibrahim said...

betul2 malang tak berbau kan kakzakie...walaupun kita memandu dgn cermat tapi dek kesalahan orglain terkena juga.apapun syukurlah kakzakie dgn keluarga takde apa2...lagipun skg ni cuaca pun tak menentu..smlm ambil anak kat jb balik hujan lebat separuh2 jalan tak hujan ..tiba rumah hanya gerimis je.

sud@is said...

Mujur tiada kemalangan jiwa, semoga selamat dan dimudahkan urusan berkaitann dengannya

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

Alhamdulillah tiada nyawa yang terlibat. Walaupun begitu, kereta Kakzakie yang teruk, tak pasal2 menanggung susah dek kerana orang lain!

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah akk & family tak apa². Sebab kecuaian orang lain, orang lain yg kena tanggung. Smoga urusan dipermudahkan olehNYA. Kalau claim insurance memang lambat prosesnya.

Ahlam Miera Shafie said...

alhamdulillah akak dan family selamat walaupn kereta yg cedera... moga akak kuat utk hadapi ujian ni.. :)

Umialya said...

Tahun lepas pernah acc. ngn motor tp claim kereta sndiri sbb ktnya insuran motor x cover, ntah.. sy tak faham bab2 insuran ni..

Yana Yani said...

syukur alhamdulillah akak sekeluarga tak ada apaa-apa
saya tumpang simpati dengan kerosaka kereta tu
harap akak dan suami tabah hadapi dugaan ni

Umm AA said...

Ngeri tuh kakak kalau tercampak atas bumper depan keta gitu..kalo sy trauma kejap...alhamdulillah Allah tiada kehilangan nyawa..eksiden cam ni memang malang tidak berbau..wpun kita tak bersalah, tp dugaanlah bg kita kan..:)

ellynadyra said...

syukur akak tak de apa2
kalau tak nak bayar gantirugi kena claim insurans la kak
semoga tabah kak

OKje said...

Kalau dinnda dah seram sejuk seluruh badan tu kanda... Tak kiralah kita salah ataupun tidak, kalau dah namanya eksiden....
Apa pun moga urusan kanda dipermudahkan yer....betul kanda selagi masih bernafas ujian tak akan sunyi dpd kita . Bersabar ajelah

Mummy Sher said...

Ya Allah kak nasib baik akak sekeluarga tak apa-apa. Saya baca entry ni pun dah seram sejuk.. syukur akak sekeluarga selamat.

AMIIZAA@Mieja said...

ya allah kak, pobianya.....alhamdullilah akak dan hubby serta budak motor tu tak apa-apa.......hujan-hujan memang bahaya.....

Pokok Manggis Depan Rumah said...

kasihannya. Alhamdulillah Kakak dan keluarga tak ada apa-apa. Semoga dimudahkan urusan Kakak.

Unknown said...

itu lah kak..saya kan selalu bila tengok ada pemndu tak beretika gini selalu tertanya2 ..diaorang ni rasa bila dok dalam kereta tu maknanya dah kebal ke?/boleh je sesuka hati nak keluar simpang,masuk simpang.tak pikir ke orang lain kat luar kereta diaorang tu..Bila dah jadi gini mula nak bertekak..

Zaitun said...

Alhamdulillah kakzakie sekeluarga tidak mengalami kecederaan. Malang yang tidak disangka2.

Rinna said...

Kita yg hati2 tapi org lain yang punya sebab.. Tak pe semua tu ujian..

Fifi Nadhrah said...

allah hu rabbi.. sabar ye kak dengan dugaan Allah.. macam saye hari tu.. nak buat report orang yang langgar kami tu lari.. nak tak nak kene pakai duit sendiri..

norhidana said...

inalillah....
alhamdulillah akak sefamily takde apa2..... itulah kadang kite terleka skt tp yg jd teruk sgt...

Unknown said...

Ya Allah...sabar kak...
Alhamdulillah...akk dan family takde pape...

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
semoga kakak tabah dan bersabar.

Ujian itu adalah rukun hidup, Sesiapa pun akan diuji menurut kesanggupan dan kemampuannya. Sesungguhnya ujian yang menimpa itu adalah tanda kasih sayang Allah yang bersangatan kepada para hamba-Nya.

Rasulullah saw bersabda: “Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa).” (Riwayat Muslim)

LYAfrina said...

mujur akak buat report..apa2 eksiden pon..better buat report.. utk apa2 hal dikemudian hari..esspecially klo kt nk wak tuntutan

Gee Lion said...

saya tahu ayat saya yg bakal ditulis sekejap lagi bunyinya agak cliche kakzakie.. tapi ye lah.. bersabarlah kakzakie, sememangnya ada hikmah di balik tiap2 ujian..

terkesan sungguh dengan kata-kata terakhir penutup entri kakzakie.. :')

Hana Syed said...

Takpa la kak inshaAllah Allah ganti dengan yang lebih baik.

PeRdU cINta said...

Moga disebalik musibah ini Allah tingkatkan lagi keimanan pada diri..insyaAllah amin..akak sabar ye..

Nastyna said...

Ya Allah... lucky akak sekeluarga tak apa2, tu la ngeri kan kalau kit aberhati2 macma mana sekali pun, malang tu tak terbau.

eelobor said...

hehehe...nak buat valuation insurance memang slow kan kak? cuma nak kena bayar pada depa jer depa nak cepat.... hahaha

Jari Manis said...

dah komen..x masuk lah pulak huhuh tulis panjang lebar dh..menguji kesabaran tul

Jari Manis said...

itulah yg di katakan alang tidak berbau..sesuatu yg x d undang dan x di jangka...alhamdulillah..kak Zakie dan keluarga selamat..org lain yg buat salah kita terkena tempiasnya ek..sabar ye kak zakie..Allah nk uji sikit tu kesabaran kak Zakie

Blog Santai said...

Salam Jumaat KZ..betul tu KZ malang tak berbau. Kadang-kadang apa yang berlaku pada kita bukannya salah kita pun. Hanya kebetulan kita yang berada disitu. Itulah yang dinamakan ujian kan..Alhamdulillah KZ sekeluarga tak apa-apa...

norhasnizakhalid said...

syukur akak takde apa2, mama juga baru lepas kemalangan 2 hari lepas. lori cendolah rolla mama dilanggar orang... mama anggap itu dugaan mama dalam berbisnes

Qaseh Vee said...

ujian allah dtg tanpa di duga . bila dah berlaku kena lalui juga . bertabahlah ... ada sebab kenapa Allah berkehendakkan ianya berlaku . kereta klu masuk wshop under insurance mmg boleh jadi pekasam ... sabar ya ...

nabilah_2908 said...

Takziah kak... setiap yang berlaku pu ada hikmahnya

Kalau bab claim insurance ni..paling cepat sebulan..

Masa kereta saya accident dulu..dekat sebulan lebih baru clear semua...patah kaki juga la dibuatnya..

Mummydearie said...

Mujur Kakzakie dan keluarga tak apa-apa. Alhamdulillah. Kerosakan kereta tu memang dugaan sungguhlah, kak. Bukan salah kita tapi nak buat macamana. Ini yang saya tak suka memandu. Dek kerana perangai sesetengah pemandu yang cuai, kita yang takda kena mengena pun tetiba terbabit sama.

Moga segala urusan akak dipermudahkan.

Unknown said...

Syukur kak azie dan suami selamat. Tapi respect lah, akak dan suami yang menjadi mangsa keadaan tetap cool jer.

Anonymous said...

ujian dari Allah swt yer kak. Bnyak yng kita belajar , erti sabar juga kan !

QasehnyaRania said...

sesungguhnya malang tidak berbau kan.
ooo..ini kesahnya ye kakak kenapa kakak perlu gunakan kerta hubby pergi kerja..

smga dipermudahkan hendakNya aamiin