Monday, May 7, 2012

Pagi ini...

Gumpalan awan mendung di atas kepala sudah dapat diagak pasti hujan lebat akan turun. Sebaik kereta bergerak keluar rumah gerimis berubah serta-merta menjadi curahan hujan lebat tidak terkira. Angin yang kuat menggugurkan bunga-bunga yang kelihatan bagai bunga sakura di tepi jalan. Tiba di pintu utama masuk ke sekolah bersusun sudah kereta ibu-bapa dan bas sekolah mahu menurunkan anak-anak sekolah. Sekolah adik memberi kelonggaran untuk menurunkan anak di dalam sekolah andai hujan lebat.

Kereta aku tersekat langsung tidak boleh bergerak sama seperti beberapa kereta di hadapan dan di belakang aku. Baru kami tahu ada juga penjaga yang tidak punya disiplin dan mementingkan diri sendiri dengan masuk mengikut pintu keluar - bererti songsang mengakibatkan kereta masuk tidak boleh keluar. Pakcik 'guard' walau berpayung basah kuyup hanya kerana terpaksa memarahi dua kereta yang tidak berdisiplin tersebut. Aku percaya guru besar juga terpaksa turut sama dalam kekecohan tadi. Keseluruhan jalan hadapan sekolah adik pagi ini betul-betul sesak hanya kerana angkara penjaga yang masuk pintu secara songsang. Dua kereta yang menyongsang arus akibatnya aku lihat dipaksa Pakcik 'guard' parking di tepi bagi memberi laluan kereta yang mahu keluar. Tidak tahu pukul berapa kereta itu dapat keluar. Itulah akibat mahu cepat aku rasa kereta mereka berdua pasti hanya boleh keluar selepas semua kereta telah keluar mengikut laluan yang betul


~~ Betapa hanya kerana dua orang melanggar disiplin akibatnya keseluruhan jalan masuk sesak. Jadikan iktibar jangan mementingkan diri sendiri.~~




62 comments:

Acik Erna said...
This comment has been removed by the author.
Acik Erna said...

salam kakzakie..nak cepat sampai tak terfikirkan keadaan semasa..kalau ikut peraturan..semua orang akan selesa..wa;aupun lambat..

sekadar satu coretan said...

Selalu terjadi mcm tu...kadang2 tu geram jer...
Kalau ikut peraturan semuanya pasti berjalan dgn lancar jer..

lieynanilaz said...

geramkan dengan orang macam ni...

Kakcik Seroja said...

Semoga ianya menjadi pengajaran...

Darling Pya said...

pengajaran utk diri sendiri supaya menjadi seorang yg berdisiplin & tak mementingkan diri

Masya said...

eemmmmm.. menyusahkan org lain jer kan...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

kasihan nye..
itu la, sebab nak mudah, org lain pun jadi mangsa juga..
bila la nk berubah org kita ni yea..
suka pentingkan diri sendiri,
alik2 susahkan org pula.
semoga mereka tu sedar kembali..

Hudalatip said...

Tulah kak, kan sama je macam kisah saya sebelum ni, memang ada orang yang pentingkan diri sendiri, tak peduli pasal orang lain..

ajumohit said...

inilah masalah org yang suke mementingkan diri sendiri, semoga mereka sedar dan menjadi pengajaran sebaiknya

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kesal dengan sikap ibubapa yang mementingkan diri sendiri...

norhidana said...

kl pg ni pun hujan ngn lbtneyr kak... terowong smart dh ttp... kalu kuar lmbt comfirm jem...

aduhla kak, pyh kan hidup kalu yg jenis pntingkan diri sndiri je...

matahati-aishahazhar said...

kalau hanya mementingkan diri sendiri je.. tak fikir masalah yang org lain alami.

gadisBunga™ said...

rasakan!

maya amir said...

saya pun cukup benci org2 yg langgar rule lebih2 lagi kat dpn sekolah & dlm kwsn sekolah..sume org pun nak cepat..kene sabarlah..ni dpn anak2 dah tunjuk perangai langgar rule..kat sekolah my son kan sis, sekolah dah ckp tak boleh masuk kereta except for hari hujan.. ade jugak yang langgar rule pastu maki guard kalau guard tak kasik masuk..taulah kereta besar tapi dah tunjuk cth tak baik lagi sekali dpn anak2.. hai manusia akhir zaman, sume pentingkan diri..

Nini D.. said...

memang ada manusia tak tau betapa pentingnya kesedaran sivik dalam diri..sengal!

noor said...

jenis pentingkan diri sendiri..akibatnya menyusahkan org lain kan kak...pg ni KL pun sgt jam sbb ujan yg xberhenti

SumeSakan said...

ni lah padah klu asyik fikir kepala sendiri je ye kak...yg paling x bleh d maafkan bila mnyusahkan orang lain sekali...

ct rahani said...

betul la kak.. klu x menyusahkan orang lain x pe jugak.. nak cepat lg bertambah lambat.. :)

wahida said...

grrrr!! saya benci org mcm ni kak...kat KL ni melambak manusia perangai pentingkan diri sendiri mcm tu...adoi la hai...

Dylla Abas said...

kdg2 bila berdepan dgn situasi yg mcm ni mmg rasa nak mengamuk kan. pagi2 dah buat hal. susah betul nak berurusan dgn jenis yg pentingkan diri. harap kita semua tak bersikap mcm ni la ye :)

-Sara- said...

org cmtu yg bg tensyen kat kita kan kak..

Tie HT said...

orang tu kena tgk program laukana bainana or fatabiouni..sure rasa malu sgt sebab akhlak kita tk dpt nk ikut contoh nabi S.A.W...

MOKCIK AZWA said...

Ada jugak orang macam tu kan..nak cepat menjadikan orang lain semua jadi lewat..itulah akibat mementingkan diri..

ieja amieja said...

tu namanya pentingkan diri sendiri kak, x sedar perbuatannya menyusahkan org lain..walhal semua org nak cepat, disebabkan sikap dia org lain jd lambat termasuk lah diri sendiri..tmpat sy pun ujan pagi ni..

Unknown said...

salam kakzakie,
selalu terjadi macam tu..org tak pentingkan masa dan keselamatan org lain.. Sudahnya menyusahkan ramai org.. Pentingkan diri sendiri sungguh..

aanie said...

menyusahkan org lain je kan.....macam dia sorang je nak cepat....

Munn Jaafar said...

mmg menyusahkan org...sy pagi2 mengadap jem kat jmbtn motorola, n mmg panas hati ada yg amik laluan songsang utk potong q...geram

Unknown said...

org pentingkan diri mmg gitu selalu menyusahkan org...

izla said...

ada jugak segelintir kita xde kesedaran sivik..
x suka lah

Afasz said...

smg menjadi pengajaran >_<

Kayu Manis said...

kalau bawa kereta,memang byk orang meroyan.

sabar ajelah.

are_lin@yu said...

kt cni pun ujan td..bh gk dtg.kerja.hehe

LYAfrina said...

itulah..krn pentingkan diri..hbis semua jd mngsa kan

Ann Ishak said...

nampaknya 2 penjaga tu yang sepatutnya kena 'disekolahkan' semula

ariana said...

biasa terjadi perkra mcm ni kak..nampak kecil tapi sebenarnya amat besar impact dia..hal2 mementingkan diri mcm ni, selalu menyusahkan org lain..mcm tu lah kalau hidup asyik mendongak ke langit, tak toleh kebwh..minta jauh dr sifat mcm ni..

kurus said...

huuhu kalau macam nie kita yg duk dlm kereta rasa nak marah gak .. dah lah ujan , jem dgn perkara x munasabah , bencik nak hadapi ..

hurmm kdg2 manusia nie akk dia x sedar perbuatan dia sebenarnya mementingkan diri dan menyusahkan org .. kita sama2 sedarkan mereka nie .. mana tahu bila tiba hari kita , kita manusia kak .. x pernah alpa dari membuat kesilapan huhuhu

Kamsiah yusoff said...

menyampah dgn perangai manusia yg pikirkan diri sendiri ja...dah tu selamba ja tanpa menunjukkan rasa bersalah

apdm said...

salam...

kat sini pun ramai mcm tu, lebih-lebih lagi kalau traffic light rosak, masing2 berlumba2..huh..

Lynn said...

hmm..faham dengan situasi tu..

Mulan said...

ngapa la ada yg suka menyusahkan yg lain.. ikut la peraturan utk kesenangan semua kan..

mama irfan said...

ayat akak ni macam leh buat novel la kak... sesuai ja baca...tapi memang tul... hanya sebab segelintir pemandu, suma orang kena redah sesak...

syiela said...

akibat dari dua kereta tu je.. dah habis jalan sesak..

menyusahkan orang je.. kalau ikut jalan yg betul mesti lancar je perjalanankan

ajak said...

asalam ... salam kenal ... saya dah follow blog .. sudilah kira nyer follow blog saya ..tq.

Aliesha Kirana said...

huh. mmg penting diri. xfikir kesusahan org, kan kak.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum akak..

intro akak macam ayat dlm novel la..saya ingat akak dah stat menulis novel hehehehe..

jgn mare ye..gurau je

Anonymous said...

seksa cmtuh kak ..
aduyai .

nabilah_2908 said...

moga jadi pengajaran pada pemandu tu...biar dia sedar...jgn pentingkan diri sangat sampai menyusahkan org lain... ;)

Unknown said...

Sye pun cukup pantang lagi2 kalau org potong Q... geram sgt2! org lain tunggu boleh je pun!

Dr K said...

rakyat malaysia ni kak, mmg ramai yg inconsiderate/ pentingkan diri sendiri...asalkan dia nak cepat aja, tak fikir menyusahkan org lain...biar padan muka 2 org tu kena tunggu lama...pengajaran buat mereka.

eMMe said...

boleh ke gune pepatah ni.. kerana setitik nila rosak susu sebelanga, heeee.... tapi mmg kat mana mana camtu la kak, sebab dia sowang, abis semua tak leh nak buat apa apa pun...
huhuhuhu....

Salmiza said...

sifat sabar jgk yg untung...bila tergopoh gapah kan dah jd lambat...itu blom kira maki hamun dr org ramai lg...

Zaitun said...

Pelajaran dan pengajaran bagi yang tidak mematuhi disiplin.

Unknown said...

Amalan ini selalu berlaku - di kiosk ATM,naik bas,potong Q dan lain-lain lagi.

Dikatakan, amalan tidak beretika ini tidak berlaku langsung di negara-negara maju dan bertamadun -England,Perancis,Jepun,Korea.

Inilah cabaran kita.

mama ju said...

Salam sehjahtera KZ

Selalu ada2 saja yg buat hal. Macam orang potong Q!
KZ Pontian kat mana ya? lupalah...teringin jugak ngan ikan2 segar tu dan teringin nak ke KUkukp atau tg Piai lagi.Bila ntah!

Cikli said...

Kalau semua ikut peraturan kan lancar segala

Unknown said...

memang ramai yg jenis pentingkan diri sendiri nih kak kan...hmmm..

Maya Mayana said...

kesiannya...muhasabah utk diri yana jugak ni...

aby said...

angger wong gegeden endas ..
tabok waie raie nay ...

wong tuo2 ngomong,
gegeden patak ..
hu..hu..

Kakzakie Purvit said...

Malangnya kejadian mementingkan diri sering terjadi di negara kita berbanding negara maju. Harapnya tidaklah kita bersifat seperti demikian. Terima kasih kakak untuk yg memberikan komen: -

Acik Erna, ainnoraini, lieynanilaz, kakcik, @cu Sayang, Masya, Pokok Manggis DR, Huda, Aju Mohit, Sari Yusa Ibrahim, norhidana, Ratu Kebaya, gadisBunga, Maya Amir, Nini D, noor, SumeSakan, ct rahani, wahida, Dylla Abas, Sara, Tihara, Mokcik Azwa, ieja amieja, Rai, aanie, Munnafendy, Tentang Kita, izla, Cik Farizam, cinnamon.com, are_lin@yu, Lyafrina, Ann Ishak, ariana, ieda, Kamsiah, Sisyira, Lynn, mulan, mama irfan, Syiela, ajak, Aliesha Kirana, sahromnasrudin, fazilzura, nabila_2908, Ren Din, Daddy Ziyyad, Emme, Salmiza, Zaitun, ujang kutik, Mama Ju, Cikli, Papa Mifz, Maya Mayana dan aby (wong koyok ngono orak ono otak aby hihi...)

Sekali lagi terima kasih buat semua.

duniaanita74.blogspot.com said...

sungguh kurang ajar tu..menyusahkan org aje kan kak...

nazayiena said...

Ingatkan budak2 je yg x tahu ikut peraturan tp org dewasa pun lebih teruk lg sbbkan dah ada akal fikiran boleh fikir semua tu berbanding budak2 yg x tahu berkir lg...