Malam itu kami mengadakan majlis tahlil arwah. Selain ganjaran untuk diinfakkan buat mereka yang telah pergi meninggalkan kami juga kerana Kak Uda kami telah kehilangan suami tercinta tiga tahun lepas. Kini sempena majlis bertandang anak sulungnya malam itu keluarga kami mengadakan bacaan yaasin dan tahlil. Moga arwah-arwah semua tenang di sana. Hari Ahad baru majlis bertandang pengantin. Kesian bapak pula demam waktu itu. Mujur aku menyewa homestay yang selang dua pintu saja dari rumah Kak Uda. Jadi bapak berehatlah di situ dengan jagaan anak-cucu bergilir-gilir.
|
Gembira - Kasih terpahat padu |
|
Sekeluarga - Anak kedua (lelaki berdiri kiri) suami pada perempuan berdiri kanan (menantu), Duduk kanan anak ketiga (praktikal di Hospital Kuantan - engineering juga), Kak Uda aku, Qaisara (anak jagaan Kak Uda) dan anak ke empat (belajar tahun ke 2 di politeknik - engineering juga) Anak-anak Kak Uda aku semua aliran engineering. Mujur seorang menantu nurse dan yang baru ini pentadbiran. |
|
Posing - Mula-mula ikut arahan lama-lama mereka tergelak. Macam-macam kena posing gelihati jadinya. |
|
Sambut!! - Menabur bunga rampai yang disatukan dengan duit syiling dan gula-gula. Bukan anak-anak saja yang berebut bahkan ibu-ibu dan nenek-nenek pun ikut sama. |
|
Kek - Di sana mereka memotong pulut kuning di sini potong kek. |
|
Qaisara - Dalam buaian di jaga sepasang pengantin lama yang merindui untuk menimang cahayamata bersama besan Kak Uda. Menanti moga dikurniakan cahayamata secepatnya. Kalau Angah dapat serentak dengan abang long bagus juga emak dapat terus dua cucu. Mama Zakie tumpang gembira sama. |
|
Selesai - Melambai kami yang meninggalkan mereka untuk menjalani kehidupan alam berumahtangga. |
~~ Balik adik pula demam dan bapak kami tinggalkan di Muar kerana masih tidak sihat lagi. Cuaca panas berdenting membuat bapak dan adik tidak tahan. Semalam adik masih boleh bersekolah tetapi hari ini adik terpaksa MC. Mak Zah yang membawanya ke klinik pagi tadi kerana aku banyak kerja perlu diselesaikan.~~
55 comments:
sama padan sama cantik...
Bestner... tak sabar nak tunggu bulan 5 nanti... Majlis perkhawinan adik saya.. dah lama tak kenduri besar mcm ni.
semoga berbahagia hingga kehujung nyawa..
org kata tak sesuai dah ucap hingga keanak cucu takut smpai dekat cucu dah berantakan...hehe
doa untuk pasangan pengantin - semoga berbahagia di dunia dan akhirat
alhamdulillah.selamat pengantin baru
assalam kakzakie..tahniah buat kedua pengantin dan keluarga
Nampaknya hepi sangat mereka berdua nie..semoga kekal bahagia hendaknya...
juga semoga adik & bapak kakak get well soon yer..
Selamat pengantin baru...seronok bila ahli keluarga semakin bertambah ramai... kenduri dan raya tentu lebih meriahkan? :)
cantik tema pepel....
yg baling duit syiling tu kalau sy pun join kutip jugak...hehe....
semoga bapak dan adik cepat sihat
salam kak zakie..
Barakallah buat pengantin.. semoga bapak dan adik cepat sembuh hendaknya..
semoga cepat sihat ye bapak akak dengan adik..agaknya musim org x sihat dgn cuaca begini
sweetya pengantin nmpk sporting..
tahniah buat pengantin..cantik colour purple..sama cantik sama padan kak..
wahhhh..ber spek Rayban pengantin lelaki nya..hihihih
alhamdulillah!~
Alhamdulillah..semua dah selesai...moga cepat dapat anak..:)
p/s saya pula tak sabar tunggu majlis pertama dalam keluarga ...:)
selamat pengantin baru........
sepadan jer.... sehati sejiwa....
amboi sweetnye tgk depa gelak2 tu.. selmt pengantin baru buat mereka...
KZ.... saya nak cuba blendkan muka kak uda tu dgn anak anak KZ supaya boleh jelmakan muka yg paling iras dgn KZ....heh
selamat pengantin baru buat pasangan penganti tu dan semoga abah dan adik cepat sihat...biasalahlahkan, cuaca tak menentu
semoga bahagia till jannah
tengoklah pengantin baru tuh bergambar Kakzakie...
kaler purple warna fev MIL Nur ni...
alhamdulillah selesai majlis...
moga kekal hingga hujung nyawa....
amboi bukan main seronok pengantinye too
Cantik pengantin! Tahniah utk derang!
Bukan main ceria pengantin bergambar..
Dulu2 pengantin setakat berani senyum2 je...
Kesian Bapak dan adik.. harap2 dia orang berdua dah OK..
indahnya alan rumahtangga
:p
semoga bapak akak cepat sembuh yer...amin...
`selamat pengantin baru` buat saudara KZ..semuga bapak cepat sembuh..amin..
tahniah buat pasangan pengantin... semoga bahagi selamanya...
semoga adik dan bapak kak zakie cepat sembuh ye....
TAHNIAH BUAT PENGANTIN..NAMPAK KECERIANNYA
Tumpang happy tgk org gembira kan kakzakie?
Seronok time kenduri kendara, jumpa sedara mara, borak2 kisah lama...rindunya nak jumpa famili. Bulan Mei nanti anak sedara zana kahwin..yeayyyy, zna balik sorang jek..huhu.
salam bakyu ku,
Berkaca mata hitam..pengantin lelaki..
Terima kasih atas doa bakyu pd anak ta.amin amin amin
sma cntik sma pdn...
rasa nak kawen jugak..hihi
tahniah akak...dapat anak buah baru ^_^
wah...setelah sekian lama tak menjenguk kat sini, hari nim baru sempat nak menyinggah komen sat.
tahniah buat pasangan
sebut pasal zuriat nie , teringat saya ngan adik saya sendiri .. dah 9 tahun menanti .. namun allah masih menguji ..
semoga dia tabah menghadapi ujian ini .. selalu doakan dia di berikan zuriat nanti ..
insyaallah semua ditanggan allah
tahniah, selamat pengantin baru, moga diberkati Allah selalu :)
tahniah..mg bahagia hingga syurga
Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin, moga berbahagia hingga ke syurga.
Moga bapak Kakzakie dan 'adik' dah semakin sihat hendaknya.
selamat pengantin baru.cantik kaler baju pengantin
macam2 posing pengantin kena buat..
kenduri kahwin bukan dalam cuti sekolah, bestlah kak...taklah kita sibuk nak bahagi sana sini...
p/s semoga adik dan bapak kakzakie sihat hendaknya
alhamdulillah..moga bersama di dunia..setia di syurga,, :)
salam kak zakie..baru follow blog akak...
hepi je pengantin...moga kekal bahagia n semoga adik n bapak akak sihat seperti sediakala..
Selamat pengantin baru to mempelai dan tahniah, cantik baju pengantin.
moga bapak akak juga cepat sembuh.
selamt pengantin baru untuk pasangan.. semoga kekal till jannah.. In shaa Allah.. amin..
selamat pengantin baru pada pasangan mempelai, moga kekal bersama selamanya..
skrg musim panas...
selamat pengantin baru pada pasangan mempelai, moga kekal bersama selamanya..
skrg musim panas...
Begitulah selesainya majlis walimahtulurus anak sulung Kak Uda kakak. Alhamdulillah segala berjalan lancar.
Terima kasih kakak ucapkan kepada: -
Haryati Faizal, Ratu Kebaya, Angah, Zulaikha Megat, QasehnyaRania, ummuaidan, Acik Erna, ct norarizah, aanie, redza, Hanis Azla, amirah, are_linayu, Daddy Ziyyad, zila norazila, Mrs Eady, azi, Remy hazza, Deqla Manjew, hainom OKje (ala kami semua lebih kurang sama aje hainom), KY, waniey aka IbuQalief, Qhaifa Nur, nur farahiza, elly nadyra, makchaq, NM02, Papa Mifz, mama, Munna, Knor, zana fahmi, TiranaAduka, Cik Zaniff, cikgu ma, eelobor, ieda immi, Tihara, izan mama mia, ummiross, nik ros, Anim (org jawa biasalah Anim semua kena pilih dan kira hari - bapak kakak masih typical bab ini), Perdu Cinta, noesuhaimi, Nastyna, Rohayu Osman dan Sal (betullah cikgu panas sekarang panas tapi hujan pula petangnya - hari ini dah sekolah adik bawa surat MC).
Terima kasih semuanya sekali lagi dari kakak.
Selamat pengantin baru buat mereka.
tema purple.. kaler faveret tu.. selamat pengantin baru buat mereka..
meriah majlisnya
selamat pengantin baru buat mereka
salam k.zakie..
cantik pasangan pengantin..tahniah buat mereka..semoga berkekalan hingga ke jannah.. :)
alfatihah jg buat mereka yg telah tiada..
sian adik..semoga cepat baik dr demam..
majlis org johor mesti ada baling duit syiling kannn....waktu ni mesti riuh rendah. bukan kanak2 jer, makcik2 pown mengendeng sama.
umah kat mana tu ak zakie?
Meriahnye majlis...pengantin sama padan...
Tu yg lempar bunga rampai xprnh dgr...
Post a Comment