Tuesday, February 26, 2013

Sabtu 23-02-2013 menerima anak saudara baru

Sibuknya mengalahkan seorang ibu yang mahu menguruskan rumahtangga dengan anak sepuluh. Tidak tahu mana satu mahu dibuat dulu. Sedari semalam perlahan-lahan aku selesaikan semua kerja pejabat yang tertangguh kerana bercuti sempena meraikan kedatangan anak saudara baru dalam keluarga. Malam Jumaat mereka dinikahkan dan majlis persandingan dijalankan pada hari Sabtu. Nurulhazlinda (23 tahun) kini sah menjadi isteri kepada anak saudara kami Abdul Halim (28 tahun).

Gerbang - Menuju gerbang masuk ke dewan
Dua pasang mempelai - Sebelah kiri kakak pada Linda dan sebelah kanan anak saudara kami.
Selamat - Ikatan terpetri sebagai suami-isteri dengan akad terangkat untuk menjalankan tanggungjawab yang telah tergalas di bahu masing-masing.
Pulut kuning - Sekadar menjadi kebiasaan keluarga memotong pulut kuning. Penyatuan dua insan moga erat likat bagaikan pulut tidak mudah terungkai. Kuning segar sentiasa dalam keharmonian ikatan yang ada
Hidangan - Beberapa makanan yang menjadi pilihan meja kami

Restu - Bertemu atok dan pak saudara mohon doa restu moga kebahagiaan berkekalan
Sebahagian kami - Gembira meraikan kedatangan keluarga baru

 ~~ Doa restu kami seisi keluarga buat anakanda Abdul Halim dan Nurulhazlinda. Moga mendapat keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hari Ahad pula di rumah Kak Uda aku.~~



49 comments:

Aisy Nasiha said...

Tahniah kepada pengantin ni..
Muda lagi yang pompuannya.. semoga panjang jodoh dan cpat dpat anak ye..

Kamsiah yusoff said...

tema kuning ya..cantiknya pengantin...berseri2 atas pelamin..

Mama4hero said...

meriah sungguh..

Fazleyatul Aini said...

nampak jambu asam tu ish mengeliurkan plak. hihi

Unknown said...

salam kak... selamat pengantin baru bt pasangan moga kekal hingga hujung nyawa.. kaler kuning bagai anak raja... cantik!!

IntaNBerliaN said...

tahniah utk akak sbb dpt ank saudara baru.. :-)

Selamat pengantin baru kpd mempelai... saya dulu pun potong pulut kuning gak :-)

faraherda.razalan said...

Mmg sibuklah klu majlis mcm ni kak. Heee~ Sy ni get ready je. Mana tau kot klu adik2 sy or adik2 suami nak kawen nanti. Adehhh~

Bapak said...

selamat pengantin baru kepada Halim & Nurulhazlinda

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah!~

Kniedaz said...

tahniah dapat anak saudara baru ^_^

emarieys said...

tahniah untuk anak sedara akak.... tema kuning..cantik

norhidana said...

tahniah utk anak sedara akak, semoga berkekalan hingga ke syurga...

penuh meja ek ngn mcm2 hidangan

makchaq said...

Tahniah untuk Halim dan Haslinda, semoga berkekalan hingga ke syurga..

Aien Not Alien said...

Selamat Pengantin Baru buat Hazlinda & Halim....double H. sama cantik sama padan.. :D

yan's cottage said...

selamat pengantin baru...moga berbahagia di dunia dan akhirat....

wahida said...

Alhamdulillah...tahniah pada kedua mempelai...

semoga berbahagia selalu....

Unknown said...

Wah, tahniah utk pengantin dan KZ juga. Sibukkan jadi org kuat ni.Rumah pengantin prm kat mana?
Tak de rezeki kita nak jumpakan...insyaAllah lain kali.

Mia Kassim said...

Selamat pengantin baru.....moga berbahagia hingga ke akhir hayat....

AtieYusof said...

Meriah nya Kak,
makanan pun nampak sedap2..
Selamat pengantin baru pd mempelai..moga kekal hingga ke syurga:)

Nini D.. said...

Moga jodoh mereka kekal hingga ke jannah.
Selamat pengantin baru.

musang said...

bertambah lg ahli keluarga akak..selamat pengantin baru kpd mereka

Umm AA said...

tahniah kakak dapat anak sedara baru...sama cantik sama padan..meriah lak tuh kendurinya...moga kekal ke anak cucu..inshaalllah

amirah said...

tahniah untuk pengantin. bersanding dua pasangan ye. kalau buat kenduri walaupun bkn anak sendiri pun penat juga kan kak

Anonymous said...

tahniah buat pengantin, seronok terima ahli keluarga baru ni ye kak, tambah meriah !

intanfirdaus247 said...

Tahniah kepada pengantin..:)

Ujie Othman said...

ni betul2 raja sehari..kuning!

semoga rumahtangga mereka bahagia dunia akhirat.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

wah tema kuning diraja gitu kak...tahniah2 moga bahagia...

kurus said...

semoga kekal bahagia ..
seronok tgk
pelamin cantik bila digabungkan macam nie kan ..
majlis pun jimat ;)

azi said...

Tahniah!!semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah...:)

are_lin@yu said...

sama cantik sama padan..moga ikatan terjalin berkekalan selamanya ;)

mummY daniSha said...

bagai pinang di belah dua hehee

Ibu Lala said...

Tahniah dan slmt pengantin baru ye.. Terliur tgk jambu asam tu...

Shaiful Zaidi said...

Selamat pengantin baru buat kedua2 mempelai. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

adyna AB said...

tahniah kakzakie

adyna AB said...

tahniah kakzakie

aby said...

28 thn. Umo matang bg laki2 tu. Sama umo dgn aby masa mndirikan rmhtngga. Apapun selamat pngantin baru utk anak saudara kak tu

Nur farahiza said...

wahhh tahniah ye , selamat pengantin baru , lawa pengantinnye

Cho Zila said...

tahniah untuk pengantin baru moga kekal berbahagia selamanya... gituler yerk kdg rasa tak cukup 24 jam.. jeles ngan orang yang time management...

Unknown said...

semoga jodoh mereka berkekalan ke akhir hayat..

haryati said...

cantik, semoga ikatan berkekalan ye...

Unknown said...

meriah...tgk pelamin tu ...memula mencari pengantin...... rupanya dua sekali...patutler tgh kosong.....he3

OKje said...

Semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga.... Ada tak KZ kat pic yg akhir tu...pakai tudung gitam belakang pengantin pompuan yeh!

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

kuning diraja...selamat pengantin baru utk mempelai

ellynadyra said...

Tahniah dpt anak sedara baru. Betul2 raja sehari ni!

mama aini said...

Tahniah KZ..bertambah lagi ahli keluarga kan.. :)

Kayu Manis said...

TAHNIAH..TAK TAHAN DGN LAUK PAUK KENDURI

Kakzakie Purvit said...

Kalau ikutkan sibuk entah bilalah Halim ini mahu melangsungkan majlis tetapi bila mengenang adiknya telah lama menikah dan dia ada dua lagi adik perempuan akhirnya dia akur utk disatukan dgn pilihannya sendiri.

Terima kasih kakak ucapkan pada semua:-

Aisy Nasiha, Kamsiah, fairus mohd nor, Lya Colours, Queen Teratal, IntanBerlian, Faraherda.razalan, Aku Bapak, Mrs Eady, Kniedaz, Ema Blog, norhidana, Makchaq, Aien Alien, Yan's Cottage, wahida, Juhariah Johari, Mia Kassim, atiey yusof, Nini D, Redza, ummuaidan, amirah, Kesuma Angsana, intanfirdaus 247, Ujie, Lizz@haslizalizz, ieda immi, azi, are_linayu, Mummy Danisha, Ibu Lala, Shaiful, Adyna, aby, nurfarahiza, Cho Zila, Riedaffya, ibrahim, Haryatie Faizal, hainom OKje (heee... macam kakak ke dia tu), waniey aka IbuQalief, elly nadyra, mama dan Knor.

Terima kasih dgn segala ucapan dan komen.

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..
alhamdulillah..ceria & berseri tgk pasangan pengantin..
selamat pengantin baru..semoga berkekalan hingga ke jannah :)

RIZZNA said...

majlis sambut menantu lah ni kak zakie....wah buat kat dewan. hari tu adik CiM pown potong pulut kuning lapis, bonda kami buat sendiri.

semoga mereka kekal bahagia hingga akhir hayat