Monday, February 18, 2013

Sejenak berhenti di Air Hitam

Perjalanan balik dari bercuti kami tidak lupa singgah sebentar di Air Hitam. Dari dulu hingga kini beginilah keadaannya. Kedai yang berderet-deret di tepi jalan hingga sesak dan sukar untuk mencari tempat untuk parking kereta. Ada kedai lebih cantik di sebelah susur keluar highway ke JB tetapi harga lebih mahal.


Adik - Baru dikemas semua mainan dan patung diberikan pada orang lain tiba di sini dia membeli yang baru lagi

Macam-macam - Pilih saja mana yang berkenan di hati
Sayur-sayuran - Lihat ada kayu pemegang. Ada juga nyonya yang berjalan-jalan di kawasan ini menjual sayur-sayuran.

Nenas Philippine - En hubby beli 3 biji 10 ringgit. Manis cecah dengan kicap cili sedap:)

Bekas comel - Niat asal hendak membeli ini untuk dimasukkan rempah-ratus di rumah tapi tidak jadi sebab aku membeli yang botol kedap udara di kedai lain. Plain mudah kelihatan dari luar apa isi di dalam botol.
~~ Setiap kali tiba di sini aku perhati mesti ramai warga Singapore turut juga membeli-belah sama.~~

92 comments:

Kamsiah yusoff said...

bekas2 comel tu sangat cantik...

sekali pandang,suasana kat situ mcm di Bukit Bunga,kelantan...

miss yatie said...

KY tak boleh tengoklah bear2 tu, kalau boleh nak kaut semua heee

Kakcik Seroja said...

Satu hari nanti, kakcik ingin singgah di situ. InsuaAllah. :)

inazamri said...

penah sekali je sampai Air Hitam ni.Cantiknya bekas rempah ratus tu..berkenan ni.

Izwa Kamaruddin said...

syok nyerrr :)

Aisy Nasiha said...

saya penah berniat nak singgah tapi tak juga sampai setakat ni... meriah tempatnya ni... kalau pergi harus beli banyak ni..

Nik said...

kalau balik dari johor nik mmg akan lalu air hitam la. dulu rajin gak singgah kalau blk jhr.skarang dah jarang. dekat jea ngan umah mertua. dalam 15- 20 minit jea

pernah beli brg gubahan hantaran kat sana.byk pilihan

Fazleyatul Aini said...

waa best nya air hitam. lama dah tak p sana

Umm AA said...

Salam kakak..ok jgk kan menyinggah kat air hitam nie..pelbagai barangan pun ade.. mcm kat rantau panjang pun ade jgk....

sekadar satu coretan said...

saya pernah pergi sekali jer...
Itu pun dah lama sangat2...

Mia Kassim said...

Nenas tu tak tahan tengok.....mesti sedap kan....

Dylla Abas said...

bekas tu mmg comel :)

norhidana said...

betapa lama nyer dh tak singgah ke air hitam kak... seronoknyer

mama ju said...

Salam,

Selalu lalu, tapi lalu saja...
Tentu rambang mata.

Qashmere said...

Saya pernah ke sini sekali je. Hati-hati dekat sini pernah kereta kawan kena kopak cerminnya

Falsya said...

tingin nak makan nenas..makan ngan kicap pedas..tp skang nie falsya tgh pantang bende2 tajam...

Lynn said...

Bulan 4 ada kenduri kawan di Johor..harap2 dapat singgah sana untuk mencuci mata..hehe

Lynn said...

Bulan 4 ada kenduri kawan di Johor..harap2 dapat singgah sana untuk mencuci mata..hehe

azi said...

dah bertahun saya tak kesitu...mesti skarang lagi meriah tempatnya....

p/s tengok nenas tu rasa teringin sangat..nenas Johor memang terkenal dengan kemanisannya kan...:)

Liza said...

Liza jugak la tak pernh sampai ke sana lg...satu hari kena g jugak ni...hihihhi

aanie said...

berkenan sy tgk bekas2 utk letak gula garam tu....

aanie said...

kakak, tersengih2 sy baca komen kakak mimpikan adam tu.....hehe...

musang said...

wah! nenas...sedap tu, saya suka!

Anonymous said...

antara tempat shopping yg best kak !

Hanis Azla said...

mmg seronok kalau singgah ke ayer hitam tu.. tapi lebih seronok tgk barang2nya dari membeli..

Ratu Hatiku said...

Kalau blk kg jarang nak ke Air Hitam tu sebab jalan jem.. lebih teruk kalau musim perayaan :D

BERT said...

cam best je air hitam.. tak pernah singgah sinni.. lagipun lama tak jengah ke johor hehe

makchaq said...

Makchaq pernah singgah dulu-dulu masa ikut pakchaq kerja kat kem kluang.. yang ingat ada banyak jual bekas2 tembikar tu..

Yang besar pun geram bila tengok mainan gebu2 tu.. apa lagi adik..

yan's cottage said...

lama betul tak kesana kak....masih seperti dulu juga ye...barang kat sana memang murah kan...?

Unknown said...

lia dah lama x singgah ke pekan air hitam ni kak.. klu balik kg pun lalu jer...

b'kenan pulak lia tgk bekas comel tu.. :)

Cho Zila said...

lama tak singgah sini.. sekarangni kalau dari JBtu singgah JPO tak sempatler nak singgah sini lak. tapi memang bestler kalau dah gi tu memang kena beli gak sikit...

Murni Alfathunnisa said...

rambang mata dibuatnya. melonjak-lonjak rasa nak pegi situ..

sahromnasrudin said...

sy tak pernah sampai cini lg..insyaAllah jika berkesempatan ke Johor lg, akan singgah sebentar

AtieYusof said...

Tak pernah sampai lg ke sana Kak..
suka plak bekas2 tu.. nampak klasik..:)

Aziela said...

Ya Allah kakkk... Hubby saya memang sukaaaa sangat shopping kat sini. Selagi tak penuh kereta dengan pasu dan tembikar, selagi tu dia tak puas hati. Saya? temankan dia jer saya dah berpinar mata.

Kayu Manis said...

assalamualaikum kak zakie..

tak pernah smpai lg kak..

dhiera zainudin said...

ini yang selepas tol ayer hitam tu ke kak? tempoh hari pergi ke batu pahat exit ayer hitam. ada nampak jugak kedai-kedai jual barang rotan, anak2 patung, bunga2.. tapi tak adalah saya menyinggah situ. meriah ye dekat sana. pasti harga ye sangat berpatutan~

Fiza Rahman said...

Tak pernah gi lagi air hitam. Bestnya shopping.

OKje said...

Dah lama tak pegi Ayer Hitam.... dulu je masa kecik kecik... sebab zaman tu highway tak de. Nak tak nak, kalau nak gi JB mesti lalu Ayer Hitam yg terkenal dengan bekas bunga batu...
Betul tak KZ
Okje ada singgah jugak baru-baru ni tapi bukan kedai ni,tapi kedai tepi highway masa balik dari Kluang

OKje said...

Dah lama tak pegi Ayer Hitam.... dulu je masa kecik kecik... sebab zaman tu highway tak de. Nak tak nak, kalau nak gi JB mesti lalu Ayer Hitam yg terkenal dengan bekas bunga batu...
Betul tak KZ
Okje ada singgah jugak baru-baru ni tapi bukan kedai ni,tapi kedai tepi highway masa balik dari Kluang

kurus said...

fuh kak !
rambang mata
teringat zaman saya belajar , mak ayah duk JB .. selalu singgah air itam nie ;)

hazila said...

Memang rambang mata kalau singgah di Air Hitam ni. Kadang kala beli barang yg tak perlu sebab byk yg menarik.

haryati said...

mcm2 ada kat situ kan....

aizu's life said...

lameee dh x g Air itam.. kalo g sane, x tahan rs bile tgk brg2 cmni.. xpn bear.. huhu..

ANIM said...

selalu lalu sini bila turun tol ikut jalan Kulai nk ke Kota Tinggi..
tapi tulah orang johor...malas nak singgah walhal tengok rombongan cik kiah dari merata tempat berbas-bas huhu...
yg jauh dia p tapi tempat sendiri tak pandang..

Ujie Othman said...

mmg cantik kan bekas tu, saya pun prefer yg nampak dlm..sng.

saya selalu balik BP/pontian, tapi tak pernah sekali pun singgah. tak tergerak ati. Last pegi zaman sekolah dulu.

Qhaifa Nur said...

Nur yang pernah datang sini rasa tak puas shopping...
kalau bole semua nak dibeli Kakzakie..

Ayu Ayunie said...

xpenah pegi.. tp mmg ramai cakap best shopping kat sana..

Ummu Madihah said...

Salam Kakzie,

Seronok ke Air Itam ini. Semasa bertugas di JB dan keluarga di KL, memang selalu menyinggah, terutama untuk jumpa tukang jahit di Batu Pahat. Skrg dah balik KL xde lagilah. Seronok jalan2 walau hanya window shopping!

ummiross said...

Dah lama sangat ummi tak ke sana Kakzakie, bila tengok gambar ni, teringin pula nak pergi.

Dr K said...

Air Hitam...tek berubah banyak pun kan kak Zakie...saya dah lama betul tak lalu situ..maklomlah, terus lalu h/way PLUS balik JB

Unknown said...

tahun lepas ketika balik dari Pulau Tioman, PM dan wife singgah sebentar di Air Hitam...beli sedikit buah tangan untuk keluarga terdekat...memang rambang mata apabila berada di Air Hitam...hehe

Ruse Sulaiman said...

Lama sgt tak pergi sini. Baru ni nak singgah tak sempat.

Rozita said...

Dah lama tak ke air itam nih semenjak ada nilai 3..

Unknown said...

setiap kali balik kampung jalan ni lah yg saya akan lalu tapi tak singgah pun kerana susah mengurus anak yg kecil kecil kuat berlari tu...

Unknown said...

kak zakie, saya setiap kali balik kampung memang akan lalu di air hitam tapi tak pernah menyinggah sebab sukar nak mengurus anak anak kecilyg kuat berlari

lieyalatif said...

betul tu kak..wajib singgah di air hitam..cuci2 mate sambil cuti2 poket heheheeheh

faraherda.razalan said...

Kak, sy dah lame tak singgah Ayer Hitam ni. Agpun, tatau nak beli pe. Sy tak minat sgt porselin.

MAZLIZA ABD RAZAK said...

anak saya klu nmpk mainan gantung2 tu , laju ja dia menuju :)

Unknown said...

blm pernah lg ke sini kak.. asik dengar org ckp jer.. padahal byk kali juga dah menuju ke area sini.. ;)

Cikli said...

"Abah dah sampai kat Air Kotor," kata Talhah.
"Air Kerohlah..." Yong membetulkan.

Suraya said...

wawa selalu gak singgah sini kak...cari kerepek. pastu, suka beli kepek pisang tanduk...hihi...arga pon ok..tadek mahal sgt. ada tak beli putu piring yang jual kat ayer hitam tu?

PeRdU cINta said...

akak kat air hitam tu famous dgn pasu bungakan kak..kalau musim kerja kawin ramai sangat orang beli bunga telur..cenderahatilah..kerepek2..tapi kena pandai pilih kedai dan kena pandai tawar menawar la kak..hihihihi..

Unknown said...

lama x pi sini sejak ada highway... kalu dulu lalu jalan lama, nak balik kampung wajib singgah sekurang2 nya berenti makan..

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam kak..
wah..cma x pernah jejak kesini lg..
maunye rambang mata bila tgk kedai mcm ni.. huaaaa...

nadz said...

Salam,
Macam kat Padang Besar jugak.. Mama nadz pun suka bekas2 kedap tu..itu tak pernah nampak terjual di sini..kalau jumpa mama nadz pun nak beli..

TiranaAduka said...

salam bakyu ku
Nanas kui sebiji pirang ringgit.nanas gandol ke kui.? Opo nanas muris? Kok gedi banget

TukangKebun said...

Lama tak pergi sini. Dulu rajin singgah tengok barang untuk perhiasan kahwin.

EmpayarUtama said...

Lamax ke sana. Harga dah agak mahal kan?

ibuintan said...

lama dah sy tak pergi sana, kali akhir rasanya masa zaman gilakan pasu besar untuk letak bunga di akar kayu dulu... pergi dengan rombongan cik Kiah lagi masa tu


rohayu osman said...

kat sini mmg murah2 kan kak... lau yg deret bangunan baru tue mmg mahl sikit... bonus lau akak tahu speking JAWA.. lagi dpt murah...

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya kakak selalu tidak singgah ketika pergi-balik Batu Pahat, tetapi pada hari itu masih awal anak-anak pula semua ada lalu kami singgahlah sebentar. Kami pun sekadar membeli apa kehendak anak. Abang pun hanya beli nenas.

Terima kasih buat semua yg menitip komen di sini:-

Kamsiah, KY, Kakcik Nur, inazamri, Mrs Eady, Aisy nasiha, nik ros, Lya Colours, ummuaidan, ainnoraini, Mia Kassim, Dylla Abas, norhidana, Mama Ju, Qashmere, Falsya, Lynn, azi, Liza, aanie, redza, Kesuma Angsana, Hanis Azla, Ratu Hatiku, Bert, makchaq, Yan's Cottage, Ismaliana Sulaiman, Cho Zila, Murni Alfathunnisa, Sahromnasrudin, Marsita Yahya, Aziela, Atie Yusof, Knor, Dhiera, Fiza Rahman, hainom OKje (kawasan Air Hitam janji tepi jalan boleh katakan ada jual itu semua), ieda immi, hazila, Haryati Faizal, aizu's life, Anim (biasa memang macam itulah Anim), Ujie (kakak ni singgah pun kerana ikut kehendak anak Ujie - selalu pun tak singgah), Qhaifa Nur, Ayu, Ummu Madihah, Daddy Ziyyad (betullah tak berubah dari dulu hingga kini), Ummiross, Papa Mifz, Ummi Iman, Rozita, Fadilah Aziz, Lieyalatif, Faraherda.razalan, Mazliza Abd Razak, Queen Teratal, Cikli (Air keruh boleh dijernihkan tapi kalau dah hitam macam mana nak putihkan CIkli hihi...), Suraya, Perdu Cinta, Maszmadi, ♥ Cmª shIemª ♥, Nadz, TiranaAduka (wong gede ngomong jenengnge nanas filipin yo emboh kakak orak reti tenan opo orak. Utu moris tapi), Tukang Kebun, Empayar Utama, ibuIntan (sampai sekarang benda itu pun masih ada bermacam dijual di sini cikgu) dan Rohayu Osman (oh ye ke? kakak tak terfikirlah pulak).

Buat semua terima kasih sekali lagi.

Izan Ishak said...

seronok sekali sekala jalan2 kat ayer hitam ni kak zakie. ahad lepas pun kami singgah pasar malamnya. dulu2 masa duduk parit raja rajinlah ke sana. tapi dah duduk di bp ni jaranglah kecuali mmg ada benda yg dihajati kat sana.

Mrs Velentine said...

tak pernah smpi lagi..drg cakap kat sini murah2 brgnya..betul ker?

HeNRieTTa JoSe said...

xpernah trun smpai air itam lgi...teringin juga nak kesana....klu ada rezki...dalam pertengah Mei...

kay_are said...

rasenye tak pernah lagi jejak kaki dekat sini.. jarang jarang sangat masuk area kedah tu..

Cik Rose said...

memang seronok kalau singgah air hitam.. hihi.. borong sakan ye akak :) hihi

Unknown said...

dah lama tak singgah tempat camni,,mesti rambang mata dibuatnya

QasehnyaRania said...

duk jb dulu tp tak berkesempatan nak pi sana ;)

fieda said...

mmg seronok shopping sini..

Irfa said...

mcm2 ada..rambang mata klu mcm ni

ayut said...

ehhhhhhhhhhhh...pekan saya!!hihihi..terima kasih singgah blog... :))

Sue Bee said...

lebih kurang sama seperti di Serikin,Bau Sarawak..kalau lah Sue pegi tempat ni..boleh bertambah rabun mata ini..

Unknown said...

pernah pi air hitam sekali jer...beli pasu...he3,...dulu3 kan femes.....

Unknown said...

dekat Singapore susah nak cari barang murah2 macam ni agaknya...beruntung kita kan

Nastyna said...

saya suka bekas2 tu, kalau boleh nak beli banyak2, tak tau nak letak apa hehe.

Kakzakie Purvit said...

Kalau ikutkan hati semua nak beli tapi kena fikir ianya betul-betul kita perlu atau tidak.

Terima kasih juga pada: -

Izan Ishak, Mrs Velentine, Henrietta Jose, Kay_are, Ros_reeza, izan mama mia, QasehnyaRania, fieda, Irfa, ayut, Sue bee, Remy Hazza, Ann Ishak dan nastyna (boleh isi garam, asam dsb).

Terima kasih sekali lagi:)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani kan kak kalu tgk kedai yg jual bear2 mcm tu geram sgt tau hihi

aziazib said...

kecur mulut ni terbyg dpt mkn nenas dgn kicap. dapnyrr....

mummyrinazone beauty said...

besar juga yer nenas philiphines2..manis tak kak?

Ibu Lala said...

Bestnye shopping kak. Brg murah2 ek...

Anonymous said...

fuhh..kene thn nafsu nie klo pegi tmpt2 mcm nie..slh perhitungn..boros jadinya..huhuu..