Tuesday, April 30, 2013

Bila batuk menyerang

Botak kepala hubby pun sudah panjang rambutnya tapi batuk aku tidak kebah lagi. (Hainom Okje kalau hendak tahu rambut lelaki botak cepat tumbuh balik tau, inikan pula sudah sebulan.) Tidur malam pun tidak lena dek gangguan batuk. Begitu juga di dalam pejabat sebentar-sebentar mesti akan ada suara batuk aku memecah kesunyian. Macam-macam cara sudah dibuat tapi tidak menunjukkan perubahan. Macam-macam petua diikut tapi tidak juga kebah.

Vitamin C - Redoxon ini aku beli di farmasi ketika di Mekah. Masih banyak berbaki tapi tidak juga lega. Ambil juga vitamin C dari Amway yang kakak aku jual juga tidak tercapai maksud.

Lemon + Madu - Ada petua kata minum ini aku buat juga tapi tidak jalan. Minum air buah semangkuk (buah yg macam buah kana bila rendam kembang) pun tidak baik. Minum madu+kayu manis pun sama juga tidak ada perkembangan.

Akhirnya - Tidak tahan lagi aku pergi ke klinik.  Kalau tidak kena akurlah mungkin telah tiba masanya suara ini berubah. Sebenarnya sebelum ini sudah pergi tetapi ubat yang lain. Ubat batuk yang mula-mula pergi coklat kali ini doktor bagi yang warna merah.

~~ Adik balik champing kena batuk dan selsema. Menghantar adik berjumpa doktor, aku pun mengambil kesempatan berjumpa doktor juga. Nampaknya sehari-dua ini bagaikan sudah berkurang. Mungkin hendak cukupkan sebulan batuk agaknya baru sembuh.~~

79 comments:

Aisy Nasiha said...

ni yang kak zakie bagi tahu aritu? la lama betul ni...
dah agk dah, akak tak pergi klinik ni... ni try lah berubat dengan ubat klinik pulak ye... semoga kakak zakie cat sembuh daripada batuk ni.. kesian kalau batuk lama.....

Kamsiah yusoff said...

jiran saya kata,segala ubat batuk dia dah makan,yg petua org2 tua dah amalkan tp tak baik2 jugak batuknya..
kalau saya,batuk..makan aiskrim hehe..lega rasa kerongkong..

ANIM said...

kakzakie, la..alhamdulillah, batuk saya hampir sebulan dah beransur kurang sampai tak tahu ubat mana yg serasi cuma takleh kena aircon. hi goat pun saya minum. alahan tu kak..cuaca panas, kemudian sejuk, kemudian panas lagi. satu lagi ubat batuk jenis merah tu boleh lena dibuatnya.

p/s tak pe kak, Allah nak bagi pahala kat kak.

Mama4hero said...

tu la..kalo batuk/selsema dah menyerang..mmg lmbt nak baik..m3h pun xde petua nk di kongsi..cuma m3h kalo batuk..kerap minum air suam..xde minum air lain dah

Acik Erna said...

assalam kakzakie..batuk 3 bulan orang kata.
anak acik batuk sejak cuti sekolah dulu tak baik2 lagi..lepas tu doktor kta..sekarang tak boleh dah makan ubat batuk hitam bertambah batuk..tukar ubat batuk merah..kurang pulak batuknya..

ummiross said...

Salam Kakzakie..

Memang kadang-kadang ada jenis batuk yang lambat baik kan...Ummi harap ubat kali ni sesuai dengan Kakzakie, moga Allah memberi kesembuhan jua,insyaAllah.

iietamalek said...

salam singgah kakzakie..

JunAina said...

Kadang2 batuk ni susah nak baik, ada sampai 2 bulan batuk dan macam2 ubat dok cuba. Insyaallah kita dah buat pelbagai usaha nanti jumpalah ubat yg serasi.

mala said...

perubahan cuaca kat sini pun sama. bila berubah cuaca sejuk ke panas/panas ke sejuk mmg ramai yg sakit

Masya said...

cuaca skrg ni mmg semacam jer kan... kat tekak... makan madu tu mmg bgs.. amalkan pagi² x batuk pun amalkan... tu lah ada org kata campurkan lemon sikit.. x pernah lg sy buat...

aanie said...

sy x leh telan ubat batuk klinik...pahit sgt.....lebih rela beli sendiri kat farmasi yg ada perisa.....hehe....

norhidana said...

batuk nih kalu tak sesuai ngn ubat nyer mmg tak berenti2 kan... kadang tu sampai tak larat dh nk btk, dana klau batuk teruk tu batuk yg sekali ngn asthma mmg seksa...

che mid said...

Salam, hadiah balik umrah tu kak.. he he, susah la nak mengajar mengaji macam tu.. tak boleh tarik suara.. Insyaallah, alon-alon yo..

lieyalatif said...

Alahai sian akak...lieya ni pun baru baik batuk kak..2 bulan tu x baik2...amik ubat tradisional mcm akak laa mule2nye....madu lah lemon laa kicap laa....pastu kawan2 takutkan lieya ckp ade tibi terus pi klinik hehehehe doktor bagi antibiotik ngan ubat batuk power terus baik kak...aduhhhh.....

Moga akak cpt sembuh key...

JaSSNaNi said...

kesiannya.. batuk ni kalau dah kena mmg susah nak buang.. kalau time tido tu mmg tak lena di buatnya.. moga cepat sembuh ye..

Lydia Miza said...

Moga cpt sembuh kak... Kalau esok x sembuh g klinik lagi ye sbb takut kuman masuk paru2. Adik dah kena dah aritu.

Nisah Idham said...

ada pendapat yang nisah baca, layar bawang putih ke atas api, pastu tumbuk kasar, campurkan dengan minyak. then sapukan pada tekak. Nisah tidak pernah cuba, tapi pernah terbaca. Ubat Batuk ni kadang-kadang nisah tak tahan sebab mengantuk, biasanya nisah banyakkan minum air suam yg panas2 sikit.

apepun,semoga kakak cepat sembuh ye.

Kuazue Mohamad said...

as salam kak..
cuba kak minum minyak habbatussawda plak... in shaa Allah...

Annamariana1989 said...

sis, kalo nak hilangkan selsema dengan cepat cmna ek?
rimas dah anna...

Kniedaz said...

lama tu...memang tak selesa kalau batuk berterusan ni kan kak..

Ibu Lala said...

mak saya dulu kak berbulan bulan batuknya. makan madu campur limau. alhamdulillah baik.

moga cepat sembuh ye kak.

amirah said...

semoga batuk akak berkurang cepat ye. amie dulu tak tahan betul kalau batuk tapi amie minum kicap campur limau baru kurang sket kak. ubat semua tak jalan. yg tak laratnya sebab batuk tak dapat tidur lena. asik terjaga aje

Umm AA said...

Sebulan tuh lamanya kakak batuk tuh..hmmm kadang madu tuh amekms jgk nak mujarab kan..ummu sll kalau batuk takleh tido cepat2 jer gie amek ubat ngan doktor..cepat sketlah surut..inshaallah..

are_lin@yu said...

akak batuk ka?aritu ayu batuk jgk mmg dkt 2 mgu tak ilang last2 mak bg ubt bji kcik ja..kna kulum ja..br mkn 2 bji dh ok..alhamdulillah serasi kot kn..

Mia Kassim said...

Assalam kak...
lamanya batuk, selalunya kena makan antibiotik dah tu sbb takut ada jangkitan kuman...
Semoga cepat sembuh...

Ujie Othman said...

Ckp pasal batuk, sorang anak sedara saya kena tahan seminggu kat wad pontian sbb disyaki TB. Ni dh keluar, tp masih dlm pemantauan.

Ratu Hatiku said...

Sekarang nie mmg musim kan kakak... Semoga cpt sembuh ya.. Amin

Unknown said...

semoga cepat sembuh ya kak. aqil pun batuk. sbb sejuk tido malam takmo berselimut. saya letak hirisan bawang besar kat tempat tido dia ngan campuran bawang besar+madu. alhamdulillah da makin reda..tapi kipas pun kurangkan jugak.

macam2 petua ada. tapi kena tengok yg mana serasi jugak kan..

aby said...

Salam kz,
Nmpak gayanya kena sntiasa kulum Hack atau gula2 Vick selalu. Rara lega kerengkong tu. Apepn semoga kak cepat semboh

Liza said...

salam kak zakie, sekarang ni mmg musim demam kan, perubahan cuaca...anak2 Liza pun semua kena, sekarang berjangkit kat umi dia pulak, dah la umi dia ni liat nk g klinik....hihihi

Ummi Nur said...

Assalam
Moga cepat sembuh..ingatlah..ubat hanya alat, yg menyembuhkan Allah..

Qhaifa Nur said...

Nur cukup takut kalau batuk ni Kakzakie, cepat saja suara bertukar jadi rock...alahai

moga cepat sembuh...

Mak Wardah said...

Kak Zakie, kalau batuk ni lama2memnag tak selesa betul....adakala macam mengganggu solat jugak tapi saya doakan batuk akak cepat sembuh

azian said...

kak zakie...lamanya batuk....semoga cepat sembuh...mujib pun baru2 dia batuk2...kami balik johor minggu...hihi...selamat mengundi ye...

aizamia3 said...

moga kakzakie dan adik cepat sembuh hendakNYA..

Mia Liana said...

mia pun tengah batuk juga ni kak zakie..

Mia Liana said...

mia pun tengah batuk juga ni kak zakie..

AtieYusof said...

ALhamdulillah batuk Akak dah beransur baik...harap2 lepas ni sembuh sepenuhnya. sy jarang batuk, tapi bila batuk kekadang lama jg br sembuh...

Unknown said...

masa zura batuk haitu blogger Daddy ziyyad suh amalkan kan teh lemon suam dan minum air masak byk2.. elok~ menjadik ngan zura..:)

haryati said...

semoga akak cepat sembuh ye... yati klu sakit camtu mkn masa nak baik tu yg tak suke tu...

Unknown said...

dah lama akak batuk ye...... semoga cepat sembuh.........
minum air banyak2 ye kak.....

Kayu Manis said...

SEMOGA CPT SEMBUH YE KAK..KNOR PUN SAKIT TIGA SERANGKAI LA NI...APA PUN TAK BOLEH...SATU BDN SAKIT

Fiza Rahman said...

Smoga batuk akak cepat sembuh. MEmang perit kalo batuk ni. Nak tido malam pon tak boleh.

dhiera zainudin said...

get well soon kak. buat adik pun sama cepat sembuh ye~

Dr K said...

Salam Kak Zakie...
Lama tu akak batuk...suami akak yg botak balik umrah pun dah tumbuh rambut..:)

Ada sesak2 nafas ke kak?
Petua( selain ubat) saya: minu teh o suam perah lemon.

Kalau takde improvement lepas start antibiotic, better buat blood test( WBC count), KIV for chest xray.

OKje said...

hehe...gitu eh rambut lelaki...
lelaki come le jugak kepala botak...kalau pompuan? hehe....
Hari tu Anim pun batuk jugakkan KZ....mungkin boleh ambik petua dia kalau masih belum kebah....

Biasalah tekak tu KZ, tak rasi ngan klinik kat Mekah hehe, dia nak jugak bagi rezeki klinik kat sini...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

sekarang ni musim kan kak batuk selsema ni...saya kalo batuk makan ubat batuk hurix...

Unknown said...

mmg musim sakit kan skang ni..moga cpt smbuh yer kak...

Unknown said...

mmg musim sakit kan skang ni..moga cpt smbuh yer kak...

Shaiful Zaidi said...

saya pun batuk jugak..dah 2 minggu

Anonymous said...

siannyer akak... kalau KA semua ubat dah tak jalan minum air rendaman taugeh yang dicampur gula batu (petua di blog KA) in shaa allah so far mmg menjadi ! take care ye kak !

miss yatie said...

batuk memang mcm tu kak, susha nak baik, sama jga mcm selsema..sakit habis urat2 kalau batuk, hope.akak cepat sembuh ya

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam K.Zakie..
dah sebulan ke batuknya tu??
lamanya? klu x reda jgk batuknya elokla berjumpa doc di hospt..

batuk mmg memeritkan perut..semoga adik & kak zakie cpt sembuh..
cma pun tak beberapa tahu lain2 petua utk reda kan batuk..

Tie HT said...

saya penah minum teh honey lemon, sedap sungguh rasa tekak ni..mo ga cepat sembuh k..insha Allah

Nory Zoulkefle said...

nory kalau batuk, memang tak pantang, nory minum je air sejuk, ais semua...hehehhe...

zila norazila said...

kes akk nie mcm zila jgk..aritu batuk x ilang2 naik risau jadinya..segala petua dh diikut..last2 ilang sendiri..agaknye dia dh fadup kot..he hhe

musang said...

semoga cepat sembuh kak

MOKCIK AZWA said...

Salam KakZakie..

kasihannya batuk belum kebah2 lagi ya..

teringat Kawan Azwa yang baru balik naik Haji beberapa tahun lepas. Lama juga selepas balik dari Mekah batuknya tak pandai nak sembuh.. sampai sakit dada katanya. Last2 doktor bagi sejenis ubat, nama tak ingat dah tapi kaler hitam pekat..barulah batuk dia beransur sembuh.

Semoga akak pun akan cepat sembuh batuknya dengan izin Allah, insyaAllah.

Aziela said...

Tidur terganggu tu yg tak best tu. Kadang2 sampai sakitt dada bila batuk kan kak. Tapi dah ada ubatnya tu, oklah tu. Insya Allah.

Fazlina Ridzwan said...

speedy recovery kak...

Muja.. said...

batuk ni dengar mcm biasa jer tapi kalo saya terkena mau sampai tenkencing dlm suar kak..huhuu smoga cepat sembuh yer kak

Murni Alfathunnisa said...

saya pernah batuk sampai dua tiga bulan baru nak sembuh. memang kadang2 batuk ni melarat. apa pun..ikhtiar jangan putus ye kak.
bawak bersabar. in shaa allah. saya doakan batuk akak cepat sembuh...

Zaitun said...

Kesian kakzakie...kak Zai doakan semoga batuk kakzakie cepat sembuh.

BinMuhammad said...

Ramai pula yg mengadu batuk berpanjangan ni. Mungkin cuaca dan udara yg kurang bersih. Sabarlah...teruskan berusaha dgn apa cara sekali pun dan jgn lupa berdoa, insyaalllah...sembuhlah nanti tu.

Eye_nee said...

As-Salam..
Belum diizin kan tuk sembuh kan kakzakie....berikhtiar selagi daya yer kak..InsyaAllah..masa jd penentu...

Unknown said...

batuk..kalau izan tgg baik sendiri jee..jenuh telan ubat mmg tak jalan...err suara dah ok ker kak sbb kalau batuk..soara pun bertukar

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak zakie...atie aritu dekat 2 mfggu lbh batuk,mmg seksa rasanya bila batuk ni kak.
Atie doakn akak & anak cepat sembuh ya.Aamiin


Betui tu kak zakie..klu sapa yg berminat dgn PEMANGGANG AJAIB..time atie promosi ni..elok cpt2 grab.

Mat Gebu said...

salam Kak Zakie - Abg sulung saya yang pergi Umrah awal dari akak, pun masih ada lagi kesan batuk2....huhu..

Tinta Lana said...

Kak, lama nak baik batuknya..

Saya setahun skali ada kena batuk susah nak baik camni..batuk kering.. sakit sangat, bila terbatuk tu, sampai pegang2, tekan2 dada,huhu

rohayu osman said...

semoga cepat sembuh ya kak... in sha Allah.. mudah2an ya.. penyakit penghapus dosa...

Ruse Sulaiman said...

Kesian. Lama juga batuknya. Kdg ada juga batuk yg degil. Sebenarnya dah imun dgn apa yg kita ambil. Saya cuba petua kulum bunga cengkih dr blog MJ. Alhamdulillah menjadi. Moga cepat sembuh ya..

Puan Kutu said...

batuk memang menyiksakan apatah lagi didiringi sakit tekak..semoga cpt sembuh ye kak..

zulaikha megat said...

boleh sakit segala tulang belulang kalau batuk terlalu lama..saya jarang kena batuk..pling lama pun seminggu jer..

Nina Mads said...

boleh sakit seluruh bdn kalau batuk tak hilang.. cuba minum air gamat.

Bunda_nora said...

salam KZ, bunda pun kalu dapat batuk mmg jarang keklinik..makan bahan2 petua yg ada dulu.. tak sembuh jgk baru gi doktor..

TiranaAduka said...

salam bakyu ku
Di paringi gelis warah yo..walah kok melas temen watok2.
Selamat hari pekerja bakyu ku

intanfirdaus247 said...

kesianyya kak zakie.memang lama kalau batuk..intan dulu dgn husbnd batuk mmg lama nak sembuh..sampai intan geram sgt, intan makan je aiskrim bagai.

RIZZNA said...

hadoiii kak zakie? dah okay belom batuk tue? madu tu perah limau pown tak jalan jugak....? huhuhu.... jelom ubun2 kepala tu selalu, baca selawat, in-sha-Allah

QasehnyaRania said...

semoga cepat sembuh ye kak :)
dan selamat mengundi