Hampir menuju ke pengakhiran N3 sewaktu kami sekeluarga berada di tanah suci. Sekali lagi mengimbau hari-hari terakhir sebelum kami pulang ke tanah air.
|
Baskin Robbin - Pasaraya di sana pun ada Baskin Robbin kegemaran anak-anak. Nasib baik walaupun adik makan aiskrim setiap hari tetapi tidak batuk. Aku dan hubby memang tidak menghalang dan tidak mahu hati berdetik bimbang agar semuanya berjalan lancar - tawakkal betul-betul Alhamdulillah sihat. |
|
Bin Dawood - Adik membeli mainan di sini. Minyak wangi pun manis dan harum di sini. Berbagai-bagai aroma untuk dipilih. Harga dari yang murah hingga ribuan riyal pun ada. |
|
Hudaibiyah - Miqat terakhir untuk umrah kami. Sebelum bermiqat boleh lagi memakai purdah tetapi selepas berniat kenalah buka purdah. Satu daripada 13 larangan tidak boleh tutup muka seperti berpurdah ini. |
|
Hudaibiyah - Tempat dimana terpetrinya perjanjian Hudaibiyah. Gencatan senjata selama 10 tahun itu juga membuat Islam kian berkembang. Kalau kita kaji isi perjanjian Hudaibiyah bagaikan berat sebelah dimana umat Islam yang lari pada Quraisy tak perlu dikembalikan tetapi Quraisy yg lari kepada Islam tanpa kebenaran keluarga kena kembalikan pada mereka. Tetapi kebijaksanaan Rasulullah itulah yang membuat ramai qabilah Arab bertambah menghormati baginda yg akhirnya membuat Islam bertambah kukuh di Mekah dan Madinah. |
|
Bercukur - Balik dari Hudaibiyah kami solat zuhor di Masjidilharam seperti biasa. Selepas solat Asar kami meneruskan rukun umrah kedua iaitu bertawaf, diikuti saei dan bergunting. Papa bukan saja bergunting di Marwah tetapi terus bercukur . Umrah terakhir ini barulah papa bercukur terus. Adiklah orang pertama meraba-raba kepala papa sebaik papa selesai mandi. |
~~ Kejadian benar. Masuk hari ke tiga ketika di sana kami semua terasa perit hidung sehingga bila membersihkan terasa ada darah. Minum air kena lebih sebab cuaca agak panas. Tetapi adik dengan bangganya mengatakan hanya dia saja yang hidung tidak berdarah. Pagi adik bercakap petang adik sudah kena. Aku nasihatkan adik supaya bersolat taubat, alhamdulillah doa adik didengari Allah - pagi esoknya sembuh. Mulut dan hati kena bersih.~~
68 comments:
subhanallah... kesian adik..
sejuk je nampak...
syok la adik dpt mkn ais krim hari-hari
kesian adik..
Salam, nampak sangat adik anak manja. Selalunya anak paling manjalah yang boleh gosok-gosok kepala abah he he
iyalah kat mekah x boleh cakap sebarangan..
Salam kz,
perasan tk masa ambik wuduk di masjid
hudaibiyah ni, airnya rasa masin, ada rasa mcm air laut.
Masjid tu mcm masjid kmpung kita jer kan.
Wah... Okeh paholo nay seng lanang... Rambut tay kabeh d tinggal neng kono ...
kesian adik...
Sronok mengikuti jejak2 kakak ditanah suci ini dgn rentetan sejarah..jika melihat sendiri mesti lagi terasa kan...hmmm kat mekah tak leh cakap sembarangan kan..tanah haram...
hudaibiyah.. teringat lak pasal perjanjian tu.. sronoknye akak dpt jejak kaki ke sane..
*cian adik :)
assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah selesai juga ibadat yg perlu dilakukan...;)
kesian adik.... tapi memang betullah.. kat sana memang kena jaga tingkah laku dan juga pertuturan, even apa yg kita fikirkan pun. cuma budak2 ni kekadang terbabas jugak kan..
Anak saya masa first time ke mekah dok beriya cakap dah takmo datang dah sebab panas sgt..tapi as ibu saya takut sgt doa tuh termakbul, so saya doakan moga dia akan sentiasa merindui tanah haram ini dan dijemput berkali kali lagi dengan harapan doa makbul seorang ibu. Alhamdulillah, next year nyer Allah permudahkan kami kesana lagi.. dan sekarang dia cukup peka dengan waktu kat mekah dah pukul berapa hihi.. pastu kalau tgk live telecast kat TV tuh dok cakap jer rindu nak pergi lagi hihi
Sgt benar kak zakie...ju pernah ke sana byk dugaan..oh sabar dan mulut kena jaga selalu...disanalah Allah nk uji umatnya dgn cara yg lain...adik comel lah :)
Salam kak zakie..
Indah sungguh cerita2 di tanah haram.. rasa cukup seronok membacanya.. tercuit juga dgn telatah adik yang comel tu..
seronok tengok adik ngan abahnyer... orang kata makan aiskrim kat sana tak batuk (mak sayaler sebab dia susah nak makan kat sana , hari2 aiskrim)
best la adik ye hari2 dapat makan aiskrim..cuaca memang panas tu sebab kalau kurng air mesti batuk atau hidung brdarah
Kita yg dewasa pun boleh terlepas kata, inikan pulak adik yg masih budak.
Cuaca panas mmg sedap makan aiskrim kak...
betul lah apa selalu diingatkan, bila sampai di sana kena jaga adab dan tutur kata....
nak baca lagi dan lagi dan lagi.. ;)
tak tahulah kalau anak2 niekan kak ..
pelik juga panas2 dia masih x rasa tekak sakit dgn makan aiskrim .. kalau saya x masuk dah
cuaca sana memang x menentu kan kak , tapi kata mak disana selalunya panas , jarang hujan dan sejuk nie ;)
kesian adik..mungkin dia tak sengaja tapi Allah ampunkannya. :)
Adik kecil lagi...kadang2 alpa juga. Sedangkan yang dah dewasa pun lagi sering tergelincir. Namun, pengalaman dan pengajaran itu pasti di ingati adik selamanya. Insya Allah.
Kak Zakie...budak2 memang macam tu kadang2 dia bercakap tanpa berfikir atau mungkin niatnya bukan menunjuk2 cuma nak bagitahu.
Hehe dah botak dah cik Abe KZ...alahai samanya muka adik ngan papa....
Tulah kan KZ.....setiap kata kata kita didengari Allah dan diberi peluang untuk merasai apa yang dikata tu....
Seronok pun ada, ngeri pun ada....
Moga sampai jugak sefamily ke sana nanti
suka baca kisah adik & tengok gelagat adik, hehehehe...
alahai...kesian adik. seronok betul izan baca coretan kak zakie sepanjang berada di sana. byk yg belum khatam ni...
Alhamdulillah... akk dah sampai sana... InyasyaALLAH saya juga nak kesana... amin...
kesian adik yer, nampak Adik rapat sungguh dgn ayahnyer. teringat KA kecik2 sebab KA mmg lebih rapat dgn arwah abah hinggalah ke nafas terakhir arwah.. alfatihah untuk arwah abah di jumaat ini !
kesian adik...
betul la kak, kat sana kena jaga mulut dan hati biar bersih...
insaf saya baca kak...
sweet sangat tengok adik suap aiskrim tu...
seronok tengok family akak ditanah suci...
Alhamdulillah semua berjalan lancar...
Ros pun biasa tkena masa g sana.. Duk ckp kata xde 'anjing' di sana..sekali ia lalu..masyaallah,,, tgamam sebentar... Tkut+insaf nk kata lg... :(
As salam wbt Kak,
Marya baca semua entry umrah akak ni... Masya'Allah seronoknya :))
Hudaibiyah...rindunya...
Alhamdulillah doa adik didengar Allah swt.
Kalau kat sana tak boleh cakap sebarangan kak kak. Kesian adik. Tak sengaja ckp mcm tu kot ☺☺
Bestnya baca perjalanan umrah akk.
seronoknye baca cerita2 dari sana..:)
Ummi selau rasa terharu setiap kali melihat suami bercukur botak selepas menunaikan umrah, tak taulah kenapa, mungkin rasa syukur sangat sebab dah dapat selesaikan tawaf dan sae dengan sebaik mungkin.
Yelah Kakzakie kan,kena jaga percakapan disana, ummi pun selalu berhati-hati, yelah takut tersasul ke apa.
betul tu kak, kat sana tak bley cakap besar kan...
adik terlepas cakap tuh Kakzakie...
selalu dengar datang ke rumah Allah hati mesti bersih...mulut pun sama minta yang baik-baik saja....
adik nampak ceria je..
saya pun ada berdarah hidung kak. suami dan MIL dah pesan jangan mandi siang (jam 9), kalau nak pun lap2 badan saja. sudahnya masa nak p buat umrah, berdarah hidung. istighfar panjang, MIL suruh basuh dengan air zamzam dan alhamdulillah, kering tak semena-mena..
Alhamdulillah Akak Zakie selesai menunaikan ibadah umrah, semoga akak sekeluarga diberkati Amin..
menng betul..lidah dan perbuatan kena jaga bila di tanah suci..
saya pasang niat moga sampai juga kesana dlam waktu terdekat nih..insyaAllah..
Mst adik manja dgn papanya ya kakak...
Betullah kata org bila ke sana mmg kena jaga lidah dan perbuatan kan kakak...
kat Tanah Suci.. memang betul-betul kena pantang lidah kan... salah cakap jer.. terus Allah tunjukkan
alhamdulillah semuanya selamat..saya kat sana perit tekak sebab suka minum air jambu batu kot..wallahualam :)
bertuah adik..manja dgn ayah..
salam bakyu ku
Sabar ta ni. Terbakar dgr kisah2 bakyu disini..doakan sis
Terima kasih bakyu atas doanya.
Igik ngelos2 sikel ley iki. Kok aboh..melaku2 waei.
Salam Kak Zakie..sihat harapnya..
best kan jalan2 kat tanah suci..
puas la jalan.. pasni tah bile lagi dpt jejak kaki ke sana kan kak,
betul la..kat sane, hati kene sentiasa suci..takleh ckp besar..
hati kene ikhlas n rendah diri selalu..agar tidak berlaku yg tidak diingini.. Alhamdulillah kan kak Zakie.. berjalan dgn baik semuanya..
pst: Kak Zakie gambar terkini anak2 twin InsyaAllah... tapi takat ni byk simpan... tunggu perkembangan kami terkini ya.. InsyaAllah...
mmg betul2 anak papa lah si adik tu... hehehe adik masih lg tak tau cara atau adab2 bile ke sana, apa yg dia rasa itu yg dia ckp...
tp itu kire pengajaran bt adik
murah x makanan kat sana..
Hihihihih..kepala suami kak zakie dah botak licin...;)
Baskin Robbin kat sana harga dia sama tak macam kat sini?
Salam K.Zakie..
cma belum ade rezeki nk jejak sana,,baca kisah akak pun dh buat hati meronta2 nk pergi..
kenapa diusik2 kepala papa tu adik?? pelik ya?? hihi..
betulla kak..kat tanah haram ni apa yg dikatakan pasti akan termakbul..
pengajaran jgk buat cma ni..
cahayacinta.com
salam..
semoga saya akan ke sana suatu hari nanti
Kalau banding dengan tempat2 bermiqat yg lain nampak macam Hudaibiyah ni tak dibangunkan sangat kan.. Masjid dia pun nampak macam antik/masjid kampung ja..
Kat Tanah suci memang dibayar cash kan.. supaya kita sentiasa bertaubat atas silap kita....
rapat adik dengan abah dia yer :) tu la, lidah memang kena jaga kat sana kan.
Kat sana memang kena jagakan kakZakie pertuturan semua,alhamdulillah adik sembuh.
Eh dah nak habis ke kak.. Masih tak puas melihat gambar2 dan baca kisah akak waktu di Tanah Suci.. Nur tak pandai nak mengarang ayat macam akak.. Akak singgah Masjid Terapung di laut merah Jeddah tak? Dulu kami singgah sekejap tapi tak masuk ke dalam masjid...
manjanya adik ngan bapa dia mana ibunya..main sorok2 lagi ler tuu... pengalaman yg indah disana kan..tq berkongsi
best nya.. semoga saya juga akan dapat ke sana...
Bila baca coretan kak zakie nii terasa nekcik pn ads kst bawah pokok kurma sambil minumu teh tarik ngan karamel....sedaaap
kesian adik.tak pe. jd pengajaran kan kak.
wah kt sana pun ada bskin robin ekk.dptlah mkn aiskrim..
tu la kan kt sana mmg tak boleh sebarang cakap.budak2 biasa la..at least adk dh dpt pengajaran
Seminggu sudah berlalu masih belum tamat kisah kakak ini. Mohon maaf sekadar paparan sebagai ingatan kakak saja.
Terima kasih kakak ucapkan kepada yg tidak jemu membaca: -
Dkna Abza, Mazliza Abd Razak, Mrs Eady, Che Mid, Masya, aby (tiap kali lungo memang pasti cukur licin aby), zana-norzana, Ummuaidan, aizu's life, Mas Zull, mila@rimbun (tapi doa anak-anak pun mudah terqabul kan mila), With Julia, Hanis Azla, Cho Zila, Ujie, amirah, Mia Kassim, ieda immi, aizamia3, NiniD, Aziela, JunAina, hainom OKje (kena selalu beringat dan kalau anak kita kena ingatkan selalu), Seri Kandi Tanah Jauhar, Izan Ishak, dwaty, Kesuma Angsana (moga ayah KA ditempatkan bersama kalangan yg beriman), wahida, Lizz@haslizalizz, Ros, Marya Yusof, Zaitun, Fiza Rahman, Nafira usof, Ummiross (sebagaimna yg dijanjikan sebanyak mana rambut yg gugur diharap begitulah ganjarannyakan Ummi), Haryati Faizal, Qhaifa Nur, Anim (kakak 2-3 hari juga tau macam tu Anim - tapi adik pulak sehari aje), Delima Zamrud, Zulaikha Megat, Ratu Hatiku, MyStoryPic, Tihara (air jambu batu tu memang sedap - kakak pun suka), Knor, TiranaAduka, Emme, norhidana, hana hadi, Daddy Ziyyad (satu cawan kecik yg adik beli tu SR10/- mahal juga macam tempat kita), ♥ Cmª shIemª ♥, mycahayacinta, Makchaq, Eliss Mie, Nazayiena Ayiena, Nur_nba, izan mama mia, Norizan J, Nekcik dan nik ros.
Kepada semua terima kasih sekali lagi dari kakak.
Terima kasih juga: -
Puan Kutu (mujur dia terus ingat bila kakak tegur utk solat taubat - tapi mungkin sebab budak sehari lepas tu dah sembuh kakak tak sembuh lagi).
Mesra adik ngn papanya...mcm adk perempuan rietta dengan ayah...bezanya cuma, ayah rietta xmkan eskem....kata ayah, klu dimekah, semua pown ayah mkn, sebab ayah yakin halal....l
da banyak lupa kisah sejarah islam ni..kena membaca semula la kak...last membaca pun masa skola dulu...huh!
yela kak...tempat suci macam tu mcm mcm kena jaga daripada tingkah laku, niat di hati hingga la kepada pertuturan kite..mmg kite sentiasa diuji kan kak...kite mansia memang mudah kalah pada nafsu sendri....Alhamdulillah sebab keluarga akak semuanya selamat di sana...syukur..
kasihan kat adik..... perubahan cuaca kut.....
seriau kan kak kalau salah cakap. kena sentiasa berhati hati..
Terima kasih juga kakak ucapkan kepada: -
Henrietta Jose (adik dgn siapa pun macam tu), Ena's Palace (tapi mesti ingatan kita masih kuat kan), Remy hazza (mulut pun kena jaga) dan Ib Lala (betul tu.)
Sekali lagi terima kasih.
Bukan di sana je kak kena jaga mulut. Di sini pun kalau tersalah cakap terus dpt balasan dr Allah. Sama ada kita sedar atau tidak.
Post a Comment