Monday, April 8, 2013

Perjalanan kami ke tanah suci - kisah 4

Menjadi kebiasaan bila mengerjakan ibadah Haji dan umrah pasti ada sessi ziarah-menziarah. Begitu jugalah perjalanan kami kali ini. Ada juga tempat ziarah yang bila balik dari berziarah membolehkan kita terus berumrah lagi sebab salah satu tempat ziarahnya adalah tempat untuk bermiqat.
Adik dengan papa - Selesai solat sunat dan berniat maka bermulalah lagi ihram kami. Sebaik berniat kenalah akur dan tahu akan 13 pantang-larang yang telah dikenakan. 

Kebun Kurma - Singgah dan ziarah di sini. Tidak banyak aku membeli di sini kerana banyak sudah aku membeli di Pasar Kurma yang jauh lebih cantik, berkualiti dan murah. Hanya memberi peluang untuk anak-anak melihat dan membeli serta memilih ketika berada di sini. Di luar bangunan ada disediakan air jus kurma di dalam tong yang diberikan percuma.


Masjid Jakronah - Salah satu tempat untuk bermiqat/berniat Ihram adalah di tanah halal ini. Selain Bir Ali, Qurnul Manazil, Tanaim dan Hudaibiyah di sini juga tempat untuk kita bermiqat umrah.


Cenderahati - Walau dimana-mana saja kita pergi pasti akan ada tempat-tempat begini. Sementara menanti jemaah yang belum siap adik membeli rantai kunci unta. Papa pula membeli untuk diagih pada teman/saudara-mara di sini.

Satu bas - Semua turun bersedia untuk dibawa ke makam dimana terkorbannya para syuhada ketika peperangan Uhud. Di atas itu adalah bukit Uhud. Bila sebut peperangan Uhud pasti ingatan kita pada sirah perkembangan Islam tidak boleh tidak akan ingat bagaimana saidina Hamzah terkorban. Teringat akan kekejaman Hendon yang membelah perut Saidinan Hamzah lalu diambil hati dan dikunyah kemudiah disembur ke muka saidina Hamzah semula. Betapa para syuhada ini memanglah syurga tempat mereka. Kekentalan iman tidak ada tolok bandingnya.
Selama dua minggu berada di tanah suci ziarah yang kami lakukan adalah sebanyak 3 hari. Tetapi semua meliputi tempat yang menjadi ziarah biasa yang dilakukan oleh para jemaah ketika berada di sana. Bagaimanapun walau berapa kali pun kita ke sana pasti ada perubahan setiap kali kita pergi kerana kerjaaan di sana juga sentiasa mencari jalan untuk pembangunan di tempat mereka.

~~ Menghayati sirah para anbia' yang gugur syahid dan kekuatan iman mereka terasa betapa kerdilnya kita yang tidak menempuh semua itu. Sekadar untuk mengamalkan apa yang telah diajarkan pun terasa masih tidak ada kekuatan dan kemampuan seperti mereka.~~


72 comments:

Umm AA said...

Nikmatnya kan dapat menjejakkan kaki ketanah suci ini..apatah lagi anak2 yg masih muda didedahkan..mengetahui sejarah dan melihat sndiri kesan sejarah merupakan pengalaman yg amat berkesan kan kakak...

Kakcik Seroja said...

Assalamualaikum Zakie...

semoga apa yang dikongsikan ada manfaatnya buat kakcik nanti. Terima kasih. :)

Hudalatip said...

Seronok...Adik mesti teruja sangat kan kak..

JunAina said...

Terasa seprti ingin menangis bila membaca perkongsian Kak Zakie kali ini. Hiba...

inazamri said...

terima kasih kakak kerana berkongsi cerita dan gmbar ke tanah suci.Hati ini meronta nak ke sana jua.Harap dimurahkan rezeki nnt

che mid said...

Salam kak.. I am back! seronoknya satu keluarga boleh pergi sekali, nikmat besar Allah beri tu kak..

Unknown said...

mmg teruja tgk gambarnya...harap dapat jua menjejak kaki ke sana nnt

Lydia Miza said...

Adik suka beli kurma lat jabal uhud tu sbb lbh murah dan segar. Anak2 pulak suk memanjat bukit tu.takut je jatuh dan la berbatu2

Unknown said...

suka dpat lihat gambar akak kat sane, bukit uhud juga sebuah sejarah dlm menegakkan agama...syurgalah bagi mereka..

wanie amerie said...

seronoknya tgk gambar di sana..sejok mate memandang..bestnya kak dpt pergi satu family, doakan utk kmi jua yer kak..

Myra Jay said...

Alhamdulillah diberi kesempatan menjejakkan kaki ke sana..
Harap Myra punya peluang untuk ke sana, aminn ;D

Mila@Rimbun said...

tetiba rasa nak pergi lagi jerr... agaknya ok ke pergi umrah banyak kali eks.. tapi haji belum lagi ni, turn untuk haji tahun 2040 tuh...:)

Mia Kassim said...

Sedikit sebanyak dapat belajar dan mengembalikan ingatan tentang sejarah Islam daripada blog kakak ni....
Semakin kuat niat nak pegi ke sana....(^_^)

Kniedaz said...

dapat ke sana bersama keluarga mesti seronok..

Hanis Azla said...

Salam kak zakie..

Subhanallah.. indahnya cerita2 dari tanah haram..

OKje said...

Apa lagi yang kita boleh lakukan disanakan KZ selain meraih sebanyak mungkin pahala .....moga okje akan sampai jugak ke sini satu hari nanti ...doakan ye KZ..

Kayu Manis said...

kurma utk knor ada tak kak..?najwa.

ummiross said...

Betul tu Kakzakie, terasa kerdilnya kita disisi para sahabat dan syuhada,
mereka insan hebat yang mempertaruhkan segalanya demi Allah dan RasulNya, kasih sayang mereka kepada Rasulullah pula bukan calang2.
Al Fatihah...

aizamia3 said...

betapa kerdil rasanya disisi para sahabat dan syuhada..
betapa bertuahnya andai dapat kujejak kaki di sana.. moga menjadi satu kenyataan.. ;)

Anonymous said...

seronok membaca cerita2 akak sekeluarga di tanah suci sana

cheqna said...

alhamdulillah
moga cheqna jugak berpeluang menjadi tetamu allah suatu hari nanti

aanie said...

kejamnya hendon ni...

ieja amieja said...

SERONOKNYA ANK2 AKK DPT PEGI SEKALI..SEMOGA SATU SATU HARI NNT SY DAN ANK2 DPT JUGA JEJAKKAN KAKI KESINI..

Nini D.. said...

nikmatnya kak..
harapnya satu hari nanti ,Nini jugak berpeluang ke sana

amirah said...

ibarat syurga kurma kan kak zakie? tak boleh tidak mesti beli kurma untuk bawak balik dan bagi pd orang

HeNRieTTa JoSe said...

sukanya...eeeh jus kurma? xpernah lg rietta mnum....

psss...ntah la akk...riett pown xtaw buah apa...mcm cili ada, macam cherry ada...cuma yang pasti...bukan tomato...

wahida said...

Alhamdulillah akak dah jejakkan kaki ke sana....sayu tgk gambar2 ni kak...
akak doakan giliran kami pulak dpt ke sana...

[leily.laily] said...

alhamdulillah...
best nyer kak zie n family dh sampai sana..
teringin nak pegi, InsyaAllah..
dpt tgk gambo kak zie pn bestnyer dpt jd tetamu Allah..

mummyrinazone beauty said...

wahh bestnya..buah kurma merata2 kan kak?ti akak doa2 n nuul juga sentiasa berdoa ada rezeki ke sana insyaallah

Eye_nee said...

dah banyak saya baca N3 geng lain yg dah kesana..namun hati saya sayu bila baca N3 akk...tak dapat nak gambarkan perasaan sayu tu...saya nakkk sangat kesana..Doa kan saya yer kak....

TiranaAduka said...

salam bakyuku
Bertambh semangat ta dan cinta ta nak kesana..doakan sis

lieyalatif said...

Alhamdulillsh...bertuah akak...dpt jadi tetamu Allah...merase tgk kebun kurma depan mate hah....bertuah anak2 akak...

Lieya pun simpan impian ni kak nak jejak kan kaki kesane....peluang tu lieya harap2 dtg mcm akak dpt...

ellynadyra said...

puas baca dan tgk gambar dan baca cite akak, sebab hari tu mak ayah pi tak amik gambar sangat.....tq kak for sharing, tak sabar nak baca sampai abis entry akak!

Penjejak Mimpi said...

bila dah sampai ke tempat macam tu.. pasti teringat sejarah yang pernah tercatit kan kak?

muga cik PM berpeluang ke sana nanti, insya Allah..

shameel Iskandar said...

Indahnya dapat menjadi tetamu Allah dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Cho Zila said...

semakin seronok membaca kisah akak di sana yerk..terasa semakin kuat hati ini untuk pergi juga ke sana... moga Allah permudahkanlah jalannyer..

musang said...

bestnya kak!

adarnadzmie said...

byknya kurma suka tgk...
rapat sggh adik ngan papanya...

Unknown said...

subhanallahhh.

kak..
ayu mmg sgt teringin tau nak kesana.
moga ada rezeki kami nanti

umiawadah said...

banyak terlepas episod umrah akak ni...tenet slow sangat...Insya Allah..nanti saya baca semula..

sal said...

Alhamdulillah...alhamdulillah...

MulutPayau said...

Bila tgk gmbar2 akak....menggamit memori lama semasa berkunjung ke sana..betapa indah dan nikmatnya menjadi tetamu Allah....

Qhaifa Nur said...

terasa kerdil diri kita bila sampai disini Kakzakie..
tempat paling suci...

Dr K said...

air jus kurma tu sedap tak kakzakie? ;)

Unknown said...

perjalanan ke tanah suci cukup indah jika dikenang......semoga satu hari nanti remy pun dapat peluang ke sana...... insyaAllah

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah seronoknya dpt jejakkn kaki ke sana...inshaAllah jika ada rezeki nak juga ke sana...

Eliss said...

Aim kami utk jejak kaki kesana before 40, amin ya rabb...

Mun said...

wahhhh seronoknya kak....

Unknown said...

tgk gmbr pun tau seronok... beruntungnya family akak...

Unknown said...

Zana harap satu hari nnti akan ada juga gmbr kami bertiga umrah dlm blog mcm ni. Bukan utk menunjuk2, sbg tanda kenangan utk kaum kerabat kita kan?

Rinna said...

Memang tak sah kalau pergi wat Umrah tak pergi ziarah tempat2 yg menarikkan iye la.. bukan selalu dpt ke sana.. :)

PeRdU cINta said...

alhamdulilllah..bertuah adik..dalam usiamuda dapat menjejakkan kaki ke sana..moga masa mendatang ianya berterusan..amin..

ANIM said...

Mesti ramai kak kebun kurma tu kak..sistem pembayarannya sudah sistematik ke belum agaknya. Teringat kes jemaah disangkakan tersalah naik bas tetapi rupanya masih tersangkut nak membayar di dalam

Nur-nba said...

Nampak lain je gambar akak ni.. Jika tak keberatan, sudilah kiranya akak kongsikan lebih banyak gambar..

Kami bermiqat di Bir Ali.. Masa tu ada seorang jemaah yang sesat, tak jumpa bas.. Lama juga kami menunggu beliau.. Syukurlah akhirnya dia berjaya juga ditemui dan kelihatan sangat penat.

bicara mak dara said...

Mak dara dulu dibawa bermiqat di Bir Ali.. mmg rasa rindu utk kesana semula

Temuk said...

Tamare eneng lagi ke, kakzakie? Tengok tak pada kotak, tamar dari negara mana yang banyak? Memang seronok dapat pergi umrah dengan anak-anak. Satu nikmat yang hebat!

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

seronoknyer kak..pemandangan cantik sangat...happy tengok adik...

Puan Kutu said...

selain beribadah,sesi ziarah macam ni paling best..betapa sejarah pengorbanan dan perjuangan para syuhada membuat kita merasa diri cukup kerdil.

Ruse Sulaiman said...

Seronok dpt ziarah tempat peninggalan sejarah yg hanya kita dgr ceritanya. Kagum kerana masih kekal di situ sekian lama.

Unknown said...

jika ada rezeki menunaikan umrah nanti,blog akak akan dijadikan panduan...

Kakzakie Purvit said...

Sambil menyelam minum air begitu juglah kami sambil beribadat sambil berziarah dan bershopping. Keseronokan jelas terpancar pada wajah anak-anak yang membuat kita sebagai ibu/bapa pun turut puas kerana semuanya ada di depan mata.

Terima kasih atas segala komen yang diberikan kakak ucapkan kepada:-

ummuaidan, kakcik Nur, Nurulhuda, JunAina, inazamri, Che Mid, izan mama mia, Lydia Miza, Riedaffya ibrahim, wanie amarie, Myra Jay, mila@rimbun, Mia Kassim, Kniedaz, Hanis Azla, hainom Okje (doa kakak buat semua umat Islam tau), Knor (kakak beli kurma memang agak banyak utk diagihkan - boleh aje kalau sudi), Ummiross, aizamia3, Kesuma Angsana, cheqna, aanie, ieja amieja, Nini D, amirah (betul dah jadi kebiasaan walau di sini ada tapi tak sama), Henrieta Jose, wahida, Leily|Umi Alya Husna, Wan Nurul Hezrina, Eye_nee, Tirana Aduka, Lieyalatif, Elly Nadyra, Penjejeak Mimpi, Shameel Iskandar, Cho Zila, redza, adarnadzmie, citarasa rinduan, Ummiarissa Mahdi, sal, Mulut Payau, Qhaifa Nur, Daddy Ziyyad (kakak rasa manis gitu aje taklah special sangat), Remy hazza, Mas Zull, Ellis mie (itulah yg sebaiknya Ellis), CMA @CikMoonAdnan, Deqla Manjew, zana fahmi, Rinna, Perdu Cinta, Anim (kalau sorang sangkut akibatnya semua pun kena sabarlah kan Anim), Nur_nba (hal ini selalu terjadi Nur), adzairdawati makdara, Temuk (masih ada lagi Pak Temuk), Lizz@haslizalizz, Puan Kutu, Ummi Iman dan Papa Mifz (Insya-Allah...)

Buat semua terima kasih sekali lagi kakak ucapkan. Moga tidak jemu dgn paparan ini.

emarieys said...

Allahuakbar.... moga saya dapat jejaki ke sana juga satu hari nanti

LiYa HaNiF :: said...

semoga ianya boleh menjadi panduan untuk kita :)

Unknown said...

insaallah kalau berpeluang izwa tahun depan nak gi..

makchaq said...

Seronok sangat baca catatan perjalanan kakZakie.. terima kasih kongsi cerita dan gambaq2 ni..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie...
alhamdulillah... penuh pengisian cma baca entri akak ni.. lagi2 pasal peperangan hudud tu..
huhuh..

setuju ngan akak.. kerdilanya kita disisi allah.. :(

Cho Zila said...

syukur dapat baca catatan perjalana ini... moga saya juga dapat ke sana nanti..

gadisBunga™ said...

kisah syahidnya sayidina Hamzah tu selalu ayah saya cerita masa kecik-kecik dulu. :)

ZieMarziah said...

seronok baca catatan macam ni..

MAZLIZA ABD RAZAK said...

seronok tengok suasana di sana...

haryati said...

seronok adik kecik2 lagi dh berpeluang pi sana...

apdm said...

salam kak,,

dari jauh cuba bayangkan keadaannya, memang tidak tercapai akal kerana tidakpernah sampai kesana. tapi dapat pergi semua dengan anak-anak yang kecil adalah yang terindah.