Wednesday, April 3, 2013

Siapakah sebaik-baik perancang?

Sungguh benar bagai dikatakan bahawa tidak ada insan yang hidup ini akan terus menikmati kehidupannya terus dengan laluan mudah sebagaimana yang dirancang. Begitulah juga apa yang terjadi pada keluarga kami. Dalam saat-saat berkemas untuk pergi menunaikan umrah tiba-tiba bapak berubah fikiran untuk tidak mahu turut sama dengan alasan tidak mahu menyusahkan anak-cucu yang terpaksa membantu pergerakannya ketika di tanah suci. Kami anak-cucu sudah mengatakan kalau di sini pun kami tatangnya bukan saja bagai minyak yang penuh bahkan lebih dari itu mana mungkin di tanah suci yang penuh barokah kami tidak mampu menjalankan tanggungjawab kami semua. Tetapi bapak mengatakan akan kebimbangannya akan mengurangi ganjaran sesama kami hanya disebabkan kudratnya yang uzur ketika beribadat di sana.

Akhirnya kami pergi tanpa bapak yang sebelum ini sentiasa bersama kami sekeluarga. Solat istikharah bapak kuat mengatakan bapak tidak perlu ikut sama.Walaupun bapak sentiasa mengatakan bahawa doanya mengiringi pemergian kami tetapi kami amat terkilan. Sebelum ini kami selalu beranggapan mungkin ini kali terakhir bapak dapat ke tanah suci memandangkan usianya yang telah terlalu lanjut namun niat kami tidak kesampaian. Pasrah dan redha kami kuat mengatakan pasti ada hikmah yang tidak diketahui. Semua visa yang sudah siap, pembayaran dan sebagainya hangus begitu saja.
Pemeriksaan passport di Jeddah - Hubby mestilah di depan, Adik dan Mak Zah menunggu sama.
Sungguh bagai dikatakan, ada hikmah disebalik bapak tidak turut sama. Tiba di lapangan terbang Jeddah baru kami tahu visa mutawif kami tidak mendapat kelulusan. Bayangkan dalam kumpulan kami hanya aku, hubby, Mak Zah dan satu lagi pasangan yang pernah menunaikan Haji dan selainnya merupakan pengalaman pertama. Secara tiba-tiba ustaz yang seorang terus melantik hubby menjadi wakil mutawif membimbing satu dari bas yang ada dengan jumlah jemaah seramai 39 orang dan satu bas lagi dibawah bimbingan beliau yang sepatutnya balik ke Malaysia tetapi diminta tunda sehingga tarikh kami pulang. Sepanjang dua minggu bermula kami tiba di lapangan terbang Jeddah sehingga kami balik ke lapangan terbang Senai, hubby bertanggungjawab ke atas semua 39 jemaah dan ustaz satu lagi menjaga 42 orang jemaah. Sepanjang di tanah suci semua passport mereka dalam jagaan hubby. Penerangan semasa lawatan hubby terangkan seberapa yang mampu berdasarkan pembacaan dan ilmu yang tidak seberapa itu. Lebih memudahkan mujur anak sulung aku boleh berbahasa Arab. Tiba di sana baru kami tahu itulah istikharah yang bapak lakukan ada kebenarannya.

Siap - Selesai sudah pemeriksaan passport menuju ke terminal bas untuk terus ke Madinah. Lihatlah semua mengikut di belakang hubby, kesian pada mereka. Berbaju batik sebelah kanan itu adalah jemaah Indonesia yang transit di Senai Airport dan flight bersama kami semua.
~~ Kita merancang, Allah juga merancang tapi ingatlah bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Wamakaru wamakarollah. Wallahukhoirulmakirin.~~

79 comments:

Umm AA said...

Biasanya org tua2 mmg begitu kakak..mereka tak mahu menjadi beban atau menyusahkan kita wpun pd kita tidak mengapa mmg tanggungjawab...alhamdulillah pengalaman yg indah buat hubby kakak kan.at least mslh setel jgk...

Sharifah Nadzarah said...

terharu baca cerita akak...

Mia Kassim said...

Orang tua selalu begitu...memang tidak akan mahu menyusahkan anak2nya wlu kita paksa sekalipun kak...
syukur semua masalah selesai, pengalaman yng cukup manis dan berharga...

Mila@Rimbun said...

Sesungguhnya setiap sesuatu adalah ketentuan Ilahi...walaupun kekadang logik akal kita tak mampu nak menjangkaunya

shaliza said...

Alhamdulillah..selamat menjalani ibadah umrah. Hikmah yang tak terkira nikmatnya.

MOKCIK AZWA said...

Salam Kak..syukur akhirnya berjalan dengan lancar..orang tua memang kalau boleh sentiasa mahu yang terbaik dan tak nak menyusahkan anak2nya kan..

Masya said...

tak sangka ada dugaan lain rupanya... ada hikmah disebalik semuanya...

Izwa Kamaruddin said...

Allah..

makchaq said...

Allah maha mengetahui....

Besar tanggungjawab suami kak Zakie..
Alhamdulillah ada suami kakzakie yang dah biasa memimpin jemaah di sini, dapat la dia membantu jemaah2lain di sana...memang Allah maha mengetahui..

Kakcik Seroja said...

Allah Maha Mengetahui

Aliesha Kirana said...

pasti ada hikmah di sebalik sgla sesuatu kan kak. mungkin kalau bapak akak ikut skli, dan hubby akak menjadi mutawif, mungkin kebajikannnya agak sukar utk diurus kerana harus membimbing yg lain juga.

Puan Ira said...

alhamdulillah akak dapat menunaikan umrah..doakan ira dapat ke sana yew kak

musang said...

bukan rezeki bapak untuk ikut serta kesana..

lieyalatif said...

Ya Allah kak...betul kan kak..setiap yg tersurat dan terjd ade hikmahnye....firasat bapak akak bersebab rupenye..Allahuakbar!....

In sha Allah moga ade rezeki lain utk bapak akak....

aanie said...

betullah...ada hikmahnya...

cheqna said...

hanya Allah yang maha mengetahui segala2nya...=)

amirah said...

setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya. apa pun syukur semuanya dah selamat dah berjalan lancar kak

Abam Kie said...

selamat menunaikan umrah akak..semoga mendapat umrah yg mabrur..Amin..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu hanya Allah yang Maha Mengetahui dan segalanya telah ditetapkan ...:)

NinaAz said...

tq join ga nina :)

aizamia3 said...

Allah jua mengetahui disebalik perancangan dari kita..

ummiross said...

Maha Suci Allah..indah sungguh perancangan Allah, banyak hikmah yang terkandung yang kita tidak sedari pada mulanya kan..
InsyaAllah, mungkin lepas ni suami Kakzakie bolehlah jadi Mutawif berdaftar pula, dah ada pengalaman tu.

HeNRieTTa JoSe said...

Mmg benar...kata org...tiap sesuatu yang berlaku...ada hikmahnya...naseb baek ada hubby akk...jika tidak ada org yang berpengalaman...mmg sukar juga urusannye itu...

Aziela said...

Bapa akak memang yakin dengan istikharahnya. Alhamdulillah... Petunjuk Allah, siapa kita untuk menafikannya. Untungnya akak kerana anak akak pandai berbahasa Arab...

norhidana said...

sesungguhnya cume Dia yg lebih mengetahui segalanya kn kak, alhamdulillah semua selamat, walaupun akak sekaluarga terkilan tp apa yg bapak akak bt mmg betul, dia dh dpt mengagak, lg2 sudah bt solat istikharah n dpt petunjuk...

Aien Not Alien said...

Setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Ada sebabnya Bapak Kakak tak nak ikut sama kan....apa2 semua sudah selesai dengan baik. Syukur alhamdulillah....

Hanis Azla said...

Salam kak Zakie..

Subhanallah.. sememangnya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.. terpujinya sifat ayah akak yang tidak mahu menyusahkan anak cucunya.. Subhanallah.. Allah memberikan petunjukNYA dalam istikharah ayah akak..
Alhamdulillah, suami akak dapat mengalas tugas yg diberikan secara tiba2 itu..

azi said...

Salam Kakzakie..
ralit saya membaca cerita kakak..

sungguh!!setiap yang berlaku ada hikmahnya dan hanya Allah saja yang mengetahui sebabnyakan..syukurlah, suami kakak ada ilmu didada dan pengalaman sebelum ini...dapatlah kakak dan semua jemaah yang lain menunaikan umrah dengan sempurna...

mungkin ada rezeki dilain masa untuk bapak ke Mekah...Insyaallah..

Hudalatip said...

Hanya Tuhan Maha Mengetahui segalanya kan..Untung suami akak akak ada boleh jadi mutawif kan..

Munn Jaafar said...

semoga seluruh keluarga kak zakie mndapat rahmat dari Allah SWT....aminnnnn

OKje said...

alahai terharunya dengan niat bapak tu KZ....sanggup memberi laluan untuk anak cucu melakukan ibadah...

Betullah... setiap ketentuan Allah tu ada hikmah disebaliknya...

Cho Zila said...

ituler kelebihan orang yang banyak ilmu.. semua perkara difikirkan dan mohon pertolongan Allah.. percaya dengan janjiNya...

apdm said...

salam

Ya Allah,
lamanya x BW sampaikan terlepas pandang akak g umrah.. sebab syira sedang cari orang p sana untuk pesan air zamzam.. cari di sini ada jual,murah pula tu, tapi x berapa yakin..

bukan rezeki. Allah sebaik perancang ...

Unknown said...

ada hikmah yg tersembunyi... Allah is the best planner!

Ujie Othman said...

Allahu Akbar..begitu baik perancangan Allah.

Unknown said...

Besar ganjarannya bertanggjung jawab ke atas berpuluh2 jemaah.

Kayu Manis said...

suami akak pun bkn calang2 orgnya kan..

semua kerja ALLAH.

Syukur alhamdulillah.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sungguh... sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik2 perancang.. kita hanya makhluknya yang kerdil..

Ya ALiya said...

alhamdulillah....semua yg berlaku pasti ada hikmahnyer kan....

zulaikha megat said...

jika Allah izinkan dan panjang umur..In shaa Allah bapak kak zakie boleh pergi lagi..

seronok dan bersyukur anak boleh berbahasa arab..

ieja amieja said...

assalam..
mungkin kali ini bapak akk x de rezki nak kesana, setiap yg berlaku ada hikmahnya yg tersembunyi kan kak..ALLAH Maha mengetahui..kita hanya mampu merancang..

yan's cottage said...

hanya Allah yang tahu...mesti ada hikmah di sebalik tu yang kita tak tahu kan...?

Unknown said...

bapak punye firasat kuat kan kak.///

faraherda.razalan said...

Allahuakbar. Kita hanya merancang, Allah yg menentukan segala.

Ibu Lala said...

Akak dah balik. Sihat ke?

Nik said...

btol tu kak.Allah sebaik-baik perancang.
adik nik pun tgh tunggu visa lulus ni. harap2 tercapai la hajat dia nak ke sana nanti.

Ruse Sulaiman said...

Semuanya ketentuan Allah dan pasti ada hikmahnya.

Tie HT said...

alhamdulillah kakak dah selamat pulang...dari sini dan di sana memang kita akan diuji dengan pelbagai situasi kan kak..namun Allah jua penolong yang terbaik..Allah Maha Kaya..

Anonymous said...

setiap yg berlaku pasti ada sebab & musababnyer kak kak.. ALlah jua yg maha mengetahui!

Dr K said...

Subhanallah...Memang Dia Maha Perancang kan kak Zakie..

Cumanya saya hairan juga, bagaimana sebagai mutawif, visa nya ada masalah? Dan tidakkah pihak syarikat yg aturkan umrah ini, patut ada plan B andai terjadi perkara sebegini?

Suami akak dapat imbuhan/elaun tak jadi mutawif terjun ? hihihih

Qhaifa Nur said...

doa bapak iringi semua disana...
kita hanya mampu merancang Kakzakie..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

hanya alllah yang maha mengetahui...
alhamdullillah akak dah selamat sampai

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam Kak Zakie..

huhuh..mmg setiap yg berlaku itu ada hikmah disebaliknya kan?

ternyata istikharah ada benarnya..

Bunda_nora said...

terkedu sekejap..

LiYa HaNiF :: said...

sebaik2 perancangan adalah perancangan dariNYa..

PCL said...

Assalamualaikum Kak Zakie, untungnya hubby akak punya ciri kepimpinan..bukan calang2 orang boleh lakukan..syabas, syukur alhamdulillah itu semua mengikut kehendak dan ketentuanNya.

~diana

Ratu Hatiku said...

Betul kan kakak.....Allah sebaik-baik perancang. Maha mengetahui segalanya.. sesungguhnya setiap yg berlaku ada hikmah sebaliknya...

Myra Jay said...

Alhamdulillah..
Perancangan Allah itu adalah yang terbaik

Unknown said...

Salam kak zakie..moga sihat selalu..Betullah tu kak..kita memang merancang je tapi Dia sebaik baik perancang..ada juga hubby akak dapat pengalaman jadi mutawif, alhamdulillah

Puan Kutu said...

semua yg berlaku ada hikmah...bapak akk dh buat keputusan yg terbaik n Allah adalah sebaik2 perancang..:)

ellynadyra said...

ada hikmahnya, sesungguhnya rancangannya adalah yang terbaik utk kita

Unknown said...

Takpe laa kan... ada hikmah disebaliknya

BERT said...

Allah dah beri petunjuk pada bapak akak... tulah ada hikmahnya kan kak.. dah balik ye kak.. alhamdulillah selamat semuanya ya.. mesti banyak pengalaman manis kat sana.. nanti share2 la dalam blog ni ya..

Ibu Lala said...

Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya kann

ANIM said...

Allahu Rabbi..yang Maha Mengetahui segalanya kakzakie. Bapak kakzakie dah mendapat jawapan dari Allah melalui solat istikharahnya. "Hangus" wang itu kita nampak besar di dunia kak tapi keredhaan menerima ketentuanNya hanya Dia yang mengetahui dan membalasnya.

Nampaknya kakzakie p guna travel umrah sama dgn saya last year (tengok warna beg). bayangkanlah kalau mutawif sedia ada kena jaga jemaah hampir 80 orang. Rupa2nya ada hikmahnya atas segala ujian yg datang sebelum berangkat. Saya dpt bayangkan kalau Bapak kakzakie ikut serta dan dalamasa yg sama suami kakzakie jadi mutawwif..tentu payah nak urus. Allah sebaik2 perancang.

RIZZNA said...

beruntungnya hubby kak zakie. sememangnya dia pilihan Allah. syukurla semuanya berjalan lancar. pasti menjadi pengalaman yg paling berharga.

RIZZNA said...

beruntungnya hubby kak zakie. sememangnya dia pilihan Allah. syukurla semuanya berjalan lancar. pasti menjadi pengalaman yg paling berharga.

aReLaN said...

alhamdulillah.selesai urusan umrah kan.hmmm...memang ada hikmah la tu.bila la nak jejak kaki ke tanah suci tu ye.

Murni Alfathunnisa said...

setiap kejadian tu memang ada hikmah nya kan..cuma kita ni kadang-kadang alpa dan terfikir kemungkinan di sebalik sesuatu kejadian tu..

ibuintan said...

hebatnya perancangan Allah... subhanallah

Kakzakie Purvit said...

Sebagai manusia biasa kami memang pada mulanya langsung tidak dapat menerima bila bapak menyatakan istikharahnya tapi bila tiba di sana baru kami nampak hikmah disebalik itu.

Terima kasih pada semua yang menitip komen di entri kakak ini: -

ummuaidan, Sharifah Nadzarah, Mia Kassim, Mila@Rimbun, Shaliza, Mokcik Azwa, Masya, Mrs Eady, Makchaq, Kakcik Nur, Aliesha Kirana, Puan Ira, redza, lieyalatif, aanie, cheqna, amirah, Juk Din, Mas Zull, NinaAz, aizamia3, ummiross (belum terfikir lagilah ummi, tapi pihak agen dah kata kalau ada masa dia nak jadikan sebagai mutawif sambilan), Henrietta Jose, Aziela, norhidana miswan, Aien Alien, Hanis Azla, Azi, Nurulhuda Abd Wahab, Munnafendy, hainom OKje, Cho Zila, Syira Qahira, Deqla Manjeq, Ujie, ulfa edy, Knor, Seri Kandi Tanah Jahuhar, Ya Alya, Zulaiha Megat, ieja amieja, Yan's Cottage, faraherda.razalan, Riedaffya ibrahim, Ibu Lala, nik ros, Ummi Iman, Tihara, Kesuma Angsana, Daddy Ziyyad (Menurut yg kami diberitahu ini kali pertama terjadi. Elaun? tak adalah doc. sekadar bantuan sesama jemaah. Terasa lebih mesra bila semuanya sentiasa berinteraksi dgn kita - seronok), Qhaifa Nur, Lizz@hasliza, ♥ Cmª shIemª ♥, Nunda aka KN, Liya Hanif, PCL/MamaD, Ratu Hatiku, Myra Jay, Fadilah Aziz, Puan Kutu, elly nadyra, MyStoryPic, Bert, Ibu Lala, Anim (itulah yg baru kami nampak Anim - sungguh kalau nak tolak bapak sambil menjaga yg lain kakak rasa abang pun tak dapat lakukan agaknya), Cinta Misteri, Arelan, Murni Alfathunnisa dan ibuIntan.

Kepada semua kakak ucapkan terima kasih sekali lagi.

mama maman aka yana said...

ya allah.. maha kuasa allah... tersentuh sy bila bapak akak tak nak ikut tp rupa2nya JANJI ALLAH itu BENAR kan kak... subhanallah kak..

Rinna said...

Alhamdullillah semuanyaa berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya byk dugaan.. Allah maha mengetahuinyaa..

HeNRieTTa JoSe said...

psss....ntah la akk...rietta xpasti pulak bleh ditanam dalam cuaca biasa ataw perlukan cuaca sejuk...tapi mmg unik...macam disimbahi salji...pertama kali rietta lihat...

Unknown said...

Allahuakhbar.

maha suci Allah..
kak...
meremang bulu roma ayu tau.. syadhu semua ada

syukurr semuanya sempurna.. mmg itu hikmahnya.. siapa jaga atok?

haryati said...

ada hikmah disebaliknya... hanya Allah je yang Maha Mengetahui kan

Fiza Rahman said...

Hanya DIA yg maha mengetahui. Setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya kan.

Nur-nba said...

Begitu indah perancangan Allah.. Suami akak banyak pengalaman dan dapat membantu jemaah lain.

gadisBunga™ said...

subhanallah.

Allah dah rancang dengan sebaik-baiknya. hanya yang boleh 'melihat' di sebalik 'kegagalan' sahaja yang akan faham kan kak? :)