Menelusuri perjalanan itu kami menuju ke Arafah dan terus ke Jabal Rahmah. Ketika melewati Arafah aku teringat ketika menunaikan ibadah Haji di sinilah ibadah Haji bermula dengan lautan manusia di padang Arafah ketika itu tidak boleh diperkatakan ramainya. Pagi itu walau dalam keadaan cuaca panas terik tetapi ianya tidak menghalang kami jemaah semua mendaki Jabal Rahmah. Tempat dimana Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan dan kembali bersatu setelah sekian lama dikeluarkan dari syurga. Sebab itulah dikatakan kepada mereka yang belum menemui jodoh bolehlah memohon doa di sini. Bahkan telah kita ketahui juga bahawa Jabal Rahmah merupakan salah satu tempat mutajab untuk memohon doa.
|
Papan tanda arah - Teringat sewaktu di dalam bas en hubby berseloroh kepada jemaah lelaki yang berhajat untuk tambah cawangan bolehlah memohon doa di sini. Tapi di tambah lagi nasihat en hubby kepada isteri-isteri kenalah 'pasang telinga' apa doa suami semua. Riuh-rendah dengan gelak-ketawa jemaah waktu itu dibuat oleh en hubby. Anak-anak tidak faham sengih-sengih saja. |
|
Kami di puncak - Kami sekeluarga. Mak Zah tolong captured. Kami lebih rela menaiki mengikut batu-batu daripada memanjat tangga yang terlalu sesak. Aku dpat merasakan mendaki dari tepi lebih dulu tiba dipuncak berbanding mereka yang menaiki anak tangga. Lihat batu di belakang kami. Bukan menyembah batu tapi mengadap qiblat memohon doa / solat sunat / solat hajat di sini. Ada yang melakukan perbuatan syirik di sini, tetapi bukan jemaah dari negara kita. |
|
Adik posing - Belakang adik itulah Jabal Rahmah. Sungguh ajaib walau tidak ada pokok-pokok sebagai pelindung namun tidak pernah menghalang kami semua mejejakkan kaki hingga ke puncaknya. Dulu batu di puncak tersebut tidak bersalut tapi kali ini aku datang lagi bahagian bawah batu tersebut telah ditutup dengan lapisan aluminium hitam. |
|
Unta berhias - "Eh... kenapa abang teringin nak naik unta itu ke?" Kami tidak terlayan lagi sebab cuaca benar-benar panas sehingga anak dara sulung aku pun menggunakan purdah untuk menutup muka. |
|
Ladang unta - Hajat adik tidak kesampaian untuk menunggang kuda berhias sebab waktu itu panas terik dan ada pak polis arab jadi pemilik unta terpaksa lari, tetapi kami dapat melihat secara langsung unta ketika ke ladang unta. Kami juga mengambil peluang membeli susu unta. Sebotol kecil berharga SR5.00/- Aku membeli 6 botol. Aku dan adik saja yang boleh minum. En hubby, Mak Zah dan dua anak dara aku tidak lalu ditekak mereka. Dijadikan face-mask elok juga. |
~~ Sesungguhnya Allah maha mendengar walau di mana pun kita berdoa. Apa yang penting sebagai hambaNya jangan mudah berputus asa andai doa belum terqabul.~~
70 comments:
Kenapa pemilik unta lari bila ada polis arab? Apa rasa susu unta kak?
Sykur dpt menjejakkan kaki ke jabbal rahmah kan..Agaknya panas kat sana berganda2 dr panas kat m'sia kan kakak..
bestnya kak! semoga saya pun akan dapt kesana satu hari nanti. amin
Jabbal rahmah...rietta pown teringin kesana....eeh ada tngga yea akk?xpernah lg rietta tahu....susu unta, rietta xpasti bleh diterima tekak ataw tidak...susu lembu mmg kegemaran rietta....
Psss...itu la...si kakak....pokok cili hdup dikatanya pokok cili kering....nakal....tpi dah ada anak buah rietta panggil padi itu, pokok beras...jgn smpai ada yg pnggil nasi sudah la...
saya belum lagi dapat menjejak kaki kat sana..insyaallah satu hari nanti saya pasti juga ke sana.
KZ...KZ dengar tak apa yang abe doakan hehe....
Adoiiii... takutnya..... kalau kat sini duk luar pun dah tak tahan.... kat sana? harap2 dikuatkan iman oleh Allah untuk menikmati keindahan bumi para ambiyak nanti....
seronok baca perjalanan akak ke sana.. ;)
psstt: akan berusaha untuk edit gambar2 yg ada sebelum dipost.. gambar dak Nuha dah tentu.. ;)
semoga pB dapat ke sana satu hari nanti ...
amin
Klu doa dan niat yg betul in sha ALLAH akan dimakbulkan kan kak...
Mcm mn lah agaknya rasa susu unta tu ye... :-)
syahdu nyer...
kalau musim haji mesti lagi ramai kat sana kat kak...
Assalamualaikum Hjh,
Pertama kali menunaikan Umrah dan menaiki Bkt. Jabal Rahmah bersama isteri.......tetapi pada musim haji terlalu ramai orang..... sungguh padat laluan ke atas Bkt. tersebut.... sudah baik sakit batuk tempohari drpd MH.......
Kak Zakie...seronoknya dapat pergi kesana berkali2 kan.
begitu indahnya Islam...
Semoga Allah SWT membukakan seluas2 jalan untuk kakcik ke sana. Aminnn
susu unta memang rasa mcm susu kambing. sape yg tak lalu bau yg kuat memang tak lalu nak telan kan kak.tp aritu amie didihkan dengan halia. baru la ok sket rasanya
Tq share bersama ye kak !
knp di'blur'kan muka kakak tu?? hehe....
oo rupanya ada jugak org buat perkara syirik kat sana....
sekali-sekala merasa susu unta, ok juga kan Kakzakie.
gelihati dengar ayat gurauan dari suami Kakzakie..tambah isteri tuh he..he..
selalunya doa dari hambanya pasti didengari oleh yang Esa...selalulah berdoa..
panas terik memang tak tertahan kita...
Pembaca setia cerita akak di tanah suci...semoga Allah memberi peluang dan rezeki untuk saya ke sana ..amin
doa kan kak...moga yan dapat pergi lagi rindu suasana macam nie...
Moga mama akan dpt ke sana!
alhamdulillah , seronok tgk anak2 akak .. sama2 menunaikan umrah ..
nie kalau musim haji lagilah ramai kan ;)
camne rasa susu unta tu kak? nak tau jugak..
saya pernah mkn dgg unta jerk, susunya x pernah lg rasa. Sedap ke kakak?
Betul lah kata parents saya, kat sana mmg semata mata batu sahaja..batu dan pasir...tandus...
teringin nak ke sana...
ya Allah seronoknya.. entah bila sy akan ke sana macm akak sekeluarga...
masa nak minum susu unta jangan kata tak lalu ke, bau rumput ke (kata FIL) saya..sudahnya memang bau. walhal kalau kita tak kata apa, memang sedap susu unta, manis cam letak gula..
p/s tahun lepas jabal rahmah bebas unta, depa ke jabal nur. tahun ni, balik ke jabal rahmah semula ya kak. terror adik panjat jabal rahmah..
teringin nak jejakkan kaki ke jabal rahmah tu kak..
dulukan Daddy Qalesya berdoa kat sini le dapat ibu Qalesya .. ^_~
Assalamualaikum kakzakie...moga dapat pergi ke sana nanti inshaAllah...apa rasa susu unta tu ek..
seronok
Ya Allah.. Kak, sayu rasa hati nak ke sana jugak...mudah2an Allah murah kan rezeki agar dpt sy ke sana..
banyak nya pahala beribadah disana..
seronok baca kisah org.. hihi.. minta2 ada la peluang dpt ke sana jugak.. :)
kak zakie.
bersamaan berapa rm kita u sebotol susu?
bila la agaknya rezeki saya nak ke sana...
alhamdulillah.. dipermudahkan urusan & ibadah akak dan family di sana... kuasa Allah... ;)
jabbal rahmah...
teringin nak sampai sana...
utk tmbh cwgn pun doa jugak ye...
hehe.
pengalaman Indah kan Kak Zakie
tak mungkin dapat dilupakan pengalaman ke tanah suci...
hope saya dpt menyusul....
InsyaAllah...
SERONOKNYA..mcm mana rasa susu unta tu ya? macam susu lembu ke kak?
Salam k.zakie..
tertanya2 matawang malaysia dgn arab jauh beza tak? mcm sebotol susu sr5.00,kira duit kita berapa?? pelik sgt ke rasa susu unta?? erkkk..erkk.. mesti baunya kuat *teka je ni*
seronoknya baca....... :)
bestnye.. dapat jadik tetamu Allah.. teringin jugak nak gi sana..:)
Insya Allah....semoga saya juga akan menjadi tetamu jua sautu hari nanti
bila dengar cerita akk, semakin tertarik2 hati ni untuk ke sana..
saya teringin nak ke sana. nak ke jabal rahmah. nak mohon doa. :)
sy mmg suka dengar atau baca kisah orang pegi sana.. macam2 pengalaman yang menarik.. lagi2 kat jabal rahmah ni kan... harap saya pun dapat ke sana juga aminnn
masa saya unta tu tak de kak..
tapi saya tak naik atas jabal rahmah, hubby tak kasi..saya doa kat bawah aje :)
Hampir setahun lepas kujejakkan kaki ke sini... Rindu nak ke sana lagi... Sedap susu unta kan kak...
Tempat mustajab berdoa. Apa rasa susu unta kak?
teringin n berniat nak ke sana Kak zakie...=)
adik mst teruja da sampai sana diusia muda kan..=)
Takde rezeki naik unta. Betul tu kak yg penting doa kita tu telus dgn Allah. Inshaallah di mana2 pun Allah makbulkan.
Assalam kak,Alhamdulillah akk dpt merasai pengalaman mnjejak kaki ke tanah suci..Bestnyer..InsyaAllah hope sy n family juga di jemput ke tanah suci..
Rep:-Psttt kak,ade rcp sume leh jadikan,hehe..lagi sdap dri mkn kat restoran n lebih jimat ..
syukran..syukran..dpt berdoa, dpt beribadat di sana...selain itu dpt merakam detik2 menarik..
seru2lah nama kita "salbiah" untuk sampai di sana..teringin nk ke sana juga....hehe..
apa rasa susu unta tu...tentu senang nak dapatkan..
Terima kasih semua yg sudi menitip komen buat eN3 kakak ini: -
Nurulhuda Abd Wahab, ummuaidan, redza, Henrietta Jose, Be Simple Beb, hainom OKje, aizamaia3, pB, Mia Kassim, Mrs Eady, Pesona, Kniedaz, JunAina, Nor Laila, Kakcik Nur, amirah (tak berbau sebenarnya Amie tak macam susu kambing), Kesuma Angsana, aanie, ummiross, Pn Bayu, Yan's Cottage, Juhariah Johari, ieda immi, Ujie (ok biasa je macam susu lembu lebihkurang), Ratu Hatiku (kakak sebab dah biasa minum fresh milk so tak adalah bezanya), Daddy Ziyyad, Ema Blog, Ahlam Miera, Anim (kakak suka Anim sebab dah selalu minum fresh milk - panjat-panjat adik memang sukalah Anim), Riedaffya ibrahim, Liya Hanif, Mas Zull, Atie Yusof, the malay male, mama maman aka yana, citarasa rinduan (duit RM dgn SR lebih kurang Ayu, besar kita sikit aje), sudipVSsenduk, Deqla Manjew, Rapunzeel Cikilolo, Emme, intanfirdaus247, ♥ Cmª shIemª ♥, Nafiraa usof, eelobor, KY, gadisBunga (jom tahun depan kita pergi), Bert, Tihara (kalau nak daki jgn ikut tangga Tiha sesak, tapi ikut batu-batu tepi ok), Nur_nba, elly Nadiya, Aine Ainun, Ummi Iman, Zaliedana, sal Bunda aka KN.
Buat semua terima kasih sekali lagi.
seronoknye kak... untung anak2.. kecik2 lagi dh berjaya jejakkan kaki ke sane.. akak doakan kami pn berpeluang ke sane gak ye, 1 ari nnt :')
Ya Allah terasa nikmatnya bila sampai kat sana..tandus ye sebab tu panas sangat2
As-Salam Kak..
Semoga saya juga akan menjadi tetamu Allah satu hari nnt....InsyaAllah..Tkasih atas perkongsian cerita kakzakie ni...
Seronoknya baca kisah akk kat sana.
Sedap ker susu unta tu kak.
Salam kak zakie..:)) hari ni masak per kak?
tula intan start pakai semalam,memang banyak dan hitamnya Ya Allah toksin dalam badan intan..patutlah badan intan rasa berat, mengantuk ja..nak ngandung nak kena singkirkan dulu toksin2 dalam badan n kan kak..
intan guna x ada brand..biasa ja..tapi org Melayu yg jual.dia jual banyak..intan dh order banyak untuk jual pada kawan2…memang sedap ja bangun pagi n…In Shaa Allah akan terus guna …sebab sangat bagus…intan x pernah lg pakai benda2 gini..bila pakai dan rasa kesan seabb tu intan berani nak jual..akak doakan kejayaan intan ya
Masyaallah.. Byk hari ros terlepas blog akk.. Sonoknya tgk.., :)
bestnya kak..seronok tengok..
seronoknya kak..terharu sgt..
dgn keadaan tangga yg sempit..masih ada ke org yg berjual di tangga tersebut..dgn org ramai lgi..emm sesak..susah payah tu yg ALLAH SUKA KAK.
indhanya perjalanan.... menjadi tetamu Allah disana......
doakan remy juga akan kesana nanti ye kak.....
pic kak zakie ke tu yg ditutup mukanya?penulis low profile ye..hihi
Terima kasih juga buat: -
aizu's life, ZieMarziah, Eye_nee, Fiza Rahman, intanfirdaus247 (moga terus suksess), ROS, anitadiana, Knor, NoEn, Remy hazza dan Puan Kutu (hihi... sajalah tu).
Terima kasih sekali lagi.
alhamdulillah smpi dah akak kat jabal rahmah ye...
kak zakie, Perasan tak kat jabal rahmah tuh ada yang buang gambar n no phone hhihi
Post a Comment