Friday, April 5, 2013

Perjalanan kami ke tanah suci - kisah 2

Dari Jeddah kami terus menuju ke hotel penginapan kami di Mawaddah Al-Noor, Madinah. Belakang hotel Movenpick tempat aku menginap dulu. Berbanding Movenpick, Mawaddah Al-Noor berselang satu jalan sebab Movenpick turun hotel sudah jumpa halaman Masjid Nabawi. Pagi itu kami ziarah kawasan masjid. Penerangan diberikan pada jemaah. Aku diberi tanggungjawab oleh hubby untuk membawa jemaah wanita ke Raudhah pada waktu malam. Raudhah ini merupakan salah satu taman-taman syurga. Salah satu tempat mustajab untuk berdoa. Di sebelah Raudhah inilah duduknya maqam Rasulullah s.a.w. Sebelahnya pula maqam Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan di ikuti Saidina Othman bin Affan.

Mawaddah Al-Noor - Anak sulung aku mengepak di pintu hadapan hotel penginapan kami semua.

Hari pertama - Langkah mula membawa anak-anak keluar dari hotel untuk ke Majid Nabawi. Aku membawa anak-anak dan sahabat perempuan manakala en hubby membawa yang lelaki kerana di Masjid Nabawi tempat solat adalah berasingan.
Perkarangan Masjid Nabawi - Adik bersama dua teman barunya - Nurwaheeda dan Muhd. Luqman (6 tahun). Waheeda sama usia dengan adik tapi kelihatan teman adik ini comel sedikit saiznya berbanding adik yang agak tinggi.
Sejuk dan nyaman - Aku bersama 3 harta pinjaman Allah untuk aku galas menjalankan tanggungjawab yang diberikan selagi hayatku masih ada. Doakan anak-anak aku menjadi anak-anak yang solehah.
Malam itu jam 10:00 malam sebelum pintu masjid nombor 25 di tutup kami menuju ke Raudhah.Masih sama suasananya ketika aku pergi dulu. Aku kena lebih konfiden untuk memberi keyakinan para jemaah yang aku bawa malam itu. Sekali lagi bersyukur anak dara sulung aku boleh berkomunikasi dengan bahasa Arab memudahkan perjalanan. Jam 10:30 malam pintu masuk untuk ke Raudhah akan ditutup. Tunggulah giliran untuk masuk mengikut arahan polis mak arab itu. "Duduk ibu, duduk ibu..." ini satu dari bahasa yang buat adik senyum. "Mama dia cakap Melayu." Itu kata adik. Betul dari dulu lagi aku tahu ramai petugas di sana yang boleh berbahasa Indonesia sebenarnya. Selain 'duduk ibu' perkataan 'masuk ibu' pun selalu digunakan bila suasana hendak solat agar saf solat memenuhi ruang yang ada.

Sedikit garis panduan aku berikan agar jangan menadah tangan ketika berdoa tetapi bersujud sebab ketika bersujud mak arab polis tidak akan kacau; tetapi andai lama menadah tangan untuk berdoa pasti akan segera diarah keluar kerana mahu memberi peluang pada jemaah yang lain. Begitu juga aku berpesan andai disuruh bersolat di karpet yang berwarna merah itu belum lagi Raudhah sebab mak arab polis itu kadang mengambil mudah suruh bersolat saja di situ. Sebaliknya Raudhah adalah kawasan yang warna karpetnya hijau-kekuningan dengan bunga kecil berwarna merah. Alhamdulillah jejak jam 12:30 malam semua jemaah wanita yang aku bawa masuk Raudhah selesai semuanya. Masing-masing masih berairmata sebaik keluar dari Raudhah. Moga doa-doa dan kiriman salam dari sanak-saudara-teman-taulan (termasuk rakan blogger yang menitip kirim salam melalui ruang komen N3 aku juga) dapat disampaikan buat junjungan kita.

Hari ke 2,  3 & 4 kami sekeluarga - Setiap pagi boleh dikatakan roti berinti ini menjadi tempat kami parking untuk menikmatinya. Selain itu aiskrim juga menjadi persinggahan tetap kami. Selera sentiasa terbuka setiap hari. Komunikasi tidak ada masalah kerana kalau tidak boleh berbahasa Arab gunakan saja bahasa Indon mereka lebih  faham berbanding kalau kita berbahasa Inggeris. Jemaah yang lain pun sudah boleh berdikari.
~~ Kenangan hari ke dua ketika hendak masuk ke dalam masjid untuk solat dhuha aku kena tahan sebab ada kamera di dalam beg. Mak Zah pula boleh lepas. Terpaksa aku solat bergilir dengan Mak Zah. Kalau di Masjidilharam membawa masuk kamera tidak ada halangan buat wanita tetapi tidak di Majid Nabawi jemaah lelaki tidak ada halangan. Apa yang hairan telefon canggih tidak pula ditahan walhal seperti dua telefon anak-anak lebih baik dari kamera yang aku ada. Tapi kami akur kerana itu syarat di tempat mereka.~~


75 comments:

Mia Kassim said...

Assalamualaikum kak....menarik bila baca pengalaman akak ke sana, rasa semakin kuat untuk jejakkan kaki ke sana...(^_^)

nabilah_2908 said...

la...kenapa blurkan muka tu kak...hehe.. ;)

okey...nanti sambung lagi.. :)

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakZakie

Iyalah.. kenapa blurkan muka tu..

Kakcik Seroja said...

Semoga kakcik akan sampai juga ke sana nanti. Aminnnn

NinaAz said...

nape blur tu sis. Alhamdulillah. semoga suatu hari nanti nina dapat kesana jugak

Mila@Rimbun said...

akan ku tunggu siri ke 3 hihi

tetiba rasa rindu plak

Aien Not Alien said...

menarik kisahnya...seronok saya baca. tapi kalau dapat pergi lagi seronokkan kakak. semoga saya diberi kesempatan untuk kesana.

#dapat tengok kakak walau muka blur....selalu nmpak dari belakang, tersorok ke..hehe.

Izwa Kamaruddin said...

meremang bulu roma baca..izwa nak sangat ke sana kak..

Kniedaz said...

belum dapat pergi dengar cerita pun dah rasa seronok kak...

Lydia Miza said...

Lama x makan shawarma.nyum3.

Rindu nak ke sana lagi.doakan rayuan dik diterima utk haji kali ini ye kak zakie

Anonymous said...

tq share info ye kak, bolah dijadikan panduan In Shaa Allah bila ke sana nanti. Doakan akan sekeluarga aman bahagia hingga ke syurga dan sentiasa berada dibawahlindungan Allah swt ye

Nini D.. said...

seronoknya dapat berkongsi rasa dgn akak bila membaca entry nih

Umm AA said...

Seronoknya kan berada diraudhah tuh..terasa aman & tenang dijiwa gitu.. pernah dengar jgk camera takleh guna tuh..tp ramai gak kan orng2 yg curi amek gambar guna henpon...beruntung kakak dpt menjejakkan kaki kesana lagi..alhamdulillah

Hudalatip said...

Seronoknya baca entry akak ni...rasa mcam dah ke sana je..

Unknown said...

tak dapat lagi tgk wajah akak...:(

Apa pun satu coretan yang seronok sangat yus baca, menambah keinginan untuk ke sana satu hari nanti, InsyaAllah.

mama maman aka yana said...

tumpang membaca kat sini.. nape blur muka.. akak nih.. :)

HeNRieTTa JoSe said...

Semua anak anak pergi? Sronoknya...rietta igtkan hnya mak zah dan adk sj yg ikut...

Psss...sayu hati bila akk ceritakan dpt masuk ke raudah....itu impian rietta suatu hr nnti....

amirah said...

seronok baca pengalaman akak...

Pn.bayu said...

Alhamdulillah... terima kasih kerana berkongsi cerita ini..sedikit sebanyak dapat memberi gambaran..tentang tanah Suci... :)

JunAina said...

Aina menyimpan hasrat nak bawak mak dan anak2 sekali kalau ada rezeki.

musang said...

bertuah akak dapt jejak kaki ke sana

NEKCIK said...

Alhamdulilah...insyaallah..sesiapa yg menziarah Nabi.SAW setelah baginda wafat..samalah menziarahi bsginda semasa baginda masih hidup dan baginda menjawap salam kita...sayaangnya Nabi pada umatnya...alhamdulilah anak ansk kak zakie fpt kejsk kaki ke sana...itulah hadish terbaik untuk mereka...semugs semuanya mndapat umrah yg mabrur..insyaallah

NEKCIK said...

Tambah sikit lagi ye...memang amat syahdu sekali apabila waktu bersama anak anak ke masjid....amat indah...sesiapa yg ada kelebihan rezeki tu bawaklsh anak anak..kalau tak dapst...usahakanlah untuk ke sana sebelum nikmat Allah ambil kembali...

Tie HT said...

alhamdulillah kakak, seronok pengalaman ni rasa nak ulang kembali..
saya stay kat hotel waseel al reem masa di Madinah...

OKje said...

Seronoknya dapat pergi sekeluarga macam KZ ni.. bila agaknya ....moga dimurahkan rezeki...

OKje dah dapat plotkan rupa paras KZ hehe... walaupun diblurkan... jangan tak tau OKje ada kelebihan hehe....
Adik dengan kakak tu lebih iras pada ayah dia kan KZ ... yang pakai spek tu mungkin macam KZ.... betul tak?

Nampaknya kempunanlah OKje nak menatap wajah KZ....huhu

Fai Nardir said...

kak, doakan fai dengan husband ada rezeki untuk ke sana tahun depan...

Cho Zila said...

nak kesana juga.. semoga Allah permudahkan juga bagi saya ini... kagum tengok rasa sayapun disana

nOe suhaimi said...

seronoknya dah sampai ke sana...terima kasih atas perkongsian pengalaman...dapat baca pun jadi lah..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..
alhamdulillah..semoga doa2 diangkat kelangit..

oho... baru tau psl doa & camera tu..
nasib bdn lah kak..huhuh..


mudah2an turn cma ke sana pulak lps ni.. main... :)

Unknown said...

kak ada doakan u ayu?
aminnn..

sayang kak zakie.

thanks bkongsi. jika kesana ayu akn ingat pesan akak ttg cara doa dan ttg karpet

love u

aby said...

Salam hajjah.
Tu untung wanita bile nk ziarah ke raudah. pasti dpt masuk sbb guna sistem brgilir. Bg laki pula blm tntu dpt masuk sbb kena bergelut utk dptkan tmpat d situ. Tng karpet hijau dan merah tu aby pun ada kenangan juga. Ada masa aby buat entri psl tu.
Wah ,.. Wes bodo enggo jubah ireng. Jubah madinah yor

Ujie Othman said...

tumpang baca pengalaman akak pun saya dah rasa seronok. cuba membayangkannya...

blur nampak muka tu? hehe

IntaNBerliaN said...

bergenang air mata baca entry ni... moga saya diberi kesempatan untuk ke sana sebelum menutup mata...

Umialya said...

Alhamdulillah kak, rezeki akak sekeluarga dapat jejakkan kaki ke sana

ummiross said...

Kenangan di Masjid Nabawi dah Raudhah khususnya sentiasa menggamit rindu.

Seronok tengok senyuman bahagia anak2 Kakzakie tu.
Alhamdulillah diberikan peluang oleh Allah SWT untuk Kakzakie membantu jemaah2 wanita yang lain.

ieja amieja said...

alhamdullillah..akk diberi peluang utk membantu jemaah yg lain..bukan senang nak dpt peluang tu..yg pasti akk dapat melaksanakan amanah tu dgn ikhlas..semoga satu hari nnt sy pun dpt jejakkan kaki ke sana..

Ayu Ayunie said...

thanks kak ttg tips baca doa tu. tula kdg2 hp kamera lebih canggih dari kamera. nak wat camne kan dah undang2 dorg.

adyna AB said...

Alhamdulillah dapat kak zakie bawak anak-anak bersama..doakan kami sekeluarga juga kesana ye kak ;)

Unknown said...

ala kempunan nak tgk wajah akak...

nadz said...

Alhamdulillah..seronoknya dapat melihat KZakie sekeluarga di sana..bilalah mama dapat peluang bawa anak-anak mama yang lain kesana. Mama pernah bawa anak sulung untuk kerja umrah pada tahun 1997(masa tu umurnya 15 tahun)

Ratu Hatiku said...

Amin... semoga mereka menjadi ank2 yg solehah ya kakak... :)

Unknown said...

serius seronok tgk family akak ke sana.. betapa bertuahnya...

Shaiful Zaidi said...

Salam akak....Alhamdulillah Kakak dan family dah ke sana. InsyaAllah suatu hari nanti saya akan ke sana jugak.

ibuintan said...

membaca cerita dan melihat KZakie sekeluarga berada di sana, makin saya berazam agar saya juga dapat ke sana bersama seisi keluarga juga


doakan agar Allah mempermudahkan jalan saya untuk ke sana

Acik Erna said...

assalam kakzakie..doakan agar acik dan suami dapat pulak kesana dengan hero2 acik ye..terima kasih

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

banyak dapat sya belajar, terima kasih, Kakzakie..

aizamia3 said...

moga satu hari nanti saya dan keluarga berpeluang ke sana..

Unknown said...

dpt ilmu.serba.sikit.bila.baca entri.akak.ni...

Unknown said...

Assalammualaikum Kakzakie...terkejut zana kakzakaie singgah blog. Beberapa hari lepas zana update tapi tertinggal blog kakzakie. Jgn risau zana letak semula.
Kakzakie dpt msg zana ke hari tu? Mungkin kakzakie dah sampai sana masa tu. Alhamdulillah dah balik skrg ni, meriah balik hidup zana...hehe..
Rindu nak ke sana, doakan zana juga boleh pergi dgn keluarga.

Fiza Rahman said...

Bestnya baca kisah akk. Smoga saya berpeluang jadi tetamuNYA satu hari nanti.

Kak...napa blur kan muka tu.

lieyalatif said...

Subhanallah!!! Allahuakbar!!!... Seronok bace citer akak....harap lieya pun ade rezeki tuk jejakkan kaki ke tanah suci....

Tumpang gembira tgk pic akak....terbayang depan mata je haaa ...

Murni Alfathunnisa said...

salam kakzakie,

alhamdulillah..dapat jugak serba sedikit pengetahuan dan tips di masjid nabawi. gambar kat Raudhah tu ada tak, kakzakie..?

Eye_nee said...

As-salam kakzakie...

Ya-Allah kakzakie...saya teruja sgt nak jejak kan kaki kesana mcm akk...melihat akk sekeluarga disana seprti melihat kedlm keluarga saya..seoalah-olah saya yg jejak kan kaki disitu...Saya juga diamanahkan dgn 3 puteri seperti kak...melihat gambar kakzakie ber 4 beranak tu sepertinya saya melihat diri saya dan 3 puteri saya tu....

ulfa said...

salam,
alhamdulillah mama pun ada 3 puteri yg Allah beri.
Moga terus menulis utk jadi kenangan dan panduan bagi yg nak ke sana.

mamaju.

Ibu Lala said...

Boleh buat panduan bila nak pegi nanti

My Little Diary said...

serononknya....in shaa allah nak ke sana juga nanti
:)

Unknown said...

apabila baca entry nih makin tak sabar rasanya hendak menunaikan umrah...insya-Allah...

ckLah @xiiinam said...

Travelog yang menggamit rindu...

mama aini said...

syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..

nurbijen said...

Masya Allah, seronok saya baca kisah ni... seperti dipangil-pangil untuk ke sana... makin tak sabar rasanya nak berdoa di Raudhah :)

Puan Kutu said...

seronok baca pengalaman kak zakie ketika disana..mengetuai jemaah wanita lg..semoga garis panduan dr akk memberi manfaat..sy pun turut dapat pengetahuan baru

Kayu Manis said...

boleh buat rujukan di sini..kenapa nak kaburkan muka kak..

bertuah kecik2 dah dpt ke sana..

QasehnyaRania said...

as-salam kak :)

alhamdulilllah..
sronok bc catatan perjalanan ni.
mudah2an membatu di masa akan datang..
in shaa ALLAH

Ruse Sulaiman said...

Suka baca pengalaman org ke tanah suci. Nak tunggu hari seterusnya pula. Knp akk blur muka... tak aci buat yg lain ada dlm gambar tu ;)

Nur-nba said...

Terubat rindu waktu di sana.. Maaf sangat2 ye kak. Nur jarang tinggalkan komen. Tapi bila ada masa tentu singgah untuk ikuti cerita akak. Nanti akak tulis sambungannya lagi ye.. Moga akak dan anak2 sihat.

Unknown said...

Untungnya akak! Bila baca nukilan akak ni seperti dah kerap sampai ke sana... Moga kami ada rezeki utk ke sana... Moga Allah buka pintu utk kami menjadi tetamunya...sekali pun cukuplah :')

Kakzakie Purvit said...

Percayalah kepada siapa pun yang telah menjejak kaki ke tanah suci pasti akan ada rasa rindu yg menggamit utk ke sana lagi. Keseronokan beribadat di sana amat jauh berbeza dan rasa khusyuk itu akan lebih dirasai.

Terima kasih semua yg sudi membaca rentetan N3 kakak ini:-

Mia Kassim, nabila_2908, Werdah (malulah kak werdah), Kakcik, NinaAz, mila@rimbun, Aien Alien, Mrs Eady, Kniedaz, Lydia Miza, Kesuma Angsana, Nini D, Ummuaidan, Nurulhuda, Yus, mama maman aka yana, Henreitta Jose, Pn Bayu, Amirah, JunAina, redza, Nekcik (kakak rasa tak ada yg tak mengalirkan airmata ketika berada di raudhah ini kak nekcik), Tihara (pasti semuanya menerawang depan mata kembali dlm ingatan kan Tihara), hainom OKje (kira ikut mould dialah tak lari mana hainom), Fai Ceritacinta, Cho Zila, Noesuhaimi,♥ Cmª shIemª ♥, citarasa rinduan, aby (kakak tuku baju kabeh nang kene - seng tuku kono di gowo balik wahe), Ujie, IntanBerlian, Umi ALya, Ummiross, ieja amieja, ayu, izan mama mia, adyna, nadz (insya-allah boleh mama sebab lagilah semua dah boleh cari duit sendiri), Ratu hatiku, Deqla Manjew, Shaiful , IbuIntan, Acik Erna, Seri Kandi Tanah Jauhar, aizamaia3, zana fahmi (kakak masa di sana guna tel no, sana tukar simcard - tak ada dapat msg zana tau), Queen Teratal, Fiza Rahman, Lieyalatif, Eye_nee (harta kita sama semua perempuan ye Eye_nee), Murni Alfathunnisa, Ulfa Eady (samalah ye 3 puteri), Ibu Lala, My Little Diary, Papa Mifz, ckLah xiiinam, mama, nurbijen, Puan Kutu, Knor, Qasehnya Rania, Ummi Iman, Nur_nba (kakak maklum Nur busy kan tak ada masalah - bila senang dtglah rumah kakak)dan Marya Yusof.

Terima kasih sekali lagi buat semua.

ANIM said...

kakzakie..dari pengalaman "membawa jemaah perempuan) yang kak dapat, insya-Allah satu hari nanti suami kakzakie dan kakzakie sendiri jadi mutawwif (kalau perempuan sebut apa ya?)..

p/s ada jemaah yg lepas kamera dari kawalan sebab masuk dalam zip baju singlet. huhu..pengawal tak raba situ. dia raba poket jubah sajakan.

Unknown said...

kembara di tanah suci...indahnya bila remy turut sama membacanya....

ariana said...

Asmkm kakak, bersungguh sy membaca pengalaman kakak kat sana.., bila lah kami pula akn dpt menjadi tetamu Allah..
Beruntung adik kecik2 dh berpeluang kesana..org kata rasa tak nak balik kalau kat sana, manisnya fpt beibadah ye kak...alhamdulillah:)

PCL said...

salam kak, pengalaman akak sebelum ni yg pernah ke sana tu sangat bermakna dan bagus utk panduan bersama rakan yg baru pertama kali ..., sy yg blm pergi lg lah teruja...entri mcm nilah sbg panduan, insyaAllah doakan kami cepat seru ke Baitullah.

syiela said...

bestnya kak baca entry ni.. moga saya juga sempat menjadi salah sorang tetamu allah nanti

Unknown said...

seronoknya dapat ke sana lagi ye kak, teringat saya pada arwah ayah...gambar terakhir beliau di masjid nabawi ni sebelum meninggal di mekah

LiYa HaNiF :: said...

Inssyaallah semoga liya akan jejakkan kaki kesana juga 1 hari nanti. :)

gadisBunga™ said...

teringat saya kat pak arab yang terer cakap kelantan tu. akak penah tengok tak videonya?