Saturday, April 6, 2013

Perjalanan kami ke tanah suci - Kisah 3

Hari Sabtu ini biarlah santai-santai sikit entri diberi. Sejenak melihat kegiatan adik ketika berada di sana.

Anak Kazakhstan - Bagaikan ayam dengan itik. Adik pukul cakap bahasa inggeris manakala budak ini cakap bahasa perancis. Sama juga aku dan ibu anak-anak ini mana aku faham berbahasa sepertinya. Yang besar baru 7 tahun dan si adik baru 5 tahun tapi besar badan mereka. Punca berkenal dengan tidak segan silu dia mengendeng duduk sebelah adik melihat adik bermain game handset. Tidak mahu dia mengganggu adik, aku bagi handset aku. Siap tarik-tarik telinga dua beradik ini sebab terlalu exited. Kasar betul cara mereka. Ngeri aku.

Merpati - Setiap hari jika ke Masjidilharam waktu untuk solat Zuhor dan Asar banyak merpati di sini. Adik mana tahu letih. Dikejarnya burung-burung itu. Suka bila terbang banyak-banyak.

Beli mainan - Singgah di Bin Dawood beli mainan ini. Disebabkan jubah untuk anak-anak di sana tidak menepati selera adik lalu dia lebih rela membeli mainan ini. SR115/- satu set.

Merpati lagi - Sentiasa ada yang memberi makanan sebab memang ada dijual untuk kita tabur. Tetapi ada juga tukang sapu yang membersihkan sisa makanan burung ini.
Bermain game - Bila penat mengaji, solat sunat dan berzikir adik akan bermain game
.


Kucing - Sementara menunggu papa membeli kebab dia merenung nasib kucing ini. "Adik cakap Melayu mana kucing ini faham, dia tahu cakap Arab hihi...." Aku usik adik. Manja pula kucing ini. Aku pula jenis geli mestilah jauh-jauh.
~~ Syukur walau cuaca panas tapi adik sihat dan cergas ketika berada di sana. Biasa di sini bila kena panas lebih sikit adik selalu demam. Syukur Allah memberi perlindungan pada hambaNya yang kerdil.~~

63 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

hepi je muka adik kat sana

:)

Ummu Muhammad said...

kak zakieee!!! tertinggal keteapi dah kite..episod 3 dah...alhamdulillahh selamat pegi dan sampaii!!

rindunyeee tanah haram!!! rindu sgt!!

redza said...

bertuah adik dapat jejak kaki di tanah suci

Ibu Lala said...

Mesti best adik dapat ke sana kan..siap dapat meman lagi tu.

ANIM said...

boleh nampak happynya adik. heee.. cute aksi dia dgn kucing/main games.
saya memang suka tengok keletah anak2 kecil buat umrah masa di mekah. alhamdulillah, pengalaman berharga buat adik. camna dia bersaie agaknya..mesti laju je langkahnya.

Remy hazza said...

best nya adik dapat menjejakkan kaki kesana..... alhamdulillah....

ckLah @xiiinam said...

Menunggu kisah perjalann seterusnya ...

mummY daniSha said...

nampak tenang je muke adik kat sana

Ct NoArizah Aris said...

Seronok baca pengalaman org2 yg dah sampai kesana...semoga giliran saya akan menyusul juga satu hari nanti sewaktu badan masih sihat ni :)

Nur-nba said...

Sangat aktif adik ye.. Kalau di Bin Dawood tu memang rambang mata.. Macam2 barang ada dijual.. Tak sabar nak baca bahagian seterusnya... Rindu dengan akak juga.. Lama kita tak jumpa kan..

Puan Kutu said...

seronok tgok aktiviti adik waktu disana.pandai adik ekk kucing tak reti ckp melayu.ckp arab je..hehe senyum sy baca

adzairdawati makdara said...

selamat menunaikan ibadah ya.. memang rinduuuuuuu nak ke sana semula.. dah shopping di zam zam tower? hehe

hainom OKje said...

untungnya adik dapat menjejakkan kaki ke Mekah...samalah ngan TLBD...sebok nak mengikut....kalau ada rezeki Insyaallah bawak sekeluarga mcm KZ ni....
Sure suka adik tu dapat mainan KZ...
Samalah ngan TLBD ...masih nak mainan lagi

umi alya said...

cerianya adik..

Mila@Rimbun said...

Berapa umur adik kak zakie?

Acik Erna said...

Seronok je adik.

[PCL] said...

merpati...kucing dan lain haiwan nampak sama je kan dgn m'sia..haha. takde pulak rupa Arabnya..kah2 kah.

eira eixora said...

bertuah adik. kecik2 da sampai mekah

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sayu la tengok gmbr2 tanah suci ni.. teringat memory kat sana bersama insan2 tersayang.

Kesuma Angsana said...

samalah kita kak,KA part kucing2 ni mmg geli & takut sikit hehehe

Tihara said...

seronoknya adik dapat kawan baru kat sana :)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Suka adik kan, kat sana pun tetap dapat mainan, hehehe

ummiross said...

kanak-kanak memang mudah mesra kan,tak kira bangsa, tentu menjadi kenangan terindah adik dapat buat umrah diusia begitu muda, tetamu Allah yang istimewa adik ni, muda2 lagi dah dapat jejak kaki ke sana.

Papa Mifz said...

jeles PM tengok anak2 akak,pada usia yang muda dah jejakkan kaki di kota suci...makin membuak niat PM sekeluarga hendak ke sana suatu hari nanti...insya-Allah...

CeqGu said...

Ingatkan anak teruna akak tadi hihi

adyna said...

Seronok adik... ;) dapat g sana muda-muda

sal said...

menambah pengalaman baru di sana.. alhamadulillah...

syiela said...

KAK ZAKIE SAYA KETINGGALAN... DAH EPISOD 3... HEPINYA ADIK...

SERONOKNYA ADIK KECIK2 DAH DIJEMPUT MENJADI TETAMU DI SANA

MystoryPic said...

Bestnya... ke tanah suci satu family... adik nampak happy je

PeRdU cINta said...

akak..saya dah terlepas jauh ni story memory akak ke tanah suci mekah..masyaAllah..girang rasa hati bila edara mara,,rakan taulan selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air..moga suatu masa kami juga berpeluang ke sana..

BUNDA a.k.a KN said...

selamat menunaikan ibadah..moga selamat pergi dan selamat kembali..Alhamdulillah..

Knor said...

tak apa sesekali..layan aje

wanie amerie said...

salam akak..sorry x sempat nk bw blog akak..dah ketinggalan pun cite akak..huhu
bestnya adik,dh dpt ke sana..
doakan sy murah rezeki jgk yer,moga cpt2 smp sana jhk..insha Allah..

KY said...

betul tu happy je wajah adik...

Ummi Iman said...

Mmg santai untuk perjalanan ke 3 ni ;) seronok adik kan dpt ke tanah suci. Alhamdulillah sihat.

m.u.l.a.n said...

seronok adik ke mekah...

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakZakie

MasyaAllah comelnya adik dan kawan-kawan barunya tu.

yan's cottage said...

tengok pic nie...rindu kembali bertaut teringin nak pergi lagi...

Cikgu Ma said...

dah balik ke kak? alhamdulillah dah selamat semuanya..seronok nye pergi sekeluarga...bila la saya boleh pergi 1 family mcm ni....

akak ni, malu sangat yea...semua gambar akak di blurkan..hihi

Fadilah Aziz said...

comel je adik..mesti geram je tengok kucing tu kan..

Fadilah Aziz said...

comel je adik..mesti geram je tengok kucing tu kan..

ibundo said...

Alhamdulillah. Rindunya....

Ann Ishak said...

gemuk kucing tu, sambil tengok adik pakai sepek dekat kepala hihihi

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

melihat foto terasa rindu menggebu untuk menjejak kaki ke sana lagi!!

Riedaffya ibrahim said...

jeles ngan adik..kecik2 da ke sana..adik cepat mesra ngan org ye..

Cikli said...

Selamat kembali kak. Semoga semua diterimaNya dan bertambah rezeki.

aby said...

Kejap sngat dh smpai mekah ...
Psti bnyk lg yg menarik blh d kongsi masa d madinah!!!

LYAfrina said...

untungnya adik..kecik2 dh blh jejak kaki ke rumah Allah..moga lya pon blh bwk asya nanti..

Kakzakie said...

Sekadar memaparkan kegembiraan adik ketika berada di sana. Kelihatan dia amat seronok juga walau tidak ada teman sebaya yg ramai.

Terima kasih diucapkan kepada semua:-

Rapunzeel Cikilolo, Ummu Muhammad (semua yg dah tiba sana pasti merinduinya lagi), redza, Ibu Lala, Anim (masa umrah pertama bila nak naik marwah papa dukung sebab mungkin baru tiba dari Madinah tanpa rehat terus pergi, utk kali kedua dan seterusnya dia buat sendiri Anim), Remy hazza, ckLah Xiiinam, Mummy Danisha, ct norarizah, Nur_nba, Puan kutu, adzairdawati makdara, hainom Okje (adik sama usia dgn TLBD), Umi ALya, Mila@Rimbun (ogos tahun ini genap 10 tahun), Acik erna, PCL (hihi... nakal PCL ye), eira eixora, Miss Mirror aka Sam, Kesuma Angsana, Tihara, Nurulhuda Abd Wahab, ummiross (betul ummiross budak-budak cepat mesra walau tak faham bahasa masing-masing), ChqGu, Papa Mifz, adyna, sal, Syeila, MyStoryPic, Perdu Cinta (Insya-Allah niat dan usaha kena ada dik), Bunda aka KN, Knor, wanie amerie, KY, Ummi Iman, mulan, Werdah, Yan's Cottage, Cikgu Ma, Fadilah Aziz, Ibundo (itulah matsabah kan kakpah), Ann Ishak (adik pakai spek sebab panas Ann), Ummu Madihah, Riedaffya ibrahim, Cikli, aby dan Lyafrina.

Buat semua terima kasih sekali lagi dari kakak.

aizamia3 said...

seronok tengok aksi2 dak Adik.. ;)

Lydia Miza said...

Kak... Dorang yg jual makanan tu.. Pastu dia sapu dan jual semua. Hehehe

Myra Jay said...

Alhamdulillah... happy tengok adik ;)

amirah said...

hihihi...seronok tengok gelagat adik ni..

HeNRieTTa JoSe said...

ceria sj adik....rietta pown sama macam adik...suka merpati bertebangan....rasa tenang dan damai dihati....

wan nurul hezrina abd halim said...

ceria wajahnya..

elly nadyra said...

rezeki adik, kecik2 dh dpt ke sana, mcm2 ragam adik kan! alhamdulillah dia sihat kat sana!

Cho Zila said...

happy adik kat sana yerk.. syukur dia juga bersemangat....

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...seronoknya adik kecik lg dah sampai sana...

Deqla Manjew said...

wahh ada kawan baru la kat sana.. comel jek kwn barunya tu

LiYa HaNiF :: said...

moga qalesya pun berpeluang menjejakkan kaki ke sini.. ameenn

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam K.Zakie..
entri kali ni banyak kisah adik ye.. seronok baca! hihih..
alhamdulillah..perubahan cuaca tidak mengugat sikit pun tahap kesihatan adik..

ooo..baru cma tau,akak geli kucen rupanya.. samala dgn kak izan mama mia tu.. :)))

gadisBunga™ said...

haha!!! comel la adik. siap kumpul peminat tuh kat sana! :p

ZieMarziah said...

bertuah adik..kecil2 dah bepeluang ke sana