Thursday, April 11, 2013

Perjalanan kami ke tanah suci - Kisah 7

Santai hari Khamis ini aku paparkan sedikit gambaran di Masjidilharam.

Malam - Lautan jemaah yang tidak terkira ramainya. Kena ada talian telefon Arab Saudi memudahkan untuk berhubung. Kami membeli tiga saja. Satu pada telefon adik (sebab dia ligat ke sana-sini), dua pada anak sulung sebab selalu bersama aku, Mak Zah dan adik-adiknya dan en hubby sebab dia bersolat asing dengan kami.

Selepas solat subuh - Untuk balik hotel sesak kalau terus balik. Kalau sejam selepas itu reda sedikit. Pernah berjanji dengan hubby ingatkan selepas solat subuh kami tidak mahu bersarapan di hotel tetapi oleh kerana tempat untuk berjanji menunggu menjadi laluan masuk saja (tidak dibenarkan keluar) kami terpisah. Balik sendiri-sendiri. Akhirnya bersarapan di hotel juga.

Waktu dhuha - Cuaca panas tetapi tidak sesak sebab ramai sudah berada samada di dalam masjid atau merayap ke dalam shopping-shopping kompleks. Masa ini kami sedang menuju untuk ke Bin Dawood membeli mainan adik

Tiang di dalam Masjidilharam - Sekeliling tiang ada susunan Al-Quran begini

Rak-rak di dalam Masjidharam - Tempat solat kegemaran kami berdepan rak-rak ini. Boleh nampak kaabah dengan jelas dari sini. Untuk mengambil Al-Quran pun mudah. Lagi pula Nurienne lebih suka solat di atas tile berbanding di atas karpet.

Lampu - Captured malam selepas Isyak untuk balik. Dalam sesak-sesak hendak balik sempat lagi captured sebagai kenangan.

Tingkat atas - Captured jam 3:00 pagi selepas solat tahajjud/tasbih. Waktu begini agak lengang tetapi tempat tawaf sentiasa padat. Masuk subuh saja semua kembali padat.

~~ Gambar-gambar banyak dari sentuhan tangan adik.~~

67 comments:

Eye_nee said...

As-salam kak..
Tak jemu2 nak baca N3 tanah suci ni...

musang said...

tempat yg jadi impian seluruh umat islam utk datang!

OKje said...

Ramainya orang KZ..... Yelah ...bukan mudah nak ke sanakan so ambik peluang nilah untuk beribadah sebanyak mungkin...seronok jugakkan pergi anak beranak...ada kawan
Kalau TLBD pergi harus jugak ke Bin Dawood ni hehe...

Rozie said...

Alhamdulillah bestnya akak... baru sempat kesini.. rupanya dah kisah 7.. nak kena klik older post nih...

Unknown said...

kunjungan perdana gan..
salam kenal dan sukses terus..

Nini D.. said...

tak jemu nini baca entry pasal mekah kak...seronok sangat!

Hudalatip said...

Aah ye ramainya orang........

are_lin@yu said...

indahnya rumah Allah..moga diberi kesempatan utk jejak ke sini nti..

Kamsiah yusoff said...

tak pernah jemu saya membaca cerita pasal haji atau umarah..walau membaca di blog2 org lain..kerana tiap yg kesana pasti berbeza pengalaman dan ujian,kan..

Orkid said...

salam singgah pagi Untie. Seronok membaca cerita2 di tanah suci macam ini !

Umm AA said...

Rasanya ramai2 orang kat masjidil haram pun tidaklah rs sesak ramai org kat pesta mahpun pasar malam kan kan..Allah ttp bri kelapangan utk amal ibadah kpdNya kan..tetap kagum melihat masjidilharam..:)

amirah said...

terer jugak adik ambil semua gambar ni kak..ya Allah makbulkan lah doa kami untuk sampai ke sana mcm kakzakie dan keluarga

Hanis Azla said...

Salam kak zakie..

Subhanallah.. indahnya.. seronok sangat dengan suasana semua orang hanya mahu beribadat kepada Allah. semoga ada rezeki utk kesana lagi insyaAllah..

JunAina said...

Insyaallah...akan sampai masanya Aina akan ikut jejak Kak Zakie.

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

sejuk hati setiap kali baca entri tentang kunjungan ke sana!

Aziela said...

Mesti seronok mengaji dalam masjid selepas tahajjud kan kak....

HeNRieTTa JoSe said...

tgk al-Quran yang bersusun itu...brulah rietta nmpak gmbaran yng sebenar...selama ini hanya mendengar cerita shj...

Mia Kassim said...

Untungnya kakak dapat jejakkan ke masjid ni....tpt yg diimpikan oleh semua umat Islam :-)

NM03 said...

semuanya indah.... teruskan....

Unknown said...

ramainya umat islam yg bertuah dpt jejakkan kaki ke sana.. mesti tak tergambar kan perasaan akak dpt tgk masjidil haram depan mata...

Ratu Hatiku said...

Cantiknya.....sedap mata memandang...semoga 1 hari nnt saya juga akan smpai ke sana.. In shaa Allah... :)

aizamia3 said...

peluang yang ada digunakan sepenuhnya bila berada di sana..
moga kita semua dapat ke sana satu hari nanti.. ;)

ieja amieja said...

subhanallah..indahnya tempat ibadah ALLAH ni..x jemu memandang suasana kat situ

Kayu Manis said...

kat sana siang malam pun sama aje kak ye..sentiasa org ramai.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Subhanallah, suasana di Kota Mekah amat mengagumkan sy setiap kali melihat umat islam yang berpusu-pusu ke sana...

ummiross said...

Selalu teruja bila baca n3 pasal umrah dan haji. hati semakin meronta nak pergi lagi.

Paling best bertahajjud di Masjidil haram, jiwa sangat tenang kan Kakzakie.

aanie said...

ramainya orang....

mak ngan ayah sy cite masa dia kat mekah dulu selalu janji nak jumpa kat pintu no berapa2....

Cho Zila said...

adik sporting ambil gambar untuk ibu dia.. baruler boleh berkongsi kenangan dengan kami di sini.. syukur Alhamdulillah Allah permudahkan segalanyakan

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah suka tengok gambar2 kat sana tenang jer rasa hati ini...:)

Unknown said...

tak jemu rasa nye tengok gambar2 dari tanah suci.. teringin jugak nak kesana.. InsyaAllah~

mummyrinazone beauty said...

malam kat sana sejuk tak kak?tgk banyaknya lampur merelip=)sukanya nurul baca perjalanan akk nie..binaan masjid mmg btul2 mengkagumkan..harap Allah pjgkan umur n murahkan rezeki n sihatkan tubuh bdn tuk nurul sekeluarga bersama2 bonda tercinta untuk ke sana

munna said...

semoga munna juga sampai ke sana dlm usia yg muda ....

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

salam kak suka baca entry akak ke tanah suci ni...teringin nak kesana kak...

Ujie Othman said...

subhanallah..cantiknya Masjidil Haram ni ya. tenang je..

Anonymous said...

tq, sudi terus berkongsi yer kak!

sekadar satu coretan said...

Terima kasih kak..bole buat panduan utk yg nk ke sana...hati ni rasa tak sabar2 hendak kesana...
Inshaa allah ada rezeki dan sihat tubuh badan dgn izin dr Allah...

MAZLIZA ABD RAZAK said...

cantiknya...ada simpan niat nak pi sana.

Qashmere said...

Bila la dapat ke sini. Thanks share kak zakie

Qhaifa Nur said...

walaupun ramai manusia disana, mesti ada ruang untuk kita kan kakzakie..
indahnya masjidilharam...

Julia Johari said...

Ya allah...subhanaAllah....akak...syukur btol dan beruntung akak dpt ke sana...ju yg dh pernah pergi pun rasa nk ke sana lagi bila tgk semua gambar akak pi umrah...alhamdulilahhh

Unknown said...

ramainye orang kak...best akak dapat ke sana kan..bila turn sy erk..

Unknown said...

kak...pasal selimut...akak bg address akak nnti ieda poskan kat akak ok..jauh bukan halangan kak..

haryati said...

lama tak singgah umah kak zakie... ni br ada masa... besh lah kak dapat pi sana...

Rosmawani♥ said...

Sebak rasa bila tgk gmbr kak zakie.. Moga ros diberi peluang ke sana lg :)

eija_sweetmama said...

cantik sungguh, tumpang gembira tgk mereka2 yg dah sampai ke tanah suci, moga suatu hari nnti eija berpeluang ke sana juga..

zila norazila said...

slm syg kak zakie.
impian semua umat islam utk mjejakkan kaki disana...x pernah jemu menatap gambar2 yg indah..

makchaq said...

Terujanya tengok gambar dan baca catatan kakZakie....

Sekarang ni umrah pun dah nampak ramainya... musim haji tentu lagi ramai kan..

fuad ansari said...

hmm..... terasa rindu kepada tanah suci...

apdm said...

salam,

suatu hari nanti, bila sudah cukup duit, nak juga sampai ke sana. amin...


kak, nak mesej takut ganggu kerja akak, nak call pun takut menyusahkan akak... tapi nak cakap sangat pada akak..... barang akak dah sampai. suka. syukur,terima kasih banyak kak ;)

Kenangan dalam blog syira,,

Bingkisan Syira :--Buah Tangan Dari Mekah : Kak Zakie

Unknown said...

wah..entah bilalah saya akan mampu ke sana ni..

miss yatie said...

Assalamualaikum akk,

subhanallah....keindahan yg memukau mata

LiYa HaNiF :: said...

rasa cam nak pergi sana sekarang juga ... :)

Murni Alfathunnisa said...

penting ada talian arab saudi..apa2 senang nak berhubung..tambahan lagi di tengah keramaian orang macam tu.

ya Allah...teringinnya nak ke sana.

Mulan said...

best nya.. best nya kat mekah & madinah...

Puan Kutu said...

Ya Allah happynya walau hanya dpt melihat gambar.klu dpt kesana entah macam mana perasaaannya ekk..

nazayiena said...

Memang sentiasa ramaikan tetamu Allah ya kakzakie,beruntungnya jadi tetamuNya.

lieyalatif said...

subhanallah allahuakbar...lautan manusia ramai yeak kak...takkira laa musim haji atau umrah....seronok tgk...harap2 satu hari nanti lieya pun dpt entry kan kisah llieya ketanah suci diblog sendiri...in sha Allah....

Unknown said...

indahnya Rumah Allah...bagai menggamit2 umatnya utk kesana......

نورعيم said...

Allahuakbar ! beruntung nya akak dah jejakkan kaki ke sana.

Unknown said...

ramai sungguh jemaah yer...

Kakzakie Purvit said...

Harap tidak jemu menatap paparan demi paparan yang kakak buat. Mungkin satu/dua N3 lagi akan kakak akhiri sebagai tatapan kakak bila beranad di usia senja kelak (jika ada izin Allah).

Buat semua terima kasih kakak ucapkan:-

Eye_nee, redza, hainom Okje (sedangkan yg tak bawa anak pun membeli mainan apa lagi kalau macam adik dan TLBD), Zie, Situs Top Info, Nini D, Nurulhuda Abd Wahab, Are_linayu, Kamsiah, KM SueQistina, ummuaidan, amirah (dia memang suka main camera Amie), Hanis Azla, JunAina, Ummu Madihah, Aziela, Henrietta Jose, Mia Kassim, NM03, Deqla Manjew, Ratu hatiku, aizamia3, ieja amieja, Knor, Seri Kandi tanah Jauhar, Ummiross, aanie (betul aanie senang nak jumpa), Cho Zila, Mas Zull, Nafira usop, Wan Nurul Hezrina (duduk dalam hotel sejuk ke panas tetap sejuk - masjid pun nyaman sebab angin sentiasa bertiup), munna, Lizz@haslizalizz, Ujie, Kesuma Angsana, ainnoraini, Mazliza Abd Razak, Qashmere, Qhaifa Nur, With Julia, Riedaffya ibrahim, Haryuati Faizal, Ros, Sweetmama@eija, zila norazila, makchaq, fuad ansari, Syira Qahira (alhamdulillah...), Boni kakcak, KY, Liya Hanif, NoEn, Murni Alfathunnisa (betul murni sebab ada masa terdesak mudah buat panggilan), mulan, Puan Kutu, Nazayiena, Lieyalatif (insya-allah kalau ada niat dan usaha pasti boleh Lieya), Remy hazza, Nur Aim dan Papa Mifz.

Buat semua sekali lagi terima kasih dari kakak.

Unknown said...

Kakzakie, camera atau handphone boleh bw masuk masjid ye? Masa zana dulu, tak berani bw masuk sb kat Masjid Nabawi dilarang.

Mila@Rimbun said...

rindu serindu rindunya....
thanks for sharing

ANIM said...

seronoknya dapat menatap dalaman Masjidil Haram...sayu sangat..
macam nak melangkah pergi lagi secepat mungkin...

tahniah adik..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..
beruahnya jadi tetamu allah..
pic yg kedua tu memukau pandangan..
besar tak chandelier tu kak??

seronoknya baca... :)

Ena's Stories said...

tenangnye tgok gambar gambar ni kak...

pandai gak adik capture ada bakat..

Ruse Sulaiman said...

Cantik gambar lps solat subuh. Pandai adik ambil gambar. Cantik juga senibina mereka.