Tuesday, May 28, 2013

Genap sudah 18 tahun ikatan ini termetrai

Terus-terang hubby bukan yang jenis romantik. Pimpin-pimpin tangan bila sudah tua ini adalah tapi dulu bila berjalan sekadar beriringan saja. Pimpin-pimpin ini pun sejak balik dari menunaikan haji. Ketika di tanah suci asyik berpimpin tangan walau beralas telekung sebab tidak mahu terbatal wuduk tapi  sebab takut terpisah itu yang berpimpin selalu. Oleh kerana lebih 40 hari berpimpin tangan agaknya terbawa-bawa bila balik Malaysia.
Pengikat janji - Dulu jejari runcing dan comel. Kini tidak muat lagi untuk disarung ke jari yang gebus-besar. Murah saja semua ini tetapi inilah yang termampu. Merisik-bertunang-nikah lebih kurang sama.Dulu aku tidak suka cincin bermata sebab tahan lasak dan ada trade value.
Hadiah bunga usah mimpilah. Boleh lompat bintang aku agaknya kalau ada sejambak bunga diberi. Tetapi membelikan aku pokok bunga adalah sebab tahu aku suka menanam pokok bunga. Kek ulangtahun pun kalau bukan anak-anak yang mengingatkan agaknya tidak ada. Makan-makan tetapi tidak pernah lupa sebab tahu agaknya isteri dia kuat makan (tak apa kawan-kawan boleh saja kalau mahu ketawakan). Membeli baju pun kena pilih sendiri. Pilihlah mana suka kerana pasti dia akan senyum, kata cantik dan membayar tanpa banyak soal-jawab.
Sekarang - Sudah tua pakai saja yang kecil.
Namun .........

Keperluan harian rumah kami semuanya dia ambil tahu. Dari bil-bil, bersihkan kipas/lampu, menyiang ikan-daging-ayam, hal rumah-rumah sewa, geran-geran tanah, hal semua kereta/motor, cukai/zakat/derma/sedekah, anak-anak punya keperluan, hal-hal kebun di kampung, buku-cuti-sekolah-asrama anak bahkan hal supplement/pencuci muka untuk anak pun dia yang ambil tahu. Semua itu ada dalam diari kehidupannya. Pendapatan aku semua menjadi milik aku dan anak-anak saja.

~~ Ya Allah berikanlah keberkatan dan kebahagiaan rumahtangga kami di dunia dan akhirat. Moga pegangan agama dan iman kami sekeluarga terus kental dan tidak goyah demi menjamin kebahagiaan kami di dunia satu lagi yang kekal kelak. ~~

84 comments:

Aisy Nasiha said...

So sweet kak zakie buat entry kali ni.. Tahniah atas hubungan akak dan suami yg dah nak cecah dua abad.. Teruskan kebahagiaan dan kesetiaan anda.... Semoga makun tambah sihat untuk nikmati detik mendatang..

Makin bertambah usia makin tomantik suami akak, bagus la tu.. Lagi seronok bila anak2 pun dah tahu berdikari....

umiawadah said...

alhamdulillah kekal bahagi ye kakak...saya berpendapat pegang tangan suami waktu berjalan keluar patut diamalkan,sebab saya tengok jarang benar suami pegang tangan isteri bila perkahwinan dah melangkau lebih sepuluh tahun...

musang said...

tahniah kak...semoga kekal bahagia hingga ke jannah.

Penjejak Mimpi said...

Tahniah kak.. Beruntung kakak dapat hubby macam tu. Turn sy entah bila..
Muga kekal bahagia hingga hujung nyawa.. amin.. :)

OKje said...

Hepy Anniversary Kanda.....
Perkahwinan kita seusia rupanya..... cuma dinda bulan 11 nanti hehe....

Alah.... lebih kurang sama je Arjuna tu...romantiknya selalu tenggelam timbul hehe...
Moga doa kanda dimakbulkan dan kekal bahagia sekeluarga dan diberkati hendaknya .... aminn..
Jangan lupa upload gambar family celebrate makan shark fin nanti hehe...dapat tgk shark fin jadilah...nak tengok muka orang tu mmg kempunan le hehe

Irfa said...

18 tahun yg pastinya ada mcm2 warna
semoga bahagia hinggah ke syurga ye kak..romantik biarlah kita berdua yg tahu,kalau tunjuk sgt takut ada yg meluat :)

Rinna said...

Alhamdullillah.. Selamat Ulangtahun perkahwinan.. Moga bahtera yang dibina akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Aaamiinn

Fazleyatul Aini said...

semoga bahagia sentiasa buat akak sekeluarga

Umm AA said...

selamat anniversary kakak..
semoga bahagia selamanya didunia dan akhirat bersatu kembali..bagusnya kerana berpegangan tangan kembali..heheh..jeles nie ..

Kayu Manis said...

alhamdulillah kak..semoga bahagia hingga ke jannah.

bkn setakat pegang tangan je kak..peluk sblum pergi kerja pun ok juga..nor pun tak romantik kak..suka hati saya je..tegas..gitu..

norhidana said...

selamat hari ulangthn perkahwinan ke 18 kak, semoga kekal hingga ke akhir hayat..

tak semestinya kene ada laki romantik baru hidup bahagia kan kak, jnji dia tahu tanggungjwbnyer dh ckp baik...

Rozie said...

Alhamdulillah kakak.. semoga berkekalan ke akhirnya... bahagainya rasa berada ditempat kakak.. apapun beryukur dengan apa yang ada...

P/s tarikh hari ni yer kak sama birthday dengan rayyan lah.. emm

Masya said...

semoga jodoh akak berkekalan... meh lah tayang sikit gambar tu .. bersama hubby hihihihii

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie...
cma baca, cma pulak yg terasa sebak.. bertuah pasangan suami isteri ni..

Selamat ulang tahun perkahwinan kak..
Alahmdulillah... cma mengaminkan doa2 akak tu..Amin..Amin....

Mabruk! :)

Unknown said...

alhamdulillah kak..tahniah...moga Allah memrahmati akak sekeluarga :)

JunAina said...

Tahniah! Alhamdulillah...berkat. Orang baik2 jodohnya dengan orang baik2 juga melainkan Allah ingin menguji.

Selamat melambut ulangtahun perkahwinan ye kak.

che mid said...

Alhamdulillah Kak Zakie, CM tumpang bersyukur. Yalah, suami ni macamanapun tetap sempurna dimata isterikan.. jom kita sama-sama berpegangan tangan ke syurga Allah nanti.. Insyaallah!

Sharifah Nadzarah said...

Syukur..selamat ulangtahun perkahwinan utk akak & hb...moga bahagia dunia hingga akhirat...

eh!! aniveseri kita bulan yg samalah kak..sy lusa...

Murni Alfathunnisa said...

assalam kakzakie,

alhamdulillah...dan tahniah.
selamat menyambut ulangtahun perkahwinan...moga kekal berbahagia pasangan yang manis ini ke akhir hayat.

saya senyum2 sendiri baca entry ni...nak gelak..lepas tu tengok ayat tu kena potong...tak jadi nak gelak. :-)

aizamia3 said...

selamat ulangtahun kakzakie..
Moga sihat dalam menjalani kehidupan seharian dan moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

Julia Johari said...

Ya Allah bahagiakan mereka sehingga ke alam syurga...tahniah akak... :)

PeRdU cINta said...

syukur alhamdulillah..tahniah ye kak..semoga berbahagia sentiasa sampai syurga..emas permata bukan ukuran..namun apa yang penting sejauh mana kesanggupan pasangan kita itu setia bersama tatkala duka dan gembira..tatkala susah dan senang..itu yang utama..itulah cinta sejati sesama insani..

makchaq said...

Selamat Ulangtahun perkahwinan untuk kakZakie dan suami, semoga berbahagia hingga ke syurga..

Orang lelaki romantik ni dalam filem ja kot..

p/s cincin kawin makchaq 1 ja, tu pun dah lama tak celuih..

Kakcik Seroja said...

Tahniah Zakie dan suami. Semoga kekal bersama hingga ke Jannah. :)

amirah said...

selamat ulangtahun perkahwinan kakzakie dan suami..romantiknya pada kasih sayang nya kak. rasanya lagi indah dan sweet romantik yg mcm ni. 18 thn memang masa yg lama untuk memahami pasangan kita. semoga berbahgia hingga akhir hayat ye kak..

BinMuhammad said...

Selamat ulang tahun kakzakie, semoga ikatan berkekalan hingga kesyurga. Coretan akak menjadi panduan buat saya dalam mengharungi alam rumahtangga ini agar sentiasa bahagia.

Qashmere said...

Seronoknya tengok Kak Zakie dan Suami. Saling berkasih sayang. Teringat pulak dalam hati. Huhuhuhuhuhu...Sedih sedih!

p/s: Selamat Ulangtahun! Semoga berkekalan hingga ke alam lain

CeqGu said...

alhamdulillah....semoga bahagia bersama sampai ke syurga!

adarnadzmie said...

tahniah kak... moga ikatan yg tersimpul kekal tersimpul ke ujung nyawa...aminnn

aanie said...

slmt ulangtahun perkahwinan kakak.....

biar x romantik asalkan bertanggungjawab kan.....:)

aby said...

Salam kz,
Agak nya klu wf aby buat komen psl hb dia pun lebih kurang mcm kz buat. Baik perenggan satu mahu pun yg kedua. Tk romantik tp tnggung jwb beres.
Apepun selamat mnyambut wedding aniversary semoga brkekalan hingga akhir hayat.

Ruse Sulaiman said...

Amin. Happy anniversary kak. Semoga terus berbahagia hingga ke syurga dan mendapat keberkatan Ilahi.

azi said...

Kakak, Selamat Menyambut Ulangtahun perkahwinan..semoga bahagia dan berkekalan hingga ke hujung nyawa......

p/s syukur kita mendapat suami yg tahu tanggungjawab mereka..mudah-mudahan begitu selamanya..:)

lieyalatif said...

selamat hari ulangtahun perkahwinan kak...moga akak terus bahagia dan sentiasa dirahmati Allah swt...

kak, tgk cincin belah rotan akak tu tingak mak lieya...dulu2 tu laa tanda merisik kan kak...skrang ni nak cari cincin belah rotan pun agak payah...ramai nak kawin mintak cincin berbatu permata....

Mizz Aiza said...

selamat ulang tahun ke-18 kakak.. semoga berkekalan hingga ke syurga.. romantik tak penting, yang penting sifat bertanggungjawab terhadap keluarga.. tahniah kakak.. :D

Hudalatip said...

Tahniah kak, semoga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat..Saya tumpang gembira dan bahagia!!

Eye_nee said...

As-Salam KakZakie...
Semoga Ikatan Berwali Ijab Bersaksi 18 tahun Kakzakie kekal sehingga akhir hayat kak dan suami...

Unknown said...

selamat ulang tahun kak....semoga kekal jodoh hingga ke jannah.

Ahlam Miera Shafie said...

sweet dan comel akak... mudah-mudahn keluarga bahagia ini kekal selamanya... aminnn.... ^-^



Azian Elias said...

akak kawin taun 95 ke? sama lah macma i.. bulan 10 nanti.. kejap je kann.. masa memula je beli itu ini bagai..hee..now, kot teringat, dia wish.. kalau tak, jangn harap,..heee

Muja.. said...

Alhamdulillah kak. Itula yg sy impikan.bkn hendak bunga atau hadiah bagai, cukupla tanggungjawabnya sbg SUAMI& BAPA terlaksana.. Aminnn :)

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...18 tahun dah yer kak. Happy 18th wedding anniversary to both of you. Semoga kekal bahagia selamanya.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

kak selamat ulangtahun perkahwinan....sweetnyer...
samala hubby saya kak tak pernah juga bagi bunga...
moga akak dan suami bahagia selamanyer....

HeNRieTTa JoSe said...

selamat ulang tahun perkahwinan akk....dah 18 thun hdup bersama...suka duka bersama...biar la tdak diberi bunga, kerna bunga akan layu...tpi diberi pokok bunga, bunga akan mekar selalu....rietta pown tidak suka cincin yang ada pertama..susah nak jaga...

psss...harap harap produk tu sesuai dengan kulit rietta...

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.
semoga ikatan akak bersama suami kekal hingga hujung nyawa.. in shaa ALLAH ke alam syurga..aamiin

*akak, sy dah siapkan n3 resepi kuih hari tu.. ingat tak.. akak ada suruh saya imform..baru berkesempatan nak buat n3

http://lobaksusue.blogspot.com/2013/05/resepi-kuih-bunga-pudak.html

Ratu Hatiku said...

Alhamdulillah.. Tahniah kakak..
Semoga rumahtangga kakak kekal bahagia hingga ke syurga. Amin...

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah, yang penting dapat suami yang bertanggungjawab..

Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat akak dan suami, moga kekal bahagia selamanya..amin.

Unknown said...

18 tahun? perghh ..bukan 1 jangka masa yg pendek.. tahniah buat akk dan suami... happy anniversary ye... moga akak , suami dan anak2 berbahagia selalu till jannah.. =)

ckLah @xiiinam said...

Alhamdulillah...tahniah kakZakie. (Tiba tiba rasa janggal panggil kakak. Mesti ckLah lebih tua sbb ckLah pun dah 21 tahun nikahnya. Dia yg sulung pun hampir 20 usianya. Hehe)

Ujie Othman said...

Tahniah kak...semoga rumahtangga kekal bahagia dunia akhirat.

Dari tulisan akak, jelas akak bahagia dgn anugerah Allah ini. :)

Puan Kutu said...

skang dh jalan pimpin2 tgn dh romantik la tu kakak..hiks

romantik tu definasinya dlm sekali..setiap orgmesti ada sifat romantiknya..byk n sikit je.hehe

miss yatie said...

Alhamdulillah...suami yg bertanggungjawab, semoga kekal berpanjangan hinga ke syurga aamiin

MAZLIZA ABD RAZAK said...

selamat hari ulang tahun kak..
semoga sampai ke syurga :)

**husband saya pon x brapa romantik sgt :)

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

Alhamdulillah, semoga bahagia berpanjangan hingga ke syurga, insya-Allah!!

Mia Kassim said...

Alhamdulillah kak....
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....

Ibu Lala said...

Tahniah kak. Moga kekal hingga ke syurga. Semua manusia x sempurna kak. Biarlah x romantik pun asalkan dia tahu tanggungjawap dan sayang keluarga.

nOe suhaimi said...

Tahniah Kzakie...walaupun tak romantik tapi banyak kelebihan2 lain yang hubby kzakie miliki...beruntung Kzakie...semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

BERT said...

lama tak datang sini.. sibuk betul saya ehhehe... wah lama tu 18tahun dah alhamdulillah.. selamat ulangtahun kak.. moga perkahwinan akak diberkati, dirahmati dan bahagia hingga ke syurga aminnn

Nur-nba said...

Happy Anniversary kak..Semoga ikatan perkahwinan akak bersama suami berkekalan hingga ke akhir hayat.. Pasangan kita merupakan pasangan yg terbaik untuk kita.. Moga akak sekeluarga dilimpahi rahmatNya..

faraherda.razalan said...

Happy anniversary kak!

aizu's life said...

selamat ulangtahun perkahwinan buat kakak & suami.. lengkap dh fmly dgn kehadiran anak2 disisi..
moga rumahtangga yg dibina kekal bahgia hingga ke jannah.. amin ya rabbal alamin...
*kite x blh bayangkn cmne la agaknya kakak lompat bintang.. hihi

LiYa HaNiF :: said...

alhamdulillah... happy annivesary kak... moga ikatan ini berkekalan hingga hujung nyawa.... :D

Nini D.. said...

semoga kebahagiaan mengiringi kehidupan akak sekeluarga..nini doakan.

kurus said...

selamat ulangtahun kakak !
wahh masih simpan ...

saya dah lama lebur menjadi gelang ;) sbb patah ........

Unknown said...

Selamat ulang tahun buat akak dan suami.. semoga kekal bahagia sampai ke syurga.. Amin~

bertuah akak dapat suami yang bertanggung jawab.. kita pompuan nih bukan nak yang lebih2 kan.. cukup bahagia dah kalo dapat suami yang baik dan bertanggung jawab. kalo dapat yang romantik tuh kira bonus kan kak~

AtieYusof said...

So sweet lah Kak..
Happy Anniversary Kak.. moga kekal hingga ke syurga ye.. ALhamdulillah dah bertahan 18thn.. kami ni baru setahun jagung.. mudah2an boleh dijadikan contoh..:)

Eliss said...

romantik x semestinya pada perbuatan tu kan, kadang2 amik berat gitu pun kira romantik jugak :)
cincin yg ada batu tu sama dengan cincin tunang saya :)

kakrose said...

selamat ulang tahun zakie.moga kekal bahagia hingga je jannah.

Anonymous said...

Salam kakzakie,

Tahniah di atas ikatan yang terjalin sebegitu lama. Semoga terus bahagia ke akhir hayat.

cikguNae said...

Sejujurnya sangat suka baca coretan akak... indah sangat... Ikhlas, Saya baca dengan sepenuh jiwa... :-)

Semoga akak sekeluarga kekal bahagia... dibawah rahmatNYA... Amin

Unknown said...

happy aniversary kak Zakie dan suami tsayang.
moga bahagia selamanya


kak mmg xsuka mkn.. tauu dah part tu

zila norazila said...

Alahaii swetnya kak..moga kekal abadi tau..suka3

gadisBunga™ said...

saya doakan yang terbaik untuk akak suami isteri sampai bila-bila. :)

happy enniberseri!!!

Kakzakie Purvit said...

Sesungguhnya Allah maha mengetahui siapakah pasangan kita sebaik roh kita dalam kandungan lagi. Semua telah tertulis di Loh MahfuzNya.

Terima kasih diatas segala ucapan dan doa diberikan buat kakak, suami dan keluarga daripada semua teman:-

Aisy Nasiha, Ummiarissa Mahdi, redza, Penjejeak Mimpi, hainom Okje (malam tadi memang kami makan shark-fin), Irfa, Rinna, Lya Colours, Ummuaidan, Knor, norhidana miswan, Sayangku Zie (kakak tak boleh drop komen diN3 Zie bila dah tukar kotak baru itu), Masya,♥ Cmª shIemª ♥, Siti Haslinda Sadiken, JunAina, Che Mid, Sharifah Nadzarah, Murni Alfathunnisa (kalau ketawa pun bukan kakak nampak), aizamia3, With Julia, Perdu Cinta, Makchaq, Kakcik, Amirah, Bin Muhammad, Qashmere (ada hikmahnya tu Akmar), Ceqgu, adarnadzmie, aanie, Ummi Iman, aby, azi, Lieyalatif (sekarang lagi dah tak suka emas kuning Lieya), Mizz Aiza, Nurulhuda Abd Latip, Eye_nee, nea lopah, Ahlam Miera Saiful Shafie, Azian Elias (betullah tahun 95), Muja, Fiza Rahman, Lizz@haslizalizz, Henrietta Jose, QasehnyaRanida, Ratu Hatiku, Sweetmama, Deqla Manjew, CkLah@xiiinam, Ujie, Puan Kutu, KY, Mazliza Abd Razak, Ummu Madihah, Mia Kassim, Ibu Lala, NoeSuhaimi, Bert, Nur_nba, Faraherda.razalan, aizu's life, Liya Hanif, Nini D, ieda immi, Nafiraa Usof, Atie Yusof, Eliss Mie, Kak Yon, Kak Long aka Kunang-Kunang, CikguNae, Rinduan Citarasa, zila norazila dan gadisBunga.

Buat semua sekali terima kasih sekali dari kami sekeluarga.

Acik Erna said...

assalam kakzakie..tahniah..selamat ulangtahun..alhamdulllah dah 18 tahun..semoga terus bahagia bersama selamanya

MOKCIK AZWA said...

Salam Kak Zakie..

Happy Anniversary..

So sweet..masih simpan cincin tunang ya..hehehe..Azwa punya entah dah ke mana. Azwa pun macam akak, tak gemar pakai cincin bermata, in fact tak suka pakai barang kemas sebab rasa rimas..

Semoga berkekalan kebahagiaan hingga ke syurga kak..aminnn

IDAZS said...

alhamdulilah kak.. happy anniversary :)

:: CIKVIVA :: said...

salam kenal =)
happy anniversary, semoga bahagia selalu..

are_lin@yu said...

alhamdulillah...ayu doakan akak n hubby trus dipanjangkan jodoh.. bahagia di samping anak2..alhamdulillah moga yg baik saja berkekalan ya kak..amin..

Unknown said...

Alhamdulillah kak.. dpt suami yg bertanggungjawab.. moga akak & suami berbahgia selalu hingga ke akhir hayat... ada hikmah akak menunaikan haji tukan... ;)

PiNkYCaT said...

romantis betul n3 kakzakie kali ni...alhamdulillah sudah 18 tahun bersama...yang masih pimpin tangan tu bagus tu...semoga kebahagiaan berkekalan:)

nhhas said...

Assalamualaikum wbt...
Allahuakbar...

so suweeettt.... best nya...
barakallah kakzakie (*_*)

intanfirdaus247 said...

salam kak...MasyaAllah sweetnya entry ni..moga kak zakie dan suami dan keluarga dilindungi dan diberkati selalu...AMeen

Anonymous said...

tahniah kak, KA doakan moga kekal bahagia sekeluarga selamanyer yer !