Thursday, May 9, 2013

Macam-macam blog yang ada

Bagaikan menjadi trend sana-sini ada blog. Buka computer bila online akan kelihatan blog rekaan yang berbagai versi. Ada blogger masakan, politik, kesihatan dah sebagainya. Rekaan blog yang memaparkan entri-entri berbeza menggamit minat mereka yang membaca. Pembaca boleh memilih mana yang diminati. Masuk pula ke dalam pasaraya dihidangkan blog yang berupa minuman bermacam warna dan perisa. Anak-anak pula bagaikan ketagih mesti mahu menikmatinya. Pearl dan jelly yang disedakan dimasukkan ke dalam minuman sejuk sangat digemari. Pilih saja perisa yang disediakan.

Cool Blog -Minuman kegemaran adik tapi mama suka blog mama walaupun blog mama sejuk juga tidak seperti blog lain-lain yang panas dan sensasi. Membeli sewaktu dalam perjalan balik menghantar kakak balik asrama. Bukan di dalam pasaraya tetapi di deretan kawasan kedai-kedai beraneka. Ramai sungguh yang membeli dan rata-rata adalah anak-anak remaja.
Menanti pesanan - Sementara menanti cool blog adik melihat kucing yang kelihatannya terbiar. Kesian kerana kelihatannya kucing ini tidak ada tuan.
Cool Blog - Kedai yang bertutup cermin transparent (gambar jadi tidak terang). Banyak pilihan macam juga blog rekaan blogger. Ada berbagai perisa dan warna.
Sejak berakhirnya PRU13 aku pula suka melayari blog yang memaparkan kisah-kisah politik tanahair. Jauh di sudut hati mengharap ada pencerahan pada semua pengundi di masa akan datang. Blog memaparkan hal-ehwal agama juga menjadi tinjauan aku. Tidak kurang blog yang memaparkan kisah anak-anak comel selalu menggamit mata aku untuk membacanya. Melihat anak-anak comel bagaikan satu terapi minda sebab sebaik melihat anak-anak comel pasti hati terasa tenang dan bibir pun boleh tersenyum sendiri.

~~ Adik suka cool blog tetapi mama suka membaca blog.~~

90 comments:

Irfa said...

lepas baca blog panas dgn bermacam isu,sila sejukkan tekak kat coolblog
hehe

KY said...

kalau on9 blog kat situ ok juga, padas2 membaca cerita diblog kita sejukkan hati dan tengkuk dengan cool blog heeee

achiek anis said...

cantik plak bekas warna pink tu kak..tersusun kemas je...

With Julia said...

Suka cool blog gak...pastu tambah pearl byk2 dapppppppp coll blog coklat yummmy

Nana Liena said...

hehe..coolblog utk yg cool.blog utk orang yang cool juga.hehe..

Penjejak Mimpi said...

Sy tak pernah lagi try coolblog.. :)

Zee Suhaini said...

blom pernah cuba coolblog, chatime dan yang sewaktu dengannya..baca blog suke..hehe

mama maman aka yana said...

belum pernah rasa lg kak... :)

@lfidah @dim said...

saya suka cool blog dan juga suka berblog serta baca blog.:D

Myra Jay said...

Hheheee, tapi kak minum Cool Blog sambil layan blog mesti akan lagi best.. hehe :)

Peberet MJ gak minuman ni, tapi takleh selalu sebab mahal kan ;D

Falsya said...

dh lama xminum Cool Blog nie...gigi dh xtahan nk minum sejuk2..heheh

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

saya dan anak2 pun suka cool blog..yummy

Fiza Rahman said...

Tak pernak merasa lagi cool blog ni.

azi said...

Kakak..
anak-anak saya pun suka "Cool Blog" tu...kalau berjumpa..tak sag kalau tak membeli...:)

-Sara- said...

coolblog ni manis kan kak, sbb tu bdk2 suka :)

❤Kamsiah❤ said...

tiap kali ke coolblog,saya mesti oder honeydew punya perisa..anak2 suka orea...tp semua perisa sedap2 belaka..

Kniedaz said...

coolblog tu best jugak..saya dan anak-anak bujang dua orang tu cuma order coklat kosong takmo bubble...hehehe

hainom OKje said...

Tak pernah try ni lagi kanda.... tapi lebih kurang sama je ngan yang lain lainkan ice blended.....
TLBD sukalah... ada pearl dalam tukan....

Dinda suka pulak suka HOT Blog hehe...kasi panas jiwa raga! haha...boleh?

redza said...

baca blog best..cool blog pun best jugak

Rapunzeel Cikilolo said...

sedap cool blog.

aku suke semua cool blog dan blog politik...

ariana said...

Dulu Kat Ktn ni x de LG kedai cool blog ni, bila turun KL je beli, skrg dah ada.Ank2 suka lah..:)

Muja.. said...

adik ni memang sukakan kucing yer..org kata siapa yg suka kucing ni pengasih sifatnya.. :)

Kesuma Angsana said...

cool blog mmeg selalu jd pilihan anak2...baca blog pun jd feveret KA hehehe

aizamia3 said...

anak2 suka tapi ai tak pernah try cool blog tu tapi berblog memang kesukaan ai.. ;)

Mila@Rimbun said...

saya selalu pening skit bila baca bog politik.. terutama bila baca komen huhu.. kekadang tak tahan baca bahasa yg digunakan. sebab tuh jarang sekali masuk blog politik

Tapi blog2 ustaz n ustazah or cerita ceriti pengalaman hidup mmg selalulah masuk

ummiross said...

Ummi pun suak cool blog Kakzakie, hehe boleh gang dengan adik. Blog pun ummi suka juga, mengisi masa terluang duduk sorang2 masa anak dan suami pergi kerja.

QueeN TerataI said...

lps ni Queen nk post gambar baby je kak.. mesti akak selalu singgah blog Queen.. hehehe

Qhaifa Nur said...

tak kerna hubby yang suka mencuba, hingga kini tak tahu cool blog paling best...

puas hati dengan blog sendiri Kakzakie...

Ujie said...

Kat rumah ni ada, tapi tak penah try...

Saya pulak lps PRU mcm ilang mood nk menulis & bw. Terkesan dgn apa yg berlaku.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Adik dan mama sama-sama suka blog.
Semoga ada pencerahan selepas ini kakak kan.

Aien Alien said...
This comment has been removed by the author.
aanie said...

kakak, bukan adik je suka...sy pun suka coolblog ni.....semalam baru je beli...suka gigit pearl tu...asyik je...

Aien Alien said...

baca blog memang best. dapat minum cool blog pun best juga...hehe.dapat lak Vanilla Oreo 1. :D

ummuaidan said...

cool blog nie pun ummu dpt tahu dr blog jgk kakak..blom pernah merasa lagi...blog yg disukai pula adlh blog yg cool..tapi tahlah takder particular blog lak..heheh

norhidana miswan said...

gambar no 3 tak dpt tgk lah kak...

dana tak penah try lg cool blog nih, tp dulu2 org panggil teh pearl or dana panggil air telu katk beso

JunAina said...

Anak2 sukalah blog sejuk tu Aina kurang sikit dengan ais.

nabilah_2908 said...

saya pun suka cool blog.. :)

Oreo Vanila with pearl... itu je la yg sy order :)

Eye_nee said...

sejujurnya saya belum pernah rasa cool blog ker chatime ker...anak2 jer yg suka...munkin dah usia ni kut....sejuk2 berais ni...kena kuranggg kannn...

amirah said...

amie pun suka dgn cool blog ni kak. kalau dapat sebulan sekali pun jadi la. sama mcm secret recipe, kalo x dpt mkn kek secret recipe rasa mcm tak best je. tentang PRU13 pulak pencerahan itu rasanya memang perlu kak supaya kita sebagai pengundi ni takdela asik dimomok kan dengan benda yg tak tentu sahih ke tidak

Deqla Manjew said...

wlupun deqla ni blogger.. tp x penah lagi rasa cool blog ni..hihi.. wajib eh blogger kena rasa? hahahaha...

ieda immi said...

saya x pernah cuba lagi kak ..
hurmmmmmmmmm ;)

aTieYusof Family said...

Lahad Datu belum ada cool blog kak..
Ada Bobo tea shj..
erm..sy pun suka lawat blog yg tak berapa serius.. ringankan kepala bila baca...kisah anak2 kengkawan membuat hati sllu terhibur...:)

Daddy Ziyyad said...

nasib baik saya pernah merasa lah juga cool blog ni....asyik baca dalam blog aja...hihihi

Knor said...

ha ah kak..cool2 ni bagus...tgh menonton kilauan emas..saja nak tgok...tapi tak bolehlah nak layan..ngeri tgok..tua2 menyanyi..kesian.

lari tajuk kak ye

anitadiana said...

kak..bebudak sekarang ne..mcm-macam...layan kan aje ya kak....

ita pun suka baca blog..kalu bezy tu sori lah ya...

Nini D.. said...

Nini suka air blog bandung!!

My Little Diary said...

sy jugak suka coolblog....
:)

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam K.Zakie..
cma pernah try beli coolblog ni..manis sgt..
terus.x lalu nk minum..lepas tu langsung x beli2 dah.. huhuh..

semoga 'panas' yg melanda pru ke13 kali ni akan semakin sejuk.. huhuhu..

Lya Colours said...

saya syka premium coffee blog

Nafira usof said...

sama~ hehehe
Anis pon suka sangat coolblog nih.
mama dia pon suka gak coolblog.. :)

tenku butang said...

hoo.. baru tau cool blog ni.. heee..

Mia Kassim said...

Belum ada lagi kat KK ni....yang femes kat KK Yoyo dan Cool City...

Anak beranak suka blog walaupun berbeza maksudnya...hehe

Haryati Faizal said...

suke gak cool blog ni....

intanfirdaus247 said...

Salam kak, anak buah intan suka sangat cool blog..intan lak biasa2 je..hehe..suka blogggg

Juhariah Johari said...

Anak2 skrg memang ikut trend. suka cool blog semua. Nabil suruh mama masang pearl yg dibelinya. Dah masak tak mkn pulak!rupanya benda tu kena simpan dlm air sirap gula!
Nabil baru berhenti jadi tukang masak di secret resipe.penat sgt tapi menarik ada ala2 mcm keje di hotel katanya.Hari ni dia dpt result- dekan anugerah. alhamdulillah.

aby said...

Salam kz,
Tk perasan plak kewujudan cool blog ni. Br tau bile kak buat entri ni. Tng blog pilihan tu, takat follow yg ada .. Tu pun kerap trcicir

NM02 said...

coolblog???? terus rasa hausssss

Hanis Azla said...

Salam kak zakie..

nampak comel aje adik main dengan kucing tu.. nampak loving sangat tingkahnya.. sejak kedai cool blog dibuka kat depan rumah, lagi kerap kami beli air di situ.. pantang lalu mesti terasa nak singgah..

Tihara said...

keisannya kucing tu tapi dia manja nampak nya, hee
saya suka cool blog cendol kak :)

CeqGu said...

sebagai rakyatyg cintakan negara , kena jugak amik tahu tentang politik negara ...betul tak kak:)... jgn mat bangla mat myanmar lebih tahu politik kita sudah la hohoho

Zaitun said...

Salah satu minuman kegemaran anak2 kak Zai. Pernah terpikir nak buka satu booth tapi modalnya mencecah ratusan ribu.

aizu's life said...

cool blog mmg sedap kak. kite suke.. choc flavor wit pearl :)

*betul tu.. sjk pru13 ni, org pn suke bc hal2 bkaitan.. masing2 ada fahaman & perjuangan.. smoga malaysia terus aman.. amin

Mizz Aiza said...

aiza kembali lagi.. sedap air cool blog tu.. pernah juga beli masa membeli barangan di tesco..
kesian kucing tu terbiar tu, semoga ada insan yang sudi menjaganya..
aiza harap semua orang melayu tidak bermusuhan akibat fahaman politik yang berbeza.. bersatu membangunkan negara malaysia.. semoga keamanan terus terpelihara..

LiYa HaNiF :: said...

kat area rumah liya da cool blog ni tapi tak pernahnak singgah lagi. nnti bebila boleh singgah... mesti qalesya suka..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

coolblog saya tak pernah rasa lagi...ni yang rasa nak cuba ni...ermmm

zila norazila said...

cool blog ank zila pun suka..tp zila mcm kureng sikit..mgkin x minat ice2 nie..tp blog akk zila suka..mudah difahami dan semuanya ada..terbaekk:)

the malay male said...

laku jugak coolblog ni ye

Bin Muhammad said...

Tinggal di Hulu ni xde coolblog...ais batu blog ade...huhu.
Tapi di kejauhan ini...blog lah mendekatkan saya dgn anda semua dan kisah2 serta info di mana2 saja...

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie....anak2 mas pun suka minum cool blog ni ...kalau keluar wajib beli.ntah apa yg sedapnya x tahu la kan...:)

LYAfrina said...

hehe..ini CoolBlog...

kt sini xde pon cool blog, ade brand lain..musim panas, bila pekena ni..sejuk tekak

Nur-nba said...

Kegemaran saya ni kak.. Memang suka sangat.. tambahan pula kalau cuaca panas terik..

ANIM said...

kat sini takde lah kakzakie..huhu..

saya tak baca blog politik kakzakie, pening kepala. cerita politik kat utara tanahair ni tak perlu diblogkan, macam2 yang singgah di telinga. masih belum reda-reda lagi.

p/s walaupun ada perubahan kuasa, namun jauh di sudut hati saya, moga2 majlis ilmu di masjid dan surau di SP tetap berjalan seperti biasa. itulah harga termahal yg tak boleh ditukarnilai dengan wang. Saya tinggalkan "hari semalam" sebaik menjejakkan kaki di bumi Kedah ini.

kakyon said...

berdesing dan pening bila masuk blog panas. masuk kios cool blog juga yang sejuk..

Hazmin said...

Dah lama tak minum coolblog ni sebab chatime lagi sedap. Kak zakie try chatime pulak. Tapi tak tau kat johor ada ke x

izan mama mia said...

suka juga minum ni tapi tak tahan manis lorr..hihi

suri solehah said...

Kakzakie,suri kat langkawi ni,,takleh nak merasalah cool blog tu,,takdak org nk buka,,hehe..bila ramai yg komen sedap..teringin puak jdnya

Puan Kutu said...

sy sama macam mama,suka baca blog.hehe

HeNRieTTa JoSe said...

Sama la mcm rietta...rietta suka choc....dlu klu trun selatan, singgah rnr tapah mesti bli...skrg dh ada d deretan kedai kedai agak dkat dr rmah....bru dua kli rietta bli...

Pss....yeap...sedang menghitung hari....

n O e s u h a i m i said...

kat area umah noe pun ada cool blog ni...sudahnya...anak2 asyik nk cool blog jer...

gloria abdullah said...

macam2 ada..
singgahlh di blog kita ya:)

boni kacak said...

memang macam-macam jenis blog yang ada..hehehe

Kakzakie said...

Sebagimana minuman cool blog begitulah juga blog kita rata-rata punya cerita berbeza.

Terima kasih pada semua yang sudi menitipkan komen di sini:-

Irfa, KY, achiek Anies, With Julia, Nana Liena, Penjejak Mimpi, Zee Suhaini, mama maman aka yana, Myra Jay, Alfidah Adim, Masya, Be Simple Beb, Fiza Rahman, Azi, Sara, Kamsiah, Kniedaz, hainom OKje (tapi dlm dia ada pearl dan jelly tau), redza, Rapunzeel Cikilolo, ariana, Muja, Kesuma Angsana, aizamia3, Mila@rimbun, Ummiross (betullah ummi walau pening nak juga tahu hih...), Queen Teratal, Qhaifa Nur, Ujie (ketentuan telah tertulis begitulah Ujie...), Pokok Manggis DR, ummuaidan, Aien Alien, aanie,norhidana miswan, nabila_2908, JunAina, Eye_nee, Amirah, Deqla Manjew, ieda immi, Atie Yusof, Knor, anitadiana, Daddy Ziyyad, My Little Diary, Nini D, ♥ Cmª shIemª ♥, Lya Colours, Nafira usop, tenku butang, Mia Kassim, haryati Faizal, intanfirdaus247, Juhariah Johari (alhamdulillah dan tahniah buat Nabil), aby, NM03, Hanis Azla, Tihara, Ceqgu, Zaitun, aizu's life, Mizz Aiza, Liya Hanif, Lizz@haslizalizz, zila norazila, the malay male, Bin Muhammad, Mas Zull, Lyafrina, Nur_nba, Anim (semuanya dah tertulis sedari loh-mahfuz kenalah kita redha Anim), Kakyon, Hazmin, izan mama mia, Suri Soleheh, Puan Kutu, Henrietta Jose, Noesuhaimi, Gloria abdullah dan Boni Kacak.

Kepada semua terima kasih sekali lagi:)

Ummi Iman said...

Cool adik ya.. blog adalah kawan baik saya skrg ni.. ;) tp jarang boleh blogwalking. Berebut dgn iman ;)

Cikda said...

haa...cikda pun suka cool blog..dan semua yg cool la.. hahaha..

blog akak jugak cikda suka..

MyFreeMinded said...

hehehe... baru terpikir kak, cool blog, then blog...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

1st time beli...sedap gak... :)

elly nadyra said...

kat rumah ada kedai ni, tapi saya tak suka yang ada pearl or jelly tuh

Riedaffya ibrahim said...

anak buah sy pon suka ngan cool blog ni kak..trend anak2 kut,.,

Riedaffya ibrahim said...

akak..ckp bab pru13, sy pon byk dpt cerita baru yg panas dan sensasi yg x kuar kat media...di sudut hati sy amat mengharapkan sistem pentadbiran islamik yg berdaulat..yg bersih,,sy jg dgr citer2 politik dr kwn yg mereka dpt kat malayisa kini, cukup sedih dgn apa yg berlaku skrg, sy juga berharap akidah anak muda yg jauh terpesong lari dari budaya asal melayu..sedih tengok cara mereka, tp siapa yg mereka tengok, artis dijadikan role model,, kalo ini tidak dibendung...akan menjadi barah.. dadah, buang bayi..nape xde stu sistem yg betul efisien..kite negara islam nape x betul2 berlandaskan syariat islam..ni just pendpt sy kak.. sy xtau apa ape pendapat akak lak..pencerahan pada pengundi..da baca delete ye kak..

Remy hazza said...

pernah jugak layan cool blog nie... not bad..... tapi blog kenkawan...memang hari2 kena layan..... best