Friday, May 17, 2013

Senyuman di Hari Guru

Sabtu dan Ahad jadual adik penuh kerana perlu mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan. Hari Rabu pula aku berada di luar kawasan. Tidak ada masa untuk membeli hadiah cikgu adik. Malam itu walau balik dengan keletihan kerana seharian berada di luar kawasan, kena juga memenuhi kehendak adik.  Selepas anak-anak yang mengaji semua balik, sebelum isyak lagi kami keluar ke Plaza Angsana.  Mencari cenderahati untuk cikgu-cikgu kesayangannya. 

Hinode Shop - Setaip kali mahu membeli cenderahati atau hadiah di sinilah tempat di tuju. Bertempat di Plaza Angsana. Sesak dengan anak-anak sekolah rendah aku perhatikan berbanding anak-anak sekolah menengah

Membungkus - Meminta Mak Zah yang membantu membungkus kesemuanya sebab mama keletihan.

Semalam adik bercerita pun penuh dengan senyum gembira kerana dapat mencium tangan, memeluk dan mencium pipi guru kesayangannya. Suka bila cikgu juga memberi ciuman seperti mama katanya. Cikgu pakai baju cantik, cikgu wangi, cikgu pandai buat lawak, suara cikgu menyanyi merdu, cikgu baik semuanya puji-pujian belaka yang diceritakan pada mama/papa. Seronok dengan majlis yang diraikan semalam. Kelas adik membuat persembahan choral speaking kerana mereka semua merupakan wakil sekolah dan mendapat tempat ke dua bahagian zon 2 Johor Bahru.

~~ Aku juga percaya ramai cikgu yang balik rumah semalam senyum lebar bila membuka bonet kereta yang penuh dengan hadiah dari anak-anak didik mereka. Tahniah cikgu!!~~

76 comments:

fairus mohamad noor said...

sesi membalut hadiah yg seronok ni..

Pn.bayu said...

Teringat suatu ketika dahulu. Pengetua PIBG tolong hantarkan saya balik ke rumah kerana hadiah terlalu banyak.... sweet memory

izan mama mia said...

meriah cikgu semalam kan..ehe.. hadiah apa adik beli tuk cikgu tuu

tq kak bg petua semalam tu

Remy hazza said...

untung jadi cikgu kan.......kalau zaman dulu takde hadiah sangat...cuma ucapan dan wish aja.....

ummuaidan said...

hari guru hariyg menyeronokkan bg cikgu dan murid2 kan..yg memberi dan menerima dua2 excited..seronoknya menjadi cikgu bila diraikan tiap2 tahun..profession lain mana ade semeriah gitu kan..:)

Tihara said...

selamat hari guru, seronoknya cikgu dapat hadiah tu nanti :)

Nini D.. said...

Heheheh..nini dok tunggu jgk anak murid kat rumah ni kasik hadiah.dia bg dh pg td sblm pegi sekolah..cium pipi umie dua dua belah.mahal hadiah tu!

norhidana miswan said...

betul tu kak, kedai2 cenderahati mcm hinode, diy, daiso msti penuh ngn bdk2 n mak bdk utk beli hadiah pd cikgu2 kan...

murid2 sekolah rndah lg seronok nk bg hadiah pd cikgu2,yg dh bsr2 selalunyer dh kurang minat dh..

Nurulhuda Abdul Latip said...

Yang seronok memang cikgu sekolah rendah dan tadika je kak..Suami saya satu hadiah pun takde, hehe..Biasalah budak sekolah menengah kan..

ummiross said...

Ummi pun tersenyum membaca entry ni, boleh bayangkan keseronokan adik dan guru2 menyambut hari guru. Ummi pun rindu saat2 bersantai dengan murid2 di hari guru.

Kniedaz said...

Anak-anak saya tak bagi lagi hadiah Hari Guru..tunggu sambutan Hari Guru minggu depan katanya...tapi mama dah siap buat dah hadiah..hehe..

aizamia3 said...

membayangkan betapa teruja dak Adik bercerita tentang sambutan hari guru tu.. ;)

aby said...

Salam kz,
Kite ikut jer kemahuan anak2 dlm memilh hadiah sempena hari guru ni

JunAina said...

Tahun ni anak2 tak demand hadiah pun, adik tak ambik pusing langsung semua tu, abang pulak dah besar pandai2 dialah dan hanya kakak sibuk2 telefon mama minta mak tok belikan hadiah utk guru2 dia.

m.u.l.a.n said...

memang hari yg seronok utk guru & murid..

Zee Suhaini said...

teringat pulak zaman-zaman dok sekolah dulu..meriah kalo ade sambutan hari guru ni..
banyaknya hadiah..

ANIM said...

Bab membalut tu satu hal, kena pula tuliskan nama..heee...
Masa anak sekolah rendah kan kak...
Masuk sekolah menengah nanti, kita hulur duit saja

Falsya said...

wahhh meriahnye hadiah...falsya pun dh lupe dh kakak mcm mana falsya celebrate ari cikgu zaman falsya..hehehe

maria firdz said...

Sekolah rendah dan tadika mmg best la.. sekolah menengah biasa2 je.. Budk dh besar dh.. Xde sgt la hadiahnya...

anitadiana said...

tentu adik seronok kan..dapat peluk dan cium cikgu kesayangan...banyak hadiahnya kak...

Qhaifa Nur said...

betul Kakzakie, anak-anak balik pun sama citer perihal cikgu mereka..dapat teddybear besarlah, minyak wangi mahal dan macam-macam lagi...

memang patut mereka dihargai...

amirah said...

macam2 hadiah yg dorang beri pd cikgu dorang ye kak..suami amie tak dpt byk sebab ngajar pendidikan khas kak, tak ramai budak dan kebnykannya orang susah. cuma dpt hadiah dari pibg dan hadiah sambutan hr guru aje

Ati Masrif said...

salam kak,

memang selalunya murid2 sekolah rendah
yang lebih teruja menyambut hari guru
beruntang guru2 sekolah rendah kan :)

Lya Colours said...

kalau kat tempat saya ni, family store penuh ibu bapa bawak anak2 beli hadiah. malam sebelum hari guru tu just lalu je depan family store. tak sanggup nak singgah membayangkan kepadatan orang di situ huhu

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bagus juga ada hari guru. sekurang-kurangnya guru rasa jasa mereka dihargai. Selamat hari guru.

NEKCIK said...

Memang patut pun kita turut sama memberi hadiah ni sebab cikgu cikgu tu sama seperti ibu bapa. ...seharian bersama anak anak kita...nekcik pun suka carikn hadiah bersama...

Mila@Rimbun said...

Tahun ni saya belikan choc cadbury jer untuk cikgu2 Izzah, just isi riben jer, takde bungkus2pun.
Izzah plak cuak jer.. takut cikgu tak suka.
Alhamdulillah balik sekolah semalam dok sengih2 cerita... cikgu suka sangat dapat chocolate tuh hihi.. tak sangat idea umi sangat bagus katanya hahaha...

aTieYusof Family said...

bila tiba hari guru, anak2 excited nak bagi hadiah kan?..
amat besar makna nya pd guru2 Semalaysia..:)

Nazayiena Ayiena said...

Memang anak2 yg excited nak membeli dan menghadiahkan hadiah buat cikgu2 mereka.

Daddy Ziyyad said...

Hinode Shop/Kedai RM5 mmg selalu jadi tumpuan bila tiba hari guru, hari ibu...hihihihihi..

lieyalatif said...

Comel2 presents akak sediakan kan...ceria tgk pembalut tu kak....

Mmg seronok punye kak cikgu2 semlm dpt tanda ingatan dari anak2 murid... Senyum lebo masing2 agaknye...besar jasa dan pengorbanan cikgu2 ni...

ahmad humairi said...

Bonet keta saya x penuh pon....

....adala sket...

Fiza Rahman said...

Bestlah cikgu dpt hadiah. Saya tak cari lagi hadiah hari guru. Aritu gi kedai, kimi nak beli mamee, nak bagi hadih kat cikgu katanya...alahaiii...takkan ibu nak bagi mamee kot ☺☺

Nafira usof said...

serononye dengar cerita dari adik..
bertuah cikgu2 dapat murid2 yang sayangkan cikgu dia~

-Sara- said...

yelah besar jasa cikgu tu menddik anak2 kita kan kak.... anak2 pulak makin seronok bila cikgu dorg tu sebaik kita ibu dn ayah dorg kan :)

Nisah Idham said...

hehe, bukan kata cikgu dan adik yang tersenyum. Nisah juga tersenyum, dapat bayangkan senyuman adik yang gembira. wajah cikgu yang penuh keikhlasan tatkala sabar mendidik anak-anak kita. Semoga cikgu2 akan terus maju untuk cucu cicit kita di masa depan (^_~)

Lady said...

Masa hari guru nie lah jugak dpt tengok cikgu main kejar2. hehehe

zulaikha megat said...

betul tu kak..anak anak sekolah rendah jer yang sibuk nak belikan hadiah...anak yang sekolah menengah sunyi sepi tak bukak mulut pasal hadiah hari guru..mungkin faktor duduk hostel sama jgk kot...

BUNDA a.k.a KN said...

assalamualaikum,

selamat hari guru..

Rozita said...

Anak saya yg umur 5 tahun tu pun sibuk nak bagi hadiah hari guru... kanak kanak memang amat menghargai cikgu diaorg...

Rozita said...

Anak saya yg umur 5 tahun tu pun sibuk nak bagi hadiah hari guru... kanak kanak memang amat menghargai cikgu diaorg...

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam K.Zakie..
hihi.. inilah salah 1 untungnya jadi cikgu..byk dpt hadiah..
seroklah adik dpt bagi hadiah @ bermsera dgn cikgu kesayangan,,

Murni Alfathunnisa said...

assalam kakzakie,

baca entry ni buat saya teringat zaman sekolah dulu...excited bab membeli dan membungkus hadiah kat cikgu2.

Nory Zoulkefle said...

wahhh banyaknya hadiah..untonglah cikgu2 yang dapat hadiah tu..hehe

HeNRieTTa JoSe said...

Dpt murid yg dgr kata dan cedik pandai seperi adk..pasti guru suka....tahniah adik utk coral speaking...

Psss...mmg anak anak kecil suka memberi hadiah...bila dh meningkat remaja, dh kurang adegan memberi hadiah nie..

Psssss....sogo tu xde sales pown....beg plastik dia aje yg tulis sales...kebetulan kasut rietta dh rosak....itu yg cr bru...

zila norazila said...

klu bdk menengah dah lain sikit kan kak..he hhe tk mcm sek ren..lg2 ank zila nie lelaki..mmg beza..moga cikgu2 heppy dpt hdiah tue..

Aziela said...

Memang seronok guru bila dapat hadiah masa Hari Guru. Saya pernah dapat sekotak tisu, tapi saya sangat menghargainya.

Eye_nee said...

Anak saya pula..minta dibelikan hanya utk guru di Sekolah Kebangsaan sahaja..Ustazah sekolah agama tak perlu katanya...bila saya tanya kenapa...."DIA GARANG SANGAT"....

QueeN TerataI said...

Ammar bg kad je kat cikgu dia.. ummi pun pening nk bg ape.. seb baik cikgu sorg jer.. ;)

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

cantik mak zah bungkus hadiah-hadiah tu...mesti seronok cikgu adik dapat hadiah tu...

Rai Ourkizuna said...

untung jadi cikgu.. tiap tahun diraikan dan dapat hadiah..hehe.. jadi ibu pun double untung.. hehe..

ps: kak.. sekarang ada suntikan vaksin utk anak perempuan umur 13 tahun..insya allah akak boleh cuba baca dan timbang semula keputusan sama ada nak atau tak nak..

Ibu Lala said...

Balut hadiah seronok tapi klw byk sgt nk balut jemu jdnya.

Cikda said...

cantiknya adiah..hehehe..cikda ni kalau dapat hadiah cenggini sayang nk bukak..hahaha

kak..dulu saya pernah kerja di JB duduk di persiaran tanjung..hehehe..suka sangat Plasa angsana tu..tpt habiskan duit..sellau buat facial kat Mai Beaute .. mis those days.. huwaaaaa

hainom OKje said...

Sekolah budak2 23 hb ni kanda...harus 22 hb tu TLBD ajak gi beli hadiah hehe

kakyon said...

bnyknya hadiah zakie kena sediakan. takpekan untuk memeberi penghargaan pada guru yang mendidik anak2. anak2 pun happy..

Kesuma Angsana said...

wah byk hadiah untuk guru2 tu hehehe

Knor said...

banyaknya cikgu dapat hadiah..bertuah sungguh cikgu2 tukan...pemurah anak beranak ni..

Nur-nba said...

Memang tersenyum sampai telinga kak.. ;)

Rinna said...

Wahh seronok laa cikgu yer dpt hadiah dari anak akak.. :)

Mizz Aiza said...

tahniah adik dapat tempat kedua.. untung juga jadi cikgu ya, hari guna dapat banyak hadiah.. :D

tenku butang said...

amboii.. .. semua dia citer.. cikgu cantik.. cikgu wangi.. hihihi.. cumey!

Mak Wardah said...

bestnya jadi cikgu adek

Temuk said...

Dihormati, dipuji, disayangi, diberi hadiah, digaji bagus..... Mudah-mudahan para cikgu semuanya mendapat keredhaan Allah dalam mereka memberi khidmat bakti kepada anak bangsa dan negara.

Juhariah Johari said...

Baguskan budak2 sentiasa ingat kat guru2 mereka.

Kakzakie said...

Memberi kepada mereka yg sangat memberi makna dalam hidup kita. Kakak berkata demikian kerana guru-guru itulah yg mendidik anak-anak kita dengan kesabaran dan cabaran. Mujur juga ada Hari Guru dapat juga kita semua meraikan mereka. Betul mereka tidak meminta tetapi pemberian kecikl sekadar tanda terima kasih dari hati yg jujur.

Kepada semua yg memberikan komen terima kasih dari kakak:-

Fairus Mohd Nor, Pn Bayu, izan mama mia, Remy Hazza, ummuaidan, Tihara, Nini D, norhidanan miswan, Nurulhuda Abd Latip, Ummiross, Kniedaz, aby, aizamia3, mulan, JunAIna, Zee Suhaini, Anim (anak kakak yg duduk asrama senyap aje tak tahu lagi), Falsya, Maria Frids, anitadiana, Qhaifa Nur, Amirah (kakak rasa budak besar tak exited macam budak sekolah rendah), Ati Masrif, Lya Colours, Pokok Manggis Dr, Nekcik, Mila@rimbun (bukan selalu kan mila), Atie Yusof, Nazayiena Ayiena, Daddy Ziyyad, Lieyalatif, ahamda humairi (tak tunjuk gambar manalah kakak tahu hihi...), Fiza Rahman, Nafira usof, Sara, Nisah Idham, Lady, Zulaikha Megat, Bunda aka KN, Rozita (mereka suka bila dapat memberi Rozi) ♥ Cmª shIemª ♥, Murni Alfathunnisa, Noury Zoulkifle, Henrietta Jose, zila norazila, Aziela, Eye_nee (la.... itulah nama pun budak Eye_nee), Queen Teratal, Lizz@haslizalizz, Rai Ourkizuna, Ibu Lala, Cikda, KakYon, Kesuma Angsana, Knor, Nur_nba, Rinna, Mizz Aiza, tenku butang, Mak Wardah dan Temuk (harapnya begitulah kan..)

Kepada semua sekali lagi kakak ucapkan terima kasih.

n O e s u h a i m i said...

bila hari guru...mak bapak pun sibuk sekali...sibuk nak cari hadiah utk guru2...asalkan anak2 hepi dapat beri hadiah pada cikgu kesayangan diaorg

Siti Rohaida Yusof said...

seronok kan jadi cikgu...walaupun punya tanggungjawab yang besar...

Izan Ishak said...

best jadi cikgu kan. tiap2 thn diraikan oleh anak2 murid. namun jasa cikgu tetap tak boleh dibalas dgn wang ringgit sama juga seperti jasa ibu...

Azian Elias said...

Kalau dulu masa mengajar mmh suka lah bdk2 kecik nya melese2 tepi saya..nnt cakap cikgu cantik lah cikgu wangilahh....ehhh...pakai baju baru lahh...mmg jd perhatian sekecik2 ni..comel2...

Nur-nba said...

Terima kasih kak atas ucapan Hari Guru.. Sayang akak... ;)

QasehnyaRania said...

balut jgn tak balut.. hihi

jasa guru tetap dikenangkan

Kakzakie said...

Terima kasih juga buat: -

noesuhaimi, Siti Rohaida, Izan Ishak, Azian Elias, Nur_nba (memang selayaknya Nur dapat ucapan itu) dan QasehnyaRania.

Terima kasih sekali lagi:)

Mimie Najib said...

beruntungnya ckgu2 tu.. banyak hdiah dari anak didik...

Nana Liena said...

nak membeli hadiah tu kira satu masalah..sebab tak tahu nak beli apa..last2 pilih pen merah ja..huhu

Amanina Mads said...

xdpt nk memberi hadiah buat guru.. huhu

Deqla Manjew said...

untungnya cikgu2 dpt hadiah.. balut pun cantik , kemas je tgk..