Friday, October 4, 2013

Kecil-kecil cili padi Hasan Al-Bana

Sedikit ingin aku paparkan sedutan dari buku yang dihadiahkah oleh teman blogger Cikgu Anim kepadaku tempohari tentang Syed Hasan Al-Bana, pengasas Ikhwanul Muslimin . Sayangnya kini Ikhwanul Muslimin telah difatwakan haram walau ilmu dan ajaran demi untuk menjulang agama Allah tidak boleh dipertikaikan. Manakala kini pula kita tidak dapat berita dimana entah dibawa mantan presiden Muhammad Morsi pemimpin Ikhwanul Muslimin yang dikatakan telah dipenjarakan. Allah juga yang maha tahu.

Al-Bana bukan calang-calang anak sewaktu kecilnya. Bayangkan dalam usia baru 13 tahun beliau mampu memberi kesedaran kepada imam di musolla kampung. Peristiwa berlaku bila tiba waktu azan ramailah anak-anak yang menyerbu untuk mengambil wudhuk termasuklah Al-Bana ini. Tetapi melihat kanak-kanak lalu diusir oleh imam musolla sebab bimbang kanak-kanak tersebut menghabiskan air untuk berwudhuk. Dari situ ramailah yang pergi meninggalkan musolla tetapi tidak pada Al-Bana. Beliau senyap-senyap mengambil secarik kertas dan menulis ayat Al-Quran ini:-

" Dan janganlah kamu mengusir orang yang menyeru tuhannya di pagi hari dan di petang hari, sedangkan mereka menghendaki keredhaaNya" (Suroh Al-An'am 6:52)

Gambar google - Berwudhuk sebelum solat menggunakan kolah seperti ini kenalah berjimat
Kertas itu kemudian diserahkan kepada imam musolla yang mengherdik kanak-kanak atau teman Al-Bana. Membaca cebisan kertas tersebut telah menjentik hati imam tersebut sehingga pada hari berikutnya beliau tidak lagi mengherdik kanak-kanak yang mahu berwudhuk untuk sama-sama bersolat. Bahkan kanak-kanak tersebut dikatakan mencari inisiatif mengumpul dana hingga mampu membeli tikar untuk musolla.

~~ Janganlah diperlekeh anak-anak yang baru berjinak-jinak dengan tempat-tempat untuk beribadah. Berikan tunjuk-ajar kerana meraka inilah pemimpin agama di masa akan datang.~~


82 comments:

Hudalatip said...

Betul la kak..Nak baca buku ni jugak..

amirah said...

kehebatan pejuang2 islam yg takde tolok bandingnya. moga syurga balasan mereka..insyaAllah

asyifamustaffa said...

Sedikit perkongsian ni...bnyk pahalanya bila rmai yg mmbacanya...:-)

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

tq kak berkongsi cerita...
setuju akak ..
memang bagus bawa anak-anak ke tempat beribadah kerana ianya tempat yang baik kerana hasilnya nanti InsyaAllah akan jadi baikkan kak...

Mummy Sher said...

Sangat betul cerita ni kak. tenkiu sudi berkongsi..

sitirohaida said...

sesuatu yang perlu dikongsi..thanks kak..

musang said...

kisah pejuang islam memang menarik utk dibaca

Sura Mohd said...

kak..nanti kongsi lagi tau..best!!

Fazleyatul Aini said...

good sharing kak =)

Adriannasyaz said...

Trima kasih tuk perkongsian ni akak

Muja.. said...

buku mcm ni memang bagus dibaca kak.. sumber inspirasi muda mudi..byk manfaatnya :)

mama maman aka yana said...

patutnya kita yg tua nih mengikut mencari ilmu macam anak2 itu.. kan kak

Unknown said...

kadang kadang orang tua kena terima teguran dari orang muda jugak..

Mizz Aiza said...

salam jumaat kakak.. semoga kisah beliau menjadi tauladan kepada kita semua..

mummY daniSha said...

thanks for sharing kak...=)

Rosmawani♥ said...

Sharing is caring... Kekadang sebak pulakk rasa :(

Mohamad Fathi said...

Yupa.. Bagus.. ^_^

Unknown said...

kebanyakan orang skrang macam ni la kak..asal bawak anak gi masjid, ade jer yang jeling2..dari cara pandang mungkin tak suka kot..ye la, kadang budak ni bising, berlari sana sini..niat kita lain..

Aisy Nasiha said...

Orangnya terang hati... sejak muda dah diberi ilmu dan pemikiran yang baik...

ummiross said...

bestnya buku tu Kakzakie, insyaAllah nak cari juga.
Betul lah kan, kadang2 kesian kat kanak2, ada ketikanya kena marah berlebih-lebih pula.

faraherda.razalan said...

Sy nak cri jugak buku tu...mcm menarik je. Apa kaba kakzakie? Dah lama tak tglkan komen kat sini. Selalunye, singgah ngan baca je. Hehehehe...

Umm AA said...

mmg bkn calang2 orang dr keciknya kan al bana nie..besar tuh pun mampu menyedarkan imam dgn ayat yg Haq

aizamia3 said...

dak Adik pun macam tu jugak kak.. bila ke masjid, bila dah jumpa kawan2 ada je yang dia nak buat.. tapi bukanlah sampai mengganggu jemaah lain.

The Unknown said...

Perkongsian yg menarik, kak. terbaik~! :)

Myra Jay said...

Penting juga buku ni, boleh la nak mencari nanti..

nuyui a.k.a miss YUI said...

kdg2 tak fhm nape org suka nak perli2 bila nmpk lakukan kebaikan..

susah mcm tu..abaikan..

Kayu Manis said...

bila baca n3 kak ni..ingat kisah azhan pernah kena marah dgn imam masjid..azhan walau bdn kecil tapi jiwa dia sudah matang..byk hafaz al-quran..bgun malam rajin..dhuha tak pernah tinggal kalau di rumah..duk lama di tikar sembahyang berdoa..ada ciri pemimpin..sekali tu iman ckp dgn kasarnya suruh dia solat di blkang..depan makmum lain..semua org tgok dia..malu dia..suami juga terasa pedih kat ulu hati,rasa mcm nak bg penampar kat imam tu..kalau dia berlemah lembut..tak apa lagi..boleh di terima akal...selama seminggu azhan fobia nak ke masjid..skrg dh tukar imam lain..saya sejukan hati azhan dgn kata2..ampunkan saja imam tu..semoga Allah bg petunjuk kat dia..

ujian utk azhan supaya tak jadi mcm tu esok2 hari..

sudipVSsenduk said...

kanak-kanak adalah pelapis bg pemimpin akan datang

Unknown said...

setuju tu kak.. patutnya kena sokong & didik anak2 utk bersolat di masjid atau di surau2kan.. dulu suami selalu bawa Ammar g surau skrg ni x lagi sbb org di surau kata kanak2 ni mengganggu..

kakrose said...

susahnya nak buat kebaikan..sebaliknya kemungkaran yg di agungkan..

Zul fattah said...

betul kak.. sy stuju sngat. kat kg sy, org2 tua slalu marah dan halau budak2 yg buat bsing dlm msjid.. sampaikan budak2 tu mngadu pd sy dn marahkan pakcik tu.. biasa la budak2 baru nk blajar kak.. kadang2 bising, tp diaorg dtg nk solat..

skrang ni, tinggal yg tua saja d surau.. itu pun magrib isyak ja..

ZalinZalina said...

Salam kakzakie..kalau takde budak-budak memang sunyi surau dan masjid.. kalau nak tegur pun biarlah dengan perkataan yang baik kan kak zakie..

mysha said...

Sha setuju tu kak.. Benda yang baik jangan dihalang.. Kalau benda yang buruk tu pun ada cara untuk menghalang.. bukan men nyerobe jer bak kata org perak hehehehe

Ujie Othman said...

gd sharing kak!
jelas sekali, pendekatan secara berhikmah lebih berkesan. walau masih kecik, bijak beliau cari pendekatan.

Nini D.. said...

subhanallah..kene carik jugak buku nih

Unknown said...

Bila lg nk didik kalau bukan dari kecil kan kak zakie..

aanie said...

Kalau anak2 tunjuk minat dgn masjid, kita sbg org tua rasa seronok sgt...

che mid said...

As salam kak, baru-baru ini telah dibincangkan dalam mesyuarat ttg anak-anak yang terlalu bising dan masih tidak solat walaupun dah masuk rakaat ke 2. Pak Imam meminta kalau ada ajk yang sanggup utk masbuk semata2 utk mengawasi anak-anak.. mmm..

che mid said...

Dewan tu tak jauh dari plaza angsana.. dekat dgn balai polis..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Berhemah sungguh Sassan Al Banna menegur imam itu.... semoga anak2 skrg mencontohinya :)

memmetlenggeng said...

semoga anak-anak kita semua dapat menjadi sebaik-baik ummat

memmetlenggeng said...

semoga anak-anak kita semua dapat menjadi sebaik-baik ummat

Fiza Rahman said...

Thanks for sharing kak. Menarik buku ni. Nak carilah nnt.

AtieYusof said...

Kehebatan pejuang Islam yg tak perlu dipertikaikan...sedih dgn kisah presiden Morsi yg jg seorg tahfiz Al-quran...

sekadar satu coretan said...

bagus jugak buku tu kan..terima kasih sudi berkongsi kebaikkan buku ini...

Unknown said...

SUBHANALLAH... menarik buku ni kak.. pejuang islam begini mmg patut dicontohi..

BinMuhammad said...

Seorang ulama dan pemimpin yang diseganai dan di kasihi, sedari kecil sudah terlihat akan ketokohannya...begitulah juga sebaliknya. Lihat perilaku anak2 dan didiklah mereka, bukan memarahi dan mengasari mereka.

Anonymous said...

tq sudi berkongsi bersama2 yer kak !

Ati Masrif said...

assalamualaikum,

ati pun sekarang sedang mengumpul buku2
seperti ini, pasti menarik.

di surau tempat kami pun ada juga 2-3 orang
yang terlalu bertegas dgn kanak2 yg kami
jemaah muslimah rasakan tidak sesuai

PCL said...

salam kak, kadang sy perasan jugak ada toksiak dok bertempik kat bebudak..jangan itu dan jangan ini dalam masjid sedangkan jemaah lain sedang beriktikaf dgn khusyuk... megajar kebaikan bagus sekali tapi begitu caranya dan di rumah Allah pulak tu., mungkin ada cara yg lebih efisyen . baru tadi je sblm solat jumaat perkara ini terjadi. Wallhualam.

Dr K said...

Sama sama kita berdoa kak,moga Presiden Mursi dan lain2 pemimpin IM dibebaskan...dan kembali menerajui Mesir..Dan betul tu,amat banyak yg kita boleh pelajari dari Hasan al Bana...cucu beliau pun bukan calang calang orang..Prof Tariq Ramadan

Unknown said...

hehe nak cari buku hasan al Bana, ada dlm rak tak habis baca lagi!

Unknown said...

sangat bermanfaat...

is setuju ngan kakzakie...

jangan marah2 ngan kanak2 .. sebaliknya tunjuk ajarlah mereka ;) mereka wat satu kesalahan sebenaqnya mereka mintak tunjukkan jalan... bukan dihadiahkan dengan herdikan (^___^)

aby said...

boleh marah ..
tp marah yg mendidik ... bukan yg mengherdik ..
memang jemaah masjid agak serbasalah dengan jamaah kanak2 ni ..
apapun mereka tu la bakal pengganti2 penghuni masjid nanti .. bila org2 lamanya kembali kepadaNya ..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie....menariknya isi kandungannya...:)

AtieYusof said...

salam singgah sabtu Kak..:)

Ruse Sulaiman said...

Mmg ada yg mengherdik. Kan bagus tegur elok2.

nohas said...

Ikhwanul Muslimin digeruni oleh musuh-musuh Islam, berkat ajaran pengasasnya As-Syahid Hasan Al-Bana, yg tidak takut melainkan pada Allah SWT..

Membaca buku2 ilmiah ni untuk santapan hati dan minda..

ajax85 said...

senang je..kita tiru tingkah laku nabi saw kita dng kanak2

Puan Kutu said...

meremang bulu roma sy baca kisah hasan al bana nie,terasa kita ni begitu kerdil sekali klu nk bandingkan dengan beliau yg pada masa tu hanya berumur 13 tahun

Bunda_nora said...

kisah yang bolih dijadikan tauladan..

NEKCIK said...

Betul tu kak...surau surau kita ni tak mesra alam ngan kanak kanak...banyak aktiviti kanak kanak dan remaja boleh di anjurkan di surau surau dan masjid..bukan takat hafazan dan mngaji jer!

Unknown said...

Salam kak zakie..ni intan (blog cik intan berlian).. maaf out of topic sikit...intan dengan anak saudara sedang usahakan perniagaan kibas jadi kalau ada kelapanagn bolelah follow back...
terima kasih kak zakie

gadisBunga™ said...

saya sebenarnya dah terlepas ketapi ni...betul ke ikhwanul muslimin dah difatwakan haram? di sana atau di malaysia?

Time Traveller said...

Imam Hassan Al Bana memang seorang yg hebat.. moga ramai yg amik iktibar ilmu dan semangat perjuangan beliau di masa kni..

Unknown said...

betul tu kak..mendidik anak2 bukan dgn cara mcm tu..
pernah jg di masjid ada ahli masjid tu menegur kasar anak-anak yg berada di majid tu sbb bermain2..dan dia ditegur bkn mcm tu caranya menegur anak-anak..

haryati said...

betul tu kak...bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya...

Mak Wardah said...

Thanks Kak, sharing ilmu2 yang baik.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tima kasih kak zakie sharing
sgt bermanfaat

Murni Alfathunnisa said...

tak banyak yang saya tau pasal hasan al-bana ni..tapi namanya cukup gah. saya suka buku2 non-fiction macam ni..semalam saja dekat 2 jam kat kedai buku..sudahnya tak beli satu buku pun sebab mengenangkan tak cukup masa nak baca buku...huhu...sedih. :-(

Unknown said...

Salam sejahtera
Pernah satu masa,rasanya tahun lepas kalau tak silap cucu Hasan AlBana iaitu putera kepada Wafa Albana dan Said Ramadan bernama Tariq Ramadan datang keMalaysia.Seperti datuknya Tariq Ramadan juga seorang pemikir theology yang hebat. Begitulah tanda2 akhir zaman pabila orang yang jahil diangkat martabatnya oleh masyarakat dan yang menyeru kepada yang benar disisih dan dihina. Semuga kita semua diberi taufiq dan hidayah dan hati yang melihat kebenaran.Amin.
Thanks for sharing my dear.A wonderful post indeed.
Love always
Umi

insan marhaen said...

Kenapa orang lain semua tengok jer dia ambil wudhu'?

jaakechik said...

hebat cerita ni, boleh dijadikan iktibar utk kita semua. tq sharing.

Unknown said...

Insya-Allah PM dan wife akan didik Mifz dengan ilmu agama sebaik mungkin...

Anonymous said...

Akhir zaman.. yg zalim bermaharajalela.. para ulamak dibunuh. islam kembali dagang seperti awalnya.. ):

Julia Johari said...

Bagus nasihat nih kak zakie...insyaAllah Umi qi pun akan biasakan Qi di masjid dan surau2...nak ajar dan didik dari kecil hormati surau dan masjid...insyaAllah amin

Kakzakie Purvit said...

Membaca buku yang ada kaitan dgn isu semasa akan membuat kita lagi seronok. Kisah penderitaan saudara kita di timur tengah kerana pergolakan politik, juga kisah sehingga terpaksa membawa pulang pelajar kita membuat kakak lagi seronok utk membaca buku ini.

Terima kasih kepada semua yg memberikan komen di N3 kakak ini:-

Nurulhuda Abdul Latip, amirah, asyifa mustaffa, Lizz) http://haslizalizz.com/, Sherwieyna Muzzawer, Kisah Si Dairy, redza, Sura Mohd, Fazleyatul Aini, adrianna syaz, Muja.., mama maman aka yana, Rai Ourkizuna, Mizz Aiza (Dunia Kecil), mummY daniSha, ♥ ROS ♥, Crew Fathi, Zee Suhaini, Aisy Nasiha, ummiross, faraherda.razalan, ummuaidan, aizamia3, Rizal Slaughterheart, Myra Jay, nuyui a.k.a miss YUI, Knor, sudipVSsenduk, QueeN TerataI, Kak Yon, Zul Fattah, ZalinZalina, mysha, Ujie, Nini D.., mama_ka0ri, aanie, che mid (tanggungjawab penjaga juga menasihati anak-anak mereka), che mid (alhamdulillah dah jumpa pun kita kan hihi...), CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), memmetlenggeng, Fiza Rahman, aTieYusof Family, Ain Noraini, Deqla Manjew, Bin Muhammad, Kesuma Angsana, Ati Masrif, PakcikLie PCL (kena ada pendekatan yg lebih baik perlu dilakukan sebenarnya), Daddy Ziyyad (betul doc. tak tahu dia disembunyikan, sedih kerana tak ada pembela), Juhariah Johari (best buku ini Kak Ju), ✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽, aby (ye betul tu aby, marah tapi jgn sampai mereka tinggalkan tempat ibadah), Mas Zull, aTieYusof Family (kakak sabtu langsung tak buka blog atie), Ummi Iman, nohas, nor azman, Puan Kutu, BUNDA a.k.a KN, NEKCIK, KIBAS KAMI, gadisBunga™ (ye betul disana dan sini juga - sedih kan), Time Traveller, MaMa Rey, Haryati Faizal, Mak Wardah, Wanieys a.k.a IbuQalief, Murni Alfathunnisa (ambil masa jugalah kalau macam kakak ni Murni), Umi Azizan (darah yg mengalir dlm tubuh dah mewarisi kekentalan mereka dlm menegakkan panji agama Umi), insan marhaen, jaakechik, Papa Mifz, Cik Gee (namun akan tiba masanya Islam akan bangkit semula).

Terima kasih sekali lagi buat semua yg sudi memberikan komen.

Unknown said...

salam kak....patutnya anak2 kecil diberi pendedahan awal tentang tempat ibaadat kan

Unknown said...

yup! mebaca jambatan ilmu.. banyak manfaatnya, dan banyak kelebihannya.. dari kecil kena mulakan pendedahan dlm bab2 membaca ni.. moga jd inspirasi buat shakira satu hari nanti bila dah bergelar ibu..amin..

Nina Mads said...

byk ilmu yg diturunkan.. alhamdulillah ramai kanak2 nk berjinak2 dalam soal agama

OKje said...

Yelahkan kanda kadang tu kita tengok dari satu sudut, mereka ni hanya membazirkan air masjid je tapi dari sudut yang lain....sebenarnya mereka sedang berjinak dengan tuntutan Islam...
Hebatnya Hassan Al-Bana ni

Unknown said...

Hebat kisah dia. Kecil2 dah bleh bagi ayat Quran macam tu. Bleh jadi renungan utk kita2 yg dah bnyk umo ni tapi masih x dekat dgn Islam.