Saturday, October 19, 2013

Seketika merenung anggota kita

Rata-rata kita mempunyai bunyi batuk, menangis, ketawa, bersin, sendawa, bahkan buang angin yang lebih kurang sama. Apa yang membezakan mungkin dari segi kekuatan bunyi dan memek muka masing-masing. Begitu juga dengan pergerakan tangan dan kaki bila kita berjalan. Bagaimana Allah seimbangkan kaki dan tangan tidak berlaga. Bila kaki kanan bergerak ke depan, kaki kiri bersedia untuk menapak di belakang. Manakala bila kaki kanan ke belakang tangan kanan pula diberi peluang untuk ke hadapan. Tidak ada perebutan masing-masing mahu ke depan atau kebelakang secara serentak. Tolak ansur ini Allah telah didik dalam diri kita sedari mula lagi. Bila bayi mula merangkak pun dia telah tahu untuk menyeimbangkan pergerakan.

Begitu juga walau telinga kita satu di kanan dan kiri tidak pernah bertemu tapi keduanya diperlukan untuk mendapatkan pendengaran yang baik, jika satu tidak berfungsi pasti kepala pun boleh jadi teleng semata-mata untuk mencari arah tumpuan. Lubang hidung yang duduk sebelah-menyebelah pun sama. Susahnya bila tersumbat walau sebelah. Keduanya diperlukan untuk mendapat keselesaan.

Oleh itu sekiranya dalam pergaulan tidak perlulah bertegang masing-masing tidak mahu beralah. Tidak rugi sedikit beralah demi untuk mencari keindahan dan keamanan. Mengalah bukan untuk diinjak-injak tapi untuk mencari keindahan dan ketenangan. Alangkah indahnya dunia ini andai semua manusia boleh bertoleransi seperti anggota kita.

~~ Setiap yang Allah jadikan pasti ada hikmah yang tersembunyi. ~~


51 comments:

Fazleyatul Aini said...

setuju kak =D

sitirohaida said...

tiba-tiba ketawa sorang bab kentut dan memek muka tu kaka...apa yang penting allah jadikan manusia itu berbeza perwatakkan..

Umialya said...

betul tu, saya setuju

Unknown said...

yup kak...setuju sangat..

Umm AA said...

well said kakak..cetusan pikiran yg indah..innama yatazakkaru ulul albab...

MulutPayau said...

betul tu kak...setuju sangat..

Sura Mohd said...

dengan merenung anggota kita pun kita dapat muhasabah diri..nice n3 kak..:)

Unknown said...

Kak Zakie, jom sini jap :)

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/10/international-directory-blogspot.html

nadia rashid said...

betul sangat-sangat..toleransi sgt penting..kalau tak ada je bermasam muka lebih dari 3 hari...huhu

ewanthology said...

bau kentut bergantung kepada apa yg di makan oleh individu tersebut...ehhh

Mizz Aiza said...

betul tu kakak.. setiap yang Allah jadikan sudah cukup sempurna.. beralah bukan bermaksud kita kalah..

Unknown said...

susun atur ayat entry ini..sgt menarik..mendalam maksudnya..tq akak mengingatkan kami semua....

mysha said...

Saya setuju kak..!!

Mengalah bukan maksud kalah.. hehehe

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..betul la kak..anggota tubuh kita sendiri boleh dan sudah cukup untuk kita jadikan tauladan..mengapa kita tidak menjadikannya panduan dan contoh tauladan..kita tafsir kurniaan ilahi dan aplikasikan dalam kehidupan seharian..aman dunia andai kita saling bertoleransi..

asyifamustaffa said...

Ada btulnya tu kak....:-)

ANIM said...

mendalam maksud bagi mereka yang memahaminya kakzakie. kalau sikap tolak ansur tak ada, baik hidup sendiri-sendiri. kau tak kacau aku, aku tak kacau engkau.

namun akhirnya kita terpaksa juga mencari seseorang bila salah seorang ahli keluarga kita meninggal dunia. tak pernah dengat pulak orang p kuburkan sendiri-sendiri :-))

Unknown said...

setuju sangat Setiap ciptaan Allah itu memang sempurna....

Puan Kutu said...

sgt setuju kak zakie,apatah lagi kalau sesuatu tu saling memerlukan diantara satu sama lain..klu tanpa pelengkapnya sudah tentulah hilang kemanisannya..

pendek kata hidup kena tolak ansur..:)

Adriannasyaz said...

Assalammualaikum ak zakie..sgt setuju..tak rugi apa pun klu bertolak ansur... :)

JaSSNaNi said...

ALLAH maha mengetahui segalanya.. hambanya lah kena menggunakan anugerah itu sebaik2 nya.

Time Traveller said...

Setuju sangat..mengalah pun tak rugi apa2.. malah lebih cepat memulihkan keadaan..

nohas said...

Subhanallah, penciptaan Allah itu cukup sempurna..ukhwah juga umpama badan, jika satu anggota sakit, seluruh badan merasa kesakitan itu..

Sukma said...

saya setuju....

Jahirah said...

alhamdulillah syukur kita sempurna...:)

Putri said...

Manusia ni memang ciptaan Allah yg unik.tp ramai yg x reti nk bersyukur.nk ubah sana sini

Unknown said...

Wah. terimakasih kerana perkongsian kata. Betul tu, kdg kita terlupa berfikir.

wantie said...

betul tu... tak yah bertegang urat. takkemana pun kita.

aizamia3 said...

Dipihak kita takde masalah tapi masih ada org lain yang cuba menyusahkan kita.. :(

memmetlenggeng said...

Suka saya baca entry kak zakie ni..betul betul motivasi

wanariahamiza said...

Segala apa yang tercipta, boleh sahaja digunakan untuk bermuhasabah diri. :)

eira eixora said...

saya pun pernah terfikir kakak. bestnya andai di dunia ni sumenya orang baik2. nanti takdelah pencuri. nanti takdelah penjenayah.

Shahrul Yusof said...

Setuju kak. Hidup kita ni semuanya perlukan keseimbangan. Tak lebih dan tak kurang. Equilibrium, ikut bahasa PPSMI dulu. Tapi, hakikat hidup zaman ini, ketamakan merajai hawa nafsu. Jadi, bila ada sesuatu yang terlebih, pastinya, akan ada sesuatu yang berkurang.

Acik Erna said...

Mengalah bukan bererti kalah kan kakzakie

Unknown said...

dalam pergaulan tidak perlulah bertegang masing-masing tidak mahu mengalah. sabar and keep smile :)

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Sangat tepat..jikalah semua boleh bertolak ansur dan berlapang dada amanlah dunia..

Anonymous said...

ada sesetengah org mmg suka berhujah aka x nak mengalah wpun sekadar perkara remeh . lebih baik angkat kai drp join mrk ni ... aman hati ...

BinMuhammad said...

Ciptaan Allah adalah sesempurna ciptaan.
Walaupun mata tidak nampak mulut...tapi masih boleh jua tangan menyuap masuk makanan kedalam mulut.

Ann Ishak said...

perkongsian yang sangat baik, terima kasih kak :)

Nik said...

setuju kak. lebih baik beralah dari tuk bergaduh kan.

Kayu Manis said...

ye kak..alhamdulillah

HeNRieTTa JoSe said...

Btul tu akk....bila msing msing xmo beralah...ssah jdnye.....rietta selalu undur diri jerr...jd badan berkecuali....pown disalahkan juga...

eija_sweetmama said...

betul setuju sgt, antara kita ni mmg saling memerlukan, lengkap melengkapi dna pentingnya kita saling bertolak ansur

Sarah Talib said...

setiap kejadiannya cukup sempurna...cuma kita tak pandai menghargainya...semoga Allah mengampunkan kita

Unknown said...

betul tu kak zakie. syuk setuju !

Kakzakie Purvit said...

Sangat indah ciptaan Allah buat kita namun sayangnya kita pula yg tidak dapat menjadikan keindahan itu sebagai perbandingan dalam kehidupan seharian. Apa-apa pun sebagai renungan saja dari kakak.

Terima kasih pada yg sudi membaca dan menitip komen di sini:-

Fazleyatul Aini, Kisah Si Dairy, umi alya, Zee Suhaini, ummuaidan, MulutPayau, Sura Mohd, NURSHAKIRA ABDUL HALIM (dah lihat dah Sya), nadia rashid, the malay male, Mizz Aiza (Dunia Kecil), izan mama mia, mysha, PeRdU cINta, asyifa mustaffa, ANIM, MystoryPic, Puan Kutu, adrianna syaz, JaSSNaNi, Time Traveller, nohas, Sukma Haron, Aishah Jahirah, Putri, Juhariah Johari, wantie, aizamia3 (bila tak dilayan insya-allah tak jadi berantakan Ai..), memmetlenggeng, wanariahamiza, eira eixora, Sylarius Yusof (itulah yg terjadi depan mata kita sekarang), Acik Erna, zhi chun lee, Werdah (tapi nak dapatkan ini susah benar kan Kak Werdah), harumankasehvee, Bin Muhammad (indah ciptaan Allah kan), Ann Ishak, nik ros, Knor, HeNRieTTa JoSe, Sweetmama, Sarah Talib dan syuk shusuke.

Sekali lagi terima kasih semuanya.

OKje said...

Betul tu kanda.....cantikya ciptaan Allah tukan kanda..... syukur kita kerana diberi kesedaran dan berpeluang untuk menghayati dan memerhati anggota ciptaan Ilahi...subhanallah!
Tulah kanda namanya pun manusia.....sifat ego tu masih tebal dalam jiwa...

norhidana said...

mmg mendalam maksudnyer tuh kak... cume kadang kite terlalu ikutkan ego... itu yg takmo mengalah

Julia Johari said...

Sungguh besar dan ajaibnya ciptaan Allah pada diri kita kan kak zakie...ya Allah tetiba terfikir apa yg kak zakie tulis nih...begitulah jodoh kan kak zakie...jodoh pelengkap hidup kita suka dan duka...terbaik kak zakie :)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul2 setuju sangat...:)

Anonymous said...

Sesungguhnyer hanya Allah swt juga yang mengetahui segalanyer kan !

Unknown said...

nice entry kak.. setuju sgt2.. begitu sempurna dan indahnya ciptaanNya...