Saturday, October 26, 2013

Si Hitam pembuka selera keluarga

Usah dirindu merak kayangan 
punah pengabdian tanpa diduga 
sudah bertemu juadah hidangan 
rempah pemberian teman blogger 

Rempah - Sungguh tidak menjangka, akhirnya dapat juga aku merasa resepi izan mama mia ini
Pada hari Sabtu lepas, sedang aku membersihkah porch dengan adik dan hubby, ada pula posmen datang menghulur surat. Bungkusan dari teman blogger izan mama mia. Tiada isyarat diberi tiba-tiba aku mendapat rezeki. Tengahari itu juga aku olah daripada rempah yang diberi memandangkan bahan diperlukan semuanya telah sedia ada.
Resepi - Ikut saja resepi disertakan, tidak salah jika membuat sedikit penambahan. Aku masak separuh saja, sekadar ingin merasa. Boleh masak lagi bila si kakak-kakak balik kelak. Tambahan pula baru beberapa hari lepas daging telah menjadi hidangan kami.
Tradisi - Tumbuk menggunakan lesung lagi nikmat, barulah sedap rasa terangkat.
Aku juga ada masukkan sedikit lada hitam,  tumbuk bersama bawang-bawang dan halia. Tumis semua kemudian masukkan serai yang telah dititik. Tumisan masak masukkanlah daging yang telah diperap dengan rempah tadi, kemudian masukkan pula kicap. Tutup periuk, set anggaran masa biasa daging empok.. 

Dalam periuk - Walau hitam tapi menawan, rasa pula boleh tahan.
20 minit - Dalam pressure cooker sekejap saja, buka penutup masaklah ia.
Bila pressure cooker sudah berbunyi 'ting!', keluarkan wap dan buka penutup. Masukkan bawang besar yang telah dipotong-potong bulat. Kacau-kacau dan tidak perlu setting masa lagi sebab pressure cooker bila baru dibuka masih menggelegak dan mendidih lagi walau tutupnya dibuka. Apabila bawang sudah masak tuang dalam mangkuk hidangan. Hias dengan carrot yang separuh masak (aku buat sekali untuk berkongsi dengan sup) dan daun sup. Sedia untuk dimakan.
Sedia - Lobak dan daun sup sebagai penyeri, makanlah apa tunggu lagi.
Sup bebola - Makan pun ada padanannya, sebagai membuka lebih selera. Perlukan kuah ketika makan
Bungkus nasi dengan daun pisang - Bungkus begini sedap juga, sebaik dibuka semerbak aromanya. Masukkan ke dalam pinggan makanlah dengan lauk yang di hidangkan tadi.
Burung selasih hinggap di tangga
niat menuju ke tanah rata
terima kasih tidak terhingga
buat Izan yang jauh dimata

~~ Ingin bersahabat atau membeli rempah masak hitam ini silalah berhubung dengan izan di sini.~~

80 comments:

asyifamustaffa said...

Rezeki lg tu...alhamdulillah....
Presure cooker amway tu kak....kenal sngt2....hehe...mmg mudah nak memasak kan...:-)

Shahrul Yusof said...

Rezeki tu dapat rempah homemade dari rakan blogger. Rasanya, sekarang ni dah tak ramai surirumah yang rajin nak buat rempah homemade ni. Biasa nak senang, terus beli yang dah siap je.

Tapi part rasanya, awesome lagi rempah homemade dari yang dijual di kedai-kedai :)

Unknown said...

Sedap tu kakzakie, zana pun plan nak masak daging hari ni.
Sape potong karot tu? rajin bebeno..

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillah....!
Sedap nyer sup ayam kak...

ct shah said...

waduh..terliur saya kat sini kak.feveret ni.hehehe

Aisy Nasiha said...

Mengancam menu akak ni.. sedap betul.. rempah tu saya pun pernah beli..sedap kan kak? Akak dapat sebagai hadiah, lagilah best....

Sesuailah semua menu akak masak ni ..

Umm AA said...

alhamdulillah dpt merasa rempah msk hitam kan kakak...sedap tuh makan dengansup bebola..boleh bertambah2 nasik jadinya..hheehe

AtieYusof said...

Alhamdulillah..rezeki kan Kak..
sama lah sy, ada jg dpt rempah hitam ni..tapi blm cuba masak lg kak...:)

Sura Mohd said...

sedapnyaa...nanti nak pegi umah akaklah..akak masak sedap2 camni tau..hehehe:)

Anonymous said...

sedapnye masak kicap...

mesti rasa pedas-pedas kan?

Eye_nee said...

sedap nya..nak2 masak dalam pressure cooker mcm ni..jimat masa...tp yg lebih seronoknya dpt rempah tu...

cheqna said...

terliur plak...=)

Zaza Abdul Latif said...

fuhh kak.. tgk lauk hitam tu teringat org kawin.. hehe

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah rezeki,

sedapnya tgk hasilnya bila dh siap dimasak..

Sarah Talib said...

Alhamdulilah..rezeki dari Allah. daging masak hitam sedap tu makan dgn nasi panas2.

Puan Kutu said...

berangkai rezeki kak zakie,Alhamdulillah..org memberi kita merasa kan..sng ye masak guna teknologi canggih.hehe

::NureeN:: said...

penuh berpantun.. cayalah kak
dah tue, menu plak sedap2 belaka...

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum..daging korban ye kak..ermm makan dengan nasi panas pun sedap tu kak..tambah petai..terliur kak..inilah kemanisan ukhwahkan kak..kadangkala tidak terjangka..

Unknown said...

yana pon dh cuba rempah kak izan... memang terbaik!! sedap bangat.. hehehh

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

puitis sungguh akak...daging masak itam tu sedapnyer kak...

Ruse Sulaiman said...

Alhamdulillah rezeki. Terus mencuba pasti pengirim tersenyum ceria. Bila lah nak beli dari izan :)

Fazleyatul Aini said...

wah saya sgt suka masak hitam. bleh order lah gini =)

Unknown said...

Alhamdulillah..rezeki murah kak zakie..

feberet hubby kita tu daging masak hitam..:)

musang said...

sedapnya kak!

nohas said...

baru dapat makan kat rumah org kenduri..tapi yg ni nmpak meriah..

Hudalatip said...

Alahai kak sedapnya...Saya pun suka tumbuk bahan dengan lesung batu baru best dari blender

Unknown said...

sedap masak dalam pressure cooker ni kak.. rasanya kekal manis.. carrot kentang..sedapp..

saya pun suka guna lesung batu.. bab ni ngikut mak saya..hehe.

Mizz Aiza said...

sedap tu kakak.. alhamdulillah murah rezeki kakak.. :D

Acik Erna said...

Alhamdulillah rezeki kakzakie..
tentu sedap menu kakzakie hari tu kan

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Alhamdulillah..dan semua masakan tu tentu sedap..erm, kak terliur meat ball sop tu.

Mun said...

hmmm..nyum nyumm..sedap tu :)

JunAina said...

Daging masak hitam ni sedap tapi Aina tak reti nak memasaknya kak. Nampaknya lepas ni boleh sahaja oder dan masak je bila2 masa.

OKje said...

Nasi berbungkus daun pisang tu beli ke buat sendiri kanda? Dinda nak investigate ni hehe...

Dinda pun pernah dapat dan beli ...mmg sedapkan....

aizamia3 said...

hehehe.. saya macam biasa.. kalau nak makan ni request kat chef hubby.. ;)

Qhaifa Nur said...

sedapnya kakzakie...
alhamdulillah...dapat rezeki lagi

wanariahamiza said...

Alhamdulillah. Rezeki.

JaSSNaNi said...

Assalam kak.. nani kalau gi pasar malam gi cari nasi lemak.daun pisang utk anak2 ,, diorang makan sebungkus tak cukup.,kurang pun nak sorang dua bungkus tau.. berseri2 nampak daging masak hitam tu dengan hiasan carot.. sedapnya.

Unknown said...

Ermm.. menariknya tengok daging kakak tu.. terliur tengok.. :D
Cantek lobak merah tu potong cenggitu.. Kalau akak dok dekat umah.. mau nyer saya pi jenguk.. hehehe..

mala said...

selalu jugak nmpk orang jual rempah masak hitam ni kat FB tapi tak pernah merasa lagi lauk masak hitam ni. tak tau nak agak mcmana rasa dia.

ummiross said...

Salam bertamu dan bertemu kembali Kakzakie..
Waa semuanya mengancam selera lauk-pauk tu Kakzakie. Ummi pun pernah try rempah hitam izan mama Mia tu, memang sedap!!. Nasi berbubgkus daun pisang, olala!!, bestnya!!

sitirohaida said...

sedapnya...ada jugak tengok kat blog mama izan tu..kak..thanks mengikuti kisah saya...sayang akak...

sud@is said...

sedapp nya haiii, tambah tengahari hujan nii lapar nyaaaa

Unknown said...

perghh terliur dah nih huhu

aanie said...

senang je masak bila dah ada rempah siap mcm ni...

rajinnya kakak siap buat carrot bentuk bunga lagi...hehe..

BinMuhammad said...

Senangnya membuat rendang hitam ni. Boleh cuba...rasanya sedap tak jika mengikut tekak akak la?

Cho Zila said...

oklertu dah rasakan ... kitajer yang belumnyer... nampak pun sedap...

haryati said...

ermm nak kn try jugaklah...semua yang beli kata sedap...

faraherda.razalan said...

Aduh mak! Sedapnya tgk lauk akak tu. Yummeh! Kat umah ade lg dagingnya. Tk dikerjakan lg. Ntah bile nak msk.

Unknown said...

wahhh dah cuba ye rempah hitam kak izan.. mesti sdp kan...

Hanis Azla said...

As-salam Kak Zakie..

Alhamdulillah.. murah rezeki.. bagusnya ada kawan yg baik budi.. sedapnya masak hitam tu.. presentation masakan kak zakie pun sungguh menggoda selera..

Cik Ecah said...

cepat mudah dan sedappp
hehe rajin akak bungkus nasi guna daun pisang tuu ;)

Unknown said...

waduhh..mengoderrr la kak...mesti sedap nie..

Fiza Rahman said...

Alahaiiii...sedapnya tgk. Murah rejeki.

Unknown said...

si hitam yg nampak memikat...stok daging masih banyak ye kak..

Ayu Ayunie said...

sedapnya tgk kak.. murah rezeki akak..

ZalinZalina said...

Tak pernah cuba resepi ni..murah rezeki kakzakie :)

Umialya said...

alhamdulillah murah rezeki akak

Miss Mirror a.k.a Sam said...

"Cantiknya Merak Bagaikan Puteri
Singgah mari tepian Istana
Baik sungguh teman blogger Kak Zakie
Begitulah indahnya dunia maya"

maszull said...

assalamualaikum kakzakie....rezeki tu n pasti seronok dpt hadiah dr teman blogger...:)

ANIM said...

nasi bungkus daun pisang..
wah..tak tertahan melihatnya..
cepat bebenor memasaknya kakzakie..
tu yg paling best

aby said...

salam kz ..
baca doa makan dulu sebelum makan tu yer ...
nampak menyelerakan sungguh ..

eira eixora said...

kakak memang pengguna amway ek. saya belum mampu lagi nak beli pressure cooker tu.

nampak sedap daging kakak masak siap bungkus daun pisang lagi naik...

Unknown said...

Tengukpun dah nampak sedap, apa lagi klu merasa...

insan marhaen said...

Tuah ayam nampak di kaki. Tuah blogger nampak kat dapurnya..

LYAfrina said...

mmg sedap kak..lya pon pnh beli dulu

Bunda_nora said...

Assalam, KN pernah juga order rempah ini dari izan, memang sedap...

Nor Azimah Ali said...

wah rajinnya kakzakie, siap bungkus nasi dalam daun pisang :)

Kakzakie Purvit said...

Kalau bangsa kakak memanggil resepi masa hitam ini sebagai semur. Sebab bila kakak makan rasanya tidak lari dari resepi tersebut. Sedap dan menyelerakan kami sekeluarga.

Terima kasih kepada semua yg memberikan komen N3 kakak ini:-

asyifa mustaffa, Sylarius Yusof (rempah ini berbentuk serbuk bukan paste itu yg sedap dik), zana fahmi (carrot tu sebenarnya utk sup tapi kakak ambil sikit sebagai hiasan nak bagi seri sikit hihi...), :: Mrs.Eady ::, ct shah, Aisy Nasiha, ummuaidan, aTieYusof Family, Sura Mohd, Rapunzel Cikilolo, Eye_nee (kakak tiap hari gunakan periuk ini sebab nak cepat masak tak kiralah sayur pun sebab cepat panas Eye_nee), cheqna, ZazaMyMoon, Sweetmama, Sarah Talib, Puan Kutu, ::NureeN::, PeRdU cINta (ye PC daging korban rumah kakak banyak lagi), yana aina, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Ummi Iman, Fazleyatul Aini (boleh hubungi izan dari link yg kakak beri itu Lya), mama_ka0ri, redza, nohas, Nurulhuda Abdul Latip (dgn lesung tak perlu tambah air kan Huda itu yg kakak suka), Rai Ourkizuna (lama kakak guna ni Rai bertahun-tahun dah, steamernya pun bagus), Mizz Aiza (Dunia Kecil), Acik Erna, Werdah (hubby dan anak kakak makan mesti nak berkuah Kak Werdah), C.M.A @ CikMoonAdnan, JunAina (order aje dari izan senang Aina), hainom OKje (nasi aje yg di daun pisang sebab nakkan aromanya), aizamia3 (fahamlah kakak Ai ada chef di rumah), Qhaifa Nur, wanariahamiza, JaSSNaNi (nasi putih biasa pun kalau bungkus daun pisang sedap Nani, sebab ada aroma special, makan dgn lauk yg kita masak), acik idah, mala (sedap mala, boleh cuba belilah dari izan), ummiross (lama Ummiross bercuti ke manalah ye baru timbul ni), Kisah Si Dairy (sama-sama eda), S..U..D..@..I..S, Ako Si AiN, aanie, Bin Muhammad (kalau ikut tekak family kakak sedap sebab anak dgn hubby kakak suka masakan berkicap), Cho Zila, Haryati Faizal, faraherda.razalan, Deqla Manjew, Hanis Azla (rempah izan tu memang sedap Hanis), Cik Ecah (sebab nak aroma daun pisan Ecah), Haslinda Sadiken, Fiza Rahman, Riedaffya ibrahim (yelah ffya ini daging korbanlah ni), ~aYu~, ZalinZalina, umi alya, Miss Mirror a.k.a Sam, Mas Zull, ANIM (kakak memang guna periuk ini tiap hari sebab balik dah petang nak cepat gunakan ini. Sayur kalau masak tak sampai 3 minit dah siap Anim), aby (dah habis pun aby), eira eixora (ye kakak pengguna amway eira), Juhariah Johari, insan marhaen (alhamdulillah IM), LYAfrina, BUNDA a.k.a KN (dah merasa tahulah rasanya KN) dan Nor Azimah (bukan rajin Azi, tapi nak sedapkan tekak hihi...).

Buat semua sekali lagi terima kasih dari kakak. Berkeinginan nak mencuba hubungi aje link yg kakak berikan itu. Terima kasih.

NoEn said...

sedapnya...nampak menyelerakan...sup tu sungguh menggoda selera ku

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bilalah dapat merasa masakan Kakzakie, hihihi

Unknown said...

tq kakak zakie... sudi mencuba... lega kali ni pos sampai...sblm raya dl ntah pergi kemana yer..huhu..

wah mmg cantik warna masak hitam akak tuu,...

Fyda Adim said...

nampak berselera lebih-lebih lagi sup itu..:D

lelamaisara said...

wah nampak sedap betul la...saya tak pernah beli lagi dari kak izan..teringin jugak nak try ni...

Myra Jay said...

Sedapnya tengok especially tang sup tu.. :)

Rozie said...

sedap sup bebola tu.. yummy

Ibu Lala said...

Bestnya kak bungkus ns lemk cam gitu. Nmpk berselera. Akk ni hebat la berpantun. Ada je idea.

Kak karot tu menarik. Sy pun suka buat gini gk klw ke dapo.

Izan Ishak said...

sup bebola tu menggodalah kak zakie.

hmmm.. terbau2 keharuman nasi yg dibungkus daun pisang tu kak.

Anonymous said...

Mmg sedap kan KA pun dah pernah buat !

Anonymous said...

Mmg sedap kan KA pun dah pernah buat !

Masya said...

sy dapat jgk rempah hitam ni... x pernah cuba masak lg.. padahal daging ada jer.. tgh amik mood..

terima kasih akak selalu mendoakan kesihatan anak saya... terharu..