Adik: Kenapa rumah kecil hanya untuk bumiputera saja mama. Jadi rumah yang besar ini untuk bumiputeri ye mama (sambil menunjukkan risalah tersebut).
Mama: Apa dik? (Aku terkejut)
Adik: Mama tengok dia tulis di sini. Bererti orang lelaki saja yang boleh membeli rumah kecil ini dan yang besar-besar agaknya untuk orang perempuan.
Mama: Adik pernah dengar perkataan bumiputeri ke?
Adik: Tak pernah. Oh... ada juga perkataan yang tidak ada jodoh ye mama.
Adik masih belum mahir. Bukan semua perkataan boleh dipasangkan antara lelaki dan perempuan alahai anak. Walaupun ada putera/puteri, olahragawan/olahragawati, peragawan/peragwati dan sebagainya tapi contohnya kalau pustakawan, hartawan dan banyak lagi tidak ada perkataan penentuan samada lelaki atau perempuan. Begitu juga cikgu mana ada cikgi walau selalu benar kita mendengar 'cikgu-cikgi' digunakan.
~~Betullah kata teman bukan Melayu aku - bukan mudah mahu belajar bahasa Melayu.~~
77 comments:
belajar bahasa Melayu skrg dah banyak beza dari zaman yus dulu, rasa memang makin susah....yus pula bahasa melayu dah makin rojak...huhu
hehe..takpe..sekurangnya dia berfikir kak..lelama dia akan pandai..
bagus pemikiran dia kak..
salam kak. apa khabar? pasangan suami adalah isteri. laki plak ngan bini..hihih
comel la adik.. x pe kak atleast adik ade minat nk bertanya..
Memang ada anak anak yang keliru belajar bahasa bukan mudah sebenarnya kan?
sama la mcm anak ain yg tahun3 tu suka tanya soalan2 mcm tu..
tapi kite la yg kene terangkan supaya anak2 tak keliru...
kene byk belajar lg tu. Biase la kanak2 byk keliru lagi
comel laa die kak..hehehe..die umur bape?
Salam kakzakie,
Pandai dia bertanya, sekurang2nya hatinya puas kerana tahu.
Sebab tu ada orang kata bahasa indonesia lagi mudah. Mungkin kerana bahasa indonesia dah lama menjelajah dunia sebab orang2nya suka merantau.
kena juga belajar sebab ia bahasa kita...
ingin mengetahui jawapan wordless wednesday semalam...jom singgah ke blog Kancil
http://kancil8349.blogspot.com/2012/05/jawapan-wordless-wednesday-37.html
assalamualaikum kak.
hee. takpa kak. bagus jugak kan adik tu baca and tanya. sebab budak2 sekarang ni banyaknya tahu yang merepek dari yang betulkan.
baru2 ni saya terbaca mjlh dewan bahasa, media sebenarnya yang banyak merosakkan bahasa. dari perkataan yang takda, tetiba diada-adakan sampai jadi ikutan. merencukan bahasa belaka. hm.
perkataan mahasiswa rasanya dah tak elok digunakan sekarang.
1st time dgr org sebut bumiputeri hehe :)
Sekurang-kurangnya adik sudah boleh berfikir. :)
Bagus adik bertanya.. Bumiputeri.. Sedap gak bunyi nye kak
Akak.. Plizz pm atau email nmbr tipon akak blh? Atau letak kat blog adik pon takpe. Adik x apprv la nnt
hehe, bumiputeri..ni anak akak, akan-akan datang anak saya pulak kan..
Bila dia bertanya maksudnya otak berfungsi dan berfikir dgn baik kan kak..cumanya proses kematangan itu baru mula bertatih...
Kak Zakie, kenkadang kite kene gak jadi cikgu kat umah, cikgu kepada anak2, so, parents kene byk ilmu pengetahuan.... baru anak-anak rase de perhatian dari kita..takla anak2 terbiar je...
insyallah dah besar nanti adik akan tahu, mcm kita dulu2 juga..
lama2 nanti adik akan tahu :-)
kasihan kat iklan tu, rumah kecil aje untuk bumiputera. :-(
Betul jugak kata adik, bumiputera mestilah ada bumiputeri nya.
Tetapi makchaq rasa Bahasa Melayu yang dipelajari anak2 kita sekarang agak susah. kita pun kadang2 tak dapat nak menjawab soalan2nya...
Kalau amik periksa balik tak dapat A rasanya..
lama2 adik akan paham la tu...sebenarnya bahasa melayu dh dirojakkan tu yg kadi mcm2 ada tu..
hehe.. kelakar juga si adik tu yaa... biasalah budak2.. suka bertanya dan bertanya untuk jawapan mereka.. kita yang berpengalaman ni, perlu lah sentiasa membimbing mereka dengan baik...
bumiputera.. bumiputeri ye.. hehehe..
insyaallah kalu akak terangkan dia boleh paham tuh..
btl kak..dulu ada sorang kawan lia (bukan b'bangsa melayu) selalu ckp belajar english lbh mudah dr b/melayu...
hehehee...lawak la dik nie
tapi bagus bak kata kawan2 kat atas adik dah boleh berfikir :)
heeee comel la adik tanya mcm tu.kalau sy confirm terdiam dlu sblm fikir ape nk jwb.. =)
sweetnye adik....kak rietta bumiputri...hehehe...
sy ada member dr gambia n india....
diorang dah duduk 3thn tp susah jugak nak belajar bhs melayu.sama je bile kite belajar bhs org...susah je rasa :)
---------------
nk ajak awk join giveaway mudah:
Kalau korang nak menang hadiah RM10 & hadiah misteri dari Maxis korang terjah blog shakiddo.com .Setiap hari sehingga 13 Mei 2012 ni, Shakiddo ada buat giveaway. Sy pun dah menang RM10 dalam Giveaway Hazman VS Food Siri ke-2 !!!!! JOM !
tu lah inipun menjadi sesuatu yg baru buat dia akk ;)
heheheh... itu namanyer dia betul2 belajar tu kak... walaupun penjodohnyer slh tp dia tau yg penjodoh bilangan tu ada....
kira dia betul-betul belajar perkataan tu..sebab tu dia boleh berfikir ada perkataan bumiputeri..:)
salah satu proses pembelajaran yang normal lah tuh.... byk yg dia dpt bljr daripada ibu-bapa sebenarnya yg mana dia kurang paham & jelas di sekolah
Tapi bangla senang je blaja ckp melayu. Huhuhuhu...
salam..
hehe....sy selalu juga guna ayat macam tu
bila suami panggi tok bini
saya panggil tok laki...
haha
tergelak sendiri..kelakar adik ni..tapi bijak...bila dapat satu2 makluman..dia proses dulu..baru dia bertanya... ;)
SALAM kz
Pandai anak KZ! Byk benda yg dia fikir!
hehe tp at least dia bjak..hehe..ada logiknya soklan tu..hihi
itu namanya otak dia sedang mengumpul segala maklumat.
otak budak banyak menerima dr menolak.
di bandingkan dr org tua..org tua byk sgt mkn garam
hehehhe adik2...
xper kak lama2 dia akan mahir nanti. at least dia berpikir apa kata lawannya
betul lah kak.. bukan mudah nak belajar Bahasa Melayu..
salam kak,
adikkk.....you are so clever laaaa!!
cu tabik spring laaaa...
akak: bukan mudah nak mndidik anak2 zaman la ni noo....bijak sana bijak sini...:)
btol kak..semakin ramai anak bangsa kita yang tak mahir dalam bahasa melayu sekarang ni..
takpe dik...adik belajar pelan2 ye..
bijak la anak akak
kita tak terpikir pun kan... anak anak dulu kalau orang cakap itu, itulah yang tersemat di otak tanpa bertanya lanjut.
zaman mencabar mendidik anak sampai kdg2 kita terkelu untuk bagi jawapan :)
Saya kurang setuju dgn kata teman bukan Melayu akak tu, sebab rata rata org luar negara, memang kata Bahasa Melayu adalah antara bahasa yang paling mudah nak faham dan dipelajari. Tiada istilah past tense/singular/plural dan sebagainya.
Buktinya, bangla/nepal yang baru 6 bulan datang Malaysia,dah boleh bertutur basic dlm B.Melayu.
Maaf cakap, sesetengah bangsa cina(especially), memang tak mahu belajar langsung cakap Melayu, walaupun lahir di Malaysia. Hak sebagai rakyat, dia mahu. Tapi belajar bahasa kebangsaan, tak mahu.
Maaf, panjang membebel hari ni :)
itula uniknya bahasa melayu
adik saya pun suka tanya2 kalau soal padan2 kan ayat ni.... unik bahasa kita ni :D
Bukan senang nak mendalami Bahasa Melayu. Zaman dulu dan sekarang dah banyak berbeza.
teringat pulak adik saya dulu.
masa baca karangan dia, ada dia tulis yang ke'satu'..sepatutnya yang pertama kan?
kadang2 apa yang diorang terfikirkan tak sama dengan apa yang kita fikir.
hihi..pandai cara adk berfikit..xpe kak, dia belajar dr kesilapan.lama2 dia akan tahu banyak la tu..
kak jangan cakap adik..kekadang ita pun tak faham ..he..he
hehe..kelakar je adik...kelakar tapi bijak!!
hihihihihi..lucu je adiknya. kin sbb biasa kita guna putera/puteri
oh tak tpikir plak hahaha... comel je adik
kak, mla2 baca tajuk, ssl ingat ada org bcerai..suspen je hehe
adik buat saya berfikir sekejap... hehehe...
saya setuju yang last sekali... bukan mudah mahu belajar BM...
p/s : sebab tu saya x suka buat karangan... hehehe
kakzakie..he he..adik2..ada2 je dia
Kakzakie..anak-anak sekarang rajin bertanya, samalah dengan anak kat umah tu jenuh nak explain...
bagus gitu tak sesat jalan orang kata...
wah bijaknyeee dia..;D
suba bertanya mmg baik buat anak2 kan kak....sama dgn meya..ada je yg dia tanya sampai dia puas hati dgn jawapan yg kita bagi barulah berhenti bertanya
papa mifz kecewa dengan beberapa customer bukan melayu papa mifz yang tak mahir berbahasa melayu...itu kan bahasa kebangsaan...takde alasan...kadang2 mat saleh pun lebih fasih dari dorang...mengecewakan...
aah budak2 rajin bertnya kan akak,kadang sampai kita ada perkataan tak reti nak terang macamna..comel adik..hehe
haahah comella dia kak. boleh fikir gitu. seronok lyn soalan dorg kadang2 kan kak..
Kak,tumpang setuju dgn daddyz.
bahasa melayu tu indah sebenarnya.
hah?bumiputeri?
pandainya adik ;)
huhuhu.. malu nak ngaku sebenanye eda dulu mase stpm BM tak lulus.. adoyaii..
klu tk mudah blajar bahasa melayu ..
blajar la ngomong jowo ..
apa pun yg penting anak k zakie mampu berfikir lebih dari umo dia ..
itu mmg x der jodohnya..hihi
tk pernah pulak terfikir nk tukar kpd bumiputeri,,hehe,,comell la adikk..
tp kan kak, org luo senang plak ckp bhs kita lagi2 bangla...
Salam kunjungan kak.
Lama-kelamaan anak2 akan mengerti ttg perkara ini.
Saya bulanputera kak
oh....itu yg xde jodoh rupanya...
tp sekurang2nya dia berfikir...dan belajar selepas tu..=)
Kemahuan mempelajari BM terletak pada kekuatan/kemahuan diri. Melihat kehadiran bangsa Pakistan/Bangladesh dsb yg boleh bertutur Melayu memang ramai. Begitu juga pelajar bukan Melayu sewaktu di alam pendidikan mereka boleh menguasai kerana mahu lulus cemerlang. Tetapi apabila berada dlm alam kerja mereka mengabaikan kerana merasa tidak diperlukan lagi. Kita tidak perlu menuding jadi itu-ini tetapi itulah hakikat yg terjadi sekarang. Penggunaan tatabahasa yg betul pun kakak rasa buat pendatang yg bekerja di M'sia tidak boleh dibanggakan. Pengujudan perkataan2 baru kian rancak membuat anak-anak keliru.
Terima kasih kakak buat semua yang memberikan komen N3 kakak ini:-
Yus, Lynn, Mrs Eady, fazrulnoor, ct rahani, kasihibu, ainnoraini, pena rozie, maya amir, kunang-kunang, kancil8349, sar, sis intan, kakcik, Lydia Miza, Huda, Eye_nee, emme, Pokok Manggis DR, makchaq, fieda, Gen2merah, mama maman aka yana, Mamamya, Acu Sayang, Munnafendy, Henrietta Jose, Cik Farizam, ieda, norhidana, nur anis, Topeng Hitam, Pok Amai-Amai, Sissyira, nabila_2908, Mama Ju, Are_lin@yu, cinnamon.com, noor, aizamia3, ainhany, Nini D, Syiela, Daddy Ziyyad (bangla yg dtg tak pandai berbahasa inggeris itu yg dia kena pick-up BM - itu pun sekadar perkataan utk diguna harian doc. yg sombong tak pandai BM duduk di M'sia sebab org kita sendiri yg tak mahu guna BM dgn mereka), izla, Aien Alien, Zaitun, eira, Kasih Salina, anitadiana, wahida, idasz, so shy lady, dwaty, Acik Erna, Qhaifa Nur, Syerwienna Muzzawer, Munna, Papap Mifz, TF, Aliesha Kirana, najwa, Irfa, eda_ej, aby (angger kakak ketemu sedulur kakak ngomong jowo wahe), Fatin Marz, Maya Mayana, Shameel Iskandar dan Cikli (kakak pula bulanita sebab dah tak puteri lagi cikli hihi....)
Semoga ada kesedarn utk kita sama-sama memertabatkan bahasa kita. Terima kasih semuanya.
bumiputera, pandailah adik ni selama ni pun cik ina tak perasan . betul gak apa yang adik konpiuskan tu .kak zakie budak-budak sekarang cerdek cepat bertanya bila ternampak perkataan yang sedikit pelik.
Bagus nya pemikiran dia...cerdik la tuh..rajin bertanya...hehehe
@ Cik Ina DDC: Kakak pun sama Cik Ina tak terfikir bila dia tanya baru terfikir
@ SumeSakan: Bukan cerdik tapi mungkin dia hairan bila rumah itu utk bumiputera saja..
Anak-anak sekarang terlebih cerdik ;). Kita pula kena fikir apa nak jawab :)
hehe adik dh belajar perkara baru hari ini..:)
Post a Comment