Sabtu lepas hari yang agak sibuk. Seharusnya aku bekerja setengah hari tapi tidak dapat dielakkan bila adik mahu papa dan mama turut ke Sekolah Kebangsaan Indahpura 2 di mana dia ada turutserta dalam tilawah Al-Quran di majlis ihtifal anjuran J-Qaf seluruh sekolah-sekolah kebangsaan daerah Kulaijaya. Adik dan Firdaus menjadi wakil sekolah mereka. Firdaus ini juga mengaji dengan aku. Baru berusia tujuh tahun dan comel saja suaranya
|
Ustazah adik - Comel masih anak dara lagi. Adik pun manja bukan main dengan ustazah dia. |
|
Dewan perempuan - Aku menemani adik di dewan perempuan dan papa di dewan lelaki. Keseluruhan ada 30 buah sekolah kebangsaan. |
|
Adik dan Firdaus - Ummi dan abah Firdaus tidak dapat datang. Dia ikutlah mama Zakie ini. Tapi semuanya tidak mahu naik kereta mama. Memilih kereta ustazah mereka. Selesai membaca di Sek Keb Indahpura 2 ini kami ke TJ Mart kerana acara lain berlangsung di sana pula. Tetapi aku pujuk adik tidak boleh tunggu hingga selesai kerana Kak Yasmien tidak sihat. Titipkan Firdaus pada ustazah. |
|
Selesai - Belum dapat keputusan lagi aku sudah tahu dua anak didik aku ini pasti tidak boleh meraih terbaik sebab tarranum dibawa rekaan sendiri. Masa di rumah/sekolah boleh ikut nada yang diajar tetapi naik pentas lain alunannya. Tajwid keduanya boleh membanggakan aku. Ustazah kata masih boleh diasuh lagi. |
|
Sampai di TJ Mart - Alunan dikir barat dengan bahasa Arab. Sungguh mengkagumkan. Aku pun terpegun dengan kebolehan anak-anak yang masih terlalu muda. Gigih betul-cikgu-cikgu sekarang. Masa zaman aku dulu tidak ada dikir barat bahasa Arab. |
|
Choral speaking - Juga dengan bahasa Arab. Murid tahun 5 kesemuanya sebab cikgu tidak mahu mengganggu murid tahun enam yang akan menduduki UPSR. Boleh aku kata pada adik "Teacher Sathiabama yang mengajar ke dik? Sebab biasa kalau peresembahan Bahasa Inggeris cikgu berbangsa Hindu itulah yang mengajar. Apa jawapan adik "Mama ini bahasa Arablah mestilah ustazah adik yang ajar." Oh... boleh aku tidak terfikir majlis ini anjuran J-Qaf. |
Sebelum majlis selesai aku mohon pada ustazah untuk berundur diri kerana mahu ziarah Yasmien di asrama. Sudah dua hari demam katanya. Hati mama mana boleh tenang bila dapat tahu anak tidak sihat. Kalau tidak kerana adik ada majlis pagi itu aku sudah terus ke sana.
~~ Melihat kebolehan anak-anak sekarang dapat aku lihat betapa cikgu-cikgu sekarang amatlah gigih mendidik anak-anak murid. Beruntunglah menjadi guru kerana saham akhirat berpanjangan kerana ilmunya dipergunakan.~~
74 comments:
Wah, saya tabik dengan akak. Klo saya jadi ibu (satu hari nanti insyaALLAH), selain mamaa saya, mungkin akan jadikan akak sebagai contoh. ;)
akakkkkk..kalau akak dekat dgn umah, saya hantar airell mengaji dgn akak..
tergelak saya tang yg teacher sathiabama yg ajar ke? hahhaha.. boleh tak terpikir ye..agak kalau saya pun, akan tanye soklan yg sama..hehehe
alhamdulillah, macam tula kak..bagusnya kan aktiviti macam ni, choral speaking dalam arab lagi, kagum saya..
nampak penyayang ustadzah adik kan kak zakie...sejuk perut akak tgk adik punya pencapaian kan?alhamdulillah.
p/s:adik rindu akak, maaf lama x smpi ke laman akak ni.busy sgt2.kurang sht gak.hrp akak sht
bagusnya aktiviti macam ni, anak2 lagi teruja kalo ibu bapa support kan..=
Sekarang ni kesedaran ke arah agama semakin tingi.. tapi tarikan lain pun bukan main banyak.. memang besar cabaran kepada ibu bapa yang ada anak2 remaja..
Entah kenapa makchaq turut bangga adik jadi wakil sekolah untuk tilawah... mungkin sebab rasa kenal sangat dengan dia bila dok baca2 cerita kakzakie..
Tahniah adik dan Firdaus dan tahniah jugak untuk kakzakie dan suami.
seronok anak bila mak ayah dtg support kan... alhamdukillah.. :-)
dapat bayangkan mesti bacaan AlQuran kakak sgt baik sbb tu adik dan firdaus boleh jadi wakil sekolah selain diajar oleh ustazah mereka.
choral speking bahsa arab?
wallah..mesti bess kann..
x pe..nti bole cube lagi kan kak ;)
mcm best aje dikir barat bahasa Arab.
biasa dengar bahasa sini aje..
;-)
banyak cabaran jadi guru skrg. Kene melayan kerenah student tp tu lah ganjaran guru-guru yg ikhlas mengajar nih mmg besar :)
tertarik dengan dikir bahasa arab tu...
budak2 hati bersih lagi..cikgu ajar sekejap je dorang dah ingat...
choral speaking dlm bahasa arab first time saya dengar.saya pun tak pandai berbahasa arab.kalau anak2 tanya terpaksa ler tengok kamus...heheh
alhamduliillah moga mereka menjadi anak soleh dan solehah kan akak.;-)
p/s :jomlah join segmen ayu dear ;-)
tahniah adik dan kakzakie,dan cik gu2 adik jugak kerana berjaya mendidik adik dan kawan2..dab jadi berani jugak untuk naik kepentas untuk menyertai pertandingan
syukur... anak yg baik. liza ingatkan kakak dia, ustazah rupanya. awet muda sungguh ustazah dia.. kirim salam kak!
Tahniah adik, sejuk perut mama mengandungkan anak2 yang berjaya menjadi kebanggaan cikgu dan parents kan kak
Bagusnya aktiviti camni..mmg byk perubahan sjak ada jQaf ni..dulu tk de pn..kak zakie msti pndai brtaranum kn..
Saham mmg besar..untuk mereka yg ikhlas. Saya pun susah juga nak kekalkan keikhlasan sbb kdg2 dtg rasa malas, rasa marah kat org lain, tak puas hati etc. Astagfirullah..
Ustazah JQAF di sekolah saya pun jenis yg bersungguh-sungguh. Hasilnya sekolah kami dpt no 2 seluruh Melaka untuk Kalam Jamaie (choral speaking BArab). Saya pun selalu kne 'marah' dgn anak murid bila mereka tanya pasal words BArab. Mereka kata'Cikgu ni dah besar pun tak tahu'. BArab saya belajar dlu lain (dah lupa juga)..huhu
KA pown mesti akan support n hadir kalau ada aktiviti2 yang melibatkan anak2 ni! rasanya mereka lebih bersemangat bila parents ade bersama!
Sejuk hati tengok anak dan anak didik kak zakie. Semoga mereka cemerlang dlm bidang masing2 nanti. Semoga yasmen cepat2 sihat.. :D
klu lah umah kita dekat lia cnfirm hantar damyapikapiras mengaji kat umah kak zakie... kat sini sgt2 ssh nak cari guru mengaji,tahun depan x tahulah mcmana sbb damya dah masuk tahun 1,pagi sekolah biasa ptg ke sek agama... risau sgt sbb xder guru mengaji yg ajar sebelah malam...
teringat time sekolag agama dulu.. ada join nasyid n marhaban
sejuk hati tengok anak didik kak zakie... alhamdulillah walau tak berjaya tapi tetap dapat pengalaman
saham besar untuk guru2 yang ihlas mengajar... tertarik nak mendengar dikir barat dalam bahasa arab.belum pernah dengar lagi
akak.. terasa sangat susah saya mendidik dua orang anak saya ini sebagaimana akak mendidik anak2 akak ... harap saya akan berubah demi memastikan saya juga ada saham akhirat menerusi anak2... untungkan jadi cikgu dah ada saham.. sayani keje kat tempat saham dunia....
ALHAMDULILLAH,CUBA LAGI..BUDAK2 SENANG UTK DI DIDIK..KAK, TAHNIAH
antara bekalan yang di bawa nanti.... ilmu yang di ajar dan dapat membawa kebaikan serta manfaat kepada orang ramai. "cikgu yang mengajar dengan ikhlas" tugas yang sangat mulia
waahhh.... caya lahhh... tapi kan sekarang ni cikgu dah serba serbi mendidik anak2x kita kan...
kalolah rumah kita dekat kak..nini hantar cikmat datang mengaji dgn akak
risau saya duduk kat sini.. kalau di johor saya mmg tau sekolah agama kerajaan negeri ada ajar tajwid dan ajar mengaji.. kalau kat sini tak tau la mcm mana pengajarannya..walau pun aqil baru 4 tahun tapi rasanya kena mula awal2..
sejuk hati Kakzakie bila tengok anak-anak pandai mengaji...
kat umah ni aiman suaranya serak-serak tapi selalu puji sedapnya ngaji..
baca kisah adik, teringat masa zaman sekolah rendah dulu.. memang ke laut bila bertaranum masa bertanding.. masa practise rasa cam sedap je hahahaha.. last2 memang sedar diri tak ada bakat dalam taranum, ustazah suh masuk benda lain kekekeke... tape dik, usaha tangga kejayaan..
bestnya adik sbb dapat mama yg mencintai al quran. aishhh...bila la nak dpt peluang mcm ni kak. kdng2 rasa mcm sedih tak dpt nk bc al quran setiap hari. hbis baik pun curi2 masa lepas solat zohor ngaji 2-3 msurat di surau opis. ataupun selepas subuh hari mnggu. selebihnya trpksa menghadap kerenah anak. kalau boleh nak ahmad dn arissa pndai ngaji mcm anak2 akak jugak
alhamdulillah .. adik baru 7 tahun dah pandai mengaji dgn bagus ..
huhuh kalau dekat ngan akk kan seronok , saya nak ajar anak2 pun x sempt kak .. sib baik ada mak ..
punn org tua .. kurang sabar ngan anak2 saya tuu .. x perlah plan2 .. ekeke pujuk ati ..
harap2 anak2 yg kita didik nie akan berjaya dan x terpesonglah bila mereka besar kan akk .. huhu
sekali imbas td sy ingat ustazah itu kawan adik hehe
kalau akak dekat nk je sy anta risya mengaji dgn kakak..dgn sy bukan main bnyk songehnya
MASYALLAH... these angels memang mudah menghafaz kan.. clear je minds depa ni..
teringat kenanangan lama lagi :)
wah... unik ye.
tak pernah lagi tengok choral speaking bahasa arab lagilah dikir barat dalam bahasa arab. unik sangat. bersungguh-sungguh ustazah mereka mengajar~
mudanya ustazah adik tuu :)
wahhh!!dikir barat dalam bahasa arab...jarang dengar tu...mesti best...
ustazah adik tu pun mcm budak2 lg :)
hmm bagusnye kak.. saya pon nak ikot cara akak la.. kecik2 dah terer arab.. moga anak akak jadi anak yang solehah yaaa.. aminn
Dikir barat Bahasa Arab memang terbaik...
alhamdulilah kak..syahdu ita baca..harap anak-anak ita boleh baca al-quran dengan baik..setakat ne kak diana dah khatam dan masih mengaji lagi ,aqil dah mengaji dan boleh lah hafal surah2 yg senang....dan ustazah nya nak gi mekah ari kahmis ne...
saya pernah tengok ragam guru-guru ni..ada yang nampak sangat keikhlasan dan kasih sayang mereka pada anak2 didik..terharu..tak kurang ada juga yang tak minat jadi guru tapi sebab terpaksa..saya tengok, guru macam ni biasanya anak murid tu mesti ada masalah..tak dengan dia, cikgu lain...banyak cabran dia kan jadi cikgu ni...
bgsnyer adik... msti dia ikut jejak langkah akak2 nyer...
seronok gk ek kak, berdikir brt bahasa arab camne agaknyer... chorulspeking tu bahasa arab msti best tp kite ni paham tak ehhehe... (ckp diri dana la nih)
semoga kak jasmien cpt sihat
bagusnya....alhamdulillah
itulah,unutng bdk skrg.,ada klas bhsa arab...rietta lgsg xthu bhs arab...
Pss...haah, obat rietta...dh 2 hr MC....itu pown masih ada 2 jnis lg obat yg rietta tidak ambil gmbar...sebab warnanya putih....dah satu lgi dlm botol....kurang menarik....
bagus adik.. kecik2 dh berbakat.. kagum jugak dgn akak.. klu la rumah sy dekat ngan akak sure nak anta anak2 ngaji ngan akak.. :)
Alhamdulillah..saya cukup berbangga dgn kakzakie..anak2 kak semua pandai mengaji bertaranum bagai...kalau lah kita berjiran..confirm kaklah guru mengaji anak2 saya..termasuk lah saya sekali...
Alhamdulillah...bangga dengan kakzakie anak2 pandai mengaji....semoga mereka terus berjaya
Tahniah adik semoga berjaya dan sukses
alhamdulila akak...anak2 semua berjaya..alhamdulila..:)
Alhamdulillah..berjaya mendidik anak mengaji dengan baik..tahniah..bukan senang nak mengajar anak sendiri..
sekolah sekarang dah ada macam2 xtvt kan kak.. terpulang pada diri memasing je..
BAGUSNYA... CORAL SPEAKING PUN BHS ARAB... XPNH DGR LAGI..
opsttt sorry kak, dh taip br sedar tulisan besar :-)
bagusnya ustazah anak akak tu..berjaya didik mereka semua..ALhamdulillah..memang besar pengorbanan mereka
Mmg perkembangan yg baik & membanggakan..dikir & coral speaking in Arabic! Program gini yg patut diwar2kan..biar jadi ikutan.
Tak dinafikan saham akhirat ckgu mmg byk. Kita yg bkn ckgu ni bolehla jugak gunakn blog utk smpaikan ilmu yg baik. Buat apa termampu.
tak pernah dengar lagi choral speaking in Arab...mesti best kan bila dapat dengar..
salam kakzakie,,
wahh..skang dah susah nak jumpa adik2 kecik yang cepat belajar mengaji..sy dulu start belajar umur 4 tahun..darjah dua dah khatam quran..tapi skang bila ajar adik sy sendiri, lambat n payah betul ..
doakan sy jd mcm akak tau!
kak!! Kalau rumah saya dekat dengan rumah akak, pasti saya hantar anak2 saya mengaji dengan akak...
Bagus aktiviti macam ni kan...suka saya tengok.
alahai..sejuk hati tgk adik..sbg seorg ibu msti sgt2 bbangga kan.. ustazah adik tu..mmg nmpk muda sgt lagi..n cun orgnya
assalam kak..
seronok tgk penyertaan ank2 kita dlm aktiviti mcm ni kan kak..ank ieja yg no 2 tu pun msk gak kategori tulisan khat..daerah zon dpt no 2..bila keperingkat seterusnya dpt saguhati je..
kalau rumah kita berdekatan, saya hantar anak2 mengaji dengan akak.. ;)
moga Yasmien cepat sembuh hendakNYA..
mukanya seiras,ingatkan si kakak tadi...
yana yg tua ni tk pndai nk bertaranum bagai..buat lagu sendiri je..mudahan2 diberikan peluang olehNya untuk belajar lagu semua tu...
memang comel ustazah adik tu.
Cuba lagi pada tahun tahun akan datang.
salam kak, bagusnya anak akak masuk pertandingan macam tu,walaupun tak berjaya tapi masih boleh dibaiki kan..
Boleh cuba lagi. Yg penting tajwid betulkan kak. Diorang guguplah tu.
Semoga kak Yasmin cepat sembuh.
bangga saya kak dgn pencapaian anak2 akak..
Majlis ihtifal anjuran J-Qaf juga sudah jadi kokurikulum sekarang. Selain boleh aktif beriadah juga mendidik sahsiah diri anak-anak sebenarnya. Bab bertarranum tidak semua anak-anak mudah mengalun suara bertarranum. Dalam tiga anak kakak yang sulung saja boleh diharap.
Terima kasih kakak ucapkan pada semua yg sudi memberikan komen:-
NoorVictory, mama amir, Huda, Lydia Miza, Aine Ainun, makchaq (adik tajwid ok makcahq tapi tarranum payah nak lekat di kepala dia), mama maman aka yana, inazamri, aimie amalina, Pokok Manggis Depan Rumah, Bazilah, yaya azura, Be Simple Beb, are_linayu, Acik Erna, Liza @ Adzreil AB, Aju Mohit, teratak hati, Sufia Mahzan (kakak suka menikmati persembahan murid-murid tu Su. Untung budak sekarang kan Su), Zefa NorAsmara, Kesuma Angsana, Mamamya, Afasz, Syeila, Cho Zila, Knor, eelobor, Kazman/Sue. Rai, Nini D (mesti best dapat ajar CIkMat kan Nini), Qhaifa Nur, Peparidsign, amirah, ieda, Rina Avail, Azian Elias, Munnafendy, dhiera, Sara, Suraya Baharun, sis intan, Bert, Cikli, anitadiana, Tihara, norhidana, Alin Marlini, Henrietta Jose, ct rahani, Eye_nee, Waniey, Zie, cikceriacorner, Sal, Ratu Kebaya, IntanBerlian, MamaEma, Ujie, Ummiarissa, Mutiara Bernilai (andai kita ada peluang mendidik berilah apa yg termampu MB), Yus, Lyafrina, eija amieja, aizamaia3 (kalau dapat ajar anak-anak aizamia akak pun suka), Maya Mayana, ibundo, Kasih Salina, Ummi Iman dan fieda.
Kepada semuanya sekali lagi terima kasih dari kakak ye:)
dkna tak pernah dengar lagi dikir barat versi arab :)
sejukkkkk melihat anak2 kecil bertarannum (^___^)
macam adik beradik je ustazah dgn adik... :)
mesti akak bangga kan..? (^_^)
comelll adik dalam baju sekolah.. :)
Post a Comment